Thursday, October 20, 2011

4 Para Sahabat Tidak Maksum


4     Para Sahabat Tidak Maksum

            Pandangan kami tentang keadilan para sahabat radhiallahu ‘anhumtidaklah bermakna bahawa mereka maksum (terpelihara) dari melakukan maksiat mahupun berselisih (pendapat di kalangan mereka) atau tersilap dan keliru sebagaimana sangkaan Syi‘ah al-Rafidhah terhadap Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah. Para sahabat adalah sebagaimana manusia biasa yang boleh melakukan perbuatan dosa serta pelbagai kesalahan lainnya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ.
Setiap anak Adam (yakni manusia) pasti melakukan kesalahan, sedangkan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat.[1]
          Hadis di atas umum sifatnya dimana tidak terkeluar daripada maknanya kecuali para Rasul serta para Nabi ‘alaihim al-Shalat wa al-Salam. Hanya mereka sahaja yang terpelihara daripada melakukan dosa dan kesalahan. Terhadap golongan selain daripada mereka Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam mengajar sebuah doa yang berbunyi:
إِنْ تَغْفِرْ اللَّهُمَّ تَغْفِرْ جَمَّا وَأَيُّ عَبْدٍ لَكَ لاَ أَلَمَّا.
Sekiranya engkau mengampunkan Ya Allah, ampunkanlah kesemuanya kerana sesungguhnya tidak ada hamba-hamba Engkau yang terlepas dari melakukan dosa.[2]
Hadis ini umum, bererti para sahabat termasuk di dalamnya juga. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda sebagaimana yang termaktub di dalam Shahih Muslim:
وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَوْ لَمْ تُذْنِبُوا لَذَهَبَ اللَّهُ بِكُمْ وَلَجَاءَ بِقَوْمٍ يُذْنِبُونَ فَيَسْتَغْفِرُونَ اللَّهَ فَيَغْفِرُ لَهُمْ
            Demi nyawaku yang berada di Tangan-Nya, sekiranya kamu tidak melakukan dosa nescaya Allah akan pergi bersama dengan kamu dan akan datang suatu kaum lain dan mereka melakukan dosa dan mereka yang melakukan dosa tersebut memohon keampunan kepada Allah maka Allah mengampunkan dosa mereka.[3]
          Apakah sebabnya manusia melakukan dosa? Sesungguhnya perbuatan tersebut merupakan suatu hikmah yang mendalam serta rahsia Ilahi ke atas kejadian makhluk-Nya. Tambahan pula Allah Subhanahu wa Ta‘ala mempunyai nama-nama yang khas bagi diri-Nya yang sangat berfaedah buat manusia sekaliannya. Di antaranya al-Ghafur (Maha Pengampun), al-Tawwab (Maha Penerima Taubat), al-Rahim (Maha Mengasihani), al-Qahhar (Maha Menguasai), al-Jabbar (Maha Perkasa), al-Muntaqim (Yang Maha Memberi Balasan). Apakah faedahnya nama-nama tersebut di sisi Allah sekiranya manusia sekalian bersifat maksum?[4]Sesungguhnya al-Qur’an menceritakan pelbagai kisah golongan yang melakukan dosa dan maksiat serta pengingkaran terhadap Allah dengan disertai hukuman ke atas mereka. Namun di samping itu ia turut menceritakan bagaimana Allah Mengampunkan dosa-dosa golongan yang bertaubat dari kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan.
Oleh kerana itu sikap kami terhadap para sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam adalah bahawa mereka juga tidak terpelihara daripada melakukan kesalahan-kesalahan. Malah sebahagian kecil daripada mereka ada yang terlibat melakukan dosa-dosa besar seperti membunuh, berzina, meminum arak, pencelaan sesama sendiri dan sebagainya. Misalnya kejadian yang berlaku ke atas Ma’iz radhiallahu ‘anh yang didapati berzina serta dihukum berdasarkan hukum Syari‘at (hudud) sebagaimana yang termaktub di dalam hadis yang
sahih.[5] Begitu juga kejadian meminum arak serta pengkhianatan Hathib bin Abi Balta’ah[6] (
(حاطب بن أبي بلتعة kes pemotongan tangan al-Makhzumiyahالمخزومية )) yang didapati mencuri[7] dan juga kejadian saling mencela di antara sahabat sehingga sampai ke pengetahuan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.[8] Kami tidak menafikan kejadian-kejadian yang disebutkan di atas serta kami tidak akan mengingkarinya disebabkan ia termaktub di dalam hadis-hadis yang sahih kedudukannya.
Begitu juga selepas kewafatan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallamterdapat sebahagian para sahabat radhiallahu ‘anhum yang telah melakukan dosa membunuh, berzina, meminum arak serta perbuatan dosa besar lainnya. Namun sikap kami ialah, segala kejadian yang berlaku ke atas sebahagian para sahabat tidak sedikitpun mencacatkan sifat keadilan mereka dan Allah tetap meredhai mereka sekalian disebabkan mereka semuanya telah bertaubat dari kesalahan yang dilakukan serta rujuk kembali mentaati segala perintah Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Sesungguhnya para sahabat radhiallahu ‘anhum di kalangan Muhajirin serta Ansar, mereka itu beriman sepenuhnya kepada Allah dan Rasul-Nya serta apa yang datang dari keduanya. Mereka berjuang serta berjihad pada jalan Allah serta menyertai Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dengan penuh kebenaran dan keikhlasan. Maka segala kesalahan yang telah dilakukan oleh sebahagian mereka itu telahpun diampunkan oleh Allah disebabkan ketinggian kedudukan mereka di sisi Allah dan Rasul-Nya yang mengatasi sekalian lainnya. Dengan itu keseluruhan mereka meninggal dunia di dalam keadaan beriman kepada-Nya serta diredhai-Nya.
Dengan itu segala periwayatan yang dilakukan oleh para sahabat adalah benar serta terhindar sama sekali daripada mendustai Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam. Wali Allah al-Dahlawi rahimahullah berkata:
وبالتتبع وجدنا أن جميع الصحابة يعتقدون أن الكذب على رسول الله صلى الله عليه وسلم أشد الذنوب ويحترزون عنه غاية الاحتراز.
Kita dapati bahawa para sahabat beri’tiqad bahawa sebesar-besar dosa adalah perbuatan mendustakan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallamdan mereka seluruhnya mengelakkan diri dari melakukan perbuatan tersebut.


 
[1]               Hasan: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi – hadis no: 2499 (Kitab Sifat Kiamat……). al-Hakim mensahihkannya sebagaimana di dalam kitabnya al-Mustadrak ‘ala Shahihin  – hadis no: 7617, namun berkata al-Zahabi: “(Di dalam isnadnya terdapat) ‘Ali bin Mas‘adah dan beliau tidak mantap (dalam penyampaian hadisnya).” Selain itu hadis ini juga dikeluarkan oleh al-Darimi di dalam Sunannya – hadis no: 2727 dan Ibn Majah di dalam Sunannya – hadis no: 4251.
[2]               Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi – hadis no: 3284 (Kitab al-Tafsir, Bab tafsir surah al-Najm). Selain itu hadis ini juga dikeluarkan oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak – hadis no: 181 dan al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubra – hadis no: 20533.
[3]               Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya – hadis no: 2749(Kitab al-Taubat, Bab gugurnya dosa dengan istighfar dan taubat). Juga dikeluarkan oleh Ahmad di dalam Musnadnya, jld. 2, ms. 309 dan al-Tirmizi di dalam Sunannya – hadis no: 3539.
[4]               Catitan penyunting:
Terdapat banyak faedah daripada Nama-nama dan Sifat-sifat Allah yang tidak kita ambil manfaat darinya. Sebaliknya kita hanya menjadikan nama dan sifat tersebut sebagai bahan nasyid dan hiasan dalam rumah. Dalam bab ini disyorkan mengkaji buku Kaedah Memahami Nama-nama dan Sifat-sifat Allah oleh Muhammad Yaakub Muhammad Yunus (Jahabersa, Johor Bahru 2005).
[5]               Beliau ialah Ma‘iz bin Malik (ماعز بن ملك) radhiallahu 'anhu. Kisah beliau boleh dirujuk dalam Shahih al-Bukhari – hadis no: 6824 (Kitab al-Hudud)dan Shahih Muslim – hadis no: 1692 (Kitab al-Hudud). 
[6]               Rujuk Shahih Muslim – hadis no: 2494 (Kitab keutamaan para sahabat, Bab keutamaan ahli Badar……). 
[7]               Rujuk Shahih Muslim – hadis no: 1688 (Kitab al-Hudud). 
[8]               Rujuk Shahih Muslim – hadis no: 2541(Kitab keutamaan para sahabat, Bab larangan mencela para sahabat).

3 Pandangan Aneh Berkenaan Sahabat


3      Pandangan Aneh Berkenaan Sahabat[1]

          Berkata al-Khatib al-Baghdadi rahimahullah di dalam kitabnya al-Kifayah:[2]
وذهبت طائفة من أهل البدع – وهم المعتزلة والشيعة – إلى أن حال الصحابة كانت مرضية إلى وقت الحروب التي ظهرت بينهم وسفك بعضهم دماء بعض فصار أهل تلك الحروب ساقطى العدالة ولما اختلطوا باهل النزاهة وجب البحث عن أمور الرواة منهم.
            Satu golongan dari ahli-ahli bid’ah yang terdiri dari golonganMuktazilah serta Syi‘ah[3] mengatakan bahawa keadaan sahabat adalah diredhai sebelum berlakunya peperangan dan pertumpahan darah di kalangan sebahagian mereka. Dimana golongan yang terlibat dalam peperangan tersebut telah gugur keadilan mereka. Oleh itu apabila mereka bercampur dengan kalangan sahabat yang bersih atau yang tidak terlibat di dalam peristiwa itu maka adalah wajib untuk dikaji tentang periwayatan mereka.
          al-Ghazali rahimahullah (505H) berkata di dalam kitabnya al-Mustashfa (المستصفى)4
وقد زعم قوم أن حالهم كحال غيرهم في لزوم البحث وقال قوم حالهم العدالة في بداية الأمر إلى ظهور الحرب والخصومات ثم تغير الحال وسفكت الدماء فلا بد من البحث وقال جماهير المعتزلة عائشة وطلحة والزبير وجميع أهل العراق والشام فساق بقتال الإمام الحق ... وشك بعضهم في فسق عثمان وقتلته.  وكل هذا جراءة على السلف على خلاف السنة.
            Satu kaum (aliran) telah menyangka bahawa keadaan para sahabat sama seperti keadaan orang-orang lain dalam kemestian untuk mengkaji periwayatan mereka. Menurut suatu kaum (aliran) yang lain pula keadilan mereka hanya diterima pakai pada peringkat awal sehingga berlakunya peperangan dan perbalahan di antara mereka yang membawa kepada pertumpahan darah. Oleh itu tidak dapat tidak perlu untuk dikaji akan periwayatan mereka. Manakala menurut majoriti di kalangan aliran Muktazilah: Aisyah, Talhah serta Zubair (radhiallahu ‘anhum) dan kesemua penduduk Iraq serta Syam adalah golongan fasik disebabkan mereka terlibat di dalam pembunuhan Ali (radhiallahu ‘anh) ... Dan sebahagian mereka pula berasa sangsi terhadap kefasikan ‘Utsman (radhiallahu ‘anh)dan para pembunuhnya. Semua di atas itu adalah tuduhan yang melulu terhadap generasi awal dimana ianya menyalahi al-Sunnah.
al-Syaukani rahimahullah (1252H) menolak pendapat di atas bahawa kononnya sifat adil para sahabat gugur selepas berlakunya peristiwa fitnah seperti pembunuhan ‘Utsman, Perang Jamal dan Perang Siffin. Beliau menulis di dalam al-Irsyad:[5]
وهذ القول في غاية الضعف لاستلزامه إهدار غالب السنة فإن المعتزلين لتلك الحروب هم طائفة يسيرة بالنسبة إلى الداخلين فيها ... القول الرابع أنهم كلهم عدول إلا من قاتل عليا وبه قال جماعة من المعتزلة والشيعة ويجاب عنه بأن تمسكهم بما تمسكوا به من الشبه يدل على أنهم لم يقدموا على ذلك جراءة على الله وتهاونا بدينه ... وقد كان في أهل الشام صحابة صالحون عرضت لهم شبه لولا عروضها لم يدخلوا في تلك الحروب. ولا غمسوا فيها أيديهم. وقد عدلوا تعديلا عاما بالكتاب والسنة.
Ini adalah pendapat yang sangat lemah disebabkan ianya menyimpang dari al-Sunnah.[6] Sesungguhnya golongan Muktazilah di dalam peperangan tersebut terdiri dari bilangan yang kecil berbanding dengan bilangan sahabat mahupun para tabi’in yang terlibat di dalamnya.[7] Menurut pendapat yang keempat,[8] para sahabat semuanya adil kecuali orang-orang yang membunuh Ali radhiallahu ‘anh dimana pendapat ini menjadi pegangan sebahagian golongan Muktazilah sertaSyi‘ah. Maka jawapan terhadapnya ialah: Pegangan serta ikutan para sahabat itu pada dasarnya tidak menunjukkan bahawa mereka melampaui perintah Allah Subhanahu wa Ta‘ala ataupun mempermudah-mudahkan agama Allah. Adapun di kalangan penduduk Syam[9] maka ada sahabat yang soleh yang telah terseret ke dalam kancah peperangan. Seandainya tidak terseret maka mereka tidak akan melibatkan diri di dalam peperangan tersebut serta campurtangan di dalamnya. Maka mereka ini adalah tetap adil berdasarkan kenyataan al-Qur’an serta al-Sunnah.
          Golongan Syi‘ah Imamiyyah al-Ja’fariyyah berkata, sepertimana yang disebut oleh Murtadha al-‘Askari (مرتضى العسكري) di dalam Ma‘alim al-Madrasatain:
إن في الصحابة منافقين فنحن نحتاط في أخذ معالم ديننا من صحابي عادى عليا ولم يواليه, حذرا من أن يكون الصحابي من المنافقين الذين لا يعلمهم إلا الله.
            Sesungguhnya di kalangan para sahabat itu adanya golongan munafik. Maka kami berhati-hati dalam mengambil pegangan agama kami daripada para sahabat selain dari Ali radhiallahu ‘anh. Ini kerana kami takut terambil sumbernya dari golongan para sahabat yang munafik dimana mereka itu hakikatnya tidak diketahui jumlah yang sebenar kecuali Allah sahaja.[10]
  

Pendapat di atas disebut oleh penulis-penulis mereka (Syi‘ahImamiyah al-Ja’fariyah) serta ulama’-ulama’ sezaman dengan mereka.[11]Di antara para sahabat yang munafik itu adalah ketiga-tiga Khalifah al-Rasyidin (Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman) serta para sahabat dari kalangan Muhajirin dan Ansar yang memberi bai‘ah kepada mereka. Mereka semuanya munafik serta menjadi musuh kepada ‘Ali.
(Demikianlah pendapat Syi‘ah Imamiyyah al-Ja’fariyyah), maka jelaslah bahawa yang sedemikian adalah pendapat yang sesat belaka.   


[1]               Catitan penyunting:
Pandangan-pandangan yang aneh ini dikemukakan oleh pengarang bukan untuk membenarkannya tetapi sekadar meluaskan skop penganalisaan para pembaca tentang pandangan sebahagian aliran lain tentang para sahabat.
[2]               al-Kifayah fi ‘Ilm al-Riwayah, ms. 49 (Bab Berkenaan pengiktirafan Allah dan Rasul-Nya akan sifat adil para sahabat).  
[3]               Catitan penyunting: Ini adalah tambahan pengarang berdasarkan kenyataan al-Syaukani sepertimana yang akan dinukil seterusnya.
[4]               Nukilan berpisah daripada al-Mustashfa fi ‘Ilm al-Ushul (diteliti oleh Muhammad ‘Abd al-Salam; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut 1412H), ms. 130(Fasal Keempat berkenaan keadilan para sahabat).
[5]               Nukilan berpisah daripada Irsyad al-Fuhul fi Tahqiq ma al-Haq fi ‘Ilm al-Ushul (Dar al-Fikr, Beirut 1992), jld. 1, ms. 128.
[6]               Catitan penyunting:
Menyimpang dari al-Sunnah – kerana peristiwa-peristiwa fitnah tersebut adalah sesuatu yang sudah diramalkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di dalam pelbagai hadis baginda yang sahih. Pada waktu yang sama baginda tetap mengiktiraf sifat adil para sahabatnya sebagaimana yang akan dikemukakan hadis-hadisnya oleh pengarang dalam bab-bab yang akan datang. Pengiktirafan baginda adalah tetap sah dan terpelihara sehingga ke saat wafatnya para sahabat tersebut tanpa mengira sama ada mereka terlibat atau tidak dalam peristiwa fitnah.
                Perlu diingatkan bahawa penetapkan sifat adil ke atas para sahabat bukanlah bererti menetapkan sifat maksum ke atas mereka. Oleh itu para sahabat tetap terbuka kepada ijtihad dimana ada yang benar dan ada yang salah. Namun ijtihad mereka dalam peristiwa-peristiwa fitnah tersebut tidak ada kena-mengena dengan kebenaran mereka – yakni keadilan mereka – dalam menjaga dan menyampaikan agama. Peristiwa-peristiwa fitnah tersebut tidak berlaku kerana sebahagian sahabat mendiamkan agama atau menyelewengkan perintah larangan atau mendustakan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Demikian juga, selepas berakhirnya peristiwa fitnah, tidak wujud Mazhab ‘Ali, Mazhab Aisyah, Talhah dan al-Zubair serta Mazhab Mu‘awiyah dalam ajaran-ajaran agama. Justeru sifat adil para sahabat tetap melekat pada diri mereka baik sebelum, semasa atau selepas peristiwa fitnah. Adapun pendapat sebahagian orang bahawa umat Islam terbahagi dua selepas Perang Siffin, iaitu pasukan Mu‘awiyah menjadiAhl al-Sunnah wa al-Jama'ah manakala pasukan ‘Ali menjadi Syi‘ah, maka ia adalah pendapat yang tidak memiliki dasar dalam sejarah yang sahih.
[7]               Catitan penyunting:
Maksudnya, oleh kerana orang-orang daripada aliran Mu’tazilah tidak turut dalam peperangan tersebut kecuali dalam bilangan yang amat sedikit, maka mereka membuat alasan kononnya siapa yang terlibat telah gugur sifat adil mereka. Dengan alasan ini, maka sifat yang adil hanya akan tinggal kepada orang-orang beraliran Mu’tazilah.
[8]               Catitan penyunting:
al-Syaukani dalam bab ini sedang mengupas empat pendapat tentang keadilan para sahabat. Di sini pengarang hanya menukil pendapat yang keempat.
[9]               Catitan penyunting:
Ini kerana pasukan Muawiyah bin Abi Sufyan radhiallahu 'anhum yang bertempur dengan pasukan ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anhum datang dari wilayah Syam.
[10]             Catitan penyunting:
Ini adalah salah satu dakwaan yang masyhur di kalangan Syi‘ah untuk menolak sifat adil para sahabat radhiallahu 'anhum. Kami – Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah – menjawab, bahawa sebagaimana Allah sahaja yang mengetahui siapa dan berapa jumlah orang munafik, maka Allah jualah yang akan memelihara agama-Nya ini daripada tipu daya orang munafik yang ingin merosakkannya. Rancangan tipu daya orang munafik telah wujud sejak zaman Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam dan Allah Subhanahu wa Ta'ala telah memelihara baginda dan risalah yang disampaikan oleh baginda daripada terkesan oleh tipu daya tersebut. Firman Allah:
Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka .[al-Nisaa’ 4:142]
Ayat di atas bukan sahaja sah diperlakukan pada zaman Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam tetapi berpanjangan sekalipun selepas kewafatan baginda. Oleh itu dalam membincang dan menetapkan sifat adil ke atas para sahabat radhiallahu 'anhum, Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah akur bahawa di kalangan mereka wujud orang-orang munafik. Akan tetapi kewujudan mereka tidak akan menyebabkan berlakunya pencemaran ke atas ketulenan agama kerana Allah sentiasa memerhati, merosak dan membalas rancangan tipu daya mereka.
[11]             Catitan penyunting:
Di sini wujud pertentangan dengan apa yang disebut oleh pengarang di bahagian muqaddimah (Kata Pengantar Pengarang). Di sana pengarang menyebut bahawa “Termasuk yang menyeru ke arah ini ialah Syi‘ah al-Imamiyah al-Ja’fariyah telah melakukan pergerakan di serata tempat dan lapangan, dimana ramai di kalangan pengikut-pengikut serta alim ulama’ mereka telah menyeru ke arah penyatuan ummah. Mereka telah membuang jauh perselisihan serta perdebatan yang berlegar di sekitar permasalahan lama yang berlaku sejak zaman berzaman misalnya persoalan makan minum. Golongan tersebut telah menyeru ke arah penyatuan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah dan Syi‘ah serta meninggalkan perbezaan pendapat yang merenggangkan perhubungan sesama umat Islam.”
Kemudian beliau menyebut bahawa aliran Syi‘ah yang masih menyelisihAhl al-Sunnah wa al-Jama'ah ialah Syi‘ah al-Rafidhah dimana di kalangan mereka terdapat beberapa penulis – termasuk Murtadha al-‘Askari – yang mencela para sahabat. Akan tetapi di sini pengarang telah menukil kata-kata Murtadha al-‘Askari dan menyandarkannya kepada aliran Syi‘ah al-Imamiyyah al-Ja’fariyyah. Timbul persoalan – adakah aliran al-Imamiyyah al-Ja’fariyyahtelah benar-benar bebas daripada ciri-ciri aliran al-Rafidhah?
Persoalan ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Sebelum ini memang telah berlaku beberapa pertemuan antara tokoh-tokoh Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah dan Syi‘ah. Pada awalnya kelihatan wujud jalan perdamaian di antara kedua-dua aliran ini. Namun setelah pertemuan berlangsung beberapa kali, jelas bahawa tokoh-tokoh Syi‘ah tersebut masih memiliki ciri-ciri al-Rafidhah di dalam diri mereka. Perdamaian yang mereka cari tidak lain adalah supaya Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah tunduk kepada dasar-dasar mereka, antara lain bahawa ‘Ali bin Abi Thalib adalah khalifah yang hak manakala Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Utsman serta para sahabat yang telah membai‘ah mereka semuanya adalah orang munafik kerana tidak melantik ‘Ali.
Sama ada al-Imamiyyah al-Ja’fariyyah atau al-Itsna ‘Asyariyyah (12 imam) atau al-Rafidhah atau apa jua aliran Syi‘ah, sikap kita yang benar adalah berwaspada terhadap mereka. Sikap berwaspada ini bukanlah atas dasar berburuk sangka tetapi atas dasar berhati-hati terhadap sikap berpura-pura (taqiyyah) yang lazim diamalkan oleh orang-orang Syi‘ah. Taqiyyah adalah salah satu doktrin penting dalam Mazhab Syi‘ah sehingga dikatakan: “Sembilan persepuluh daripada agama adalah taqiyyah. Dan bukanlah orang-orang yang beragama sesiapa yang tidak beramal dengan taqiyyah.” [al-Kulaini (329H) –Ushul al-Kafi (Dar al-Ta’aruf li al-Mathbu’at, Beirut, 1993), jld. 2, hlm. 220(Bab al-Taqiyyah).
Oleh itu Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah wajib memiliki sifat yang berwaspada terhadap mana-mana ahli Syi‘ah yang ingin berdamai. Kami tidak berlebih-lebihan dalam menghukum mereka secara terus dan tidak pula membodohkan diri untuk sentiasa membuka tangan menyambut mereka. Setiap individu disemak dan dianalisa iktikadnya yang sebenar dengan manhaj dialog yang berhikmah dan ilmiah.  

2 Keadilan Para Sahabat


2       Keadilan Para Sahabat[1]

Jumhur para ulama’ al-Salaf (terdahulu) dan al-Khalaf (terkemudian) serta para peneliti berpendapat bahawa para sahabat radhiallahu ‘anhumkeseluruhannya adalah adil dimana sedikit sahaja di antara mereka yang melakukan kefasikan serta kesalahan. al-Khatib al-Baghdadi rahimahullah(463H) berkata di dalam kitabnya al-Kifayah:[2]
كل حديث اتصل إسناده بين من رواه وبين النبي صلى الله عليه وسلم لم يلزم العمل به إلا بعد ثبوت عدالة رجاله ويجب النظر في أحوالهم سوى الصحابي الذي رفعه الى رسول الله صلى الله عليه وسلم لأن عدالة الصحابة ثابتة معلومة بتعديل الله لهم واخباره عن طهارتهم واختياره لهم في نص القرآن.
Setiap hadis yang bersambung sanadnya di antara seseorang yang meriwayatkannya dengan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, tidak diwajibkan beramal dengannya kecuali selepas dipastikan keadilan perawi-perawinya dan diwajibkan melihat akan keadaan mereka kecuali sahabat yang meriwayatkan terus kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ini kerana keadilan sahabat telah sabit dan maklum dengan pengiktirafan Allah terhadap mereka dan perkhabaran-Nya tentang kesucian mereka dan pemilihan-Nya akan mereka di dalam nas-nas al-Qur’an. (Kemudian al-Khatib menyebut ayat-ayat al-Qur’an yang dimaksudkan)[3]
(ثم قال): وجميع ذلك يقتضى طهارة الصحابة والقطع على تعديلهم ونزاهتهم فلا يحتاج أحد منهم مع تعديل الله تعالى لهم المطلع على بواطنهم إلى تعديل أحد من الخلق له فهو على هذه الصفة إلا ان يثبت على أحد ارتكاب ما لا يحتمل إلا قصد المعصية والخروج من باب التأويل فيحكم بسقوط العدالة وقد برأهم الله من ذلك ورفع أقدارهم عنه على أنه لو لم يرد من الله عز وجل ورسوله فيهم شيء مما ذكرناه لأوجبت الحال التي كانوا عليها من الهجرة والجهاد والنصرة وبذل المهج والأموال وقتل الآباء والأولاد والمناصحة في الدين وقوة الإيمان واليقين القطع على عدالتهم والاعتقاد لنزاهتهم وأنهم أفضل من جميع المعدلين والمزكين الذين يجيؤن من بعدهم أبد الآبدين.
(Kemudian al-Khatib berkata) Semua ini menunjukkan tentang kesucian para sahabat dan kepastian di atas keadilan dan kemurnian mereka. Ini kerana Allah Subhanahu wa Ta‘ala sendiri yang mengetahui akan hakikat sahabat, telah menyatakan keadilan mereka. Maka para sahabat tidak memerlukan lagi seseorang lain bagi menyatakan keadilan mereka. Mereka kekal dengan status yang demikian kecuali adanya seseorang yang berniat jahat yang sengaja mengeluarkan mereka daripada kedudukan ini dengan menggugurkan keadilan mereka, padahal Allah Taalatelah membebaskan mereka daripada tuduhan ini. Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah mengangkat kedudukan mereka di sisi-Nya.
Sehinggakan sekiranya Allah ‘Azza wa Jalla dan Rasul-Nya tidak menyebut akan kelebihan mereka, memadailah hal ini dengan keadaan mereka dalam berhijrah, berjihad dan mengorbankan diri dan harta mereka. Malah mereka sanggup membunuh anak-anak serta bapa-bapa mereka demi mempertahankan agama Allah. Sifat memberi nasihat untuk agama serta kekuatan iman dan yakin mereka yang menjadi bukti akan keadilan mereka. Justeru itu adalah menjadi kewajipan kepada kita ber’tikad akan kemurnian atau kesucian mereka dan bahawasanya mereka itu lebih baik dari semua orang yang dikatakan adil dan yang dikatakan murni (atau suci) yang datang selepas mereka untuk selama-lamanya.
          Ibn ‘Abd al-Barr rahimahullah (463H) di dalam kitabnya al-Isti‘ab:[4]
الصحابة رضى الله عنهم قد كفينا البحث عن أحوالهم لإجماع أهل الحق من المسلمين وهم أهل السنة والجماعة على أنهم كلهم عدول
Para sahabat radhiallahu ‘anhum apabila dilakukan penelitian terhadap keadaan mereka, maka para ahli kebenaran daripada kalangan umat Islam, yakni Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah telah bersepakat (ijma’) bahawa keseluruhan mereka adalah adil.
Ibn Hazm rahimahullah (456H) berkata:[5]
وكلهم عدل إمام فاضل رضي فرض علينا توقيرهم وتعظيمهم وأن نستغفر لهم ونحبهم ... وسواء كان من ذكرنا على عهده عليه السلام صغيرا أو بالغا ... وكلهم معدودون في خيار الصحابة مقبولون فيما رووا عنه عليه السلام أتم القبول وسواء في ذلك الرجال والنساء والعبيد والأحرار.
Keseluruhan para sahabat adalah adil, imam yang mempunyai keutamaan serta diredhai. Wajib bagi kita memuliakan serta menghormati mereka, serta memohon ampun ke atas mereka serta mengasihi sekalian mereka, sama ada yang masih kecil ataupun yang sudah dewasa. Kesemua mereka termasuk dalam kategori sahabat, periwayatan mereka daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam semuanya diterima sama ada daripada kalangan lelaki, perempuan, hamba mahupun orang merdeka.
وأما من ارتد بعد النبي صلى الله عليه وسلم وبعد أن لقيه وأسلم ثم راجع الإسلام وحسن حاله كالأشعث بن قيس وعمرو بن معدي يكرب وغيرهما فصحبته له معدودة وهو بلا شك من جملة الصحابة لقول رسول الله صلى الله عليه وسلم ((أسلمت على ما سلف لك من خير)) وكلهم عدول فاضل من أهل الجنة.
            Adapun yang murtad dari Islam sesudah (beriman kepada) Nabishallallahu 'alaihi wasallam (yakni) sesudah dia menemui baginda dan memeluk Islam kemudian (murtad dan kembali semula kepada) Islam serta baik pula keadaannya seperti Ash‘as bin Qais, ‘Amr bin Ma‘adi Yukarib serta selain daripada mereka berdua, maka mereka termasuk di dalam kategori sahabat tanpa keraguan. Ini berdasarkan sabda Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam: “Engkau telah masuk Islam dengan membawa kebaikan yang dahulu engkau lakukan.”[6] Maka mereka sekalian itu adalah adil dan memiliki keutamaan daripada kalangan ahli syurga.
al-Nawawi rahimahullah (676H) di dalam kitabnya al-Taqribberkata:[7]
الصحابة كلهم عدول من لابس الفتن وغيرهم بإجماع من يعتد به
Para sahabat semuanya adil sama ada yang terlibat di dalam fitnah ataupun yang tidak terlibat sebagaimana yang telah disepakati oleh alim ulama’.
al-Suyuthi rahimahullah (911H) mengulas di dalam kitabnya al-Tadrib:[8]
والسبب في عدم الفحص عن عدالتهم أنهم حملة الشريعة فلو ثبت توقف في روايتهم لانحصرت الشريعة على عصره صلى الله عليه وسلم ولما استرسلت على سائر الأعصار
Alasan mengapa tidak perlu diadakan penelitian terhadap keadilan mereka adalah kerana mereka merupakan pembawa Syari’at bersama-sama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Sekiranya mereka tidak bersifat dengan keadilan maka sudah tentu Syariat Islam ini akan mengalami kekurangan di sana sini sedangkan para sahabat telahpun bertebaran di muka bumi menyebarkannya.
al-Dzahabi rahimahullah (748H) berkata:[9]
فأما الصحابة رضي الله عنهم فبساطهم مطوي وإن جرى ما جرى وإن غلطوا كما غلط غيرهم من الثقات فما يكاد يسلم أحد من الفلظ لكنه غلط نادر لا يضر أبدا إذ على عدالتهم وقبول ما نقلوه العمل وبه ندين الله تعالى.
Maka adapun para sahabat radhiallahu 'anhum mereka diperlakukan sebagaimana perawi thiqah yang lain dan mereka juga melakukan kesilapan sebagaimana perawi thiqah yang lain. Jika terdapatnya kesalahan sekalipun maka ianya sangat jarang dilakukan serta tidak memudaratkan periwayatan mereka sama sekali. Oleh itu diterima dan diamalkan apa yang diriwayatkan oleh mereka.
Begitulah pandangan para ilmuan[10] terhadap keadilan para sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dimana mereka bersepakat bahawa para sahabat keseluruhannya bersifat adil sekalipun sebahagian kecil di antara mereka melakukan kefasikan serta kesalahan. Dalam bab berikutnya kami akan memaparkan beberapa pandangan aneh tentang para sahabat.

 
[1]               Catitan penyunting:
Yang dimaksudkan dengan sifat adil para sahabat radhiallahu 'anhumadalah kebenaran mereka di dalam menjaga dan menyampaikan agama. Dengan sifat adil ini, para sahabat bukan sahaja memiliki ciri-ciri bertaqwa dan menjaga maruah, tetapi juga memiliki sifat menjaga serta menyampaikan agama secara benar kepada generasi seterusnya. Para sahabat tidak akan menyembunyikan kebenaran, menyelewengkan perintah larangan dan mendustakan Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam. Sifat adil ini adalah sesuatu yang diiktiraf dan dijamin oleh Allah dan Rasul-Nya sebagaimana yang akan dikemukakan ayat-ayat serta hadis-hadisnya oleh pengarang dalam bab-bab yang akan datang.
                Memiliki sifat adil tidak bererti memiliki sifat maksum sepertimana yang sering disalahfahami oleh aliran Syi‘ah al-Rafidhah. Para sahabat adalah manusia biasa yang tetap terbuka kepada beberapa kekurangan seperti berbuat salah dalam mentaati perintah-larangan agama dan terkeliru alam berijtihad. Akan tetapi kelemahan ini hanya kembali kepada diri mereka dan tidak mencemari agama yang mereka pelihara dan sampaikan kepada generasi seterusnya.
                Lebih lanjut rujuk buku Keadilan Para Sahabat Di Sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah (Jahabersa, Johor Bahru 2005) oleh Mohd. Fikri Che Hussain.
[2]               Nukilan berpisah daripada al-Kifayah fi ‘Ilm al-Riwayah, ms. 46 & 48-49 (Bab Berkenaan pengiktirafan Allah dan Rasul-Nya akan sifat adil para sahabat).  
[3]               Catitan penyunting: Ayat-ayat ini akan juga disebut oleh pengarang dalam bab seterusnya.
[4]               al-Isti‘ab fi Ma’rifah al-Ashhab (diteliti oleh ‘Ali Muhammad al-Bajuwi; Dar al-Jiil, Beirut 1412H), jld. 1, ms. 19. (Muqaddimah). 
[5]               Nukilan berpisah daripada al-Ihkam fi Ushul al-Ahkam, jld. 5, ms. 85-86 (Bab ke 28 berkenaan definisi sahabat).
[6]               Catitan penyunting:
Hadis dengan lafaz di atas dikeluarkan oleh Abu Nu‘aim al-Ashbahani (430H) di dalam al-Musnad al-Mustakhraj ‘ala Shahih Muslim (diteliti oleh Muhammad Hasan; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut 1996), jld. 1, ms 192, hadis no: 320 (Bab Kebaikan dalam Islam……). Dikeluarkan oleh Muslim di dalamShahihnya no: 123 (Kitab al-Iman, Bab menjelaskan hukum amalan seorang kafir apabila dia memeluk Islam sesudah itu) dengan lafaz:
أَسْلَمْتَ عَلَى مَا أَسْلَفْتَ مِنْ خَيْرٍ
[7]               Sebagaimana di dalam Tadrib al-Rawi fi Syarh Taqrib al-Nawawioleh al-Suyuthi rahimahullah (911H) (diteliti oleh ‘Abd al-Wahhab ‘Abd al-Latheif; Maktabah al-Riyadh al-Hadisah, Riyadh), jld. 2, ms, 214 (Bab Ma’refah al-Shahabah). 
[8]               al-Tadrib al-Rawi, jld. 2, ms. 214. (Bab Ma’refah al-Shahabah). 
[9]               al-Ruwah al-Tsiqah al-Mutakallim fihim bi ma La Yawajib (diteliti oleh Muhammad Ibrahim; Dar al-Basya’ir al-Islamiyah, Beirut 1996), ms. 24. 
[10]             Catitan penyunting:
Pengarang telah menukil banyak pandangan dalam hal ini. Kami telah memilih dan menterjemah sebahagian sahaja, iaitu yang berasal daripada para tokoh yang awal kerana pandangan tokoh-tokoh terkemudian hanyalah pengulangan daripada kata-kata tokoh sebelum mereka.

 

Keutamaan Para Sahabat Secara Umum


Bahagian A:

Keutamaan Para Sahabat Secara Umum


1    Definisi Sahabat
                                                
             Para ulama’ Islam dari kalangan para ahli hadis, usul dan selain mereka berselisih pendapat tentang takrif atau definisi “sahabat”.[1]Ahmad bin Hanbal rahimahullah (241H) berkata:[2]
كل من صحبه سنة أو شهرا أو يوما أو ساعة أو رآه فهو من اصحابه.
Setiap yang menyertai (Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) sama ada selama setahun atau sebulan atau sehari atau sesaat ataupun melihat baginda maka dia termasuk ke dalam golongan sahabat.
al-Bukhari rahimahullah (256H) mendefinisikan maksud sahabat di dalam kitab Shahihnya dengan berkata:[3]
من صحب النبي صلى الله عليه وسلم أو رآه من المسلمين فهو من أصحابه.
Sesiapa yang menyertai Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam atau melihat baginda di kalangan kaum Muslimin maka dia adalah sahabat baginda.
Pendapat ini adalah pendapat gurunya Ali bin al-Madanirahimahullah (234H) dan ini adalah pandangan majoriti ahli hadis.[4] Ibn Hazm rahimahullah (456H) di dalam kitabnya al-Ahkam berkata:[5]
كل من جالس النبي صلى الله عليه وسلم ولو ساعة وسمع منه ولو كلمة فما فوقها أو شاهد منه عليه السلام أمرا يعيه ولم يكن من المنافقين الذين اتصل نفاقهم واشتهر حتى ماتوا على ذلك ولا مثل من نفاه عليه السلام باستخفافه كهيت المخنث ومن جرى مجراه.
Setiap orang yang duduk dengan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallamwalaupun sesaat serta mendengar sabda baginda walaupun satu kalimah atau lebih atau menyaksikan baginda shallallahu ‘alaihi wasallam secara langsung. Maka tidak termasuk di dalam pengertian ini golongan munafik yang dikenali kemunafikan mereka serta mati di dalam keadaan munafik serta orang-orang yang diusir oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallamkerana memang patut diusir. Maka sesiapa yang memenuhi kriteria tersebut maka dia termasuk ke dalam golongan sahabat.



[1]               Catitan penyunting:
Perselisihan ini bukanlah sesuatu yang saling bertentangan tetapi sekadar penggunaan penjelasan yang berbeza dalam memberi satu definisi yang sama. Justeru jika diperhatikan semua pendapat yang dinukil oleh pengarang berikut ini, akan didapati ianya saling melengkap di antara satu sama lain. Malah ia boleh disimpulkan sebagai berikut: “Para sahabat adalah orang-orang yang hadir bersama Nabi, sama ada melalui penglihatan, pendengaran atau suasana dan mereka berada dalam keadaan iman sehinggalah ke saat meninggal dunia.”
[2]               Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi rahimahullah (463H) di dalam al-Kifayah fi ‘Ilm al-Riwayah (diteliti oleh Abu ‘Abd Allah al-Suraqi & Ibrahim Hamidi al-Madani; Maktabah al-‘Alamiyah, Madinah), ms. 51 (Bab Pendapat berkenaan makna sahabat). 
[3]               Shahih al-Bukhari (Dar al-Fikr, Beirut 1993), jld. 7, ms. 4, (Kitab al-Manaqib, Bab keutamaan para sahabat……). 
[4]               Sebagaimana disebut oleh  Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah(852H) di dalam Fath al-Bari bi Syarh Shahih al-Bukhari (diteliti oleh Fu‘ad ‘Abd al-Baqi & Muhib al-Din al-Khatib; Dar al-Ma’rifah, Beirut), jld 7, ms. 5(Syarah kepada Kitab al-Manaqib, Bab Keutamaan para sahabat……). 
[5]               al-Ihkam fi Ushul al-Ahkam (diteliti oleh Ahmad Syakir; Dar al-Hadis, Kaherah 1404H), jld. 5, ms. 85 (Bab ke 28 berkenaan definisi sahabat). 

Ketujuh: Keutamaan Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman dan ‘Ali


Ketujuh: Keutamaan Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman dan ‘Ali
Terdapat beberapa keutamaan yang berkumpul secara bersamaan bagi keempat-empat khalifah di atas. Antaranya:

1     Mereka Mempunyai Hubungan Perkahwinan dengan Rasulullah
‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh berkahwin dengan Fathimah binti Rasulullah radhiallahu 'anha sehingga melahirkan zuriat keturunan daripadanya. ‘Utsman ibn ‘Affan radhiallahu 'anh berkahwin denganRuqayyah binti Rasulullah radhiallahu 'anha. Setelah itu ‘Utsman berkahwin pula dengan adik Ruqayyah iaitu Umm Kaltsum binti Rasulullah radhiallahu 'anha. Kedua-dua perkahwinan ini dilangsung ketika hayat Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam sehingga ‘Utsman diberi gelaran “Zu al-Nurain”.
Selain itu, kedua-dua al-Siddiq dan al-Faruq radhiallahu ‘anhumamerupakan mertua kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam berkahwin dengan ‘Aisyah binti Abu Bakarradhiallahu 'anha dan Hafsah binti ‘Umar al-Khaththab radhiallahu 'anha.


2    Mereka Merupakan Khalifah Di Atas Jalan Kenabian
Para ilmuan bersepakat bahawa Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman dan ‘Aliradhiallahu ‘anhum adalah empat orang Khalifah terpimpin yang berada di atas jalan kenabian. Safinah radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:
الْخِلاَفَةُ فِي أُمَّتِي ثَلاَثُونَ سَنَةً ثُمَّ مُلْكٌ بَعْدَ ذَلِكَ.
Masa kekhalifahan bagi umatku ialah tiga puluh tahun, kemudian sesudah itu adalah masa kerajaan.
Kemudian Safinah berkata: “Hitunglah masa kekhalifahan Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman dan masa kekhalifahan ‘Ali, nescaya kamu dapati ianya berjumlah tiga puluh tahun.”[1]
          ‘Irbad bin Sariyyah radhiallahu ‘anh berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menyampaikan nasihat yang membuat airmata kami mengalir dan membuat hati kami bergetar. Kami berkata: “Wahai Rasulullah, ini seperti nasihat orang yang akan berpisah lalu apa yang tuan wasiatkan kepada kami?” Baginda bersabda:
...فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ...
“…berpeganglah kamu dengan sekalian dengan sunnahku dan sunnah Khalifah al-Rasyidin yang berada di atas petunjuk…”[2]
          Yang dimaksudkan dengan “sunnah Khalifah” adalah perjalanan hidup Khalifah al-Rasyidin yang empat sebagaimana yang disepakati oleh para ilmuan. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menetapkan bahawa mereka itu berada di atas jalan petunjuk serta hidayah Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga bersabda:
تَكُونُ النُّبُوَّةُ فِيكُمْ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا. ثُمَّ تَكُونُ خِلاَفَةٌ عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَرْفَعَهَا. ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا عَاضًّا فَيَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا. ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا جَبْرِيَّةً فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا. ثُمَّ تَكُونُ خِلاَفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ. ثُمَّ سَكَتَ.
Masa kenabian akan berlangsung di kalangan kalian sehinggalah satu tempoh yang dikehendaki Allah, kemudian Allah akan mengangkatnya apabila Dia ingin mengangkatnya.
Kemudian akan berlangsung (sistem pemerintahan) khalifah yang berada di atas manhaj Nubuwwah sehinggalah satu tempoh yang dikehendaki Allah, kemudian Allah akan mengangkatnya apabila Dia ingin mengangkatnya.
Kemudian akan berlangsung (sistem pemerintahan) beraja yang menggigit (menghimpit) sehinggalah satu tempoh yang dikehendaki Allah, kemudian Allah akan mengangkatnya apabila Dia ingin mengangkatnya.
Kemudian akan berlangsung (sistem pemerintahan) beraja yang mengganas (zalim) sehinggalah satu tempoh yang dikehendaki Allah, kemudian Allah akan mengangkatnya apabila Dia ingin mengangkatnya.
Kemudian akan berlangsung (semula sistem pemerintahan) khalifah yang berada di atas manhaj Nubuwwah.
Kemudian baginda diam.[3]
Hadis-hadis yang sahih di atas menolak sikap Syi‘ah al-Rafidhahyang menafikan kekhalifahan Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Utsman radhiallahu 'anhum. Pada waktu yang sama ia juga menolak mereka yang menafikan kekhalifahan ‘Ali  radhiallahu 'anh. Yang benar mereka berempat adalah khalifah yang benar yang berada di atas manhaj kenabian (al-Nubuwwah).[4]

 

 
[1]               Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan al-Tirmizi – hadis no: 2226 (Kitab al-Fitan, Bab berkenaan khalifah). Juga dikeluarkan oleh Ahmad di dalam Musnadnya, jld. 5, ms. 220.
[2]               Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Abu Daud – hadis no: 4607 (Kitab al-Sunnah, Bab berpegang kepada sunnah).  Merupakan salah satu daripada Hadis 40 yang disusun oleh al-Nawawi rahimahullah.
[3]               Sanad Hasan: Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam Musnadnya – hadis no: 18406 (Awal Musnad al-Kufayyan, Hadith Nu’man bin al-Basyir)dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu‘aib al-Arna’uth.
[4]               Catitan penyunting:
                Tamatlah terjemahan ringkas ke atas buku yang dikarang oleh Syaikh ‘Abd Allah ‘Abd al-Qadir al-Taliri. Dalam buku yang asal, beliau menyambung perbincangan dengan menulis tentang keutamaan beberapa sahabat yang lain, diikuti dengan penjelasan para ilmuan Islam tentang keutamaan para sahabat. Akan tetapi kami berpendapat adalah memadai diselesaikan terjemahan sehingga ke takat ini, mengingatkan jika disambung ia akan menambah ketebalan buku ini dan seterusnya menjadi faktor yang memberatkan kepada para pembaca sekalian. Dimaklumi bahawa buku yang tebal, dikuti dengan harga yang tinggi selari dengan ketebalan buku, adalah faktor yang mempengaruhi banyak pembaca di Malaysia. Lebih dari itu, diyakini bahawa terjemahan yang diusahakan setakat ini telah dapat mencapai tujuan buku ini diusahakan, iaitu untuk menjawab hujah-hujah Syi‘ah al-Rafidhah terhadap keutamaan para sahabat secara umum dan terhadap keutamaan Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman serta ‘Ali secara khusus.
                Diharapkan buku ini dapat memberikan manfaat yang besar kepada para pembaca sekalian dan mencapai tujuan ia diusahakan. Seandainya terdapat apa-apa kekurangan dalam buku ini, maka ia adalah disebabkan kepada kelemahan yang terdapat pada diri penterjemah dan penyunting, tidak sekali-kali disebabkan oleh para sahabat itu sendiri. Semoga Allah Subhanahu wa Ta'alameredhai semua sahabat daripada fitnah serta salah faham orang-orang terkemudian.
Tidak ketinggalan, didoakan agar Allah Subhanahu wa Ta'alamemberikan sebaik-baik ganjaran kepada pengarang: Syaikh ‘Abd Allah ‘Abd al-Qadir al-Taliri di atas jerih payah beliau menulis buku ini. Semoga Allah memeliharanya dan keluarganya, menambah ilmunya dan mempermudahkan baginya untuk terus berkongsi ilmu kepada kami semua.
Amin Ya Rabb al-‘Alamin.