Friday, September 30, 2011

Pinjaman PTPTN Dalam Kacamata Islam


Pinjaman PTPTN Dalam Kacamata Islam

Posted by thinker on 07/08/2008
Fatwa Halal Caj Perkhidmatan PTPN – Dari Kapitalis, Oleh Kapitalis, Untuk Kapitalis
Soalan Baru-baru Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan kenyataan bahawa Caj Perkhidmatan 3.5% berasaskan jumlah pinjaman yang dikenakan kepada pemimjam PTPTN adalah berlandaskan Syarak, namun kami pihak pelajar masih lagi ragu-ragu kerana ada beberapa pihak menerangkan bahawa apa sahaja tambahan jika berasaskan peratusan dari jumlah pinjaman pokok ianya adalah Riba, minta pihak HTM mengeluarkan Sautun Nahdah berkenaan isu ini.
Jawapan:
Caj Perkhidmatan PTPTN Tidak Menyalahi Hukum Syarak, itulah tajuk yang terpampang dalam laman web JAKIM berkenaan dengan kontroversi caj perkhidmatan yang dikenakan ke atas bayaran balik pinjaman PTPN. “Muzakarah Khas tersebut diadakan khusus untuk membincangkan caj perkhidmatan yang dikenakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ke atas pembiayaan pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi. JKF telah memutuskan bahawa caj perkhidmatan yang dikenakan oleh PTPTN ke atas pelajar tidak menyalahi hukum syarak. Caj perkhidmatan ini ialah sebagai upah kepada pihak PTPTN yang telah menguruskan pembiayaan pelajaran kepada pelajar-pelajar. Muzakarah Khas tersebut juga dihadiri oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang, Ketua Audit Negara yang menyampaikan taklimat khas mengenai kajian jabatan audit terhadap Pengurusan Zakat Oleh Majlis Agama Islam di seluruh negeri.Muzakarah Khas yang telah berlangsung selama tiga (3) jam ini telah dihadiri oleh S.S. Mufti Negeri-negeri, Ahli-ahli Dilantik dan turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan JAKIM dan Pegawai-pegawai Jabatan Audit Negara serta wakil daripada PTPTN. “Sumber Laman Web JAKIM
Hal ini juga dinyatakan dalam Utusan Malaysia (29.07.2008) dalam ruangan bertajuk Caj PTPTN tidak langgar syarak. Pengerusinya, Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan itu dicapai hasil muzakarah khas yang dipengerusikan beliau bersama wakil PTPTN di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini hari ini. Menurut beliau, sebelum ini caj perkhidmatan yang dikenakan PTPTN ialah empat peratus pada 1997 sebelum ia diturunkan kepada tiga peratus.”Setelah diberi penerangan mengenai upah operasi termasuk beberapa caj lain, kita bersetuju ia tidak menyalahi syarak dan tiada halangan dari sudut syariah agar ia tidak membebankan peminjam dan pemberi pinjam (PTPTN).”Jika melihat kepada prinsip, mungkin ia dapat dikurangkan sekitar satu peratus atau satu peratus setengah daripada kadar sedia ada setelah dibuat perkiraan semula termasuk mengambil kira caj upah dan operasi,” kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini. Baru-baru ini, pelbagai pihak termasuk peminjam menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap PTPTN kerana mengenakan caj tiga peratus daripada jumlah pinjaman yang perlu dibayar semula selepas pelajar menamatkan pengajian. Berikutan itu, Majlis Fatwa Kebangsaan diminta menyemak caj tiga peratus itu bagi mengelak wujudnya unsur riba seperti didakwa oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).Setakat ini terdapat hampir 1.14 juta peminjam PTPTN dengan nilai pinjaman mencecah RM23 bilion. Bagaimanapun, sebanyak 49 peratus daripada mereka masih gagal membayar balik pinjaman yang berjumlah hampir RM708 juta. Abdul Shukor berkata, perubahan caj perkhidmatan baru yang dikenakan nanti akan ditentukan oleh PTPTN melalui Kementerian Pengajian Tinggi setelah dibuat perkiraan semula.
Perbincangan caj perkhidmatan ini mengundang kontroversi yang mana ada pihak yang mengatakan bahawa pinjaman ini adalah riba dan ada yang pihak yang menafikan. Semoga tulisan ini dapat menjernihkan pemahaman kita tentang riba, dan juga kepada pihak yang sering mengangguk kepala sahaja kepada pihak pemerintah.
Kontroversi Pengumuman Awal Fatwa dan Pendapat Ahli Jawatankuasa
Mengikut laporan Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) selaku Mufti Perlis dan ahli jawatankuasa menyatakan bahawa bersepakat dalam mesyuarat sebelum ini diAlor Setar pada 6-7 Mei 2008 memang pihak PTPTN juga akur bahawa caj yang dikenakan berdasarkan jumlah pinjaman dan Jawatankuasa sepakat menganggapnya riba. Cumanya, Pengerusi (yang juga Naib Canselor USIM) agak keberatan mengumumkan keputusan tersebut, sebaliknya hanya menyatakan kepada media bahawa pihak PTPTN dikehendaki mematuhi garis panduan.
Sekarang telah ada MFK telah memberikan fatwa baru tentang PTPTN, iaitu secara umumnya menganggap bahawa caj 3% itu adalah upah untuk kendalian operasi dan juga untuk tidak membebankan penghutang dan pemiutang. Persoalan yang kita perlu tanyakan ialah bagaimana pendapat Jawatankuasa sebelum ini yang sepakat mengatakan riba untuk caj yang dikenakan berasaskan jumlah pinjaman. Tidakkah ini termasuk dalam helah untuk melakukan riba tetapi dinamakan upah dan sebagainya?
Riba Nasiah Dalam Caj PTPTN 
Apa yang dilakukan dengan caj 3 % sebagai kos perkhidmatan adalah riba Nasiah, Meskipun beberapa pihak PTPTN sedang berhempas-pulas untuk mencampuradukkan akad ini supaya kita melihatnya dalam kaca mata Islam, atau mengislamisasikan akadnya dengan ditempelkan akad yang tidak ada kaitan dengannya seperti Bai, Ijarah dan Qardhul Hasan. Penempelan semacam ini sebenarnya bukannya apa, iaitu untuk memastikan bahawa Pinjaman dalam Islam ini dapat diperdagangkan seperti dalam sistem kapitalisme. Kos meminjam wang dalam sistem kapitalis adalah kadar bunga, sedangkan dalam Islam kos ini adalah sifar, dan sesiapa yang mengambil kos untuk meminjamkan wang maka seksaan neraka jawapannya.
Pinjaman adalah bererti pertukaran atau perpindahan hak milik sesuatu barang dari pemilik asal kepada pihak lain dengan syarat, pihak lain itu berkewajiban memulangkan selalu dinamakan ariah (barang) atau qard (mata wang), pembayarannya adalah dalam kuantiti yang sama, meskipun mungkin kualitinya lebih baik. Asas utama dalam pemberian ini adalah dalam keadaan untuk ta’wun sesama Muslim tanpa tujuan lain. Pinjaman ini bukannya boleh dijadikan asas untuk mendapat keuntungan perniagaan. Dalam sistem ekonomi kapitalis sahaja yang menjadikan riba adalah alat untuk mendapat kekayaan dan menjanakan kekayaan melalui sistem perbankan, dalam komunis riba diharamkan dan Islam mengharamkan aktiviti ini secara mutlak, dan juga pintu-pintu untuk tujuan ini.
Haramnya Mengambil Lebihan Bayaran Dari Hutang 
Islam melarang pembayaran hutang yang melebihi kuantiti asalnya, iaitu sekiranya kita berhutang dengan RM10,000 maka kita wajib membayarnya dengan RM10,000, haram berlaku penambahan hatta 1 sen pun kerana ianya dianggap riba Nasiah. Keharaman ini dapat dilihat dari hadis dan Atsar.
Diriwayatkan dari Anas, bahwa dia ditanya tentang seorang laki-laki di antara kita yang meminjamkan harta kepada saudaranya, lalu saudaranya itu memberi hadiah kepadanya.
Dia berkata: Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam. bersabda: “Jika salah seorang dari kalian memberi pinjaman, lalu (orang yang diberi pinjaman) memberi hadiah kepadanya atau menumpangkannya ke atas kenderaan, maka janganlah dia mengenderainya dan janganlah dia menerimanya. Kecuali, jika itu biasa terjadi antara dia (pemberi hutang) dan dia (yang diberi hutang) sebelumnya.” [Riwayat Ibnu Majah]
Diriwayatkan dari Anas dari Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam., beliau bersabda: “Jika seseorang memberi pinjaman, maka janganlah dia mengambil hadiah.”[Riwayat Bukhari dalam Kitab Tarikhnya]. Imam Syaukani juga menambah Bukhari meriwayatkan dalam Sahihnya dari Abu Burdah bin Abu Musa, dia berkata: Aku mendatangi Madinah dan menemui, Abdullah bin Salam. Dia berkata kepadaku: “Sesungguhnya kamu berada di tanah yang riba di dalamnya tersebar. Jika kamu memiliki hak atas seseorang, lalu dia menghadiahkan kepada mu seikat jerami, atau seuncang gandum, atau segenggam makanan ruji, maka janganlah kamu mengambilnya, kerana, itu adalah riba.” [Nailul Awthar V/258]. Dalam Al-Ma’rifah, Baihaqi mengeluarkan dari Fadhalah bin Ubaid: “Setiap pinjaman yang menarik manfaat adalah salah satu bentuk riba.” [HR Imam Baihaqi] Harits bin Abu Usamah meriwayatkannya dari hadis Ali ra. dengan lafaz: “Sesungguhnya Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam. melarang pinjaman yang menarik manfaat.” Dalam riwayat lain: “Setiap pinjaman yang menarik manfaat adalah riba.” Juga, berdasarkan ijmak yang telah terjadi bahawa setiap pinjaman yang di dalamnya disyaratkan tambahan adalah haram. Ibnu Mundzir berkata: “Mereka berijmak bahawa jika pemberi pinjaman mensyaratkan tambahan atau hadiah atas peminjam, lalu dia memberi pinjaman berdasarkan itu, jika dia mengambil tambahan tersebut berdasarkan itu, maka itu adalah riba.” Diriwayatkan dari Ubay bin Ka’b, Ibnu Abbas dan Ibnu Mas’ud, bahawa mereka melarang pinjaman yang menarik manfaat. Dari hadis dan atsar ini menjadi jelas bahawa pinjaman yang menarik manfaat, jika tambahan di dalamnya adalah syarat, maka tidak diperselisihkan bahawa itu haram. [Syakshiah II/342] Sekiranya terdapat bayaran lebihan, ulama bersepakat menyatakannya sebagai Riba an-Nasiah yang disepakati haramnya. [Al-Jami' fi Usul al-Riba, ms 17]
Larangan di atas ditujukan kepada pemberi pinjam dari mengambil hadiah atau bentuk manfaat keuntungan dari pinjaman, dan menisbahkan kepada amalan riba. Namun yang menjadi kepelikan kepada kita ialah tindakan pihak PTPTN untuk mendapatkan 3% lebihan bayaran untuk kocek mereka beralasan untuk Caj perkhidmatan.
Caj PTPTN – Helah Untuk Muamalah Riba 
Seperti yang diterangkan di atas bahawa dalam sistem kapitalis, pinjaman merupakan alat perniagaan itulah pandangan hidup kapitalis yang jelas tentang permasalahan ini. Namun bila ada pihak cuba untuk menghalalkan perniagaan ini dengan nama Islam, iaitu mereka terpaksa mereka-reka dan mencipta helah untuk mengambil keuntungan (atau membuat perniagaan dengan hutang), maka terkial-kial mencipta perkara baru dan fatwa baru supaya sistem kapitalis tetap berjalan tetapi dengan disaluti dengan Fatwa Islam. Sedangkan Islam mengharamkan helah, berasaskan dalil umum, tambahan ada muwatha’ kesepakatan untuk melakukan aqad yang ditegah ini. Perlu diperjelaskan bahawa Helah Riba ini diharamkan kerana sebenarnya mereka bersepakat untuk mengambil lebihan dari pinjaman (riba) dan dengan cara yang tidak nampak, berasaskan kaedah syarak, al-wasilatu ila haram, haram (jalan membawa kepada benda yang haram adalah haram). Sebagaimana hadis dari Ubadah bin Shamit, berkata Rasulullah saw, “Sesungguhnya sebahagian dari Umatku menghalalkan arak dengan cara menamakannya dengan namanya tersendiri” [HR Ahmad] dan dalam riwayat lain “menamakannya dengan nama lain”[Nizhamul Iqtisad, ms 261]. Penjenamaan Caj Perkhidmatan dan lain-lain nama adalah salah satu cara untuk menjenamakan semula Riba Nasiah yang diharamkan oleh Syarak.
Kesimpulannya
Permasalahan PTPTN ini adalah satu dari masalah yang muncul apabila manusia menjadikan ideologi kapitalis sebagai hukum-hakam kehidupan. Ini kerana dalam sistem kapitalisme yang memandang bahawa semua perkara boleh diperdagangkan dengan wang ringgit termasuk harga diri. Dalam Aspek pendidikan ini kita boleh melihat
1) Pendidikan telah menjadi perniagaan dalam Sistem Kapitalisme, jadi kos pendidikan menjadi tanggung jawab individu dan ibu bapa. Ini menyebabkan pelajar terpaksa meminjam wang untuk membiayai pendidikan mereka. Walhal pendidikan sepatutnya menjadi tanggung jawab negara.
2) Wujudnya pemikiran untuk mengaut keuntungan dari pihak tertentu yang menubuhkan PTPTN, yang mana berhasrat mengambil riba dalam perspektif kapitalis kemudian dinamakan dengan Caj Perkhidmatan supaya menjadi halal mengikut perspektif Islam (Helah Riba).
3) Pemberian fatwa yang agak mengelirukan dan bercanggah dalam kenyataannya di antara satu sama lain, dan tidak ada kejelasan dari segi akadnya, hanya menjadikan Islam sebagai alat menempel, bukan satu sistem yang berlainan dengan sistem yang ada.
Isu Caj ini adalah simptom dari sistem kapitalis dan pemikiran kapitalis, yang dianuti oleh masyarakat, ulama dan cendekiawan itu sendiri, itu masalah sebenarnya. Insya Allah isu PTPTN ini tidak muncul kerana pembiayaan pendidikan adalah tanggung jawab negara, dan pinjaman ribawi pastinya diharamkan, dalam sistem Islam sebenar, iaitu sistem Khilafah. Semoga tulisan ini memberi panduan kepada penuntut-penuntuk sekelian.sumber : www.mykhilafah.com

1400 Tahun Yang Lalu : Benang Putih dari benang hitam.


1400 Tahun Yang Lalu : Benang Putih dari benang hitam.


Oleh : M.I.A./Imran Haaz

Bismillahir Rahmanir Raheem.. Ini merupakan sebuah siri penulisan yang tidak bersambung tetapi bakal menggunakan tajuk yang sama untuk permulaannya. Tujuannya tidak lain hanyalah berkongsi pengetahuan dengan para sahabat tentang kehebatan Islam terutamanya al Qur’an sebagai wahyu sepanjang zaman dan sentiasa mendahului zaman.

Saya mahu menulis perkara ini seringkas mungkin supaya dapat memberi ruang kepada para sahabat pengunjung menggunakan keupayaan minda untuk meneroka pengetahuan-pengetahuan ini mengikut keupayaan masing-masing dan tidak terlalu dibentuk dengan cara bagaimana saya berfikir. Setiap manusia diberikan Allah keupayaan masing-masing yang hebat. Ia cuma perlu dibangkitkan melalui stimulasi sekadar perlu, kecuali untuk perkara-perkara yang perlu diperjelaskan secara mendalam.


Benang Putih sebagai indikasi terbitnya Fajar
Saya mengambil cuti selama 2 hari bagi membolehkan saya mempunyai ruang bernafas dari kesibukan tugas dan segala jadual perkara yang perlu saya penuhi minggu ini. Kelapangan ini membolehkan saya menghabiskan pembacaan beberapa majalah dan buku yang telah saya jadualkan perlu dihabiskan sebelum masuk bulan Oktober. Saya juga sedang keras berusaha menyiapkan Perj Tu de Nu serta dua buah buku yang saya jadualkan terbit sebelum projek besar Perj Tu de Nu tersebut.

Pulang ke rumah mertua bagi membolehkan isteri saya menghabiskan masa bersama keluarganya selama 2 hari. Menghabiskan ruang masa lapang dengan menghabiskan pembacaan beberapa majalah dan buku serta menyiapkan beberapa penulisan yang tertangguh, tiba-tiba perhatian serta seluruh penumpuan indera saya tersentak apabila melihat sekeping gambar yang dimuatkan di dalam majalah National Geographic keluaran September 2011.


                                                                                              
Murray Fredericks, seorang jurugambar professional dan begitu komited dengan obsesi terhadap keindahan teknik fotografi lanskap yang ‘ketiadaan lanskap’. Dia gemar kembali memilih Tasik Eyre di Australia sebagai lokasi bagi dia mengambil gambar-gambar ufuk dalam pelbagai sela masa bagi menggambarkan keindahan yang selama ini terselindung dari pemerhatian ramai manusia. Dia berseorangan di gurun tersebut bagi membolehkan semua imej-imej indah tersebut dapat dirakam.

Tetapi satu perkara yang Murray Frederiks tidak perasan bahawa hasil kerjanya itu membuktikan sebuah kebenaran yang telah sekian lama terpendam. Fotonya yang dimuatkan pada muka surat 20 membuatkan saya segera teringat kepada sebuah ayat Allah yang dimuatkan di dalam surah al Baqarah ayat 187.

187. Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamupun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri'tikaf dalam mesjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertakwa. 

Lebih 1400 tahun yang lalu, ketika ayat ini diwahyukan, seorang sahabat nabi yang pernah memeluk agama nasrani sebelum Islam, cuba memahami ayat ini secara literal. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, bahawa Hatim at-Thai, seorang muslim yang taat dan setia, ketika dibawakan kepadanya pengetahuan berkenaan ayat ini, beliau melakukan satu eksperimen. Beliau meletakkan sehelai benang putih dan sehelai benang hitam di atas sebuah lapik tidur. Beliau memerhatikan kedua-dua benang tersebut. Selagi tiada perbezaan kelihatan antara keduanya, beliau masih lagi makan sahur. Hanya ketika beliau dapat melihat beza warna kedua benang tersebut, barulah beliau berhenti makan. Lalu dia berjumpa Rasulullah s.a.w. untuk memberitahu baginda berkenaan perbuatannya. Mendengar penjelasan Hatim, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum menerangkan kepadanya, lapik tidur tempat di mana Hati letakkan benang-benang tersebut amat luas. Apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan benang putih tersebut ialah merah fajar tanda hari telah siang dan benang hitam itu ialah gelap malam yang telah ditinggalkan.



Foto di atas adalah sebuah snapshot gambar mukasurat majalah tersebut yang memuatkan gambar ufuk dan ‘benang putih’ yang saya maksudkan. Oleh kerana ia melibatkan hakcipta, untuk melihat gambar sebenar tersebut dengan lebih jelas, para sahabat bolehlah mengunjungi laman web berikut yang memuatkan secara rasmi foto yang dimaksudkan. Klik link di bawah ini untuk melihat imej apa yang dikatakan ‘benang putih’ sebagaimana yang disebut Allah di dalam al Baqarah ayat 187.


Jelas kini, bahawa apa yang dimaksudkan oleh ayat 187 surah al Baqarah tersebut sebagai munculnya ‘benang putih’ bagi menandakan terbitnya fajar, perkara tersebut benar-benar ada dan hanya dapat dibuktikan setelah manusia mampu menguasai teknik fotografi yang semakin hebat di zaman ini. 

Subhanallah… benarlah al Qur’an ini wahyu dari Allah dan benarlah ia mukjizat sepanjang zaman. Rupa-rupanya apa yang dikatakan ‘benang putih’ itu sebenar-benarnya wujud dan kewujudannya hanya dapat dibuktikan dengan perkembangan teknologi manusia selepas 1400 tahun lamanya ianya disebut di dalam al Qur’an. Jika dahulu semasa saya belajar tafsir al Qur’an, tuan-tuan guru menyatakan ianya merupakan sebuah perumpamaan kepada perbezaan antara langit ketika fajar muncul, kini semuanya terbukti apa yang disebut Allah itu benar-benar ada. Garisan halus itu benar-benar jelas ternampak di dalam foto Murray Frederiks seperti di dalam link di atas. Mana mungkin Muhammad s.a.w. memiliki pengetahuan-pengetahuan sebegini advance jika tiada perhubungan dengan ilmu-ilmu dari Tuhan yang menciptakan seluruh alam ini.

Tetapi malang seribu kali malang, apabila segala pengetahuan yang hebat dan terlampau hebat mendahului zaman di dalam al Qur’an ini terbiar begitu saja kerana rata-rata muslim tidak lagi memberi perhatian serius dan berat dalam membuat kajian terhadap rahsia-rahsia dan segala perkara yang disebut di dalam al Qur’an.

Di mana pula muslim ketika hampir seluruh perkara yang dikaji dan diteroka dunia barat kini, satu persatu daripada apa yang mereka kaji semakin lama semakin membuktikan segala apa yang disebut Allah di dalam al Qur’an itu benar belaka? Oh.. melihat keadaan sekeliling kita, barulah saya faham kenapa dengan rizab pengetahuan yang hebat, luas dan mendahului pencapaian zaman tersimpan di dalam kitab yang berada di dalam setiap rumah orang-orang Islam, kita masih lagi terhegeh-hegeh mengemis pengetahuan kepada daya usaha serta keringat pihak barat bagi membolehkan kita merasa nikmat berbangga-bangga dengan kitab yang kita mengaku secara kosong bahawa kita beriman dengannya.


Kitab yang selama ini kita anggap ia tidak lebih dari hantaran sebuah perkahwinan, majlis khatam, hiasan eksotik di dalam rumah-rumah orang berada, digunakan bagi  tujuan sumpah, digunakan hanya ketika diganggu hantu dan syaitan, kitab yang kita gunakan untuk jampi serapah ketika membelek diri dan wajah yang semakin berkedut dan tidak lagi cantik, kitab yang digunakan bagi tujuan menggunakan ia sebagai ‘peguambela’ bagi menghalalkan kebobrokan politikus berimej warak tetapi pada hakikatnya zombie wahan yang rakus sanjungan kita serta menggunakan kitab tersebut sebagai peguamcara bagi meng ‘ahlineraka’ kan mereka yang tidak bersama dengan kita. 


Begitu sempit kita menghalau al Qur’an ke satu sudut yang tidak langsung produktif malah menghancurkan kekuatan kita sebagai umat Islam. Lebih malang lagi apabila kita hidup di dalam zaman di mana para ahli kitab dari kalangan muslim telah kembali memegang urusan agama kita. Mereka-mereka inilah yang mencampakkan kita dan segala kemampuan kita yang sepatutnya hebat ke zaman gelap. Percayalah, dengan keadaan ini, kita sedang menjemput Isa datang dengan lebih lekas. Persoalannya, sampai bila kita mahu menganggap al Qur’an itu hanya sekadar kitab dan bukan panduan untuk diikuti serta gedung pengetahuan yang berisi rahsia-rahsia kehebatan yang terlalu luas yang masih belum dibongkar? 


Tanyakan kepada diri kita sendiri, sudahkah kita memahami al Qur’an yang menjadi tiang penegak diri kita sebagai muslim sepenuhnya? Atau apakah kita akan terus selesa menjadikannya hanya sebagai sebuah ritual pembacaan yang dilakukan bagi mengejar pahala tetapi tidak pada objektif utama al Qur’an itu diturunkan sebagai panduan? Semoga kita semua cepat sedar akan segala bentuk kerugian yang sedang kita alami sekarang ini kerana kita begitu lengah dan bersikap sambil lewa. Banyak lagi rahsia al Qur’an yang mahu saya kongsi di sini. Saya akan cuba mencari ruang masa supaya pengetahuan itu semua tidak hilang dan dapat dikongsi. InsyaAllah.


© 2011 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Anda mungkin juga meminati:

Perkongsian: Saya Perlukan Teman Wanita


Langit Ilahi Rotating Header Image

Perkongsian: Saya Perlukan Teman Wanita

Perlukan teman? Sudah bersedia menampungnya ke syurga? Sudah berusaha untuk bersamanya membina dunia? ~ picture by aglayan-agac of Deviant Art
Perlukan teman? Sudah bersedia menampungnya ke syurga? Sudah berusaha untuk bersamanya membina dunia? ~ picture by aglayan-agac of Deviant Art
Saya terfikir sesuatu.
Ini boleh dikatakan idea lama yang saya baharukan.
Sengaja mencari kelainan.
Bagaimana agaknya kalau jiwa meronta mencari teman? Namun sejauh manakah dia meletakkan akalnya di atas neraca keimanan di tengah kegelisahan?
Satu perkara menarik, untuk diberikan pandangan.
Saya perlukan teman wanita, maka di manakah penyelesaian?
Rontaan jiwa
Aku perlukan teman wanita.
Aku rasa sunyi. Aku rasa sepi. Aku mahu ada teman yang ada di sisi. Yang boleh diajak berkongsi itu ini. Yang sentiasa ada ketika aku memerlukannya. Yang mencari aku ketika dia pula yang memerlu.
Aku ingin ada teman, yang sentiasa tersenyum dengan senyumanku. Yang berkongsi air mataku. Yang mendamaikan jiwa laraku. Yang menghapuskan gelisah hatiku.
Badai hati tidak terkata. Gelora jiwa sangat terasa. Sukarnya hidup berseorangan sahaja. Kala cabaran-cabaran datang menerpa. Mungkin sahaja diri akan tumbang. Seandai teman di sisi tiada.
Rasa diri ini sudah besar.
Rasa diri ini perlukan teman.
Cinta membuak-buak. Syara’ perlu dijaga. Maka aku inginkan teman. Biar diri tidak tercela.
Resah, gelisah, berpusing-pusing payah.
Siapakah yang mendengar suara hatiku?
Bantulah aku!
Muhasabah hati
Pause.
Wahai jiwa yang meronta. Aku hati memahami. Kondisimu yang tersepit ini aku juga merasai. Tetapi bukankah lebih baik kau tidak menyempit diri. Pandanglah dengan keluasan, apa kau telah bergerak dengan kesediaan?
Kau kata perlu teman. Apakah atas dasar nafsu atau memenuhi tanggungjawab Tuhan?
Kau bicara kau perlukan teman, mengisi kekosongan hidup dan membuang kelaraan. Tetapi apakah kau telah bersedia mempersiapkan diri untuk membawanya ke syurga, dan dari neraka menjauhkan?
Kau bising akan kesunyian, kesepian, itu aku memahami. Resah gelora gelisahmu itu bukan satu tipuan, itu aku tahu.
Cuma, dalam ketergesaanmu menuruti jejak kegelisahanmu itu, bukankah sepatutnya kau memandang dengan keluasan.
Bukanlah menjemput teman wanitamu itu, sekadar menyelesaikan masalahmu.
Tetapi ia juga menjemput banyak masalah dan tanggungjawab baru.
Memimpin manusia ke syurga, menjadi contoh 24 jam tanpa wujud kerehatan, mencari nafkah membina keluarga, mentarbiyah teman wanitamu itu ke jalanNya. Dan banyak lagi yang mungkin kau tidak terfikir dan jangka.
Apa, kau fikir dengan wujud teman wanitmu di sisi, maka hidupmu telah berakhir?
Tambah sedih kalau kau inginkan teman wanita dengan cara yang illegal di sisi Allah SWT.
Kadang-kadang kita lupa
Play.
Kadangkala, kita lupa akan tanggungjawab.
Berkahwin atas dasar nafsu semata memang akan wujud kerapuhan. Walaupun mungkin jalan yang diambil adalah syara’. Asas binaan terhadap rumah tangga bukan hanya perkara-perkara teknikal semata. Tetapi juga niat dan matlamat, kefahaman da kejelasan apakah erti membina keluarga.
Ramai orang menterjemah nafsu. Pada saya, hendakkan teman itu sahaja sudah satu nafsu. Tidak semestinya seks sahaja dikategorikan di dalam nafsu.
Ramai orang menterjemah kerapuhan rumah tangga. Pada saya, tidak mendidik anak dengan baik ke arah Islam, atau tidak berusaha membawa keluarga menjadi hamba yang diredhaiNya, itu sahaja sudah satu kerapuhan rumah tangga. Tidak semestinya perceraian atau pergaduhan suami isteri sahaja dinamakan kerapuhan rumah tangga.
Perkahwinan yang baik, rumah tangga yang baik, adalah apabila seseorang itu memahami apakah tujuan rumah tangga itu dibina, dan apakah sumbangan sebuah rumah tangga kepada ummah. Di sinilah dia akan melihat betapa tanggungjawabnya, lebih besar dari nafsunya. Di situlah, nafsunya akan dikekang kuat, agar dia sekurang-kurangnya berusaha untuk bersedia memikul tanggungjawab tadi.
Perkahwinan, rumah tangga, bukan isu personal sebenarnya. Ia adalah isu ummah. Batu-bata ummah adalah rumah tangga-rumah tangga. Sekiranya institusi rumah tangga ini hancur, maka rapuhlah ummah. Dan hakikat bahawa batu-bata bagi rumah tangga pula adalah individu, bukan boleh dielakkan. Justeru individu perlu memerhatikan perkara ini dengan serius. Kerana hal ini adalah tanggungjawab.
Bukan hanya tahu melayan gelora jiwa. Bukan hanya pandai berasa hati.
Penutup: Bukan isu menunggu sempurna. Isu merasa tanggungjawab dan berusaha
Kalau nak tunggu sempurna, memang sampai ke sudah kita tak akan berkahwin. Atau yang berkahwin silap haribulan akan rasa nak ceraikan pasangannya sahaja.
Manusia, memang tak akan sempurna. Berulang kali saya ingatkan.
Tetapi manusia boleh berusaha untuk bergerak ke arah kesempurnaan. Sekurang-kurangnya, jika dia tidak menjadi sempurna pun, dia adalah hampir kepada sempurna.
Apa yang cuba dihighlightkan di dalam artikel ini adalah ‘tanggungjawab’.
Kadangkala remaja gelora jiwanya besar. Tahu nak kahwin aja. Perancangan tak ada. Kefahaman tak ada. Rasa tanggungjawabnya rendah. Disiplin diri tidak dibina. Peribadi tak dilatih. Akhirnya yang terlahir hanyalah rumah tangga yang tidak mampu menyumbang secara maksima untuk kegemilangan Islam. Ini sepatutnya diperhatikan dengan serius, jika benar kita hendak mengembalikan Islam sebagai pemerintahan dunia.
Di sinilah bicaranya.
Rasa perlukan Teman Wanita?
Boleh fikir panjang sikit.