Tuesday, September 20, 2011

Sos Yong Tau Foo

Sos Yong Tau Foo

Dscf4278_resize
sedap... sedap... mari try... untuk org yang jauh dari kampung halaman.

Created on : 02-08-2007



679Share


Bahan-bahan ( 1 family )

  • SOS HITAM:
  • 560ml air
  • 1 kiub stok bilis
  • 1 camb kicap pekat/hitam
  • 2 camb sos kacang hitam ( OR taucu )
  • 1 camb sos hoisin
  • 2 camb gula pasir
  • 1/8 camt serbuk rempah lima
  • garam secukupnya
  • 3 camb air, dicampur 1½ camb tepung jagung (atau ikut kepekatan tersendiri)
  • SOS CILI:
  • 8 biji cili merah, dibuang biji
  • 2 camt bijan goreng/bakar
  • 100ml cuka
  • 2 camb sos plam
  • 3 camb gula
  • garam secukupnya

Cara-cara

  1. SOS HITAM YONG TAU FOO:
  2. Jerang air, stok bilis, kicap pekat, sos kacang hitam, sos hoisin, gula pasir dan serbuk rempah lima di atas api perlahan. Kacau hingga mendidih, masukkan campuran tepung masak. Kacau tanpa henti selama 2-3 minit lagi atau hingga pekat.
  3. SOS CILI YONG TAU FU:
  4. Kisar cili dan bijan hingga halus. Jerang cuka di atas api perlahan. Masukkan bahan kisar dan semua bahan lain, ketepikan dari api, biar sejuk
  5. note : garam & gula - ikut selera
  6. note: kalau nak buat 1 sos saja, Sos Hitam Pedas, tambahkan cili boh ke dalam (step 2) mengikut kepedasan masing2 dan sedikit cuka.
  7. Dscf4306_resize
    Sos Hoisin & Plum sauce yg kat Ireland. Msia & other country maybe brand yg berbeza.

No comments:

Post a Comment