Monday, February 7, 2011

Ailubbiu lah...

" PANNGGGG!" Penampar Haji Samad hinggap ke pipi anak gadisnya

" Anak tak guna! Mana aku nak letak muka aku? Kalau akutahu kau nak jadi macam ni, baik aku cekik masa kecil dulu. Betina tak tau malu!" dengus Lebai Samad. Dadanya turun naik dengan amarah yang membara. Kata kata lancang dari mulutnya cuma mengundang esakkan yang makin menjadi jadi dari anak gadisnya, Suhana.

" Maafkan Hana , Abah. Abang Ariff dah janji, dia akan bertanggungjawab...." sedu mengiringi kata kata Suhana. Gadis cantik itu duduk terpelosok di belakang kerusi .

" Berapa kali aku nak kata? Aku tak mau dengar nama budak keparat tu lagi! Dari dulu aku tak suka kau kawan dengan anak si Seman. Budak tu penagih, pencuri. Tapi kau degil. Sekarang tengok apa dah jadi.Kau mengandung anak si penagih tu!" jerkah Lebai Samad bagai di rasuk.

" Sudah lah tu , bang...."Mak Idah cuba menenangkan suami nya yang berang. " Benda dah jadi, marah pun tak guna."

" Kau diam! Perempuan bangang ! Ikut sangat kata anak awak tu. Aku dah cakap, jangan bagi anak kita kawan dengan si Ariff tu. Ada kau dengar cakap aku? Kau biarkan Hana keluar dengan si Ariff tu sampai jadi macam ni." Lebai Samad meluahkan lahar pada isterinya. Mak Idah cuma mampu mengurut dada dengan mata yang berkaca.


" Fuyah! Isshhh... anak dara ni! Dah berapa kali Mak panggil, tak dengar ke? Kalau tengok TV tu , kalah budak kecil tengok kartun" dengus Mak Yan dengan geram.

Fauziah ni memanglah. Tak ingat duniakalau tengok TV. Lebih lagi kalau drama dan filem Melayu. Lepas gian konon.

" Eh, Mak panggil ke? Fuyah tak dengarlah."Fauziah menoleh ke arah ibunya yang berdiri mencekak pinggang.

Dia tersengih.Kemudian berpaling semula ke drama Sesuci Cinta Suhana lakunan Fasha Sandha dan Aaron Aziz itu. Kacau betullah Mak ni, orang tengah tangkap feel ni. Masabelajar di US dulu dia memang soap opera addict. Sejak balik Malaysia, slotLestary, Akasia, Samarinda, Cerekerama pula jadi habuan.

" Mak dengan Abah nak cakap sikit." Suara Mak Yan meninggi sambil mencapai remote lalu memperlahankan bunyi TV. Fasha Sandha yangteresak esak terus senyap.

" Alaaa... Mak ni. Sikit lagi nak habis" rengek Fauziah. Dia mencapai sebiji cempedak goreng dan mengunyah perlahan. Sodapnyaaaa...crispy outside, soft inside.

" Mak dengan Abah nampak serius jer. Ada apa?" tanyaFauziah.

Dia memerhati wajah bapanya yang nampak letih. Bapanya melipatsuratkhabar Berita Minggu yang sedang di ulangbaca untuk keberapa kali hariitu. Sejak kena serangan jantung sebulan lalu, Pak Fadzil terpaksa membataskan aktiviti nya. Tidak boleh turun ke kebun dan membuat kerja lasak lagi. Kesian Abah, mati kutu agaknya bila seharian terpuruk di rumah.

" Mak Cik Zaidah datang tadi. " Mak Yan membuka bicara sambil menuang teh untuk suaminya.

Fauziah memandang ibunya dengan wajah tak beriak.Mak Cik Zaidah yang tinggal bersebelahan selalu datang ke rumah. Apa yang nak hairan Tangannya mencapai lagi sebiji cempedak goreng.

" Dia ada hajat, er nak pinang... er.. si Acap.. er...dia nak Acap kahwin dengan ..."

" TAK NAK! Eeee... Fuyah tak nak !" Fauziah membeliakkan mata dan menggeleng pantas.

Euww...ngeri lah. Kahwin dengan mamat yang sama sama panjat pokok rambutan, tangkap ikan dalam selut tepi sungai, main polis sentri. Macam tak ada orang lain yang boleh aku buat laki.


"kadang2 allah sembunyikn matahari....Dia dtgkn petir dn kilat...kita tertanya2 kemana hilangnya matahari..rupa2nya allah m'berikan kita pelangi !!"
 
 
 
" Eh, budak ni ! Makcik Zaidah nak pinang Wani, bukan awak" selar Pak Fadzil. Matanya mencerun memandang Fauziah.

"OH....." balas Fauziah sepatah. Alamak, perasan sungguh aku ni. Malu nyaaa.. .. Dia tersipu sipu.

"Habis tu , kenapa Mak dengan Abah tanya Fuyah?Tanyalah Wani sendiri"

" Bukan apa, awak tua dari Wani. Dulu Fuyah kawan rapat dengan Acap. Mak takut awak rasa kecil hati. Tahu sajalah, mulut saudara kita dengan orang orang kampung ni" jelas Mak Yan.

" Eh.. kenapa pula nak kecil hati? Bukannya Fuyah bercinta dengan Acap, berjanji sehidup semati, You jump,I jump bagai. Kami rapat sebab sebaya, satu kelas di sekolah. Itu saja. Fuyah pun dah lama tak jumpa Acap.Dah lost contact. Biarlah dia kawin dengan Wani, Fuyah tak kisah. Jangan risau pasal langkah tunggul" selamba jawapan nya.

Namun dalam hatinya terbesit rasa kecewa.Kenapa Mak Cik Zakiah tak pilih aku? Huk eleh... ego nya aku. Bukan aku nak siAcap tu pun. Tapi syok juga kalau mak dia pinang aku, pastu aku tolak.... kehkeh keh! Revenge time....

" Bukan langkah tunggul lah. Langkah bendul. Mak Cik Zaidah suka kat Fuyah tapi awak tu belajar tinggi. Fuyah boleh cari duit sendiri, boleh berdikari. Wani tu belajar pun malas, kerja pun macam nak tak nak saja. Kesian pula mak tengok.Lagipun Acap lagi suka kalau isteri dia tak kerja" jelas Mak Yan.

Jangan pula anak perempuan kedua dia ni ingat dia pilih kasih. Walhal dia faham sangat perangai Fuyah yang keras hati dan kuat semangat. Cita citanya tinggi. Tak mungkin dia nak duduk rumah jaga makan minum suami. Lagipun inilah satu satu anaknya yang dapat menjejak kaki ke university. Harapan Mak Yan dan Pak Fadzil moga moga Fauziah dapat menjaga mereka nanti.

" Huh... dah agak dah. Male chauvinist! Nak bini cantik, duduk di rumah, layan dia macam Raja." gumam Fauziah dalam hati.

" Wani setuju tak?" tanya Fauziah.

Tak mungkin adiknya menolak.Wani ala ala Perempuan Melayu Terakhir. Pandai masak, menjahit, lemah lembut, mendengar kata.... semua ciri yang aku tak ada. Sesuai benarlah jadi permaisuri si Acap.

"Mesti dia setuju. " kata Pak Fadzil dengan tenang.

Abah pasti gembira; dapat menantu bijak lulusan university luar negara.Jurutera Petronas pula. Tolak tepi perangai macam anak jin dan rupa macam...er... no komen, tak baik kutuk ciptaan Tuhan.

" Fuyah dah fikirkan pasal tawaran kerja dengan anak kawan Uncle Farid? Nak terima ke tidak? Baik awak bagi tahu cepat. Takut dia cari orang lain " Pak Fadzil mengubah topik.
Fauziah mengangguk.

" Fuyah terima jerlah. Semua tempat lain yang Fuyah minta tak ada jawapan pun. Nanti Fuyah telefon Uncle Farid malam ini"

Dia akur, kegawatan ekonomi membataskan peluang pekerjaan. Sudah berpuluh permohonan dihantar, satu pun tak berbalas. Dia semakin buntu bila sudah dua bulan melangut di rumah. Walaupun kerja yangdi tawarkan ialah sebagai Eksekutif Akaun dan Pentadbiran di sebuah syarikat kecil, tapi lebih baik dari tanam anggur. Anything is better than nothing. Takdelah aku menghabeh boreh sambil melebarkan pinggang yang ramping .....


Bab 2

Sejak awal pagi lagi suasana rumah Pak Fadzil dan Mak Yan sudah riuh. Apa taknya, hari ini hari pertunangan anak bungsu mereka, Shazwani . Anak pinak dan saudara mara terdekat sudah berkumpul sejak semalam. Walaupun cuma majlis pertunangan, tapi persiapan mestilah rapi. Mak Yan terkenal di Kampung Bidara kerana kepakarannya menggubah hantaran, bunga telur dan menghias pelamin. Macam wedding planner kampung lah gitu.

Fauziah membantu abang iparnya menghampar permaidani di ruang tamu yang lapang. Kerusi meja sudah di pindahkan ke beranda. Kemudian Fauziah bergegas ke dapur untuk menyiapkan sajian untuk tetamu. Tidak ramai yang di jemput, lebih kurang 30 orang. Kesemua nya saudara dan jiran tetangga.

" Fuyah, kau tak terasa kah? Adik kau bertunang dulu? Dengan ex boyfriend kau pula tu?" soal Adila dengan senyum sinis.

Gadis itu memang terkenal dengan mulut laser yang setanding dengan ibunya Mak Cik Ijah. Macam gandingan Mami Jarum dan Mami Jarum Junior, cuma mereka bukan keturunan Mami Penang.

" Nak terasa apa pula? Dah jodoh dia. And tolong sikit, mamat tu bukan ex boyfriend aku, okay? " getus Fauziah .

Memang sudah di agak, dia akan di asak dengan berbagai soalan, sindiran, perli dan lain lain yang sewaktu dengannya. Macam lah aku kemaruk sangat nak kahwin. Lebih lagi dengan si Acap anak jin tanah, merangkap sparring partner aku sejak kecil. Eeee... tak sanggup! Fauziah terus memotong agar agar santan dengan teliti. Kalau tak sama saiz, mati aku Mak kerjakan. Di aturnya dalam piring, 6 keping setiap piring.

" Alaaa... satu kampung dah tahu. Masa sekolah dulu, kau dengan dia kan .. ahem ahem" Adila merapatkan kedua jari telunjuknya. Tak puas hati dengan reaksi Fauziah yang bersahaja.

" Ahem .. ahem? Apa benda tu? Please lah. Aku dengan dia musuh ketat dulu, takkan nak jadi musuh dalam selimut pula? Yang kau tu apasal sibuk sangat. Entah entah kau yang jeles dengan Wani tak? Yalah, kau tu apa kurang nya. Rupa macam Erra pajirot, anak orang kaya pula tu. Memang padan dengan Acap, kan ..... kan ?" Fauziah melontar missile kepada Adila yang mula terkulat kulat.

Yeah... kena tepat pada sasaran. Dia ketawa kecil bila Adila mendengus terus pantas mengangkat kaki. Haa... dah kalah dengan aku, pergi mencari mangsa lain pula lah tu. Tak koser betul.

" Fuyah, dah siap potong agar agar? Cepat atur dalam pinggan , lepas tu letak dalam peti ais. Awak dah mandi belum? " Kak Long bersuara bila melihat adiknya yang masih dengan T shirt lusuh dan berkain batik.

" Belum lah. Mana sempat? Si Wani tu berjam jam dalam bilik air. Tengah mandi lulur dengan mandi susu kot. Tak habis lagi daki yang nak di tanggal . Tak pun mandi wajib" canda Fauziah.

" Hamboi..mulut! Suruh Wani siap cepat. Pihak lelaki dah nak sampai sejam lagi. Nanti kelam kabut pula" Kak Long yang sarat mengandung memberi arahan.

Kak Long dengan Abang Lokman memang produktif. Kahwin 5 tahun, anak dah nak masuk tiga orang. Power root jugak abang ipar aku tu, desis Fauziah dalam hati. Fauziah mengesat tangan nya yang basah dan masuk ke bilik. Mak Yan yang sibuk mengatur dulang hantaran memandangnya dengan mata yang agak sayu. Yalah, Fauziah macam tak ambil kisah yang adiknya di pinang dulu tapi dalam hati siapa yang tahu...

Bengang nya aku! Bukan sebab Wani nak kawin dengan Acap, tapi....


tapi.... sebab semua orang pandang aku dengan simpati. Mulut mulut orang kampung pula bersosek sosek, pot pet pot pet. Macamlah aku ni tak laku. Ramai pula yang nak carikan aku calon calon suami yang sesuai. Hoi... aku muda lagi lah. Tensionnya! Bebel Fauziah sendirian sambil menyarungkan baju kurung biru cair dengan kain tenun bercorak jalur putih -biru- hitam.

Wani sedang di mekapkan oleh Kak Fizah, sepupu mereka. Wajah Wani yang putih gebu nampak berseri dengan solekan tipis. Rambut Wani yang panjang dan ikal di sanggulkan. Selendang merah jambu senada dengan baju kebaya labuh Wani melengkapkan riasnya.

" Wah... cantik nya kau Wani" puji Fauziah dengan ikhlas.

Wani tersenyum puas melihat wajahnya dalam cermin. Dia memusing ke kiri dan kanan sambil menahan nafas. Baju nya di tarik sedikit.

" Wani nampak gemuklah. Orang dah pesan dah kat tailor hari tu, jangan buat ketat." omel nya dengan cebikan. Dia mengerling pada kakaknya yang bertubuh kecil molek berbanding dirinya yang agak montok. Dengusan terletus dari bibirnya. Benci! Orang selalu ingat Kak Fuyah lagi muda dari aku. Tapi tak apa... aku juga yang laku. Dapat jejaka idaman Kampung Bidara lagi.

" Ok dah tu. Tak nampak gemuk pun. " pujuk Fauziah untuk menyedapkan hati adiknya.

Mana tak gemuk, Wani yang muda dua tahun darinya bekerja sebagai guru tadika. Budak budak makan dia pun makan sama. Balik rumah makan lagi. Macam mana tak jadi macam ikan buntal...hehe...sempat lagi Futah mengutuk dalam hati

" Tak sangka jodoh aku secepat ini, kan ? Dengan Acap pula tu" Wani duduk di birai katil sambil menghulurkan tangan. Kemudian menundukkan kepala dan bersalam dengan angin. Fauziah tersengih melihat adiknya yang tengah prektis upacara menyarung cincin.

" Tak sangka pula Acap tu jadi adik ipar aku. Best sangat! Boleh aku buli dia cukup cukup" acah Fauziah.

" Kakak ni tak baik tau. Acap sekarang dah berubah. Gentleman sangat, bukan macam dulu lagi" pintas Wani.

" Betul tu. Kau dah lama tak tengok Acap. Dia dah hensem sekarang. Dressing pun smart. Bukan macam cicak kubing hitam legam masa sekolah dulu" sampuk Adila yang menjenguk dari pintu bilik.

" Kalau kau jumpa, silap silap kau jatuh hati, Fuyah. "

" Menyibuk betul mami jarum junior ni " getus Fauziah dalam hatinya sambil menjulingkan mata. Belum sempat dia membidas kata kata Adila, sanak saudara pangkat senior citizen mula mara ke dalam bilik.

" Pihak lelaki dah sampai. Kejap lagi nak sarung cincin"

Mak Yan tersenyum lega bila cincin di sarung ke jari manis Wani. Anak bungsunya sudah menjadi tunangan orang. Tempoh pertunangan selama 6 bulan, di persetujui kedua belah pihak. Hantaran bertukar tangan. Tujuh hantaran dari pihak perempuan di balas lima dari pihak lelaki. Ada baju Melayu, sampin, bunga rampai, kek, halwa, cokelat dan buah buahan. Semua di letak dalam dulang warna perak. Berpuluh puluh gambar di ambil untuk kenangan hari yang bersejarah sebelum tetamu di ajak menjamu selera. Mak Yan dan Pak Fadzil sibuk melayan tetamu yang hadir. Acap masih berkursus d luar negara dan tak dapat hadir. Namun kedua keluarga bersyukur yang majlis berjalan lancar. Dari dulu lagi Mak Yan dan Makcik Zaidah bercita cita untuk berbesan memandangkan Makcik Zaidah ada tiga hero, Mak Yan pula ada 3 dara pingitan.

" Fuyah, Makcik doakan Fuyah cepat bertemu jodoh. Jangan kecil hati ya, nak " bisik Makcik Zaidah seraya memeluk erat Fauziah sebelum pihak lelaki pulang.

Fauziah menahan tawa. Macamlah best sangat anak dia tu sampai aku nak kecil hati. Adehhh... sakit perut aku.

" Memang mulanya awak pilihan makcik tapi sebab awak lama sangat belajar kat US tu. Rasanya mesti dah ada buah hati kan?" sambung Makcik Zaidah. Fauziah menempek senyuman di wajah. Apa apa jerlah Makcik woi... janji aku selamat.

-----------------------------------------------------------------------------------

" FUYAH!! Tak habis lagi mengemas pakaian? Cepatlah sikit. Dah lama Uncle Farid tunggu " laung Mak Yan sambil meninjau ke dalam rumah.

Anak dara seorang ni memang degil. Semua pakai sedap kepala dia saja. Kesian adik ipar aku. Tak pernah agaknya Datuk Farid,seorang pegawai tinggi kerajaan kena tunggu orang lain kecuali kalau yang di tunggu itu berpangkat Menteri. Lawan towkay betul si Fuyah ni! Fauziah bergegas keluar dari bilik sambil menjinjit beg besar.

" Sorry, Uncle Farid. Banyak sangat barang, kena susun balik. Kalau tak, tak muat dalam beg. " Fauziah memberi alasan sambil tersengih.

Pak Rahim, pemandu Datuk Farid pantas mencapai beg di tangannya. But kereta sarat dengan beg Fauziah dan buah rambutan dari dusun Pak Fadzil.

" Amboi, besarnya beg. Kalah orang nak pergi Haji" Pak Fadzil menyakat anak nya.

" Iishhh abah ni... orang bawa baju lebih sikit pun nak marah. Nanti kalau tak cukup baju, orang kena beli kat KL. Abah dengan mak juga yang bising. Kata Fuyah boros lah, membazir lah" bidas Fauziah dengan mulut muncung.

" Abang dengan Kak Yan jangan risau. Kalau tak cukup baju, Fuyah boleh pinjam baju Farah. Baju Farah berlambak kat rumah. Dia tinggalkan saja masa pergi UK dulu. " kata Datuk Farid.

Mak dan Abah Fauziah bertukar pandangan terbayangkan baju anak saudara mereka yang tak semenggah. Baju Farah, anak tunggal Datuk Farid sama saiz dengan baju budak 8 tahun. Ketat ya amat , senteng sampai nampak perut. Jeans yang di pakai Farah menayangkan pusatnya, macam nak terlondeh..... Nauzubillah , bisik hati mereka serentak.

"Mak, Abah. Fuyah pergi dulu. Abah jangan lupa makan ubat dan jangan buat kerja berat. Mak, tolong sound sikit kat Abah kalau dia degil" kata Fauziah sambil tersenyum. Saja buat lawak supaya tak sedih sangat.

"Kirim salam kat Kak Long, Abang Man, Wani dengan Mak Cik Zaidah. "

Setelah mencium tangan ibubapanya, Fauziah melemparkan pandangan pada rumah jirannya. Sunyi sepi. Sebaik saja pertunangan Acap dengan Wani langsai , Mak Cik Zaidah terus ke rumah anak perempuannya Kak Jihan. Nak berehat sebab letih dengan persiapan pertunangan , katanya. Menurut Mak Cik Zaidah, Acap terus bekerja dengan Petronas sebaik saja tamat pengajian di Australia. Acap tu walaupun perangai macam setan tapi otak bergeliga. Dia asyik ponteng, suka tidur dalam kelas, tapi dapat 10 A.Tak aci sungguh! Terbayang wajah Acap yang tersengih girang setiap kali berjaya "mengenakan" nya. Tak lama lagi jadi adik ipar aku .... siap kau Acap!

" Acap dengan abang dia Ajib tinggal di Ampang. Tapi Mak lupa nak minta alamat dengan nombor telefon dia orang. Nantilah, kalau Mak jumpa Mak Cik Zaidah, Mak minta. Katanya Acap balik dari Jerman dua minggu lagi. Pergilah jumpa kalau ada masa. Nak jadi saudara awak juga tak lama lagi. "

"Tengoklah macam mana. KL tu besar, Mak. Susah nak cari tempat kalau tak biasa" jawab Fauziah. Eeee..malas nya aku nak jumpa si Acap. Namun ada juga rasa ingin tahu yang memalu tangkai hatinya. Macam mana lah rupa si Acap sekarang sampai menjadi jejaka terhangat di pasaran kampung ini.

" Fuyah, jaga diri baik baik kat sana. Jangan tinggal solat. Kerja elok elok di tempat kerja tu. Jangan malukan Uncle Farid yang tolong recommend awak. " pesan Pak Fadzil sedikit sebak. Baru saja rasanya Fauziah balik ke kampung setelah 3 tahun di US. Sekarang dah nak pergi bekerja di Kuala Lumpur pula. Tak puas lagi lepaskan rindu dengan anaknya yang becok ni.

" Jangan risau, Abang , Kak Yan. Saya dengan Rose akan tengok tengokkan Fuyah. Kita pergi dulu. Assalamualaikum." kata Datuk Farid. Fauziah melambai hingga kelibat kedua orang tua nya sudah tidak kelihatan. Walaupun teruja nak memulakan alam pekerjaan, rasa sayu nak meninggalkan kampung dan pangkuan keluarga. Lebih lebih lagi tak dapat merasa masakan emak yang enak hingga menjilat siku. Tapi Simpang Pulai dengan KL bukannya jauh sangat. Sebulan sekali aku baliklah... no hal punya, dia meredakan resah di hati.


Bab 3

" Assalamualaikum. Apa khabar Auntie Rose? Auntie nampak makin muda lah. Hairstyle Auntie ni lawa" Fauziah memuji ibu saudaranya sebaik saja wanita berusia awal 50an itu membuka pintu.

Senyuman Datin Roslina melebar mendengar kata kata Fauziah , hatinya kembang walaupun hakikatnya dia tidak begitu suka kaum kerabat suaminya . Orang kampung yang kolot. Tak macam keluarga nya yang memang asal orang KL. Tapi si Fauziah ni pandai ambil hati. Rupa pun boleh tahan cantik cuma malas bergaya.

" Auntie sihat. Apa khabar your family? Macam mana pertunangan Wani kelmarin? " Datin Roselina berbasa basi. Bibirnya menipis bila melihat beg besar yang di bawa Fauziah. Berapa lama budak ni nak menumpang di sini?

" Semua okay. Mak dan Abah kirim salam kat Auntie. Fuyah letak beg dulu ya" Fauziah bukan tak tahu yang Auntie Rose tak suka kehadirannya. Ala... jangan takutlah, aku pun bukan nak duduk lama disini. Tak selesa. Macam duduk dalam kedai perabot dan kristal. Silap pusing habis berkecai perhiasan yang memenuhi setiap ruang. Sarat bebenor.

Lagi satu perkara yang membuat Datin Roselina geram.. Fuyah... kampung sangat bunyi nya. Tak ada panggilan lain kah? Panggillah Fuzi ker, Jee ker, Ogy ker. Ni tidak... FUYAH. Sedap lagi nama orang gaji aku, si Bibik Sutri.

" Bestnya!" Fauziah merebahkan diri ke atas katil Queen size dalam bilik tetamu yang luas. Tilam empuk dengan aircon yang dingin membuat matanya berat. Fauziah melingkar macam ular sawa kekenyangan.

Fikiran nya menerawang. Dia cukup berterimakasih pada Uncle Farid kerana mendapatkannya kerja di Tapis Engineering , syarikat kepunyaan anak Datuk Shahrin, kawan rapatnya. Kalau tidak, entah berapa lama lagi aku menganggur. Dia juga pernah mendengar cerita yang Datin Roselina ingin menjodohkan Farah dengan bakal boss nya walaupun Farah tak berkenan langsung dengan si Uzir. Pelik lah orang kaya ni.... dah zaman internet dan 3G pun nak cari jodoh anak. Yang kaya mesti kawin dengan orang kaya juga. Apa apa jer lah, tak ada kena mengena dengan aku..... matanya makin berat.

Selesai makan malam bersama Uncle Farid dan Auntie Rose, Fauziah membantu Bibik Sutri di dapur.

" Sudahlah itu Non. Biar Bibik saja kemas. Tamu seharusnya duduk di depan" tegur Bibik Sutri sebaik saja Fauziah habis membilas pinggan mangkuk.

" Takpelah Bik. Saya bukan tetamu pun. Saya kan selalu ke sini? " tingkah Fauziah sambil mencapai tuala untuk mengeringkan bekas yang telah di cuci.

" Fuyah, jomlah duduk kat luar. Kita makan rambutan" ajak Datuk Farid

Fauziah mengambil tempat duduk di beranda. Dari rumah yang terletak di Bukit Idaman , panorama bandaraya Kuala Lumpur kelihatan indah di terangi lampu bergemerlapan.Bagai bersaing dengan langit yang bertebaran dengan bintang. Malam yang cantik berseri. .

" Fuyah mula kerja hari Isnin kan? Besok nak buat apa? " tanya Datuk Farid

" Emm.. Fuyah nak pergi tengok rumah sewa dengan kawan Fuyah, Alia. Dia kata ada bilik kosong di rumah yang dia tinggal sekarang. Tak jauh dari sini. Di Setiawangsa. " balas nya. Alia rakan karibnya yang satu university di US.

" Kenapa tak tinggal terus di sini saja, Fuyah? Ofis awak tu bukan jauh sangat dari sini. Tak payah naik bas. Pak Rahim boleh hantar. " pintas Datuk Farid. Bibir Datin Roselina menipis bila mendengar pelawaan suaminya. Suka sangat manjakan anak buahnya tu!

" Ala... bagi lah chance Fuyah berdikari. Fuyah nak jugak rasa single girl's life." gurau Fauziah . Dia meneguk teh panas yang di hidangkan Bibik kemudian mengupas sebiji rambutan. Rambutan dari kebun abah memang sedap; manis dan lekang. Isinya tak tersekat di celah gigi macam sesetengah spesis.

" Kalau Fuyah tak seronok tinggal di rumah sewa tu, bila bila masa boleh balik duduk sini. Taklah sunyi sangat rumah ni " pelawa Datuk Farid.

Anak tunggalnya Farah masih di UK. Macam tak nak balik jer anak aku tu. Fauziah mengangguk. Terharu rasanya. Budi Uncle Farid pada keluarganya memang tak terbalas.

" I rasa peninglah. Panas makan rambutan kot" Datin Roselina mengadu sambil memicit dahi. Rimas dengan perbualan suami nya dengan anak buahnya seorang tu. Biarlah budak tu duduk sendiri, dengus nya.

"Uncle dengan Auntie nak naik dulu. Oh ya, drebar Datuk Shahrin nak datang kejap lagi untuk pulangkan kunci apartment di Port Dickson. Fuyah tunggu dia datang ya. " pinta Datuk Farid.

" Jangan lupa kunci pintu dan grill." Datin Roselina memberi arahan sebelum dia dan Datuk Farid beredar ke atas.

Fauziah mengelamun sambil menikmati bayu malam yang nyaman. Apa agaknya Mak , Abah dan Wani tengah buat sekarang? Apa juadah Mak masak untuk makan malam tadi? Rindu rasanya. Issk...isskk.. baru berapa jam aku tinggalkan kampung, dah homesick? Sungguhlah mengada ngada.

Cahaya lampu kereta yang menyilau membuat dia tersentak.

" Siapa tu?"
 
" Siapa tu? Nampak macam kereta Mercedes. Mesti kereta Datuk Shahrin" Fauziah memincingkan mata. Bunyi hon yang kuat menyakitkan telinga. Dia terus menekan butang di tepi pintu untuk membuka pintu gate automatik. Kereta Mercedes CLK Kompressor meluru masuk. Seorang lelaki muda turun dari tempat pemandu.

" Assalamualaikum" Fauziah memberi salam pada lelaki yang memandangnya macam alien.

Apahal? Aku tumbuh tanduk ke? Hensem juga mamat drebar ni walaupun pakai T shirt, seluar Bermuda dan berselipar. Muka iras Zizan Nin. Bibir Fauziah dengan automatis mengukir senyuman.

" Walaikumsalam. Siapa awak?" Tiada berbasa basi, tanpa senyuman.

" Er....masuklah dulu" pelawa Fauziah dengan kekok. Gerun tengok muka lelaki yang tak reti senyum ini. Drebar yang berlagak mengalahkan boss! Tak sedar diri!

" Siapa awak? " ulanginya.

Dahinya berkerut seperti cuba menebak siapa gerangan gadis ini. Nak kata pembantu rumah, gaya cakapnya tak ada lenggok Indonesia. Pakai pyjama bermotif kartun Tweety bird, rambut tocang dua. Perasan comel lah tu...
Berdesing telinga Fauziah mendengar soalannya. Eee...mamat ni. Datang rumah orang, bersopan lah sikit.

" Siapa nak tahu?" balasnya. Tiada lagi senyuman yang di tempek di mukanya.

Muka lelaki itu berubah serta merta. Terkedu. Matanya membulat. Kurang asam punya minah! Dia mendegus. Takkan tak kenal aku? One of KL's most eligible bachelor. Sah ! Minah ni mesti baru turun dari tongkang.

" Awak kenal tak siapa saya?" soalnya dengan angkuh.

Fauziah menggeleng." Maaf , saya tak dapat nak tolong. Awak hilang ingatan kah? Kalau awak tak kenal siapa diri sendiri, saya pun tak kenal. Pergilah ke balai polis, mana tahu kot kot ada orang buat missing person report." Katanya dengan muka tak beriak. Lawak antarabangsa tak?

Lelaki itu tiba tiba tertawa besar. Kena sebijik aku.... Pandai pula minah ni .
Fauziah tidak mengendahkan nya. Dengan selamba dia mengemas meja, mengaup kulit dan biji rambutan ke dalam dulang, menyusun cawan teh. Gasaklah! Berdirilah kat situ, gelak sorang sorang. Mental kot drebar ni! Aku tak kuasa nak layan.

"Bagi ini kat tuan rumah awak. Cakap yang Datuk Shahrin kirim salam." tegas lelaki itu sambil meletak segugus kunci atas meja sebelum melangkah pergi tanpa pamitan.

--------------------------------------------------------------------------
Bau tumisan mencuit hidung Fauziah sebaik saja Alia membuka pintu.

" Sedapnya bau." Ujar Fauziah sambil menjenguk ke sekeliling apartmen yang sederhana luas itu. Set sofa warna krim menghiasi ruang tamu. Meja kopitiam berkerusi empat pula terletak bersebelahan dapur.

" Kak Liza tu memang pandai masak. Itu lagi satu sebab aku suka duduk sini. Jomlah, aku kenalkan kau" Alia menarik lengan Fauziah menuju kea rah dapur. Dapur kecil itu kemas dan teratur. Kak Liza yang kusyuk menggoreng berpaling ke arah mereka.

" Eh, Alia dah balik. Akak tak perasan. Ini mesti Fauziah." sapa Kak Liza dengan mesra. Senyuman yang lebar membuat matanya yang sepet hampir tertutup. Wanita yang berambut kerinting dan berkulit cerah itu membasuh tangan sebelum bersalaman dengan Fauziah.

" Alia, tunjukkan Fauziah bilik kosong tu. Akak nak masak ni. Malam ni kita makan nasi goreng saja ya. Lauk dah habis. Tak sempat nak pergi Giant tadi. Fauziah makan sekali, ya" pelawa Kak Liza

Pintu bilik yang letaknya di sebelah ruang makan di kuak. Biliknya kecil tapi memadailah untuk sebuah katil bujang dan almari baju. Dindingnya siap dengan wallpaper corak biru cair dan putih. Fauziah menjenguk dari tingkap berlangsir biru. Kolam mandi dan taman mini menjadi habuan mata.

" Okay tak bilik ni? Bilik air di sebelah tu kena share dengan aku" tanya Alia " Aku rasa berbaloi untuk sewa RM 120. Kawan aku yang menyewa di blok sebelah bayar RM180 untuk bilik yang sama. Kak Liza jenis yang tak berkira. Apartment ni hadiah dari bapak dia."

Anak orang berada lah rupanya Kak Liza ni, fikir Fauziah. Dia menghitung anggaran perbelanjaan bulanan dalam kepala; gaji bersih RM 1,500, sewa RM 120, bil air & letrik - RM50, makanan, pakaian dan barangan penjagaan diri RM400, bil henfon RM100, tambang bas / teksi RM 80-100. Ok jugaklah, boleh hantar RM 200 sebulan ke kampung. Bakinya kena simpan dalam ASB dan Tabung Haji. Kalau ada rezeki, aku nak beli kereta. Senang kalau nak balik kampung.

" Okay tak?" desak Alia bila melihat Fauziah berfikir panjang. " Pergi kerja kau boleh tumpang aku tapi balik kau pandai pandai sendiri lah sebab aku balik tak tentu masa. Kalau banyak kerja , pukul 8 baru aku sampai rumah" Alia bernasib baik; dia mendapat kerja dengan Ambank di bahagian credit card. Gaji lumayan dan dapat car loan berfaedah rendah.

"Okaylah. Ofis aku pun tak jauh dari sini. Er... Kak Liza tu kerja apa?" tanya Fauziah sambil melabuhkan punggung ke katil. Di henjutkan tubuhnya untuk test keempukan tilam. Best.. pass!

" Dia auditor dengan Price Waterhouse Coopers. Tapi dia pun macam aku juga, kalau time sibuk selalu balik lambat. Kerap juga dia pergi outstation." Alia tiba tiba berbisik" Tapi dia tu pelik sikit; anti lelaki"

Mata Fauziah terbeliak " Ha? Maksud kau dia lesbo? Tak nak lah aku duduk sini. Cari nahas!" desis nya

" Bukanlah, merepek lah kau ni. Kalau dia lesbo kau ingat aku nak duduk sini? Dia tu pernah putus cinta agaknya, lepas tu dia tak nak langsung ada apa apa hubungan dengan lelaki. House rule disini - jangan bawa mana mana lelaki datang. " tegas Alia

" Bapak aku pun tak boleh datang?" duga Fauziah

Alia menggeleng " Bapak, abang, adik lelaki , atuk, semuanya tak boleh. Kalau status bukan muhrim dengan Kak Liza semua tak boleh. Dia allergic. Dulu aku nak kenalkan dia dengan kawan ofis aku pun aku kena marah. Lepas tu aku dah serik nak sebut nama lelaki depan dia"

" Sebut nama lelaki pun tak boleh? Habis tu aku kena panggil penyanyi fevret aku Anura Zainah, Fazilah Tahirah, Marcella..hahaha" Berderai ketawa mereka berdua

" Ha'ah.. pelakun fevret aku pula Rosyimah Nor" sambut Alia. Memang dari zaman student dulu mereka berdua champion lawak bodoh.

Macam ni punya orang pun ada... pelik, pelik. Mesti bad experience yang tak dapat dia lupakan. Anyway, aku tak kisah. Bukannya aku ada pakwe atau kawan lelaki. Kalau bapak aku nak datang KL, dia boleh tumpang rumah Uncle Farid, fikir Fauziah.

" Alia, Fauziah... jemput makan" laungan Kak Liza dari dapur segera menamatkan perbualan mereka.

" Nak Fuyah tolong apa apa ?" soal Fauziah sambil tekun memerhati Kak Liza. Biarlah dia dengan perangai pelik dia, janji tak kacau aku. Lagipun aroma masakan dia buat air liur aku kecur.

" Tolong makan lah. " ucap Kak Liza dengan senyum lebar.

" Gemuklah Fuyah camni. " sengih Fauziah. " Kak Liza, Fuyah setuju nak sewa bilik tu. Besok Fuyah angkat barang ya."

Ok..settle. Tak payah tengok muka cemberut Auntie Rose lagi.Sukanyer aku...bisik Fuyah


-------------------------------------------------------------------------------------

Fauziah melucutkan kasut tinggi bertumit 2 inci sambil menyandarkan tubuhnya ke dinding. Lenguhnya kaki! Jam tangan di pandang sekilas. Sudah pukul 9.10 pagi tapi belum nampak batang hidung seorang pun pekerja Tapis Engineering. Pintu dan grill pejabat masih berkunci. Boss declare cuti ker hari ni?

"Dah dekat setengah jam aku tercegat macam tiang lampu kat sini. Ketiak pun dah berpeluh. Kalau aku tahu, tak adalah aku kelam kabut nak keluar pagi tadi sampai tak sempat nak breakfast. Sekarang perut aku dah pedih.Tapi kalau aku pergi makan pastu boss sampai, apa pula dia kata nanti. Hari pertama dah curi tulang." Dia mengomel sendirian.

"Ting ting"

Fauziah menoleh ke arah lif. Seorang wanita bertudung bergegas keluar sebaik saja pintu lif terbuka.

" Hi. Adik ni mesti staff baru kan? Saya Suria. Sorry terlambat hari ni. Jalan jam." katanya tercungap cungap sambil mengambil segugus kunci dari beg tangan.

" Saya Fauziah. Er... di pejabat ni, pukul berapa mula kerja, kak?" tanya Fauziah sambil mengikut Suria masuk ke dalam. Matanya melingas sekeliling. Dekor berwarna jingga dan putih nampak ceria dan segar.... macam cafe atau restoran makanan segera. Lukisan abstrak menghiasi dinding. Citarasa boss Tapis ni boleh tahan juga.

Suria tersengih" Pukul 9. Tapi boss tak ada hari ni. Faham faham sajalah. Lagipun ramai jurutera pergi ke project site. Kita kat sini flexible, tak ada punch card semua tu. Dress code pun tak ada, janji tak terlalu sempoi atau sexy. "

" Okay. Saya tak pasti nak pakai apa. Takut nanti selekeh sangat. Tapi sekarang nampak macam nak pergi kenduri pula" Fauziah tergelak kecil sambil memandang baju kurung ditubuhnya.

"Ha... itu dia Encik Roslan dah sampai. Dia Pengurus Kanan. Kalau boss kita Encik Uzir tu tak ada, Encik Roslan yang in charge"

Fauziah melihat kelibat seorang lelaki yang agak berumur menuju ke bilik hujung. Staff yang lain juga mula sampai, masing masing menjenguk dan jeling menjeling kearahnya. Macam aku ni alien pula. Korek biji mata baru tahu!

" Berapa orang pekerja di sini?"

" Tak ramai, 12 orang saja. Fauziah akan ganti tempat akak. Kesemua pekerja disini lelaki kecuali awak, Ain dan Celine. Jaga jaga Fauziah, awak mesti jadi rebutan. Boss kita pun bujang lagi" Kak Suria berlelucon.

Fauziah cuma senyum. Banyak kisah Uzir Hanafi Datuk Shahrin sudah di ceritakan oleh sepupunya Farah. Pasti aku selamat. Taste boss tu model, artis,pramugari, socialite dan spesis yang serumpun. Minah kampung macam aku ni dia tak pandang sebelah mata lah.

" Jom , kita jumpa Pak Lan. Lepas itu akak kenalkan pada staff lain"

" Pak Lan, ini staff baru kita." Suria memperkenalkannya pada Pengurus Kanan. Fail peribadi Fauziah di letak di atas meja. Kening Fauziah terjungkit . Pak Lan? Encik Roslan ni bersaudara dengan Kak Suria ke?

" Selamat Pagi Encik Roslan" sapa Fauziah penuh hormat.

"Apa khabar, er.. Fauziah Mohd Fadzil." Sapa Encik Roslan sambil meneliti butir peribadi Fauziah. Umur 23 tahun.Lulusan Pengurusan Perniagaan dari Ohio University , CGPA 3.6. Baru tamat pengajian 2 bulan lalu. Asal dari Simpang Pulai, Perak.

" Khabar baik , tuan" balas Fauziah , terus menundukkan mata. Kena control ayu , beb. Pakcik ni nampak macam alim jer dengan janggut sejemput.

" Tak payah panggil saya tuan. Panggil saja Roslan atau Pak Lan. Di Tapis Engineering ni kita macam keluarga. Saya yang paling tua di sini." Roslan merenung gadis manis berbaju kurung hijau itu. Gadis yang tua sedikit dari anak sulungnya nampak malu.

" Kenapa Fauziah memohon kerja sebagai eksekutif akaun di sini? Dengan kelulusan awak, sepatutnya awak boleh dapat kerja yang lagi baik"

" Er... sekarang ekonomi gawat. Susah nak dapat kerja, lebih lagi saya tak ada pengalaman. Lagipun saya tak memilih kerja. Janji dapat rezeki halal dan dapat menolong keluarga saya di kampung." Macam skrip drama pula jawapan aku.

" Fauziah pernah kerja sebelum ini?"

" Saya pernah bekerja di library dan juga sebagai research assistant di Ohio University. Masa tunggu result SPM dulu saya jadi part time cashier di supermarket Jusco di Ipoh" jelas Fauziah. Dia tak pernah di temuduga untuk dapatkan kerja ini. Maklumlah , anak saudara pada kawan baik pengarah. Uncle Farid cuma memberi sijil nya pada Uzir. Dua minggu kemudian dia mendapat surat tawaran. Beres.

" Awak akan ambil alih kerja Suria sebagai eksekutif akaun dan pentadbiran di syarikat ini. Syarikat ini kecil saja , cuma 12 pekerja termasuk saya dan Uzir. Suria akan ajar awak segala tugas yang perlu awak lakukan. Dia cuma ada lagi seminggu di sini jadi saya harap awak dapat belajar secepat mungkin . Ada apa apa soalan?"

Fauziah menggeleng. " Terimakasih Encik... er Pak Lan" Lega... Pakcik ni nampak baik. Tak banyak songeh. Harap harap boss besar pun macam ini jugalah.

" Kesian budak ni. Asyik angguk angguk, geleng geleng. Nampak innocent pula tu. Kalau kena dengan Uzir yang kepala angin dan egoist tu... entah macam mana" desis Roslan.
" Macam mana kerja setakat ni?" tanya Suria sambil mencilok di celah celah kereta dengan Myvinya.

" Baru dua hari Kak Su. So far so good. Lagipun sifu ada" Fauziah tersengih sambil menjeling pada Suria. Semua hal berkaitan gaji pekerja, bayaran dari klien, membeli peralatan pejabat akan menjadi tanggungjawab nya. Banyak tuh! Tapi dia bersyukur , staf di Tapis semua baik belaka. Mereka rapat seperti keluarga sebab company pun kecil. Namun dia musykil, batang hidung Uzir tak nampak nampak lagi. Kata secretarynya,Ain, Uzir memang macam itu. Jarang lekat di ofis. Tumpuan nya lebih kepada mendapat client dan kontrak baru.

Hujan menderu turun dengan lebat. Nasib baik Kak Su pelawa hantarkan dia pulang. Fauziah mengerling jam nya. Tepat pukul 6 petang. Sempat ke nak solat Asar? Kereta Kak Su cuma dapat bergerak 50 meter dalam 10 minit. Jam begitu teruk sekali. Suria yang sudah penat menekan minyak mencadangkan mereka berhenti di Hotel Concorde untuk sembahyang.

Usai solat , mereka berdua singgah ke coffee house untuk mengisi perut . Suria mengangkat tangan kepada salah seorang pelanggan yang duduk selang dua meja dari mereka.

" Hah.. Fauziah. Itulah Uzir, boss kita." Bisik Suria sambil menuding jari

Fauziah meneleng kepala ke arah yang di tunjuk. Lelaki berkemeja biru cair itu membelakanginya. Seorang perempuan cantik dan sexy duduk di sisinya. Berasmaradana sakan nampak. Tangan Uzir menjalar di peha gadis bermini skirt itu. Gadis itu pula membelai rambut dan pipi Uzir. Darah Fauziah menyirap. Kalau nak beromen , pergilah cari bilik. Sakit mata aku. Bukannya tak pernah tengok scenario macam ni masa di US dulu, lagi teruk pun ada. Tapi bila orang Melayu yang buat perangai tak senonoh....eeee, getik semacam. Loya pun ada.

" Siapa perempuan dengan dia tu? Macam biasa nampak" Fauziah mengerutkan dahi

" Natasha Nasir. Model iklan Pantene. Cantik kan? Boss kita tu boleh tahan, girlfriend keliling pinggang. Anak orang kaya , hensem pula. Petik jari saja berduyun datang." kata Suria sambil menjuihkan bibir.

Betul lah apa kata Farah. Patutnya aku ambil gambar Uzir dengan aweknya dan tunjuk pada Auntie Rose. Biar Auntie Rose faham kenapa Farah alergik dengan pilihan dia itu. Fauziah terus mengalih tumpuan pada kopi panas dan sandwich tuna yang baru sampai. Perutnya terus berkeriuk minta di isi.

" Tapi kalau pasal kerja, Kak Su memang respeklah Uzir tu. Dia serius dan bersungguh sungguh. Tapis Engineering dia tubuhkan dengan titik peluh sendiri, guna duit sendiri. Masa dia tubuhkan Tapis tiga tahun dulu cuma ada 4 pekerja, Uzir, Pak Lan, sorang draughtsman dan akak. Pejabat kami waktu itu cuma ruang kecil di atas rumah kedai. Dia tak macam abang dia si Umar . Yang itu memang teruk. Pemalas. Asyik perabih harta Datuk Shahrin." Suria membuka cerita. Segala cerita dalam kain keluarga Datuk Shahrin mula di bongkarnya.

" Kak Su rapat dengan keluarga Datuk Shahrin kah?" tanya Fauziah, musykil. Belum sempat Suria menjawab, suara lelaki mencelah

" Hi Kak Su"

Fauziah menoleh. Alamak! Muka Fauziah terus pucat. Hampir tersembur sandwich dalam mulut. Kalau mukanya di toreh setitik darah pun tak keluar. Mata lelaki itu memandang tepat kepadanya tanpa berkelip.

" Apa khabar Uzir? Kenalkan, ini staf baru kita yang nak ganti Kak Su, namanya Fauziah"

Fauziah kelamkabut bangun.Terketar ketar tangan Fauziah menyambut tangan yang di hulurkan. Bibirnya di paksa mengukir senyuman.

" Hi...hi.. Encik U.. Uzir.. " tergagap gagap suara Fauziah. Natasha menjeling ke arahnya dengan bibir yang menipis. Lengan Uzir di pautnya seolah memberi isyarat " He's mine" .

" Nice to meet you" balas Uzir dengan senyum sinis. " See you at the office "

Minah ni anak buah Uncle Farid , sepupu Farah rupanya. Malam tu aku nampak macam bibik. Bila tengok dengan jelas, lawa juga minah ni. Tapi not my type, matanya memandang Fauziah dari atas ke bawah. Blaus hitam lengan panjang dan slacks kelabu yang di pakainya terlalu konservatif.

" Yang awak gabra semacam ni kenapa ? " tanya Kak Su kehairanan selepas Uzir dan Natasha meninggalkan mereka.

" Tak ada apa apa lah Kak. Saya memang kalut sikit kalau berdepan dengan boss. Saya dengar boss tu bengkeng." Arghhh... aku kena cari kerja lain. Mesti kena pecat tak lama lagi, Fauziah mengeluh dalam hati.

" Awak dah breakfast, Fuyah?" tanya Firdaus sambil melabuhkan punggung di kerusi kosong depan Fauziah sebaik saja gadis itu sampai.

" Saya dah makan kat rumah tadi. Kenapa? " dia bertanya kembali pada jurutera kimia itu.

" I ada beli nasi lemak extra dari gerai Pak Wan tadi. You nak?"

Fauziah menggeleng. " No thanks. Gemuklah I kalau asyik makan jer " Betul kata Kak Su, ramai nak belanja makan, baik breakfast, lunch atau minum petang. Serba salah pula rasanya. Kalau tak layan takut orang kata sombong, jual mahal. Kalau di layan , panjang pula cerita nanti.

Fauziah menaipkan user name dan password ke dalam computer. Kemudian terus sign on Maybank internet banking. Pesan Kak Su, hari ini kena buat staff overtime. Kalau terlambat mesti ramai yang bising. Jarinya meluncur pantas atas keyboard. Nasib baiklah website Maybank ni mesra pengguna

" Kenapa nama manja you Fuyah? Tak sesuai lah. I rasa kalau panggil you Jee lagi okay" cadang Firdaus.

" Masa kecil dulu, saya pelat. Fauziah jadi Fuyah. Mana lah saya tahu nama tu tak glamour. Kalau masa tu saya dah kenal artis artis mesti saya panggil diri saya Jee atau Ogy atau Uji."

Ketawa besar terletus dari mulut Firdaus.

" What is so funny? Share the joke" suara Uzir menerjah gegendang telinga. Mereka berdua terus senyap. Aikkk... pertama kali aku nampak dia datang ofis. Masuk awal pula tu. Baru pukul 8.45.

" Awak... er... siapa nama? Joyah? Masuk kejap" perintah Uzir sambil memandang Fauziah.

"Joyah dia panggil aku?? Kenapa pagi pagi nak jumpa aku? Nak pecat aku ke?" Hati Fauziah jadi tak keruan.





" Boss, er.. Encik Uzir, saya minta maaf sebab terkasar bahasa masa Encik datang rumah Uncle Farid.. er.. Datuk Farid hari tu. Saya ... saya tak kenal Encik. Lagipun Datuk Farid kata pemandu Datuk Shahrin nak datang hantar kunci . "

Fauziah tercegat di depan meja Uzir. Matanya terkebil kebil. Dalam hati dia berdoa. Ya Allah, lembutkan lah hati Uzir Hanafi Datuk Shahrin. Janganlah aku di pecat. Mak dengan Abah tak sempat lagi merasa gaji aku.

" Oh, awak kah yang saya jumpa kat rumah Datuk Farid malam tu. Saya ingat orang gaji Datuk." Sinis nada Uzir.

Fauziah diam tak berkutik. Tak berani nak mengangkat mata langsung. Peluh dingin mula merembes di celah anak rambut. Senak perut bagai pesalah menunggu hakim menjatuhkan hukuman.

" Berapa balance dalam akaun syarikat? Ranhill dengan PTP dah bayar ?" soal Uzir

Huh? Dia tak pecat aku? Eh silap... dia BELUM pecat aku.

" Joyah.. awak ni pekak kah? Sudahlah kurang asam, pekak pula." Pedih kata kata yang singgah di telinga Fauziah.

" Er... dalam akaun ada RM98, 260. Cek dari Ranhill dah bank in tapi belum clear lagi. Jumlah dia RM32,000. Saya dah call Encik Arshad dari PTP, dia kata dah hantar cek. Mungkin dua tiga hari lagi sampai, Encik Uzir"

" Expenses bulan ni berapa?"

" Kalau tak termasuk gaji, lebih kurang RM 8, 500. Tinggi sikit sebab kena repair motorsikal Jim yang kena accident hari tu. Harga minyak pun dah naik."

Uzir mengurut dagunya. Matanya tak berkelip memandang eksekutif akaun itu. Fauziah berdebar menanti soalan seterusnya. Macam ujian lisan SPM pula.

" Punggung awak ada bisul ke?"

HA? Fauziah tercengang. Apa punya soalan ni? Mukanya merona. Dia menggeleng

" Habis tu kenapa tak duduk?"

Dia pantas menarik kerusi tetamu depan meja Uzir. Memang pun kakinya dah lenguh berdiri. Belum sempat punggungnya mencecah tempat duduk, Uzir bersuara

" Tak pelah.. awak boleh keluar. Buatkan saya kopi. Black with sugar "

Bila Fauziah berpaling ke arah pintu, dia terdengar tawa kecil dari arah Uzir. Sabar jerlah....

Seperti dua tiga hari sebelumnya, hujan lebat turun sebaik saja tamat waktu pejabat. Ramai yang terkandas dalam trafik jam. Yang menggunakan bas dan teksi terpaksa menunggu lebih lama. Fauziah merungut dalam hati sambil berpayung ke bus stop. Leceh betul kerja di Kuala Lumpur rupanya. Nak balik ke rumah yang cuma 5 kilometer dari pejabat pun ambil masa sejam lebih. Itu tak termasuk waktu menunggu bas. Kalau kerja selama 30 tahun sebelum pencen, 3 tahun habis di jalanraya agaknya.

Fauziah mengenjak ke tepi bila tiga orang lagi datang berteduh di perhentian bas yang sudah padat. Bahu kanan nya mula basah kena tempias. Dia memeluk tubuh menahan kesejukan. Janganlah aku kena selsema. Kalau MC besok, mesti kena bambu dengan boss yang banyak cekadak tu. Darahnya menyirap. Asyik cari pasal ... semua yang aku buat mesti ada salah. Kopi terlampau pahit, taip surat lambat, filing tak ikut sequence. Tapi nak suruh aku buat jugak. Itu semua bukan tugas aku, tugas secretary dia si Ain. Kenapa suruh aku..... ARGHHHH! Company trip tahun ni pun aku kena uruskan...... double ARGHHHHH!

" SPPLLLAASSSHHHH" Hujung seluar Fauziah basah dek kereta yang meredah air yang bertakung di hadapan nya. Pemandu Honda Civic itu berhenti dan menjenguk dari tingkap. Dia tersenyum sumbing melihat muka Fauziah yang masam macam jeruk terlebih cuka.

" Sorry... sorry, dik. Tak sengaja." Laungnya.

Fauziah menjegil biji mata penuh amarah.

" Tahi kucing!! Bodoh! Siapa suruh curi jalan laluan bas! Habis basah seluar aku" tempiknya tanpa mempedulikan orang sekeliling.

" Awak.. awak...eh... YONG TAU FOOYAH! " jerit lelaki itu. Fauziah memincing mata. Siapa pula mamat ni? Yang pasti bukan officemate aku. Bukan juga kawan university. Nama glamer aku yang satu tu cuma kawan sekolah saja yang tahu.

" Aku lah, Acap. Naik lah, aku hantar kau balik" Pemandu itu menggamit kepadanya.

What?!!! ACAP? Patutlah perangai macam jin tanah. Tapi Acap yang aku kenal dulu selekeh,comot, gelap, rambut macam kena tsunami. Hati Fauziah berbolak balik. Nak ikut atau tidak? Betulkah ini Acap? Tapi siapa lagi yang panggil aku Yong Tau Fooyah....

" Cepatlah... kereta depan dah jalan" jerit Ashraf. Fauziah berlari anak dalam hujan yang masih belum reda.

" HAitchoooo.!" Fauziah bersin sebaik saja masuk dalam kereta berhawa dingin. Sekotak tisu di suakan padanya. Ashraf memulas tombol untuk mematikan aircond.

"Kau okay?Aku minta maaf. Silap tekan minyak tadi. Tapi tak apalah, terkena kau. Kira nasib baiklah. "

" Nasib baik kepala hotak kau! Woi... kau tu bakal adik ipar aku. Jangan nak banyak songeh. Hantar aku balik, cepat." Perintahnya.

" Kakak tinggal kat mana?" soal Ashraf dengan penuh hormat. Tak sangka gadis manis yang cuba di ngorat tadi si Fuyah. Perghhh... dah comel siyottt!

" Perli lah tu. Hee, tak kuasa. Akak tinggal di Apartment Puteri Taman Setiawangsa. Tahu tak kat mana?"

" Mestilah tahu. Aku tinggal kat Sri Ayu. Dekat je, berjiran lah kita" balas Ashraf. Susah betul nak berprotokol dengan si Fuyah ni. Tak retilah nak berkakak kakak dengan bekas samseng nih.

" Kau kerja kat mana? Dah berapa lama?"

" Di Tapis Engineering. Baru dua minggu." Jawab Fauziah pendek sambil menunjuk jari telunjuk dan jari hantunya.

Sebelah lagi tangan masih menekap tisu ke hidung. Dia mengerling dengan ekor mata. Ashraf yang berkemeja kelabu cair dan berseluar slacks hitam nampak segak. Rambutnya kemas di suak ke belakang. Jauh beza dengan Acap zaman sekolah. Patutlah dah naik taraf jadi hero kampung. Tapi masa muda pun muka Acap boleh tahan cute. Comot dan nakal dia pun, ramai pelajar perempuan yang minat. Tapi Bukan Aku.... cewahh, macam lagu Kerispatih pula.

" Tak sangka kan... dalam ramai ramai orang di KL, kita boleh jumpa. Jodoh kot, Kung Fu yah" usik Ashraf . Tawa nya meledak. Fauziah menjeling tajam.

" Selisih malaikat. Adik aku tu kau nak letak mana? Kau ni tak habis habis nak sakat aku. Bertaubat lah, dah tua dah. Kau kerja kat Petronas, kan? By the way, mak kau yang cerita kat aku, bukan aku yang tanya pasal kau. Jangan nak perasan." Dengus Fauziah seakan membaca fikiran Ashraf. Dalam hatinya dia mengagak yang Ashraf mesti bergaji tinggi. Kereta mahal, duduk apartment mewah. Mesti jadi rebutan ramai wanita. Kat KL ni,money is everything. Macam kata Alia, kalau poket penuh muka pecah rumah pun boleh nampak macam Orlando Bloom.

" A'ah. Aku kena kerja dengan Petronas selama 5 tahun. Semua pemegang biasiswa Petronas kena sign kontrak. Kau kerja apa kat Tapis Engineering tu?" tanya Ashraf. Tapis Engineering salah satu dari pemegang lesen Petronas. Banyak juga kontrak kerja yang di berikan pada syarikat itu. Lagipun siapa tak kenal Uzir Hanafi Dato Shahrin, anak hartawan terkenal.

" Aku jaga akaun dan pentadbiran. Pengarah company tu anak kawan pakcik aku, Datuk Farid. Bapa si Farah " jelas Fauziah. Dia memandang ke luar, jalan sudah kurang sesak. Ashraf melencong masuk ke Ampang Ulu Kelang elevated highway. Dari sini cuma 10 minit untuk sampai ke rumah. Jelas Ashraf tahu selok belok jalan di KL.

" Farah yang suka tayang body? Yang syok kat aku tu? Apa khabar dia sekarang? " tanya Ashraf.

Senyuman tak lekang dari bibirnya sejak Fauziah duduk di sebelah. Banyak kenangan masam masam manis terimbau semula. Dari tadi dia tak puas memandang wajah bakal kakak iparnya. Makin cantik... hidung mancung, muka bujur sireh, matanya bundar. Kenapa aku tak pernah perasan kecantikan asli milik Fuyah dulu?

" Eh... tolong sikit. Mana ada dia syok kat engkau? Kau ni perasaan lah Cap. Sudah sudah lah... tak lama lagi kau dah nak kahwin dengan Wani. " selar Fauziah.

" Don't remind me" getus nya perlahan.

Entah kenapa dia bersetuju dengan pilihan ibunya. Shazwani memang cantik, baik, lemah lembut. Tapi aku masih muda. Belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami. Tak patut betul mak aku tetapkan tempoh pertunangan cuma 6 bulan. Kalau 3 tahun 6 bulan , baru patut. Lagipun Wani tu lembik sangat. Kuat merajuk pula tu. Tak macam Fuyah. Serikandi Melayu Terakhir. Eh, ke situ pula aku. Jangan Acap.... bala nanti.

"Aku dengar abang abang kau pun ada di KL. Dia orang tinggal kat mana?"

" Ajib duduk sekali dengan aku. Dia kerja di Maxis. Abang Ayie dengan family dia tinggal di Puchong. Dia buka klinik gigi di sana. Kalau kau nak cabut gigi bolehlah jumpa dia. Dia bagi diskaun, tapi tak pakai ubat bius... he! he!"

Fauziah malas nak menjawab. Cuma bibirnya di herotkan. Malas nak layan. Mental dan fizikalnya sudah letih.

" You marah? Alaa... I main main jer. " Ashraf memujuk. Lembut nada nya. Heee... mamat ni.. silap orang lah.

" Apasal ber "I - you" ni? Geli lah aku dengar kau speaking spikiang dengan aku. Acap, nanti kat traffic light, belok kiri. Aku tinggal di Block C. "

" Okay, Cik Fuyah. Dah sampai pun. " Ashraf memperlahankan keretanya. Ashraf menyelok kocek kemejanya. Kad nama di hulurkan pada Fauziah. Fauziah menyimpannya dalam beg tanpa dibaca.

" Terimakasih Acap kerana tumpangkan aku. Maaflah aku tak boleh ajak kau masuk. Undang undang tuan rumah. Lelaki tak di benarkan masuk. " Bibirnya mengorak senyuman.

" Baguslah macam tu. Nanti tak pasal pasal Pakcik Fadzil kena heart attack lagi kalau anak dia kena tangkap basah." Usik Ashraf. Rasa ralat sebab singkat sangat masa bersama teman lamanya. Banyak lagi yang nak di ceritakan. Dia juga ingin mendengar kisah Fauziah selama mereka berpisah. Dia dah berpunya kah?

" Jaga diri kau baik baik Fuyah. Kalau ada apa apa, call aku tau. " pesan Ashraf. Fauziah mengangguk.

Ashraf menunggu hingga Fauziah masuk ke lobi. Tiba tiba dia menepuk dahi.


" Aku lupa nak tanya nombor henfon dia... alahai"
.................................................. .....................

"Jib, cuba kau teka siapa aku jumpa tadi"

Abangnya yang terbaring di sofa mengadap TV sekadar mengangkat kening. Ashraf meletakkan kasut Clarks nya di atas rak dan meletakkan beg laptop atas meja makan. Tak puas hati dengan reaksi abangnya yang tak ambil pot. Dia mendesak lagi.

" Teka lah. Mesti kau tak dapat teka"

" Fazura? Erra? Maya Karin?" balas Ajib. Kacau lah Acap ni. Dia kembali menonton The Amazing Race.

" Aku jumpa Fuyah lah. Dia duduk kat Puteri Apartment. Lawa cik kak tu wooo. Nak tanya Mak lah kalau boleh tukar...." kata Ashraf dengan gelak nakal

" Shhh... perlahan sikit. Mak ada sini." kata Ajib sambil menjegil. " engsan Mak kalau dia dengar. "

" Ha? Kenapa Mak nak pengsan pula? Eh, Acap baru balik. Rindunya mak" seru Makcik Zaidah yang muncul dari bilik tamu. Ashraf terus mencium tangan dan memeluk ibunya. Patutlah aku bau gulai tempoyak. Mak datang rupanya.

" Apa khabar Mak? Bila sampai? Kenapa tak cakap nak datang?" bertubi tubi soalan Ashraf. Janganlah Mak terdengar apa aku cakap tadi. Mati aku kena basuh!

" Mak baru sampai petang tadi. Abang Long kau balik kampung semalam jadi Mak ikut balik sini. Kalau Mak tak datang, entah bila Mak nak jumpa kau Cap. Sejak pergi Jerman dulu dah tak ingat nak balik kampung? Makcik Yan, Pakcik Fadzil , Wani , semua kecil hati tau" bebel Makcik Zaidah.

" Acap banyak kerja Mak. Bukan tak nak balik tapi kerja bertimbun. Boss tak bagi cuti. Hujung bulan nanti insyaallah Acap balik. Acap dah call Wani, cakap kat dia Acap tak boleh balik sekarang" jelas Ashraf. Rasa bersalah pun ada, dia cuma menelefon Wani sekali dua seminggu. Wani yang terlebih rajin menelefonnya hampir dua tiga kali sehari. Setakat nak bertanya makan apa, buat apa, tengok TV cerita apa...... adehh. Baik aku pasang CCTV kat rumah pastu bagi disk kat dia. Ala ala siri Big Brother gitu.

" Ni ..mak bawa album gambar majlis tunang kau. Cantik benor hantaran yang Makcik Yan kamu buat. Wani pakai baju merah jambu. Cantik bakal menantu Mak. Semua orang puji. Untung Acap." Ibunya meletakkan album atas meja.

" Acap pergi salin baju dulu. Rasa melekitlah badan" kata Acap sambil meregangkan tubuh.

Sedikit pun tak teruja untuk melihat gambar pertunangannya. Makcik Zaidah mengetap bibir. Naluri nya mengatakan ada sesuatu yang tak kena. Anak aku dah jatuh cinta dengan perempuan Jerman kah? Nauzubillahiminzalik. Tak hingin aku nak bermenantukan mem orang putih. Dia ke dapur untuk memasak nasi. Lauk gulai tempoyak di panaskan. Ayam kampung yang di perap tadi sudah sedia untuk di goreng. Dapur rumah bujang yang jarang berasap kini di penuhi aroma yang menyelerakan.
Beberapa minit kemudian Ashraf keluar dan menjenguk ke dapur.

" Mak, tadi Acap jumpa Fuyah. Fuyah tinggal dekat sini rupanya"

" Ya kah? Ajaklah dia makan sekali kat sini. Mak tau dia mesti suka gulai tempoyak"

Ashraf mengeluh" Acap lupa nak minta nombor telefon dia. " Dia terdiam sejenak dengan dahi berkerut. Kemudian dahinya di tampar. Bodohnya aku. " Biar Acap telefon Wani minta nombor Fuyah" katanya dengan ceria.
Ajib yang dari tadi memerhati geraklaku adiknya cuma menggeleng kecil . Rumusannya... looks like BIG TROUBLE!

" Assalamualaikum" Fauziah memberi salam. Hidungnya sudah menghidu bau tempoyak. Bestnyaaa. Dah lama tak merasa masak tempoyak. Alia orang Jawa, Kak Liza orang Kelantan; dua dua tak suka makan tempoyak. Kalau tempe dengan budu hari hari ada.

" Fuyah, apa khabar? Nasib baik Acap jumpa Fuyah tadi. Makcik tak sangka pula Fuyah tinggal dekat dekat sini. Jom , kita makan" kata Makcik Zaidah sambil memaut bahu Fauziah. Meja makan sudah terhidang dengan berbagai lauk pauk. Ajib sudah duduk di tempatnya. Dia berbalas salam dengan Fuyah .

" Sorrylah Fuyah datang bawa perut kosong saja. Tak sempat nak masak" Sebaik saja dia sampai ke rumah, Kak Liza sudah bersiap untuk keluar dengan kawannya. Alia pula berkursus seminggu di Training Centre di Bangi. Fauziah baru selesai solat bila menerima panggilan Acap. Mulanya rasa malas nak keluar. Tapi bila Acap menggoda dengan menu masakan Makcik Zaidah, airliur mula kecur. Gulai tempoyak dengan ayam kampung goreng rempah vs mee maggi.... no contest beb. Lagipun tak elok tolak rezeki.

" Tak apa, Makcik faham. Fuyah mesti penat kerja, mana sempat nak masak. Tengok tu, badan pun dah susut. Ni Makcik masak lauk kampung, Fuyah kena makan lebih sikit." Makcik Zaidah meneliti susuk tubuh gadis yang berbaju T lengan panjang dan berseluar jeans. Fauziah tersenyum riang. Terlerai sedikit rindu pada ibunya bila jumpa Makcik Zaidah.

" Lama tak jumpa Abang Jib. Tapi Abang tak banyak berubah. Acap kata Abang kerja kat Maxis. Ada kerja kosong tak kat sana?" Macam bertih goreng mulut Fauziah. Tak berubah langsung minah ni, desis Ajib yang semulajadi agak pendiam. Tapi betul kata Acap, dia lawa dan ayu sekarang.

" Ada. Bagilah resume" jawab Ajib

" Kenapa ? Fuyah tak suka kerja sekarang ni?" Acap menyampuk.

" Bukan tak suka. Tapi kalau ada better offer , apa salahnya. Lagipun di Tapis, Fuyah cuma boleh buat admin work saja. Tak ada peluang nak naik pangkat sebab tak ada engineering background. " terang Fauziah. Makcik Zaidah meletak seketul ayam goreng di pinggannya.

" Macam mana boss Fuyah, Uzir tu? Okay tak?" tanya Ashraf.

Fauziah terpaksa mengangguk. Kalau aku kutuk, mana tahu kot kot sampai ke telinganya. Mampus! Acap kerja Petronas, Tapis banyak business dealings dengan Petronas. Tak mustahil mereka saling kenal.

" Dia tu workaholic. Perfectionist pula. Tapi staff semua suka dia " jawab Fauziah. Kecuali aku. Eee, tak kuasa nak fikir pasal Uzir masa time makan, tertutup selera.Rugi je Makcik Zaidah masak sedap sedap.

" Dia tu bujang lagi kan. Kau tak nak mengorat dia ke, Fuyah? Kaya raya kau nanti" usik Ashraf.

" Hisshhh... aku ni berpijak di bumi nyata lah Acap. Takkanlah anak lord macam dia nak pandang aku. Apalah kau ni. " dengus Fauziah. Jawapan Fauziah amat melegakan Ashraf.

" Kau tak ada boyfriend ? Atau lelaki semua takut nak mengorat samseng macam kau? " duga Ashraf. Mustahil orang macam Fuyah ni masih tak berteman.

" Hello... respek sikit bakal kakak ipar kau ni, okay. Kalau nak introduce kawan kau, boleh saja .... no problem. Tapi yang cari yang elok elok sikit. Macam kau aku tak nak" sengih Fauziah. Ajib dan Makcik Zaidah tersenyum melihat keletah mereka berdua. Tak berubah sejak kecil. Asyik perang mulut.

" Berapa lama makcik tinggal sini? " Fauziah menukar topik.

" Dua tiga hari. Pastu Makcik nak pergi rumah Ayie. Kalau tinggal disini makcik sunyi bila Ajib dengan Acap pergi kerja. Di rumah Ayie, ada cucu makcik yang 3 orang tu" Makcik Zaidah terus bercerita tentang cucu nya hingga pinggan masing masing licin. Sambil Fauziah dan ibunya membasuh pinggan di dapur, Acap menyelak album gambar pertunangannya. Satu demi satu lembar di telitinya. Ada kala mukanya tak beriak, adakala dia tersenyum.

" Fuyah, Abang nak keluar beli barang kat 7 - Eleven. Kalau Fuyah nak balik boleh Abang hantarkan" Ajib bersuara. Hatinya tak senang melihat adiknya asyik merenung gambar Fuyah . Gambar tunang sendiri di pandang sekilas saja. Memang cari bala, Acap ni.

" Aku boleh hantar Fuyah" tingkah Acap dengan pantas

" Takpelah Cap. Sudahlah tadi kau kena jemput aku. Terimakasih daun keladi Makcik. Bye!" pamit Fauziah sambil memeluk Makcik Zaidah.
-----------------------------------------------------------

Uzir melangkah masuk ke ofis Tapis Engineering dengan senyuman kecil. Dinner appointment semalam dengan Mr Gary Tan dari Petrochem telah membuahkan hasil. Kontrak berjumlah RM 400 ribu sudah di dalam tangannya. Tahun ini keuntungan syarikat mesti berlipat ganda. Aku nak tengok muka Papa bila syarikat aku di senaraikan di Bursa Malaysia dalam masa tiga hingga lima tahun akan datang. Tapis Engineering yang aku tubuhkan hasil titik peluh sendiri tanpa apa apa bantuan darinya akan berdiri gah satu hari nanti, Insyaallah.

Roman wajahnya berubah bila terpandang meja Fauziah. Pelik! Selalunya sebelum pukul sembilan dia sudah ada di tempatnya. Mana minah ni? Hilang seri pagi. Setiap pagi aku mesti di sapanya dengan senyum terpaksa . He he! Syoknya buli budak ni. Hari ini dia lewat datang, adalah habuan untuk dia nanti. Wajah Fauziah mengherotkan bibir bermain di mata. Sejak dua tiga minggu kebelakangan ini, degup jantungnya berubah rentak bila terpandang wajah Fauziah. Bukannya cantik sangat minah ni kalau di bandingkan dengan Natasha, Julie, Zana - model model jelita dan sexy yang sering mendampingi nya. Tapi kenapa aku asyik teringatkan dia? No way, Uzir... jangan biarkan diri kau di buai perasaan. Cinta itu melalaikan. Dia mengulang mantera didalam kepalanya. Fokus pada kerja dan masa depan syarikat.

Uzir membuka laptop. Emel yang baru masuk di telitinya satu persatu. Yang tak mustahak terus di delete selepas membaca. Tangannya menyelak suratkhabar ke bahagian Business Times. Tiada berita yang menarik. Dia menekan nombor extension Fauziah . Tiada jawapan. Minah ni pergi bilik air ke? Atau pantry? Lamanya. Dia menekan nombor lain. Secretarynya menyahut dengan suara manja.

" Ain, suruh Fauziah jumpa I" Selagi boleh dia tak mahu memanggil gadis itu Fuyah. Tak sedap! Tak sesuai dengan orangnya.

Ain mencebik. Sikit sikit Fauziah , sikit sikit Fauziah. Sejak hampir sebulan Fuyah kerja di sini, aku dah jadi tunggul. Tapi seronok juga makan gaji buta, dia menyedapkan hati.

" Fuyah belum masuk "

" HAH? Ini dah pukul 9.30. Apa dia ingat ni company bapak dia?" dengus Uzir.

Ain tersenyum puas. Gasak kau Fuyah. Selalunya boss faham kalau terlambat sebab ada emergency tapi kena telefon bagi tahu.

" Dia dah siapkan Power Point presentation yang saya suruh buat?" tanya Uzir, risau. Petang nanti ada presentation di Petronas Carigali. Mampus aku kalau presentation tak siap. Siap kau Fauziah, aku .. aku.... aku... picit hidung mancung kau tu!

" Tak tahu pula. Semalam dia stay back dengan CC dan Firdaus, nanti saya tanya CC" balas Ain. Mesti dia dah siap. Fauziah tak pernah culas, otak dia macam sponge. Bagi banyak mana kerja pun , semua pasti langsai dan tak pernah ada silap. Bela jin kot, getus Ain dengan geram.

Uzir mematah matahkan jarinya. Kerisauan yang membelenggu reda sedikit bila CC atau nama penuhnya Celine Sipaun masuk.

" The presentation is saved under Petronas." Kata gadis Kadazan itu sambil menghulurkan thumbdrive.

" Thanks...thanks a lot. Panik sekejap tadi bila Fauziah tak masuk lagi. You guys balik pukul berapa semalam?"

" I balik pukul 7.30 sebab nak pick up my parents kat KLIA. Kata Firdaus dia dengan Fuyah balik around 9. "

Jawapan CC membuahkan rasa tak sedap di hati Uzir. Bukan aku tak tahu, Firdaus tu asyik nak menempel dengan Fauziah. Seronoklah tu, dapat peluang togeder geder.

" You dah check the presentation?" tanya Uzir dengan nada tegang

" Sudah. Nampak okay, information yang penting semua ada. Layout pun kemas. But you check lah dulu. If there's any changes, I can amend " balas CC. Cuak pula tengok mood boss yang tak berapa baik.

Intercom di meja Uzir berbunyi.

" Uzir, kawan Fauziah telefon. Katanya Fauziah masuk hospital" suara Ain cemas

" WHAT?! Kenapa ? Apa jadi kat Fauziah?" tempik Uzir

" Dia pengsan di bas stop pagi tadi. Sekarang dia di Damai Hospital."
Nafas Uzir terhenti sejenak. Mukanya pucat macam waktu Tok Mudin datang bila dia berumur 10 tahun.

" I am going there now. Reschedule all my appointments for today." Deras jawapannya.
.................................................. .................................................. ...................


Pintu bilik 203 di kuak perlahan walaupun hatinya tak sabar untuk melihat keadaan Fauziah. Jururawat bertugas di reception area telah memaklumkan yang keadaan pesakit tidak membahayakan, cuma tekanan darah rendah. Tapi dia tidak puas hati selagi tidak melihat dengan mata sendiri.

Seorang wanita berumur yang duduk di sisi katil mengangkat mukanya bila Uzir membuka pintu.

" Masuklah. Fuyah tengah tidur" Suara Makcik Zaidah separa berbisik. Teman lelaki Fuyah kah yang datang ni? Kacak orangnya. Gaya pun macam orang kaya. Glamour lah Mak Yan dan Pak Fadzil kalau lelaki ni jadi menantu mereka.

Uzir meletakkan sejambak bunga calla lily dan teddy bear yang sempat di rembatnya dari florist berhampiran ofis sebelum bergegas ke mari. Wajah Fauziah di renungnya. Bibir gadis itu mengukir senyuman. Mimpi indah gamaknya. Siapalah hero yang di mimpikan? Gerenti 105% bukan aku. Rasa bersalah menguis tangkai hatinya.

" Siapa anak ni?" tanya MakCik Zaidah sambil membetulkan cermin matanya.

" Saya Uzir. Saya kerja dengan Fauziah. " Makcik Zaidah tersenyum kecil mendengar jawapan Uzir. Kaverline lah tu. Tengok jambangan bunga dan patung yang besar gedabak, muka pula risau habis, takkan kawan pejabat saja kot.

"Macam mana keadaannya, makcik?"

" Entah lah... blood preser rendah... lebih kurang camtulah doktor kata. Makcik pun tak berapa pandai nak sebut. Makcik ni sekolah Melayu saja. Dia pengsan pagi tadi. Makcik dengan anak makcik lalu depan bas stop masa tu. Nampak orang ramai berkerumun. Rupa rupanya Fuyah yang pengsan. Terus kami bawa dia ke sini" Makcik Zaidah bercerita.

" Anak makcik siapa? Macam mana makcik kenal Fauziah?" Jangan jangan makcik ni bakal mak mertua Fauziah...alamak!

" Keluarga makcik tinggal berjiran dengan Fuyah di kampung. Makcik datang ke KL jenguk anak anak Makcik. Anak makcik yang bungsu ,nama Ashraf, tunang adik Fuyah." Cerita Makcik Zaidah. Fuhh... lega, detik hati Uzir.

"Pagi tadi, dia nak hantar Makcik ke rumah sepupu makcik . Masa itulah terjumpa Fuyah. Lepas doktor kata Fuyah tak ada sakit teruk, Ashraf pergi kerja. Kesian budak ni, dah makin kurus. Kerja banyak sampai tak sempat makan kot. " Kata kata Makcik Zaidah membuat Uzir makin di hambat rasa bersalah. Dia menggaru kepala nya . Apa sakit Fauziah sebenarnya ? Kenapalah aku dera budak ni sampai jadi macam ni. Kalau dia berhenti kerja, habislah aku.

Fauziah cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya terlalu berat dek ubat yang di beri. Dia mendengar sipi sipi suara orang berbual. Doktor datang periksa agaknya.

" Fauziah, are you okay?" Mak aihh... machonya suara. Dia mengagahi diri untuk membuka mata. Ada doktor dan jururawat di sisi. Walauwei ... hensem dan muda lagi doktor ni. Bestnya...aku nak duduk sini lama lama lah. Lagi best tinggal di hospital dari pergi ofis jumpa Boss Banyak Cekadak ( atau nama gelaran BBC ) . Dia menutup kembali matanya.

" Fuyah.. Fuyah.. " Eh, jururawat panggil nama glamer aku? Apasal suara jururawat ni macam suara makcik Zaidah. Matanya di buka seluas mampu.

MAAKKKK! Mimpi ngeri ke aku ni? Fauziah terpisat pisat duduk. Mulutnya terlopong sejenak.

" Er.. Encik Uzir... power point presentation untuk Petronas tu saya dah siap semalam. Saya tinggalkan thumbdrive atas meja CC. Accounts receivable file pun saya dah update. Statement dari Maybank dah print, ada dalam in tray Ain. Petty Cash tinggal RM 40 saja. Saya dah suruh Jim pergi bank hari ni ambil RM500 cash lagi. Tiket Pak Lan ke Oil & gas convention di Singapore..." Dengan gabra Fauziah memberi penerangan macam robot yang tersilap program. Tak boleh berhenti bercakap. Uzir menahan senyum melihat reaksinya.

Wajah Fauziah merona bila di tenung bossnya. Dia membetulkan gaun hospital di tubuhnya yang kecil. Besar gila baju ni... sampai nak jadi off shoulder top. Nasib baik aku ada selimut. Kalau tak niaya je , BBC dapat free show.

" Ssshh... its okay. Relax. I tak datang nak tanya pasal kerja. I just want to see how you are." Lembut nada Uzir. Tangannya ingin mencapai jari jemari Fauziah. Namun renungan tajam Makcik Zaidah menyentapkan gerak. Sibuk jer makcik ni.

Fauziah menoleh ke arah jambangan bunga dan teddy bear di meja sisi. Muka nya berkerut. Siapa yang hantar?

" Bunga dan teddy bear tu dari semua staf kat Tapis" helah Uzir. Segan pula nak kata yang aku bagi. Silap haribulan minah ni humban dalam tong sampah.

" So sweet. Cakap thank you kat semua orang" Best nya... boleh peluk teddy bear bila tidur. Garfield yang menjadi teman tidurnya di sejak US dulu dah kena buang. Wani kata rupa dah macam beruk mat yeh. " Er... e..esok saya boleh balik kerja. "

" Don't worry Fauziah. Awak rehat lah sampai betul betul sihat. Ain boleh cover kerja awak. Kalau ada apa apa hal , I'll call you"

Fauziah menenyeh matanya. Mimpi kah aku? Buang tabiat kot diktator ni, bagi hamba abdi dia cuti? Macam ni aku kena pengsan selalu lah.

" You nak makan? I can get something for you" pelawa Uzir. Fauziah menggeleng. Tak ada selera. Mulutnya terasa payau.

" Fuyah kena makan. Macam mana nak sihat kalau tak makan. Awak tu kurus sangat, mana tak pengsan." Bebel Makcik Zaidah.

Kedatangan doktor dan jururawat mematikan perbualan mereka.
" I am Dr Chin. How are you?" tanya doktor wanita itu dengan lembut. Jururawat memasang gadget di lengan Fauziah untuk mengambil blood pressure. Thermometer di letak di mulutnya.

"Tak ada temperature. Cuma blood pressure 110/60. Agak rendah . Cik Fauziah kena banyak rehat. Make sure you have regular meals. Cik Fauziah kena ambil makanan yang mengandungi potassium seperti pisang, soyabean, ikan tuna. Nanti saya bagi multivitamin supplement " Kata Dr Chin setelah meneliti bacaan beberapa minit kemudian.

" Bila saya boleh balik?" soal Fauziah. Tak selesa rasanya duduk di sini. Lebih lagi si BBC tu asyik memerhati aku. Macam ini lah kot rasa beruk dalam zoo. Boss aku ni tak ada kerja kat ofis ke?

" Hmm... how do you feel? Kalau masih pening dan letih, lebih baik awak tidur sini satu malam. Just for further observation" usul Dr Chin

" I feel okay. I nak baliklah Dr Chin' tegas Fauziah. Sekurangnya kat rumah ada Astro. Boleh makan apa aku suka. Bila nak rasa okay nanti, boleh aku pergi jalan jalan.. yehaaa! Boss kasi cuti !

" Okay. Nanti saya suruh nurse prepare your bill dengan medication. Saya bagi 3 hari cuti sakit. Kena rehat betul betul, jangan buat kerja rumah. Encik, pastikan isteri Encik tak buat kerja rumah yang berat"

" BUKANNN. Ini boss saya" bentaknya. Fauziah menggeleng sampai pening lalat. Adehh... nasib baiklah aku tak pengsan lagi sekali. Macam manalah doktor ni boleh jadi doktor. Ada ke aku dengan BBC ni rupa laki bini. Isshhhh... selisih malaikat

"Tengok tu, geleng kepala sampai nak tercabut bila doktor kata aku suami dia. Huk elek ...minah ni ingat aku kemaruk sangat nak beristerikan dia. " Desis Uzir dalam hati. Namun dia tak dapat nafikan getaran perasaannya. Woi... apa dah jadi dengan aku ni?


" Balik kampung...oo oo oo balik kampung.....Oo oo oo balik kampung...Hati girang"

Lagu Allahyarham Sudirman meniti di bibirnya. Rindunya kat Mak , Abah dan Wani! Fauziah menyanyi kecil sambil mengetuk pintu rumah. Terasa penat juga walaupun perjalanan bas ekspres KL- Ipoh lebih kurang 2 jam sahaja. Nasib baik Makcik Zaidah ada bersama dalam perjalanan pulang. Kurang sikit rasa boring melayan ceritanya. Topik utama nya mengenai perkahwinan Acap dan Ajib. Cadangannya supaya majlis Acap dan Wani di langsungkan sekali dengan Ajib dan tunangnya Sufiah. Kira sambut dua menantu sekaligus, tak payah nak buat kenduri dua kali. Jimat kos dan tenaga.

Sampai di stesen bas Ipoh, mereka berdua menaiki teksi balik rumah. Fauziah sengaja nak "surprise" kan keluarganya. Maklumlah dapat cuti mengejut. Baik sungguh Dr Chin , bagi aku MC tiga hari. BBC pun nampak gayanya dah insaf. Setiap hari telefon tanyakan keadaan aku. Tak pernah pun desak pasal kerja... Ha! Ha! Tahu pun takut.

Pintu depan di kuak sedikit. Ibunya mengintai.

" Fuyah, kenapa tak bagi tahu nak balik" teriak Mak Yan sambil memeluk anaknya " Dah kurus anak aku ni. Fuyah tak makan?"

" Mak nih...kalau tak makan Fuyah dah kojol lah. Makan tu tetap makan. Tapi banyak kerja, hari hari balik lambat. Kadang kadang malas nak masak, Fuyah makan roti je. Jangan risau lah Mak, Fuyah balik ni nak makan puas puas masakan Mak. Dua hari lagi , gemuk balik lah. " jawab Fauziah. Janganlah Mak dapat tahu aku pengsan haritu, kalah mulut Kak Engku Sinar FM campur Nana bingit Era leteran dia nanti.

Fauziah menebar pandang ke seluruh ruang rumah. Sunyi macam tak berpenghuni. " Abah dan Wani mana?"

" Abah kat surau, ada mesyuarat AJK. Wani dalam bilik. Tengah baring agaknya. Cuba kau tegur sikit adik kau tu. Makin malas Mak tengok. Badan pun dah macam kena pam, asyik makan tidur" Mak Yan merungut.

Fauziah menggalas beg ke bilik yang di kongsi dengan Wani. Rumah kayu jati yang di dirikan arwah toknya ada tiga bilik. Walaupun usia rumah sudah hampir 50 tahun tapi masih teguh, tak reput dek hujan , tak lekang dek panas... eh, betul ke peribahasa aku ni. Sejuk dan nyaman rasanya walaupun cuaca panas sebab bumbungnya yang tinggi dan banyak tingkap. Satu bilik di biarkan kosong untuk Kak Long dan keluarga bila mereka balik kampung. Bila Wani kahwin dengan Acap nanti , aku kenalah tidur sendiri. Tapi best jugak, ada privasi. Bukan aku tak tahu si Wani tu suka selongkar harta benda aku.

" WANI!" tempik Fauziah " Tidur siang rupanya"

Wani membalas dengan dengkuran. Kemudian posisi badannya di alih, membelakangkan Fauziah. Betul kata Mak, Wani makin berisi. Adiknya yang terkenal di kampung dengan panggilan Zizie Ezette sebab wajahnya yang putih gebu dan cantik, kini nampak macam mak Zizie Ezette. Telan ibu roti kah dia ni?hahaa

"Besok pagi aku nak kerah dia pergi jogging. " ikhtiar Fauziah sambil menggoncang tubuh Wani

" Apa kacau ni? Orang nak tidurlah... Eh, Kakak rupanya. Bila sampai?" Wani meraup mukanya seraya bangun.

" Dah lama, berjam jam. Berapa kali kakak panggil, Wani tak dengar pun. Tidur mati awak, ya?" dengus Fauziah. Dia duduk di sisi adiknya yang masih mamun. Beg galasnya di selongkar.

" Kakak ada beli kain baju kurung untuk Wani dan Mak. Yang ni Wani punya. Okay tak?" Dua helai kain washable silk di keluarkan, satu berwarna biru dan satu berwarna pic berbunga hijau epal. Ada offer di Gulati, buy one get one free. Harga RM70... okay lah tu. Sehelai baju Melayu pula jadi buah tangan untuk bapanya. Kain yang warna pic di suakan. Mata Wani terus segar. Dia mengacu kain di badannya.

" Cantik. Er..kakak balik dengan apa?"

" Naik bas dengan bakal mak mertua awak. Kakak nak mandi dulu, melekit rasa badan. Nanti kita borak"
.................................................. .................................................. ....

" Kak, ada call" cebik Wani sambil mencampak henfon Fauziah atas meja dapur.

" Siapa?" tanya Fauziah yang sedang menggoreng ikan.

" Ntah. Ada mata, tengoklah sendiri. Ada mulut jawablah" balas Wani dengan muka mencuka , terus keluar dari dapur.

" Apa kena si Wani tu Mak?" tanya Fauziah pada ibunya yang sedang membasuh sayur kangkung. " Suka suka baling henfon orang. Nasib baik tak bersepai"

" Biar jerlah. Budak tu manja, sikit sikit merajuk. Jawablah henfon awak. Pening mak dengar lagu ntah apa apa tu. Bagi Mak jaga ikan." gerutu Mak Yan

Sudip bertukar tangan. Fauziah mencapai henfonnya. Hmmph.. patutlah muka Wani macam jeruk maman. Baling henfon aku macam flying dagger filem kung fu. Lagu Right Now Na Na - Akon yang menjadi ringtone terus senyap.

"Assalamualaikum"

" Waalaikumsalam. Kau ok Fuyah? Dah sampai rumah?"

" Aku ok tapi sibuk. Tengah masak ni. Kau cakaplah dengan Wani" kata Fauziah lalu terus melaung memanggil adiknya. Wani terkedek kedek datang dengan muka masam.

" Nah,Acap nak cakap. " Bohong sunat demi mempertahankan keamanan ...Ececeh. Kalau para pemimpin pandai berdiplomasi macam aku, tak ada lah perang.

" Apasal dia tak call henfon Wani? " Soalnya berwasangka. Kononnya sibuk sampai tak ada masa nak call tunang sendiri. Tapi ada masa pula nak telefon Kak Fuyah. Benci! Jangan jangan betul kata Adila, Kak Fuyah nak potong line.

" Banyak soal pula awak ni. Cepatlah, akak nak masak. Abah dah lapar tu. " desak Fauziah.

Wani mencapai henfon dan berlalu ke bilik. Fauziah melepaskan nafas lega.

" Fuyah, buat sambal belacan. Bubuh buah bacang yang ada dalam peti ais. " perintah Mak Yan.

" YESSS!" Sambal belacan dengan bacang.... fuyoooo, maunya aku makan dua kali tambah.

Sebentar kemudian Wani keluar dengan senyuman dari telinga ke telinga. " Abang Acap nak balik besok. Dah lebih tiga bulan Wani tak jumpa dia. Rindunya"

" I balik 2moro. Waimeng rais n gina nak jumpa kat ipoh parade. Jom gi skali"

Fauziah membaca mesej dari Acap. Oh.. itu agaknya sebab dia telefon tadi. Kalau Wani nampak, mesti dia mengamuk. Jarinya terus menekan option delete. Henfon nya di simpan semula di dalam poket jeans.

Minda nya menjalar ke zaman persekolahan. Sudah lama tak berjumpa rakan rakan Sekolah Menengah Sultan Idris. Selepas tamat Tingkatan 5, semua membawa haluan masing masing. Yang supersmart macam Acap dan Norazlina atau Gina terus dapat offer biasiswa dan terbang ke luar negara. Begitu juga dengan anak towkay kaya macam Yew Lin dan Patrick. Dia juga di kira bernasib baik - dapat peluang buat foundation dan kemudian ke US. Ada juga yang dapat masuk IPTA. Yang lainnya terus bekerja atau terus di pinang. Alangkah seronok kalau dapat buat reunion Tingkatan 5 Amanah.... macam macam cerita yang nak di kongsi. Mesti kecoh! Nanti aku nak cadangkan.

" Kenapa Abang Acap call kakak?" suara adiknya mematikan angan angan. Fauziah mengangkat kening. Mereka berdua melangsaikan tugas mencuci pinggan.

" Dia tersilap tekan kot. Bila kakak jawab dia terus kata nak cakap dengan Wani" Terpaksa tipu sunat lagi sekali untuk mengelakkan perang saudara.

" Wani tak sedap hati lah"

" Kenapa pula?" tanya Fauziah. Dia mengeluarkan tin berisi kopi dan gula. Sudah menjadi rutin Pak Fadzil minum kopi setiap malam. Cuma sekarang kopinya tak boleh se "kaw" dulu atas nasihat doktor.

" Wani rasa dia dah berubah. Dia ada girlfriend kat KL kot. Kalau Wani jumpa perempuan tu, Wani ganyang cukup cukup. Tak malu, nak curi tunang orang" dengus Wani dengan geram

" Wani jangan tuduh macam tu. Mana Wani tahu? Dah tanya Acap?"

" Wani dapat rasa. Sekarang dia dah jarang call Wani, jarang balik kampung. Asyik sibuk memanjang. Tapi Wani rasa alasan saja tu. Dia ada perempuan lain. Kalau Wani tanya pun mesti dia tak nak ngaku." Kata Wani. Muncungnya makin panjang.

" Acap tu memang sibuklah Wani. Semua orang yang kerja di KL macam tu. Semua nak kejar duit, kejar pangkat. Balik rumah lambat tiap tiap hari. Bukan macam tinggal kat kampung, ada banyak masa nak berbual, nak bertanya khabar. " Fauziah menghantar kopi kepada Pak Fadzil yang menonton TV. Wani membontoti nya.

"Kakak selalu jumpa dia? Rumah kakak dekat dengan rumah dia kan? Ada tak nampak dia dengan perempuan lain?" Bertubi tubi soalan terletus dari mulut Wani

" Kakak bukan selalu jumpa dia. Kadang kadang terserempak bila kakak tunggu bas. Tak pernah pun kakak nampak dia dengan perempuan lain. Wani jangan risau lah. Bukan Wani tak tahu, Acap kena kerja kuat untuk masa depan korang juga. " Fauziah cuba menghilangkan gundah adiknya. Acap.. kalau kau mainkan perasaan adik aku, siap kau! Aku lipat sepuluh badan kau tu pastu aku humban dalam Sungai Perak.

" Kenapa you ajak Wani? Dia bukan kenal kawan kawan kita." Bisik Ashraf sebaik saja Wani menuju ke arah keretanya.

" Kenapa pula tak boleh? She will be a part of your life lah bro. Lagipun takkan aku nak keluar berdua dengan kau. Bukan je Wani merajuk nanti, Mak dengan Abah aku pun mengamuk ." bidas Fauziah sambil mengambil tempat di tempat duduk belakang

" Aku .. aku ada benda nak cakap dengan engkau" Lain macam saja nada Acap. Macam ada masaalah jer, fikir Fauziah

" Cakaplah"

" Sekarang tak boleh. Kena ada privasi" tutur Ashraf perlahan. Perbualan mereka terhenti bila Wani memberi senyuman manis lalu duduk di sebelahnya.


Sebaik saja sampai ke Ipoh Parade mereka ke Jusco. Pengunjung sudah mula ramai.

"Awal lagi ni. Acap, kau dengan Wani pergilah jalan jalan dulu. Biar aku tunggu Wai Meng and the gang kat sini" usul Fauziah sambil menuju kearah Food Court Jusco. Muka Ashraf agak kelat. Namun dia terpaksa menurut perintah bila Wani memaut lengannya.

" Abang, Wani nak tengok beg tangan. Kawan Wani kata ada sale" katanya manja.

" Pergilah dulu Acap. Sekarang baru pukul 11.30. Kita janji nak jumpa dia orang pukul 12." sokong Fauziah. Kesian tengok Wani. Jarang dapat berdua duaan dengan Acap.

Fauziah mengambil novel Aa+Bb kepunyaan Wani dari beg sandangnya. Best juga novel yang satu ni - kelakar dan tak jiwang. Macam manalah Addin boleh kawin dengan musuh dia Benz. Perkahwinan tanpa rasa cinta maupun kasih. Torture nya! Tak boleh aku bayangkan kalau jadi kat diri aku. Gerenti aku cabut lari. Dia terus membenamkan diri dalam novel. Mulutnya kekadang menipis, kejap mengukir senyum kecil. Adakala bahunya terhinggut menahan tawa.

" Assalamualaikum. Cik ni ada masaalah mental kah? Ketawa sorang sorang" suara perempuan menyapanya. Hampir terpelanting buku di tangan.

" Waalaikumsalam...er? " Fauziah tergamam sebentar " GINA! Terkejut badak aku! Bila kau sampai? Nasib baik kau tak buang tahi lalat kau. Kalau tak mati aku tak kenal" Fauziah terjerit kecil lalu memeluk rakan sekolahnya. Satu perubahan yang baik. Gina yang dulu terkenal di sekolah dengan gaya punk sampai bertindik tiga kini sudah menutup aurat. Alhamdulilah.

" Kau tau kan, aku kahwin masa final year dulu. Laki aku si Zamani tu warak orangnya. Dia banyak membimbing aku. Eh, mana Acap?Aku ingat dia datang dengan kau." Tanya Gina sambil menala pandangan sekeliling mereka.

" Dia ada tapi dia temankan tunang dia, adik aku Wani jalan jalan. Kejap lagi dia datang "

" Tunang? Bila dia tunang? Tak cerita kat aku pun. Dengan adik kau pulak tu " Gina terkejut. Dia dan Acap sama sama belajar di University of New South Wales, Sydney. Senyap senyap je bertunang. Nak kena pelangkung Acap ni! " Kau pula macam mana? Takkan bertahun tahun kat US kau tak tersangkut dengan sesiapa pun?"

Fauziah menggeleng" Tak adalah. Kat Ohio University tu ramai lecturer dari Malaysia yang pergi buat Masters. Kebanyakkan nya dah kahwin. Yang belum kahwin pula laku macam goreng pisang panas. Aku tak sempat nak pilih dah kena ngap!"

" Lengg Loi!" laung Wai Meng macam guruh menghentikan perbualan mereka. Rais menyusul di belakang. Riuh rendah mereka berbual. Masing masing nak bercerita dan bertanyakan cerita. Rongga waktu tidak menjarakkan mereka.

Kedatangan Acap dan Wani menghentikan perbualan mereka sebentar. Muka Wani macam langit mendung yang sarat dengan hujan monsoon membuat Fauziah tertanya tanya. Bergaduh kah? Acap pula tetap dengan muka sardin. Dia bertepuk tampar dengan Wai Meng dan Rais . Mereka bertiga memang kamceng dari zaman sekolah.

" Hey! Apa lah you... ada fiancée tak nak introduce" tegur kawan kawannya serentak

Acap memperkenalkan Wani yang tersipu sipu pada rakan rakannya. Wani menarik kerusi dan duduk bersebelahan kakaknya.

" Tak beli apa?" tanya Fauziah pada adiknya. Selalunya si Wani tak sah datang ke shopping mall kalau tak gendong beg plastic.

" Acap teruklah. Apa yang Wani nak, semua dia kata tak cantik. Menyampah!" dengus nya perlahan.

Belum sempat Fauziah memujuk adiknya, Rais mengeluarkan sekeping kertas lusuh berwarna pink. Kesan lipatan jelas kelihatan bila dia membentangkan kertas itu. Muka Fauziah terus pucat. Celaka punya Rais... sejarah hitam aku tuh!

" Korang ingat tak? Love letter dari Fuyah pada Cikgu Ghazi?" Wajah nakal Rais membuat Fauziah ingin menyimbah nya dengan air oren yang masih berbekas dalam gelasnya.

" I'm gonna kill you, Rais" ugut Fauziah. Berpinar pinar pandangannya bila mengenang kembali detik yang paling memalukan dalam hidup. Kalau aku jatuh tertiarap depan Yang di Pertuan Agong atau Perdana Menteri pun tak memalukan macam insiden itu. Paling paling pun aku tak berjumpa lagi dengan mereka. Ini tidak... Cikgu Ghazi tetap mengajar aku Sejarah selama aku di Tingkatan 4. Masih jelas lagi di ingatannya hari dia di dajalkan oleh Acap dan Rais. Guru bujang yang paling kacak di Sekolah Menengah Sultan Idris membuka sampul dan mengeluarkan surat yang " meluahkan isi hati " seorang Fauziah Ahmad Fadzil. Lalu Cikgu Ghazi membaca isi surat di hadapan kelas pagi itu. Fauziah turut sama tergelak terbahak bahak mendengar pantun cinta yang di bacanya. Sehinggalah nama pengirim di baca. Ya Allah! Rasa nak terjun dari kelas masa itu. Nasib baik lah Cikgu Ghazi dapat menebak yang ada dalang di sebalik nya dan kisah itu tidak di panjangkan. Tapi dendam kesumat Fauziah pada Acap dan Rais yang jadi mastermind tak pernah surut.

Mata memandang berkelip tiada
Jantung berkocak bagaikan lelah
Rahsia di pendam tersemat di dada
Kini ku ucap AILEBIU LAH

Gelak tawa mereka bersahutan. Wani yang tak tahu apa apa pun turut sama. Fauziah terpaksa memaniskan muka. Alaa... marah pun tak guna. Cikadak cikedees punya pantun... pembayang dan maksud entah kemana.

" Sudahlah tu" tiba tiba Acap bersuara. Tegas. Hatinya terusik melihat Fauziah terkulat kulat. Masing masing terkedu mendengar nada nya. Wai Meng berdehem

" Eh.. sudah pukul 3. Kejap lagi I have to go. Janji dengan my awek nak tengok movie"

" Apa kata satu hari kita buat reunion batch kita? Mesti seronok kan." Cadang Fauziah. Yang lain turut setuju.

" Okay, kita try contact semua kawan kawan kita. Mungkin kita buat di KL sebab rasanya ramai yang kerja di sana." Kata Gina. Mereka berlima bertukar kad nama sebelum membawa haluan masing masing.

" Berseri seri nampak! Balik kampung ada apa apa kah?" tanya Firdaus sebaik saja Fauziah sampai. Matanya mengerling ke jari jemari Fauziah. Tak ada cincin... pheww!

" Macam macam ada. Ada sambal tempoyak, ikan keli goreng bercili, siput sedut masak lemak. Pokok manggis pun dah berbuah" balas Fauziah selamba sambil mengemas mejanya yang berselerak. BBC main kasar nampak! Dia mendengus. Surat dari client takkan si Ain tak boleh fail. Nasib baik aku cuti 3 hari saja. Kalau seminggu mahunya tak nampak langsung meja.

" By the way, thanks for the flowers and the teddy bear you all bagi masa I kat hospital. Susah susah je. Bukannya saya sakit teruk pun. " kata Fauziah sambil mengeluarkan dua biji limau Bali Ipoh Mali dan satu beg plastic berisi manggis dari kebun Pak Fadzil.

Firdaus nampak keliru " Oh.. kita orang tak sempat nak hantar apa apa sebab you keluar cepat sangat. CC dengan I nak melawat you kat rumah tapi you dah balik kampung"

Muka Fauziah berubah. Aikkk! Aku silap dengarkah apa BBC kata hari tu. Malunya! Habis tu, siapa yang bagi?



" Ehem... " Bunyi deheman dari belakangnya mematikan perbualan lanjut. Fauziah menoleh.

" Selamat pagi Uzir" ucapnya. BBC ni pagi pagi lagi dah tunjuk muka bengkek. Tapi rezeki datang bergolek juga. Petua orang tua memang tak boleh pakai.

" Firdaus, dah siap drawings untuk Bumi Armada?" tanya Uzir. Firdaus menangkap maksud di sebalik soalan dan bergegas balik ke tempatnya.

" Fauziah, Lunch hari ni, I ada appointment dengan CIMB Bank. I need you to come along" Uzir memberi arahan. Matanya tak berkelip memandang Fauziah. Ceria kembali ofis ini!

Fauziah tergamam. Kenapa nak bawa aku pula? Sebab kau pegawai akaun lah, makcik woi... apalah! Takkan sebab dia rindu kat aku. Nasib baik aku pakai baju tak selebet sangat hari ni. Jaket berwarna biru cerah dengan camisole hitam dan seluar hitam menyaluti tubuhnya. Dia mengangguk. Best juga makan free.

" Lagi satu, I nak tengok quotation dari travel agent pasal company trip kita" tegas Uzir sebelum masuk ke biliknya.

Lima minit kemudian Fauziah masuk ke bilik Uzir dengan secawan kopi dan fail yang mengandungi butiran tentang percutian syarikat. Uzir menggosok dagu sambil menyemak quotation ke Bali dan juga Phuket selama 3 hari 2 malam.

" You pernah pergi Bali atau Phuket?" tanya Uzir tiba tiba

Fauziah menggeleng. Manalah aku ada duit nak bercuti ke luar negara. Kalau tak sebab dapat biasiswa ke US, entah entah sampai sekarang aku tak ada passport.

" Which do you prefer?"

" Ha? Boss tanya saya? Bagi saya dua dua pun okay. Tapi kalau Phuket , er... er.. saya rasa seriau sikit sebab kejadian tsunami dulu. Manalah tahu kot kot tempat tu .... ada hantu. Maksud saya .." Fauziah menggigit bibir bawahnya bila melihat Uzir menahan senyum.

Takut hantu, ya. Takpe .. Abang bawa tongkat semambu.Tiba tiba lirik lagu Aci Aci Buka Pintu menerjah kepala Uzir. Hishhh! Berbelas tahun dah aku tak tengok cerita si Labu Labi, tiba tiba teringat pula. Memanglah Fauziah ni buat otak aku pusing. Dia menghirup sedikit kopi panas. Sedappp! Sudah tiga hari dia terpaksa minum kopi terlebih manis yang Ain buatkan.

" Tapi pakej untuk Phuket lebih murah. Kita save dalam RM200 ringgit seorang. " tambah Fauziah

" Bali lebih romantic." Tutur Uzir perlahan. Tonasi suara dan renungannya membuat jantung Fauziah bergetar sejenak. Aikk..... pakcik ni ada perasaan jugak rupanya. Masakkan tak ada perasaan, sikit punya lovey dovey dia dengan awek dia Natasha masa aku jumpa kat Concorde dulu. Cuma dengan orang macam aku saja dia jadi diktator.

" Kalau boss suka Bali, kita semua ikut saja. Itinerary yang di beri semua travel agent lebih kurang sama. Hotel kita boleh pilih, yang di Kuta atau Nusa Dua." Hati Fauziah sudah mula melonjak gembira.

Tak sabar rasanya nak pergi Bali, pulau cantik penuh mistik yang masyhur seluruh dunia. Sabar Fuyah, company trip ni bulan Ogos nanti. Entah entah sebelum tu aku dah kena pecat.Mereka berdua di iring ke private room oleh pelayan berbaju Cheongsam berbelah sampai ke pangkal peha. Orang lelaki tak payah makan pun dah kenyang, desis Fauziah dalam hati. Restoran Toh Lee di Hotel Nikko sudah hampir penuh. Nasib baik boss suruh Ain tempah private room. Kalau chopstick aku melayang, taklah malu sangat.

" You suka makan Chinese food?" tanya Uzir sambil mengambil tempat duduk bertentangan Fauziah. Menu ala carte di beleknya.

" Suka tapi jarang makan. Di US tak ada Chinese restaurang yang halal. Tapi saya ada kawan Chinese Muslim dari Hongkong yang pandai masak. Sekali sekala dia jemput kita orang makan." Jawab Fauziah sambil membetulkan rantai lehernya. Loket yang di beri ibunya terpusing ke belakang. Loket batu nilam yang sebahagian dari set barang kemas pusaka arwah neneknya. Kak Long mendapat anting anting dan Wani rantai tangan.

Uzir memerhatinya dengan tekun. Baru aku perasan mata Fauziah berona cokelat. Selama ni aku ingat dia pakai contact lense. Tahi lalat di tepi bibir belah kanan membuat senyumannya amat manis. Hidung dia kecil dan mancung, macam anak Arab. Uzir seolah mencatat nota dalam kepala. Fauziah menyelit rambutnya di belakang telinga, reaksi nya bila nervous. Apa taknya , BBC ni perhati aku semacam je.

" You pandai masak?"

" Boleh lah. Macam mana nak survive kat kolej kalau tak reti masak. Tapi saya tau masak masakan yang simple saja. Kalau suruh masak untuk kenduri kendara tak boleh lah" kata Fauziah. Mereka berbalas senyuman seketika. Kan bagus macam tu, muka pun nampak macam orang. Boleh tahan juga rupa BBC ni kalau senyum. Taklah hensem gila tapi manis.

" Itu dia, tetamu dah tiba. " kata Uzir sambil bangun. Fauziah menoleh ke arah pintu. Amboi mak! Hensemnya mamat ni. Macam model .

" Hello, How are you Uzir? Sorry terlambat. Traffic was quite bad" Lelaki tinggi lampai itu menghulurkan tangan kepada Uzir. Kedua nya bertepuk tampar macam dah lama kenal.

" You datang seorang saja kah? By the way, this is my Accounts Manager, Fauziah. Fauziah, meet Rifdi from CIMB Bank." Fauziah menyambut salam dengan senyuman tak berapa nak jadi. Excited nya haku sampai tak boleh control otot mulut!

" Happy jer aku tengok kau ni. Married life mesti seronok kan" Uzir mengusik.

Alahai! Dah kawin rupanya Encik Rifdi. Hummphhh.. BBC ni memanglah. Tak kasi chan langsung aku nak berangan kejap, dengus Fauziah dalam hati.

" Mestilah seronok. Kau bila lagi?" tanya Rifdi " Rugi kahwin lambat tau"

" Pandailah kau cakap. Aku ni calon pun tak ada lagi. Siapalah nak kat aku?" Desis Uzir

Fauziah membenamkan muka dalam menu. Ha .. ha .... sedar diri pun. Siapa nak kat BBC ni? Bengis semacam, bini pun boleh kena darah tinggi. Model model yang kaki kikis pun nak duit dia jer, bukan nak sehidup semati dengan dia.

" Sorry Fauziah. Kita orang ni kawan lama. Saya senior Rifdi masa di university dulu. Tapi dah kena langkah bendul, dia kahwin dulu." Terang Uzir dengan tawa kecil bila melihat Fauziah seolah terpinggir. Fauziah mengangkat wajahnya dari menu yang sudah di ulangbaca berkali kali. Macam baca buku resepi pula.

"Oh.. Patutlah nampak boss ceria hari ni. Tak garang macam biasa" Ooops! Fauziah mengetap bibir dengan muka yang merona. Berderai tawa Rifdi. Muka Uzir berubah. Macam nak jolok mata aku dengan chopstick... matilah makk! Nasib baik waktu itu pelayan datang menuang teh Cina dan mengambil pesanan.

Sambil makan mereka berempat berdiskusi tentang kedudukan kewangan Tapis Engineering. Setakat ini syarikat itu tidak mempunyai sebarang pinjaman bank. Cuma untuk keperluan masa depan Rifdi cadangkan kemudahan overdraft. Uzir juga bercita cita membeli shoplot sendiri - lebih jimat dari menyewa dalam jangkamasa panjang. Fauziah mendengar dengan tekun bila Rifdi dan Uzir berbincang, cuma sekali sekala dia menyoal atau memberi pendapat. Tak boleh tunjuk pandai sangat, sebab memang aku belum pandai pun...he! he!

" Nanti you sediakan dokumen dokumen yang bank perlukan. Bila dah siap semuanya, kita jumpa dengan Rifdi lagi." Kata Uzir padanya.

Fauziah mengangguk . Jam menunjukkan pukul 2 petang. Perut dah kenyang , mata pun dah layu. Mereka bertiga jalan bersaing ke tempat parkir sebelum Rifdi melencong ke arah keretanya.

" Kenapa pula Mama telefon masa ni?" soal hati Uzir melihat I phone yang berdering. Cuak juga kalau ada sesuatu berlaku pada Mama atau Papa.

Fauziah menahan gelak mendengar perbualan Uzir. Manja betul! Gantinama dirinya " Adik"... Ho Ho Ho! Tua bangka punya Adik. Geli ketiak aku! Cakap dengan ibu agaknya.

Sebaik tamat perbualan , Uzir menjeling tajam pada Fauziah yang tak sempat nak kaver senyuman. Ketawakan aku lah tu. Jaga kau Fauziah.

" Saya kena jemput mak saya kat KLCC dan hantar dia ke Shangri La. Kereta dia rosak."

" Kalau macam tu, saya balik sendiri naik teksi." Usul Fauziah. Leceh betul kalau kena bertegur sapa dengan Mak Datin. Mesti sombong nak mampus kalau kroni Auntie Roselina.

" Tak payah. Dekat saja dari sini ke KLCC dan Shangri La. You tunggu teksi pun lagi lama." Bidas Uzir. Muktamad. Audi A6 nya meluru ke arah KLCC
Datin Mahani tertinjau tinjau mencari kereta anaknya. Peluh mula merenik di celah anak rambut yang di litupi skaf sutera.Matahari rembang menaikkan lagi laras kepanasan hatinya. Bertimpa timpa dugaan yang melanda hari ini. Di tangga teratas mestilah desas desus tentang syarikat suaminya. Ketika mengambil baju tempahan di butik Kirana dia terserempak dengan Puan Sri Hamidah yang memandang nya sinis.

" Eh..Datin Mahani. You still tempah baju kat sini? Tak mahal ka? Dengarnya Datuk punya company in bad shape. Kesian, siapa sangka ya. " kata Puan Sri Hamidah dengan senyuman plastik.

Nasib baik " kawan" itu beredar keluar sebelum sales assistant memberitahu yang kad kreditnya sudah " exceed limit". Kalau tidak habis di canang satu KL. Mana aku nak letak muka aku. Syukurlah Kirana dah lama kenal aku, boleh juga aku pakai baju baru ke anniversary dinner nanti. Biar papa , asal bergaya.




Kemudian dia terkedu melihat anak sulungnya Umar berjalan berpimpin tangan, berlaga bahu dengan seorang gadis muda. Geraklaku mereka nampak intim, jelas bukan kawan biasa. Darahnya menyirap.Menantunya si Salwa sedang mengandung. Berani Umar main kayu tiga. Takkan dia tak sedar keluarga mereka di kenali ramai. Salwa pula bukan calang calang orang; menantu pilihannya itu anak hakim berpangkat Tan Sri. Malunya aku kalau orang report kat besan aku.

Drebarnya pula tak kunjung tiba pada masa yang di janji. Rupanya kereta BMW rosak. Kebelakangan ini kereta nya asyik rosak. Kalau ikutkan hati baik pakai Toyota atau Honda atau Kia sekalipun. Tapi tak ada class lah pula. Kepalanya sarat memikirkan bagaimana hendak ke temujanji dengan Datin Roselina di Shangri La nanti. Nasib baik Uzir ada berdekatan dengan KLCC. Mudah mudahan adalah jodoh Farah dengan Uzir. Tak berkenan langsung aku dengan Natasha, model tu.

Uzir membunyikan hon sebaik sampai. Hatinya mula gusar melihat muka ibunya yang mencuka. Mesti tak cukup lubang telinga aku kena bebel. Fauziah melihat dengan cuak Mak Datin yang beroman garang mendekati kereta. Pakai baju cantik dengan beg designer pun tak guna kalau muka macam kena sembelit.

" Kenapa lambat sangat?" sergah Datin Mahani sambil menutup pintu kereta dengan kuat. Siapa pula perempuan yang di usung si Uzir ni?

" Biasalah Mama, traffic jam. Inikan lunch hour. Kenalkan, ini my Accounts executive, Fauziah. Kita baru lepas meeting dengan CIMB Bank. " Nada Uzir bersahaja. Dia memutar punat untuk menurunkan suhu hawa dingin. Mama tengah hot tu!

" Apa khabar Datin?" Fauziah sekadar berbasa basi.

" Baik." Jawab Datin Mahani pendek. " Cepat sikit Adik. Mama dah lambat ni. Kesian Auntie Rose tunggu lama."

Lagi sekali Fauziah terpaksa menahan tawa mendengar panggilan manja Uzir. Mukanya segera di paling ke luar tingkap. Matilah aku kalau boss tahu aku gelakkan dia.

" Fauziah anak saudara Auntie Rose dan Uncle Farid" sambung Uzir

" Oh, yang datang dari kampung tu. Datin Rose ada cerita pasal awak." Hairan juga Datin Mahani melihat Fauziah.

Berbeza dari gambaran Datin Rose. Sangkaan Datin Mahani mesti orangnya ala ala orang gajinya Mak Semah tapi elok pula rupa budak Fauziah ni. Fauziah cuma mengangguk. Intonasi suara Mak Datin ni macam menghina je. Dia ingat ulu sangat kot aku ni. Woi, kampung sekarang dah ada bekalan letrik,dah tak payah mandi dan basuh kain di sungai, orang lelaki dah tak pakai cawat, perempuan pun tak berkemban dah. Aparahh....

Uzir berdehem. Alahai.. mak aku ni pun. Kenapalah cakap macam tu? Kesian tengok muka Fauziah dah berubah. Janganlah minah ni laser Mama, dia berdoa. Tercetus Perang Dunia pula nanti.

" Mama beli apa tadi?" Uzir mengubah topik

" Tak beli apa apa. Mama ambil baju yang mama tempah dari butik Kirana. Baju baru untuk anniversary dinner Mama dengan Papa minggu depan. Adik jangan lupa tau" pesan Datin Mahani

" Oh ya, next Saturday , kan Mama? Fauziah, you are invited. Semua staff Tapis di jemput. Dinner di rumah parents saya di Damansara Heights. Nanti saya bagi address. "

" Er... saya belum tentu lagi dapat datang atau tidak. Tapi terimakasih kerana menjemput, Uzir, Datin" balas Fauziah.

Dia telah mengajak Wani datang ke KL untuk memudahkan adiknya membeli barang hantaran bersama Acap. Takkan nak tinggalkan Wani seorang diri malam malam. Adiknya itu penakut. Lainlah kalau Alia dan Kak Liza boleh temankan tapi mereka pun jarang lekat di rumah kalau malam minggu.

" No excuses. Tak dapat bonus nanti" gertak Uzir. " Kenapa tak boleh datang? You better have a good reason "

Busybody! Dah mulalah nak tunjuk kuku besi dia.

" Saya nak kahwin" jawab Fauziah perlahan. Buat buat tunduk malu sambil tersenyum kecil. Keh keh keh...

" HAA?! Betul? Dengan siapa? " Hampir terlucut jantung Uzir.

Tak ada angin tak ada ribut, tiba tiba rasa macam kena sambar petir. Nasib baik aku tak blackout terus. Kalau tak mati kataklah di tengah jalan. Datin Mahani menjeling tajam . Nada suara anaknya merisaukan. Naluri seorang ibu cepat menangkap sesuatu yang tak kena.



 
" Dengan anak Tok Batin kampung saya, Berat anak Pit" balas Fauziah dengan serius. Namun perutnya sakit menahan tawa. Uzir mengerling ke sisi..... budak ni memanglah nak kena! Lucu ..lucu.. Berat Pit aka Brad Pitt kunun.

Kereta Uzir sampai ke lobby entrance Hotel Shangri La dan doorman beruniform jaket merah dan seluar hitam pantas membuka pintu belakang.

" Mama pergi dulu. Malam ni Uzir datang rumah tau. Ada benda penting Mama nak cakap." kata Datin Mahani sambil turun. Tiada pamitan langsung untuk Fauziah.

Fauziah menopang dagu sambil tangan kanan bergendang di meja. Laptop Sony Vaio kepunyaan Kak Liza sudah di "conquer" nya sejak setengah jam tadi. Jarang sekali ada waktu senggang begini. Dia melayan VC lagu Dibius Cinta di youtube sementara menunggu Farah membalas mesej YM. Sudah lama dia tidak mendengar khabar sepupunya. Rindu nak berceloteh di alam maya. Lagipun dia ada tugasan penting dari Auntie Rose - memujuk Farah untuk berkahwin dengan Uzir. Haiyooo... fenin, fenin. Makcik aku tu tak tahu kah yang cinta tak boleh di paksa.


crazeegurl: Sori. Neighbour aku dtg tadi.

Blossom85: How's your love life?

crazeegurl: Great. Atif proposed minggu lepas. Romantic sgt

Blossom85: Jeles nyaaaa. Kau terima? Kesian BBC... he he

crazeegurl: Tak baik tau. Aku dah cakap kat my mum

Blossom85: Cakap you tak nak kawin BBC tapi nak kawin Atif? ( macamlah aku tak tahu, detik hati Fauziah. Auntie Rose yang mengadu kat aku)

crazeegurl: a'ah

Blossom85: Apa dia kata? Tak mengamuk?

crazeegurl: Mengamuk sakan. Mcm kena hysteria. Tapi daddy relax jer


Fauziah dapat membayangkan reaksi Auntie Rose. Mesti menangis beria ia macam Nyonya Mansur sambil meraung " Alahai Farah"! Inilah bahana bila mak sibuk nak tentukan jodoh anak.


Blossom85: kesian bos aku..jadi bujang terlajak la L

crazeegurl: kalau ko kesian, kawin lah dgn dia

Blossom85: .... lawak antarabangsa. Sakit perut aku. Selisih malaikat

crazeegurl: i think he likes u..... BBC = Benar benar Cinta.

Blossom85: Teruk lah ko. btw ko dah betul betul pasti ko nak kahwin dgn Atif? Muktamad? Tak nak guna talian hayat?

crazeegurl: Tukar topic ya? mesti ada apa apa.. he he. Yes i am very sure. I am so in luv with him. Dia cinta pertama & terakhir aku. He makes me so happy.

Blossom85: Walauwei... jiwangnya. Ko tak takut kahwin dgn org bangsa asing?

crazeegurl: Dia org Singapore lah. Org Melayu Islam juga. Bukan matsalih atau African atau eskimo. Kenapa ni? Mummy suruh ko pujuk aku terima Uzir?

Blossom85: He he he. Kdg2 aku kesian kat yr mum. Ko kan anak tunggal.

crazeegurl: aku dah boring asyik kena ikut cakap dia. Aku yg nak kahwin bukan dia.

Dalam hatinya Fauziah bersetuju. Sudah banyak kali Farah beralah. Farah lebih berminat dalam bidang interior design tapi terpaksa mengambil jurusan undang undang, Farah hendak menyambung pelajaran ke US bersamanya , namun Auntie Rose tidak benarkan. US terlalu jauh , katanya. Tapi ini soal jodoh. Farah berhak berkahwin dengan lelaki yang di cintai nya; bukan pilihan Auntie Rose. Pilihan Auntie Rose bukannya best pun.


Blossom85: Bila nak balik sini? Aku nak tengok Atif " live"

Dari gambar dalam Facebook Farah, Atif nampak tall, dark and handsome. Lebih kurang stok penyanyi Taufik Batisah. Mesti Auntie Rose takut cucu cucu dia ireng... keh keh keh.


crazeegurl: December nanti, insyaallah. Christmas hols.

Blossom85: Lambatnya. Miss u lah. Bila u nak kawin?

crazeegurl: Atif dgn aku nak nikah kat masjid di London sbb kita takleh cuti panjang. Balik Msia nanti bersanding, insyallah

Blossom85:Aku doakan semua okay. Aku rasa mak kau pun akan terima juga Atif nanti. Congrats.

crazeegurl: I hv to go.Take care ya

Blossom85: U too. Assalamualaikum


Fauziah menutup skrin YM. Misi memujuk Farah tak berjaya. Macam mana aku nak pujuk Farah supaya kahwin dengan Uzir si dictator tu. Aku sendiri seorang romantic yang percaya pada cinta sejati. Cinta dari mata turun ke hati, cinta yang bersemi dari dua hati yang tulus dan suci . Cewahhhh... sejak bila aku jadi minah jiwang nih?
Jangkit dari Farah kot

Kenapa aku tak pernah jatuh cinta? Mesti best, mencintai dan di cintai. Mungkin aku belum menemui lelaki yang sesuai. Apakah kriteria jejaka idaman aku? Fauziah mula mengelamun. Seorang yang beriman dan boleh membimbing aku seperti suami Gina, rupa yang sedap mata memandang, ada career dan pendapatan tetap, bertanggungjawab, caring, romantik, boleh menjadi sahabat dan juga kekasih, menerima aku seadanya. Amboi amboi, panjang nya list. Ingat kau tu siapa Cik Fuyah? Sama taraf dengan Fazura? Fasha Sandha? Mak selalu tanya kenapa aku tak ada teman istimewa. Saudara mara pun hairan kenapa aku belum ada pakwe. Mentang mentang lah Kak Long dan Wani cepat " laku". Kak Long umur 22 dah kahwin, Wani yang 21 tahun dah tunang. Aku? Alaa....aku muda lagi lah. Kat KL ni kalau umur 30 belum kahwin pun orang tak hairan. Lagipun kahwin ni bukan main tangkap muat. Biar lambat asal selamat.

Panggilan telefon memangkas anganannya. Apa pula si Acap nak?

" Fuyah, malam ni kau free tak?"

" Aku ada hal. Aku dah janji nak keluar dengan Alia. Kenapa?" Mulanya dia agak berat hati untuk menerima pelawaan Alia. Maklumlah pergi ke Club Heaven untuk pelancaran jeans terbaru Levis. Mana aku reti pergi tempat macam tu? Tapi Alia yang mendapat jemputan dari kawannya beria ria memujuk. Lagipun Fauziah tergoda bila terdengar ada ramai artis popular akan hadir, ada door gift lagi. Yeay!


" Alaa.. pasal reunion tu la. Gina dengan Rais nak jumpa di Lotus Jalan Ampang malam ni. Kau jangan nak ngelat " pesan Ashraf.

" Kalau sempat aku singgah. Tapi aku tak boleh janji sebab aku tumpang Alia"

"Susah betul nak jumpa Fuyah sekarang. Orang dah ramai kawan kat KL" suara Ashraf seolah merajuk.

" Alaaa la la... nak merajuk pula. Buruk tau. Kau tu tak lama lagi nak naik pelamin. Tengoklah malam ni. I'll try my best, ok?" ucap Fauziah sebelum Ashraf menamatkan perbualan.

Fauziah mengeluh panjang. Susah betul nak puaskan hati semua orang. Aku tak boleh berada di dua tempat dalam satu masa, lainlah kalau aku di klon kan. Cewahhh... macam popular sangatlah aku ni!

Hidungnya terbau aroma citrus yang mengecurkan air liur. Kakinya melangkah ke arah bau yang mengecurkan airliur itu. Kak Liza sedang mengadun ising untuk orange cupcakes yang baru dikeluarkan dari ketuhar. Bestnya ! Kak Liza tak pernah jemu memasak, ada ada saja resepi yang dicubanya. Semua menjadi pula tu. Beruntung aku dengan Alia dapat housemate ala ala chef.

Fauziah membuat teh O untuk melengkapkan minum petang, kemudian mengetuk pintu bilik Alia. Beberapa saat kemudian Alia tersembul dengan muka di tepek masker dan rambut di gulung dengan rollers. Makkk! Jantungnya terhenti sekejap! Berandam sakan untuk malam ni nampak nya si Alia.

"Terkejut aku. Macam adik hantu pocong. Nasib baik aku tak pengsan. " seloroh Fauziah. " Jomlah, Cupcakes dah siap"

-------------------------------------------------------------------------------------


Lagu Low dari Flo Rida sedang menggegarkan Club Heaven sewaktu Alia dan Fauziah sampai. Kawan Alia, Jennifer yang sibuk menyambut kedatangan tetamu melambai ke arah mereka. Rata rata tetamu yang hadir nampak glamour dan ranggi memandangkan event malam itu bertema Cowboy & Cowgirls. Aku pula rasa macam Cow. Fauziah mula tak selesa. Gabungan asap rokok, bau minyak wangi dan bau air kencing setan menyesakkan hidung. Siapalah suruh aku ikut Alia ke tempat macam ni? Baru sepuluh minit dah pening. Betul betul macam rusa masuk kampung. Tapi hatinya terpujuk bila melihat isi beg door gift... fuyooo, ada Stila lip gloss, shower gel Body shop, T shirt Fly FM dan voucher Levis. Not bad!

" Jom kita duduk kat sana" Alia menuding jari ke arah beberapa kerusi kosong berdekatan dance floor. " Ada fashion show jap lagi"

Fauziah sekadar mengikut sahabatnya tanpa banyak helah. Sambil menyisip Coke, matanya tertumpu pada model model yang menggayakan koleksi terbaru Levis. Fuhhh... nak terjojol biji mata! Yang lelaki tayang six pack. Yang perempuan pula cukup sexy. Ada yang sekadar memakai bikini top dengan jeans, dan ada yang pakai mini skirt dengan tank top. Kalau Abah tengok, agaknya tertetas balik semua jahitan pembedahan dulu! Mata Fauziah tertancap pada seorang model Melayu yang sedang menggayakan shorts denim macam yang di pakai Jessica Simpson dalam Dukes of Hazard. Lenggoknya mengalahkan itik pulang petang. Fauziah memincing mata. Oh , patutlah familiar - Natasha, awek BBC.

" Itulah awek boss aku" bisik Fauziah sambil menyiku Alia.

" Natasha ? Wow, boleh tahan boss kau. Tapi model model ni bukan stok buat bini. Derang ni kaki kikis. Kira win- win situation lah. Dia dapat duit, boss kau dapat tayang girlfriend lawa. Entah entah dah puas boss kau merasa" kata Alia sambil mencebik

" Hmmm.. kubur masing masing. Aku tak ambil pot. Tapi cantik lah minah tu" puji Fauziah bila Natasha berhenti berdekatan meja mereka dengan pose kangkang. Sampai hampir ternampak Tuuut...Lelaki di meja bersebelahan bersiul rendah.

" Dah pakai mekap memanglah cantik. Cuba kau tengok muka dia bila bangun pagi. Lawa lagi muka kita" balas Alia.

" Iye lah tu. " perli Fauziah. Kedua mereka terkekeh ketawa.

Tamat saja pertunjukkan fesyen, Alia berlalu pergi untuk berjumpa rakannya. Fauziah memutar straw dalam gelas yang berisi Coke. Kemudian matanya melilau mencari kelibat artis yang kononnya akan hadir. Ciss... temberang je Alia ni! Dia menguap kebosanan.

" Hi gorgeous! " Seorang lelaki Cina berambut cacak macam iklan gel menyapanya. Fauziah terkebil kebil sambil menguis kotak memorinya. Kenalkah aku dengan mamat ni?

" I've been watching you all night. I want to get to know you. I'm Jellyco" Lelaki itu menghulurkan tangan. Fauziah menyambut salamnya. Takkan nak kurang ajar kot. Jellyco ? Apa punya nama tu? Mamat ni anak towkay kedai donut J CO yang super duper sedap tu kah? Atau aku silap dengar? Maklumlah deria pendengaran di asak muzik yang berdentum.

" Sorry, your name again?" tanya Fauziah.

" J-E-R-I-C-H-O" Dia mengeja " Je-lly-co"

Mak engkau! Nama punya glamer tapi tak reti sebut. Fauziah menahan tawa. Nasib baik tak terjatuh kerusi.

" Let's dance" ajak Jericho sambil menarik tangannya. Fauziah pantas menggeleng sambil cuba melepaskan tangannya.

" Saya tak suka menari" tegasnya sambil menginjak dari Jericho yang berbau arak. Dia mula cuak.

" Come on lah. I'll show you how. I'm a good dancer. Cha cha , salsa , hip hop.. all I know one." Jericho mendesak. Tangan yang mula menjalar ke bahu Fauziah di tepis kasar. Pakcik ni sudah lebih. Aku lanyak jadi jelly kang!

" Sejak bila pandai clubbing ni?" Tiba tiba suara yang amat di kenali mencecah cuping telinga Fauziah. Bibirnya bergetar tapi tak ada suara yang keluar. Dia cuma mampu memandang Uzir yang tercegat di depan. Mata Uzir yang mencerlung sama menakutkan dengan gelagat Jericho. Fauziah menundukkan wajah.

" Your girlfriend, ah?" tanya Jericho." Sorry" Dia terus mengangkat kaki. Uzir mengambil tempat duduknya.

Mana Alia ni? Cepatlah, seru Fauziah dalam hati.

" Tak sangka you suka datang tempat macam ni. Nampak macam baik tapi ligat juga rupanya" Sinis nada Uzir.
Entah kenapa kata kata Uzir menghiris hatinya. Sebak rasanya. Ya Allah, kenapa aku ni sensitif tak bertempat? Peduli haper dengan si Uzir tu. Jam tangan di kerlingnya. Sudah pukul 9.40. Aku nak cabut!

" Kenapa jadi bisu pula? Selalunya bukan main lagi mulut awak tu" desak Uzir lagi. Sudah lama dia memerhatikan Fauziah malam ini. Wajah yang polos macam budak sekolah berubah menjadi wanita yang ayu dengan solekan tipis. Hatinya bergolak. Terlupa sekejap pegangan hidupnya - Cinta itu melalaikan. Uzir, ingat cita cita kau dan masa depan syarikat... dia memberi amaran pada diri sendiri.

" Saya ..saya tak sihat.Terimakasih sebab tolong saya tadi" Fauziah cepat mengambil tisu dari beg tangan dan menekap hidung dan mata nya yang mula berair. Kenapa pakcik ni sibuk sangat? Pergilah jaga awek dia si Natasha tu.

" Terimakasih saja? You owe me one, Fauziah. Hutang budi di bayar... ehem ehem" kata Uzir sambil tersengih bila Fauziah mengherotkan bibir. " Awak datang dengan siapa?"

" Dengan my housemate Alia. Dia dapat invitation dari event manager Levis. Tapi dia hilang pula... entah mana dia pergi. Boss datang dengan girlfriend you yang model tu?" Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu tanya pula.

" Sekali sekala I datang sini untuk lepaskan tension" balas Uzir tanpa menjawab soalan Fauziah.

" Owh..." Nak lepaskan tension? Aku bertambah tension kalau datang tempat camni. Dengan asap rokok, busuk, muzik bingit. Kalau nak lepas tension pergilah memancing, berjogging, lepak kat taman. Lain bebenor lifestyle orang kaya ni. Fauziah terus tak terkata; hilang modal untuk berbual lanjut.

" Kenapa muka you semacam? You ingat I ni jahat sangat kah?" duga Uzir. Gadis berblaus putih dengan jeans itu di tenungnya tajam. Kasi takut sama dia... he! he!

Fauziah menggeleng dengan senyuman nipis. Siapalah aku nak menghukum orang? Kalau aku baik sangat, pasti aku tak akan pijak tempat ini.

" So, I ni baik lah. Kalau I masuk meminang you, Mak you terima tak?" tanya Uzir dengan nada bergurau. Tapi bukan sekadar gurauan kosong.

Boss ni dah mabuk ke? Atau aku yang tak korek telinga? Alternatif terbaik.. buat tak dengar jerlah. Tempat macam ni banyak syaitan berbisik pun. Fauziah memincingkan mata. Natasha menghampiri dengan jelingan tajam.

" Excuse me, I kena pergi. Alia dah panggil" Fauziah bangun dan bergegas ke arah Alia yang menggamit dari tepi pintu masuk. Good timing! Di rempuhnya bahu Natasha dengan tidak sengaja.

" Hoi, buta kah?" laung Natasha. Dia berpaling pada Uzir" Siapa perempuan tu?"

Uzir tak terjawab. Siapa Fauziah di hati ku? Yang pasti tidur malamnya tidak lagi nyenyak, anganan nya kian di bias wajah Fauziah. Cinta itu melalaikan tapi indah! Ala emak kahwinkan aku...
-----------------------------------------------------

" I tak suka makan di kedai macam ni. You tau kan, I tak makan nasi, tak makan pedas, tak makan fried food. Jomlah kita pergi tempat lain. Sini aircond pun tak ada. " rengek Natasha.

" Kalau you tak suka, tak usah makan. I dah lama teringin nak makan di sini. Semua orang kata nasi Padang ni sedap." helah Uzir. Nasib tak baik... dia terserempak dengan Natasha dalam perjalanan ke tempat parkir. Arghhh.. terlupa pula mereka ada lunch date hari itu.

Natasha memuncungkan mulut yang di oles lipstick merah menghelit. Sebatang rokok di nyalakan.

" Maaf , cik. Sini tak boleh merokok." Tegur pelayan yang membawa pesanan air. Teh o Ais limau tanpa gula untuk Natasha dan mineral water untuk Uzir. Tegurannya tidak di hiraukan.

" Kalau Cik nak merokok, boleh duduk kat luar" Pelayan itu menjuih bibir ke arah meja kosong di kaki lima kedai.

" Duduk kat luar? Panas! Tau tak?" selar Natasha dengan muka mencuka . Dalam hati dia menyumpah Uzir, ada ke bawa aku kat tempat tak kelas macam ni. Tak tahu ke yang aku ni model terkenal. Tengok tu, habis satu kedai dok terteleng kepala tengok aku.

" Tasha, listen to him. Put out your cigarette. I pun tak tahan. Busuk baju I nanti" rungut Uzir. Matanya mengerling ke meja di sudut kedai bersebelahan cashier. Siapa yang dengan Fauziah tu? Dari ofis tadi, sengaja dia mengikut kereta Proton Wira yang menjemput Fauziah. Tengok tengok sampai ke kedai Nasi Padang Istimewa di Kampung Pandan. Alahai... dah sampai tahap stalker pula aku.

Natasha mendegus kasar. Nak kena ajar sikit si Uzir ni! Sudahlah bawa aku makan di tempat kokak macam ini, berani marah aku pula tu. Tengok tu, mata asyik merayap ke tempat lain. Tak berbaloi aku bersiap lawa lawa hari ni.

" Uzir, let's go somewhere else. I seganlah, orang asyik pandang I." Natasha menukar taktik. Merayu dengan manja sambil bermain dengan rambutnya. Tubuhnya yang langsing di lentuk. Lelaki mana tak cair.

" What's wrong with this place? Janganlah cerewet. Sekarang economy dah gawat, kena jimat. I dah tak boleh berbelanja macam dulu." Tutur Uzir dengan wajah tak beriak. Tak di endahkan langsung pujukan Natasha. Dah ulangtayang banyak kali sampai basi.

Mata Natasha terbeliak." You mean.... you tak ada duit? " katanya separa berbisik. Jantungnya merudum. No money, no honey...

Ha... strategi aku berjaya. Minah ni mesti nak break up. Selamat aku, desis Uzir dalam hati. Tapi jangan pula yang di kejar tak dapat, yang di kendong berciciran. Siapa lelaki dengan Fauziah tu? Mesra nampak. Tapi lagak mereka macam member kamceng bukan macam couple, Uzir cuba menyedapkan hatinya. Fauziah tetap dengan gelak tawa sampai terhinggut bahu, takde control ayu. Makan penuh selera sampai lengan baju kurung di sinsing ke siku. Tak pandang kiri kanan pun.
.................................................. .......................

" Sedaplah makanan kat sini. Kau selalu datang sini?" tanya Fauziah sambil mengutil daging dendeng.

" Dalam sebulan adalah dua tiga kali. Tempat ni jam, parking pun susah. Tapi sebab sedap, aku redah juga lah. Ambil lah lagi lauk. Jangan segan segan, Fuyah"

" Bila aku pernah segan dengan kau Acap? Kalau aku tau kau nak belanja hari ni, aku bawa si'a. Boleh tapau." kata Fauziah dengan tawa kecil. " Apa mimpi kau nak belanja aku harini?"

" Alaaa... nak belanja pun kena ada sebab ke? Macamlah aku ni bakhil sangat. Tapi kalau kau nak tahu, aku mimpi kahwin dengan kau. " Ashraf memandang tunak wajah Fauziah yang sedang mengunyah perlahan. Hatinya sudah lama berbolak balik. Makin dia cuba menyahkan bisikan naluri yang tak sepatutnya, makin menguntum perasaan nya pada Fauziah. Bila dia menjauhkan diri, rindu mula berselirat. Bila berjumpa , waktu sentiasa mencemburui mereka. Terasa begitu pantas masa berjalan. Hatinya terbuai mendengar celoteh Fauziah, canda dan tawanya.

" Aku simbah kau dengan gulai ni kang! Nasib baiklah kau ni nak jadi adik ipar aku. Kalau tak dah kemek muka kau." Dengus Fauziah. Si Acap ni tak boleh layan, nanti menjadi jadi. " Eh.. lupa nak cakap. Minggu depani Wani , Mak dengan Abah aku datang. Dia orang tumpang rumah pakcik aku di Bukit Indah. Hari Sabtu kita semua pergi shopping, okay? Mak aku nak beli perkakas kahwin dengan barang hantaran kau dengan Wani. Senanglah kalau kau ada sekali"

Selera Ashraf terus tertutup. Spoil betul! Nasi dalam pinggan di gaul gaul tanpa menyuap. Silap aku juga; aku patut berterus terang dengan mak. Lagi aku tangguh, lagi parah.

" Kenapa Cap? Tercekik tulang kah? Nah, kau habiskan yang last ni" Fauziah meletakkan seketul puyuh goreng ke pinggan Ashraf. Pinggannya sendiri sudah licin. Dia menyedut air limau nipis.

" I.. I am not ready to get married. I don't know if Wani is the right girl" luah Ashraf. Mata Fauziah membuntang. Nasib baik tak tersedak.

" WHAT?! Kau dah jumpa orang lain? Kau jangan buat hal Acap. Kesian Wani"

Fauziah merendahkan suara bila pelanggan di meja sebelah mula memerhati. Hatinya sebal.Tak sanggup melihat adiknya di kecewakan. Punah harapan kedua ibubapanya dan Makcik Zaidah. Sesi sidang dapur Kampung Bidara mesti gempak.



Ashraf melepaskan keluhan panjang. " Kau tak kesian kat aku? Kalau kau kena kahwin dengan lelaki yang kau tak cinta.. macam mana?"

Eee... mangkuk ni. Dulu siapa suruh gatal nak tunang ? dengus Fauziah dalam hati. Tapi tak sampai hati pula nak marah bila melihat muka Acap yang kelam macam ikan puyu. Sedangkan pantai boleh berubah, inikan pula hati orang... betul ke peribahasa aku ni? Aku pun bukan pandai nak jadi Cik Sri Siantan kalau bab bab cinta ni.

" Kau fikir betul betul dulu Acap. Pastu discuss lah dengan keluarga kau. Aku malas nak masuk campur". Bukan Fauziah tak tahu, adiknya sering memandang serong persahabatan dia dengan Acap. Nanti tak pasal pasal aku di kambing hitamkan. Macamlah aku kemaruk sangat sampai nak rampas tunang adik sendiri.... Bengong betul si Wani!
-------------------------------------------------------------------------------------


" Tahun lepas Datuk Shahrin dengan Datin Mahani buat anniversary dinner kat Shangri La. Very grand! Ramai VVIP yang datang. Penyanyi jemputan Sheila Majid. " cerita CC dalam perjalanan ke rumah Datuk Shahrin " Temanya Hollywood Glam."

" Wow!" suara Fauziah penuh kagum. Mesti berpuluh ribu ringgit habis tuh! Tapi bagi jutawan seperti mereka tak jadi hal; macam beli aiskrim tepi jalan jer kot. Terkilan pula bila teringatkan Mak dan Abah yang tak pernah sekali pun merayakan anniversary walaupun sudah 30 tahun berkahwin. Alaa..... baik lagi simpan duit untuk fardhu haji.

" Tapi tahun ni Datuk kena jimat agaknya. It seems his business is not doing well. " sambung CC. " But don't tell anyone. I dengar ni pun dari kawan I yang handle Datuk's account kat Maybank."

" Really? " Terkejut Fauziah. Hakikatnya rezeki di tangan Tuhan. Hidup ni berpusing bagai roda. Adakala di atas, ada masa di bawah. Padan muka Datin sombong tu... he he! Jahatnya aku, nak pergi makan dinner kat rumah orang , sempat pula kutuk. Kena sakit perut nanti baru padan muka.

Fauziah leka mengamati keindahan malam di kawasan elit itu. Tenang dan sunyi; terlindung dari hiruk pikuk kota.
"Adoyaiii... ni rumah ke haper" detik hati Fauziah bila tiba di Jalan Setiabudi 7, Bukit Damansara. Ternganga mulutnya melihat deretan rumah agam. Lima enam biji rumah di kampung aku boleh muat dalam satu rumah di sini.

Deretan kereta mewah terpakir di pinggir jalan. Dua tiga kereta yang tak berapa mewah pun ada - kereta staf Tapis lah itu. Perkarangan rumah No 22 di limpahi cahaya macam Malam Tujuh Likur. Bau barbeku yang mengecurkan airliur menusuk hidung. Mereka terus menurut deria bau yang membawa mereka ke belakang rumah.

Matanya terbeliak melihat laman yang di hias cantik. Berpuluh lilin berbentuk bunga teratai terapung dalam swimming pool. Meja bulat beralas kain putih di atur di sekitar halaman. Haruman bunga segar bersaing dengan bau makanan memenuhi ruang malam. Gerai gerai yang menyajikan pelbagai hidangan berderet di kiri kanan laman. Suasana riuh dengan perbualan dan gelak tawa jemputan.

" I dah lapar lah. Jom kita ambil makanan" CC menarik tangannya. " Pastu kita duduk kat meja belakang sana dengan Pak Lan" .
Fauziah berjalan dari satu gerai ke gerai lain. Mak oii... macam macam ada. Akhirnya dia mengambil beberapa cucuk satay.

"Hi, how are you? Thanks for coming" Suara lelaki mencecah cuping telinga Fauziah.

" Oh mak !" Fauziah melatah. Hampir terpelanting pinggan di tangannya. Bossnya nampak kacak dengan kemeja linen putih dan seluar khaki.

Senyuman tersungging di bibir Uzir. " Thanks for coming. Datang dengan siapa?"

" I datang dengan CC. Er...Apa khabar? Dah lama sampai?" tergagap gagap Fauziah. Kepalanya di tampar . Bodoh punya soalan.

" Lama jugalah, dah lebih dua puluh tahun. " Usikan Uzir menambahkan lagi gelabah Fauziah. Mukanya mula terasa pijar lebih lagi bila mata Uzir merenung dadanya. Apa pandang pandang.. aku cucuk biji mata dengan lidi satay kang.

" Loket yang you pakai tu... macam I pernah nampak" tutur Uzir . Wajahnya sarat dengan tanda tanya.

" Memanglah you pernah nampak. Sebab I selalu pakai pergi ofis " jawab Fauziah. Eeii.. geramnya! Kenapa dengan BBC ni? Orang pakai baju sikit punya sopan, nak juga tengok kat situ. Ramai lagi tetamu yang pakai sexy seksa.

" Jomlah duduk" pelawa Uzir sambil menunjuk ke arah meja berdekatan. Ada dua kerusi kosong, yang lainnnya di penuhi tetamu yang sedang berbual rancak dengan Bahasa Inggeris " berhabuk".

" I dah janji dengan CC nak duduk dengan Pak Lan dengan family dia. Excuse me." Fauziah meminta diri. No way aku nak duduk dengan kawan kawan dia. Hilang selera makan aku.... rugi!

"Talk to you later then" Uzir bersuara, agak kecewa. Hajat di hati nak meluangkan masa dengan Fauziah. Matanya mengekori gadis berbaju pic dengan jeans warna putih. So sweet!

Menu malam itu memang istimewa. Ada pelbagai gerai menyediakan makanan Jepun, nasi ayam, roast lamb, ais kacang. Fuhh... memang mengenyangkan. Selesai makan Fauziah menghantar pinggan kotor ke dapur. Matanya melingas sekitar dapur yang hampir sama besar dengan apartmen sewanya. Alamak! Salah timing plak aku. Uzir sedang berbual dengan seorang wanita yang agak berumur di meja dapur. Dia terus berpaling.

" Tunggu kejap Fauziah." Uzir memanggil.

Oh..oh.. detik hatinya. Takkan nak suruh aku tolong basuh pinggan pula. Sinki dapur yang bersih berkilat penuh dengan pinggan mangkuk kotor.

"Ini nenek I , Datin Siti Zainab " Mata Fauziah beralih pada wanita tua di sisinya. Raut wajahnya ada iras Arab dengan hidung yang mancung dan mata berkening lebat. Masih jelita walaupun di usia senja. Renungan mata wanita yang berbaju kurung Johor kain kasa rubia itu membuat Fauziah tak selesa. Wajah Fauziah di telitinya, kemudian matanya turun ke dada. Apa kena nenek ni? Sama tabiat dengan cucu dia juga? Atau mata mereka memang " kerok"? Tengok arah dada tapi nampak muka.

" Apa khabar Datin?" Fauziah menyuakan tangan untuk bersalaman. Lembut nya tangan nenek ni. Orang kaya yang di kelilingi orang gaji , pastinya jarang di bebani kerja berat.

" Zaharah... Zaharah... awak... " suara Datin Siti Zainab tersekat sekat. Tangan Fauziah di genggamnya.

Fauziah menggeleng kepala." Bukan... saya bukan Zaharah. Nama saya Fauziah." Ucapnya. Dia menelan airliur. Rasa resah dan cuak berselirat. Dia confiuskan aku dengan Zaharah mana pula ni?

" Muka awak serupa dengan adik saya Zaharah. " Airmata bergenang di mata Datin Siti Zainab. Dia menarik tubuh Fauziah dan mencium kedua belah pipinya. Fauziah mematungkan diri. Siapa pula Zaharah? Aku ni ada darah keturunan Arab ker? Tak mungkin.

" Loket ini... mana Fauziah dapat?" tanya Uzir tiba tiba

" Mak saya bagi. Pusaka dari arwah nenek" Fauziah menyentuh loket kesayangan nya. Datin Siti Zainab turut membelek loket batu nilam itu. Matanya tak berkedip.

Datin Mahani tiba tiba muncul dari ruang hadapan. Baju kaftan dari kain batik sutera dan chiffon menyaluti tubuhnya. Rantai berlian di leher berkerlipan di sinari lampu kalimantang .

" Siapa nama mak dan bapa awak? Asal dari mana?" tanya Datin Mahani dengan angkuh. Takkan budak kampung ni ada kena mengena dengan keluarga aku. Tapi loket yang di pakainya sama dengan loket Umi.



" Nama mak saya Azian, bapa saya Fadzil. Datuk sebelah Mak orang Johor, nama dia Haji Sulaiman. Bapak saya orang....." Belum sempat Fauziah habis bercakap, Siti Zainab memeluknya erat.

" Subhanallah!Masyaallah! Fauziah cucu Zaharah. Mak awak anak Zaharah, adik nenek. Dia meninggal masa mak awak masih kecil dan datuk awak berkahwin lain. Nenek tak silap . Muka awak seiras muka adik nenek masa muda. Sudah lama nenek mencari waris Zaharah, akhirnya berjumpa juga. Syukur pada Allah" Airmata Siti Zainab mengalir lebih deras. Cahaya kegembiraan terpancar di mata tuanya.

Mata Uzir memanah wajah Fauziah. Tiada siapa berani bersuara seketika. Senario berubah menjadi adegan filem Bollywood bila saudara yang lama terpisah bertemu kembali ... JENG! Close up muka Shah Rukh Khan. JENG! Close up muka Hrithik Roshan. JENG!... JENG!...

Makin mengejutkan, Datin Mahani juga memeluknya" Tak sangka, akhirnya jumpa juga orang yang Umi cari selama ini. Alhamdulillah"

Fauziah ternganga... aku ada talian darah dengan keluarga Datuk Shahrin yang kaya raya? Aku bermimpi kah? Ya Habibi Ya Maulana...

" I pun nak peluk juga? Boleh?" suara nakal Uzir memecah keheningan. Lelaki itu mendepangkan tangan.

Fauziah pantas melangkah ke belakang. Gatal! Cittt... podahhh! Dengus Fauziah dalam hati. Kaki ampu. Tiba tiba nak baik dengan aku konon.... boleh blah laaa.
-------------------------------------------------------------------------------------


Bunyi loceng pintu mengejutkan Uzir dari tidurnya. Jam dinding menunjukkan pukul 11.00. Dia menguap dan merengangkan badan.

" Siapa pula yang datang ni?" dia menggumam sambil bangun dari sofa. TV Plasma 40 inci di dinding ruang tamu masih terpasang sejak semalam. Perlumbaan Formula One semalam entah siapa yang menang. Kini Kejohanan Golf US Open pula sedang bersiaran.

Sekali lagi bunyi loceng berdenting. Uzir menggaru kepala. Dengan sisa tidur dia melangkah longlai ke pintu.

" Mama, Papa? " nyata Uzir terkejut. Matanya terus segar. Apahal tiba tiba buat spotcheck ni? "Kenapa Mama dengan Papa datang?"

" Hummph. " dengus Datuk Shahrin sambil menonong masuk. Mata nya di tebar ke sekeliling kondo yang agak berselerak itu. "Takkan kami tak boleh datang. Awak tu, dah dekat tengahari baru nak bangun tidur? Pergi mana semalam?"

" Sudahlah tu bang. " Datin Mahani menegur suaminya. Dia mengangkat gelas gelas kotor dari meja sisi ke sinki dapur. Kesian Uzir, tak ada siapa nak tolong mengemas, menjaga makan minumnya. Pernah di suruh ambil pembantu rumah, katanya tak ada privasi. Kalau dah ada isteri, teraturlah hidupnya.

" Adik, Papa nak cakap ni. Kau nak ke mana tu?"

Uzir masuk ke bilik tanpa menjawab soalan Datuk Shahrin. Sepuluh minit kemudian dia tampil dengan T shirt Armani warna hitam dan jeans. Rambutnya yang basah di lurut dengan tangan. Dia terus ke peti ais dan mengeluarkan jus oren Peel Fresh.

" Mama dengan Papa nak minum?"

" Tak payahlah. Mama dengan Papa datang sebab ada perkara penting nak cakap. Can you please listen" tegas Papa nya.

" Apa dia Pa?" Mesti suatu yang mustahak, detik hatinya.

Selama dua tahun lebih aku tinggal di Menara Hartamas ni, tak pernah sekali pun mereka datang menjenguk.

" Nenek, Papa dengan Mama nak kau berkahwin secepat mungkin." Mama sudah tidak berbasa basi. Straight to the point. Tergamam Uzir. Terus hilang rasa mengantuk yang berbaki.

" Eh, bukankah hari tu Mama kata Farah dah nak kahwin dengan boyfriend dia di UK? " Uzir menggosok dagunya.

Dulu dia sengaja membuat alasan yang dia sibuk dengan kerja. Banyak projek baru yang masuk. Jauh di sudut hatinya, dia mengharap agar Mama dan Auntie Rose akan bosan menunggu. Hatinya sedikit pun tak pernah terbuka untuk memperisterikan Farah.

" Kita nak kau kahwin dengan Fauziah, bukan Farah. " Hampir tersembur jus oren dalam mulut Uzir.

" FAUZIAH? !!! Fauziah yang kerja dengan Adik tu? Fauziah cucu saudara Nenek?"

Yeay... yeay! Seperti orang mengantuk di sorong bantal. Pucuk di cita , ulam mendatang. Tapi kenapa Papa yang mengusul perkara ini? Pelik.

" Yalah. Fauziah mana lagi? Takkan Papa dan Mama nak suruh awak kahwin dengan Fauziah Ahmad Daud? Kamu jangan banyak soal. Papa dan Mama dah terdesak. Abang awak dah rugikan berjuta juta duit syarikat dengan projek terbengkalai tu. Bank bank dah start buat tuntutan. Kalau masaalah ni tak selesai, Papa akan jadi muflis. Bankrupt!" keluh Datuk Shahrin.

" Adik, tolonglah. Mama dengan Papa dah buntu. Ini saja jalan keluar untuk kita sekeluarga. Kalau tidak , mana nak letak muka kita. " rayu Datin Mahani.

Riak wajah Uzir maintain selamba walaupun hatinya berkompang bagai nak rak. Bagaikan bunyi kompang yang akan di dengar tak lama lagi kalau hajat ibubapanya tercapai. Tapi apa muslihat Papa? Macam mana perkahwinannya dengan Fauziah boleh membantu business Papa?

" Kenapa Adik kena kahwin dengan Fauziah? Sudahlah dulu Mama nak Adik kahwin dengan Farah, anak besfren Mama tu. Kali ni Papa dengan Mama juga nak pilih calon isteri Adik " gerutu Uzir. Saja aku tunjuk lagak sikit, padahal kecil tapak tangan, satelit Measat aku tadahkan.

"Adik tak faham apa kaitannya dengan business Papa?" sambung Uzir dengan sinis. Huh.. dari dulu lagi Papa selalu mencela tindakan nya menubuhkan Tapis Engineering. Sejak dia tamat belajar, Papa mendesak supaya dia bekerja di syarikat pembinaan Teraju Cipta yang tersohor. Tapi kini apa dah jadi?

" Nenek cukup berkenan dengan Fauziah tu. Dia nak hadiahkan rumahnya di Jalan Duta kepada kamu dan Fauziah sebagai hadiah perkahwinan. Dia tak nak harta keluarga kita jatuh ke tangan orang lain katanya. Lagipun nenek tu cuma anak angkat keluarga Yusuf Bamadhaj yang kaya raya tu. Zaharah , nenek Fauziah anak kandung mereka. Nenek nak pulangkan harta pusaka pada waris yang sebenar sebelum dia mati." jelas Datin Mahani.

Dahi Uzir berkerut sambil dia cuba mencerna berita terkini. Pulak dah....Sungguhlah mengkonfiuskan.Aku baru dapat tahu yang Fauziah second cousin aku. Tak kisahlah... boleh mengorat juga. Tetap boleh kahwin walaupun tidak di galakkan. Rupanya aku tak ada pertalian darah dengannya.

" Adik kena tolong Papa. Papa dah betul betul desperate" Dada Datuk Shahrin berombak menahan amarah. Peguam bank sudah menghantar notis. Rumahnya di Damansara Heights yang berdiri gah, simbol kejayaannya sebagai ahli perniagaan akan di lelong kalau hutangnya tidak di langsaikan. Jumlah hutangnya mencecah hampir RM5 juta. Itu hutang dengan bank, tak termasuk hutang dengan supplier, dengan sub contractor. Umar yang tak boleh harap sudah cabut ke Indonesia. Ada desas desus yang dia telah meminjam dari Ah Long dan nyawanya dalam bahaya. Bertuah punya anak!

Uzir mendongkol geram. Sampai hati Papa nak pergunakan aku dan Fauziah untuk kepentingannya. Memang Fauziah gadis pilihan untuk menjadi suri hidupku tapi aku nak kahwin atas dasar cinta, bukan harta. Aku sanggup berusaha memenangi hati nya walau banyak rintangan sekali pun. Biar slow and steady. Tak rock lah kahwin paksa ni...

" Kalau Papa nak, boleh pinjam duit Tapis Engineering" Dia cuba berdalih.

" Huh! Kalau setakat duit company awak tu..takat celah gigi saja. Umar dah buat tahi kat company aku. Memalukan keluarga kita!" dengus Datuk Shahrin. Api kemarahan nya menjulat. Dua dua anak lelakinya tak guna satu sen. Seorang ranapkan syarikat aku, seorang lagi tak nak tolong aku.

Datin Mahani mengeluh. Bila berita tentang kemerosotan perniagaan suaminya tersebar, ramai kawan mula menjauhkan diri. Sekarang baru dia sedar siapa sahabat sejati. Punah harapan untuk berbesan dengan Tan Sri atau Datuk yang sama status dengan mereka. Hidup anaknya pasti tertekan, bila terpaksa berkahwin perempuan yang tak di cintai. Cuma nalurinya mengatakan yang Fauziah ada ciri isteri yang baik dan Uzir akan bahagia dengannya. Gadis itu sopan, manis, berpelajaran tinggi. Taklah malu sangat kalau nak di bawa ke majlis. Jauh lebih bagus dari model model yang selalu di himpit dan menghimpit Uzir. Sebagai ibu dan isteri, dia cuma mampu berserah pada Allah.
Uzir bangun dan berjalan ke balkoni. Dia menarik nafas panjang. Aku berani kerat jari Fauziah tak akan setuju nak kahwin dengan aku. Macam mana aku nak pujuk dia? Takkan nak bawa lari anak dara orang ke Siam. Konvoi yang membawa Datin Siti Zainab sampai di rumah Pak Fadzil tepat pukul 11. Jiran sebelah yang mengintai dari jendela melopong melihat 3 buah kereta mewah yang di parkir di depan rumah.

" Jemputlah masuk. Maaflah sempit sikit, rumah kami ni kecil saja." Kata Pak Fadzil yang bergegas turun untuk menyambut tetamu istimewa.

Mak Yan nampak tenang walaupun semalaman tak tidur kerana terlalu resah. Betulkah apa yang di sampaikan Fuyah? Dia sendiri sudah berpuluh tahun tak berjumpa dengan ibu saudaranya setelah ibunya meninggal dunia. Wajah Mak Longnya sudah lama menjadi memori yang samar.

Datin Siti Zainab turun dari kereta yang di pandu Uzir dan terus meluru dan memeluk Mak Yan. Datuk Shahrin, Datin Mahani dan menantu mereka Salwa berjalan bersaingan dengan Datuk Farid dan Datin Rose. Fauziah memperkenalkan ahli keluarganya pada mereka.

Datin Siti Zainab mengesat airmatanya.Akhirnya tercapai juga hajat di hati untuk berjumpa dengan waris arwah adiknya. Hampir 40 tahun dia tidak mendengar khabar berita anak saudaranya. Alkisahnya, perkahwinan Zaharah dan bapa Mak Yan, Hj Sulaiman, tak di restui keluarga kerana perbezaan darjat. Zaharah di buang keluarga lalu berpindah mengikut suaminya yang bertugas sebagai askar. Cuma Siti Zainab seorang masih berhubung dengan adiknya, itupun tanpa pengetahuan ahli keluarga yang lain. Selepas Zaharah meninggal dunia, Siti Zainab terus terputus hubungan dengan Mak Yan.



Fauziah menghidangkan air sirap dan popiah buat alas perut sebelum makan tengahari. Pasti tetamu kehausan, hari panas dan rumah ni tak ada air cond pula. Biarpun pertama kali berjumpa tapi perbualan mereka rancak. Kak Long dengan Salwa yang sama sama menunggu hari untuk menerima " orang baru" bercerita tentang pembawakan budak dan pengalaman bersalin. Datuk Shahrin pun nampak selesa berbual dengan Pak Fadzil tentang senibina rumah Melayu lama. Cuma Auntie Rose nampak bosan. Macam ayam kena hujan, rambut yang kembang di blowdry dah meleper. Muka nya mencuka. Berbeza dengan Datin Mahani yang seronok dengan suasana kampung. Fauziah dan Wani terpaksa menjadi "pemandu pelancong". Seluruh kawasan rumah di terokai, dari reban ayam ke pokok buah buahan. Uzir pun turut sama dengan ibunya.

" Fauziah, you pandai panjat pokok rambutan?" tanya Uzir. Dua tiga pokok masih lebat dengan buah yang merah segar.

" Of course. Tak sah duduk kampung kalau tak pandai panjat pokok. Kenapa? Uzir nak makan rambutan? Kita dah kait semalam. Nanti boleh bawa balik KL"

" Alaa... I nak tengok you panjat pokok. Bagi lah demo. " usik Uzir. Muka Fauziah berubah kelat. Ada ada jer lah BBC ni. Jangan ingat sebab kita ada pertalian darah, senang senang jer kau nak jadi member kamceng aku. Malam sikit!

" Uzir, janganlah sakat Fuyah. Jangan ambil hati, Fuyah. Uzir ni memang nakal. " pujuk Datin Mahani. Sejak mendapat tahu yang Fauziah anak saudara sepupunya, bukan main baik lagi layanan Mak Datin ni.

" Nakal ? Sungguh tak sesuai orang tua ni di panggil nakal. Mak dia belum tengok lagi perangai sebenar Uzir. " gumam Fauziah sendirian.

" Sini tak ada sungai kah?" soal Uzir sambil menebarkan pandangan ke sekeliling. Pohon pohon hijau mengisi panorama. Nyaman rasanya dapat menghirup udara segar dan tak tercemar.

Fauziah menggeleng. " Sungai tak ada. Anak sungai adalah tapi jauh sikit. Kenapa? Nak bermandi manda? Pergilah Bukit Merah, tak jauh dari sini. Kalau drive, dalam sejam dah sampai."

" Bukit Merah tak best. Aku nak tengok kau mandi sungai berkemban. Mesti sexy... ha ha ha!" Uzir tertawa melihat muka Fauziah yang merona.

Wani turut ketawa. Fauziah menjeling geram. Ciss... adik aku ni dah berpaling tadah. Seronok bebenor gelakkan orang. Beria ria Wani melayan keluarga Datuk sejak sampai tadi. Nak tunjuk rajin depan tetamu lah tu.

" FUYAH! Ajak Datin Mahani dan Uzir masuk. Hari dah panas terik" laung Mak Yan dari anjung rumah.

" Yes Madam" sahut Fauziah. " Jom masuk dulu Datin, Uzir"

.................................................. .................................................. ...................

"Nasib baik Kak Long ada. Kalau tak pengsan Fuyah dengan Mak nak masak berdua" kata Fauziah pada kakak nya. Walaupun perut Mahyun memboyot macam nak meletup tapi dia masih tangkas membuat kerja dapur. Matanya mengerling kepada adiknya. Mentang mentang lah si Acap pun balik, asyik berkepit saja. Sikit pun tak tolong. Aku juga yang bertungkus lumus kemas rumah, beli barang dapur, masak.

" Macam rombongan meminang pula aku tengok. Ramainya" kata Kak Long sambil mengacau gulai ayam. " Eh.. yang kau tumbuk sambal belacan banyak sangat tu, apahal? Orang Bandar tu reti kah makan ulam pucuk ubi dengan sambal? Entah entah nak makan pakai tangan pun kekok"

" Ala..kak . Biarlah dia orang rasa masakan kampung. Kalau kat KL tu , makanan stail kampung ni susah nak cari. Mesti licin nanti " Fauziah tersengih. Kalau suruh tetamu makan sambil duduk bersila atas tikar lagi best. Tapi macam mana Auntie Rose nak duduk dengan kebaya ketat dia... he! he!

" Jangan cirit birit sudahlah" komen Kak Long dengan selamba.

Fauziah tertawa kecil. Kakak aku ni memang boleh tahan laser. Suka cari gaduh sejak kecil lagi. Ingat lagi dia bertumbuk dengan si Acap dan Ajip sebab dua orang tu panggil dia Mangkuk Hayun. Tok Ki pun satu hal, bagi nama Mahyun macam nama bintang filem dulu dulu.

Betul telahan Fauziah, tetamu cukup berselera menikmati makanan. Datin Mahani yang jarang makan nasi pun tambah dua kali. Uzir dan keluarga tak henti memuji air tangan Mak Yan dan anak anak nya.

" Fauziah, tak makan sekali?" tanya Uzir bila Fauziah membawa hidangan tambah.

" Er.. saya dah makan tadi Encik Uzir. Sambil masak tu kena rasa , sebab saya ni bukan tukang masak professional ."

" Tak payahlah ber encik encik, Fauziah. Uzir tu bukan orang lain, sepupu awak. Panggil lah Abang Uzir. Lagi manis" Datin Siti Zainab mencelah.
Abang Uzir? Uwekk ...uwekk . Tak biasalah nak ber abang abang... geli tekak. Namun dia mengangguk untuk menjaga hati tetamu.

"Betul tu. Jangan ber Datin, Datuk lagi. Kita ni satu keluarga, panggil Uncle dan Auntie saja. " tambah Datin Mahani. Sejuk hatinya melihat Fauziah melayan tetamu. Walaupun mulutnya agak riuh, tapi kelembutan masih terserlah.

Selepas makan, buah buahan dari kebun Pak Fadzil pula di hidangkan sebagai pencuci mulut. Fauziah dan Kak Long nya ke dapur memulakan operasi membasuh pinggan mangkuk sementara orang tua menyambung sesi Jejak Kasih. Banyak betul cerita , mengalahkan Hikayat 1001 malam. Nasib baik mereka tak bercadang nak tidur sini. Wani dah lesap ke bilik, pening kepala sebab tak tahan panas,katanya. Nasib kau lah Acap... dapat bini puteri lilin.

" Aku tengok Uzir tu asyik dok perhati kau. " kata Kak Long dengan nada rendah agar perbualan mereka tidak sampai ke telinga orang lain.

" Dia tak pernah tengok perempuan pakai kain batik kot. Girlfriend dia modern dan stylo" Fauziah tangkas membuang sisa makanan ke dalam bekas sampah.

" Mungkin. Sebab tu dia suka gadis pingitan yang ayu macam kau" giat Kak Long. " Kepak kepak kepung kepung" Dia mengajuk bunyi kompang di susuli hilai tawa

" Gila lah Kak. Dia boss Fuyah lah. Cousin pula tu!" tempik Fauziah. Mak buyung ni suka betul sakat aku. Tak masuk akal langsung !
-------------------------------------------------------------------------------------

" Assalamualaikum" laung Fauziah sambil mengetuk pintu rumah Makcik Zaidah.

" Waalaikumsalam" suara lelaki membalas salam. Pintu terkuak. Ashraf yang berT shirt dan berkain pelikat menggosok matanya. Memang padan lah Acap dengan Wani, dua dua kaki tidur.

" Mak aku bagi lauk. Apalah kau ni Acap, asyik tidur je. Muka penuh air liur basi " dengus Fauziah sambil menyua mangkuk tingkat.

" Air liur basi kau kata? Air sembahyang lah" Ashraf senyum sumbing. " Kau tu , dah sembahyang Asar belum?"

Fauziah yang kebetulan sedang " uzur" tidak menghiraukan soalan Ashraf.

" Mak cik Zaidah mana? Kenapa tak datang rumah tadi?" Mata Fauziah meliar mencari ibu Ashraf.

" Mak aku tak sihat. Dia tengah baring. Aku segan nak datang. Dahsyat aku tengok kereta kat rumah kau. Orang datang meminang kau ker?" Masa konvoi sampai tengahari tadi, Ashraf baru balik dari hospital dengan ibunya. Terbeliak mata melihat Mercedes S Class , BMW dan Nissan Murano. Kaya sehh!

" Please lah.. jangan nak mengarut. Itu family nenek saudara aku yang dah lama terpisah. Kira macam family reunion lah. Takkan Wani tak cerita kat kau ? Tak sangka boss aku tu pangkat sepupu aku."

" Wah.. tak lama lagi kau naik pangkat lah. Eh, masuklah dulu Fuyah. Aku buatkan teh" Ashraf tersenyum nakal.

Teringat zaman sekolah dulu masa mereka saling "berperang." Pernah Ashraf menghidangkan teh di campur garam pada Fauziah bila keluarganya datang beraya. Tapi tak di sangka, Cikgu Fadzil terambil cawan Fauziah...... terbatuk batuk orang tua itu di buatnya. Akibatnya Ashraf kena rotan dengan arwah bapanya.

" Tak payahlah Cap. Aku nak balik. Tak habis lagi mengemas" Fauziah meminta diri. Kak Long dah balik ke rumahnya. Risau juga kalau terberanak pula. Alamatnya, aku lah yang kena simpan balik segala pinggan mangkuk, sapu rumah, susun kerusi meja.

" Alaa... masuk lah kejap. Aku ada benda nak cerita kat kau. Its a matter of life and death." desak Ashraf. Mukanya serius.

" Dramatikus nya kau ni. Cerita kat sini sajalah. Apa dia?" Fauziah menyandarkan tubuh ke tiang serambi.

Ashraf mengeluh. Degil betul Fuyah ni.

" Aku dah buat keputusan. Aku tak jadi kahwin. " ujar nya dengan tenang



" Betul? Tapi kau tak putus tunang dengan Wani kan? Cuma kau postpone wedding date kau jer? Makcik Zaidah dah tahu?" bertubi tubi soalan terpacul dari bibir Fauziah. Buat aku pening jerlah si Acap ni..

Ashraf menggeleng. " Mak aku tak tahu lagi. Dia tengah tak sihat, aku tak sampai hati nak bagi tahu. Tapi aku dah fikir masak masak. Aku belum bersedia. "

Fauziah menjungkitkan bahu. Jauh di sudut hatinya, dia bersetuju. Acap masih muda, baru 23. Mesti tak puas enjoy life. Wani pun baru 21, tak matang lagi. Asyik merengek dan merajuk. Kalau tunggu 3-4 tahun lagi pun okay. Perkahwinan bukan macam main pondok pondok.

" Hati aku bukan untuk Wani. There's somebody else...." nada lembut Acap dan tenungannya membuat Fauziah menjadi kalut. Tubuhnya terasa dingin. Ada satu perasaan halus yang menyelinap ke lubuk hati. Mereka saling bertukar pandang sejenak sebelum Fauziah melarikan mata.

" Macam aku bagitau dulu... aku tak nak masuk campur. Aku balik dulu ya, Cap. Nanti Mak aku bising. " pintas Fauziah. Langkahnya panjang meredah halaman yang tak berpagar tanpa menoleh kebelakang. Ya Allah, kenapa aku tiba tiba terasa lain macam ni. Hatinya libang libur. Apakah definasi perasaan yang tiba tiba menjentik hati ini? Fauziah, jangan ikut hati, nanti MATI...

Selesai menyusun suratkhabar yang berselerak, mata Fauziah tiba tiba tertancap pada kotak baldu kecil berwarna merah di atas meja. Penyapu di tangan di sandang ke dinding. Macam kotak berisi barang kemas, desis hatinya. Kepunyaan siapa ni? Mesti ada kaum keluarga Nek Nab yang lepa. Very careless. Nasib baik tercicir dalam rumah, kalau tercicir kat kebun atau reban ayam mesti ada orang lalu lalang yang dah sapu masuk poket.

" Mak!" Fauziah melaung. Sejak balik dari menghantar lauk ke rumah Acap tadi, Mak, Abah dan Wani tak kelihatan. Abah mungkin ke surau. Wani masih memproses tahi mata , agaknya.

"Apa dia?" tanya Mak Yan sambil menjenguk dari pintu bilik. Telekung masih tersarung di tubuhnya. Wajah ibunya nampak berseri seri. Pertemuan dengan ibu saudaranya membuah seribu kegembiraan. Syukur!

" Ni ha... ada orang tertinggal " Fauziah menyua bekas kecil itu kepada ibunya. " Fuyah jumpa masa tengah kemas. Nasib baik tak hilang"

Senyuman memekar di wajah Mak Yan. Dia menanggalkan telekung dan merapati anaknya.

" Fuyah, duduk kejap. Mak nak cakap. Sebenarnya Mak nak tunggu sampai Abah balik dari surau tapi ..takpelah"

Fauziah melongo. Lain macam je suara dan riak muka Mak aku ni. Dia mengambil tempat duduk di sisi ibunya dengan rasa cuak.

"Nek Nab dan Auntie Mahani ada hajat. Mereka datang tadi bukan saja nak jumpa keluarga kita saja tapi juga sebab nak merisik Fuyah. Untuk Uzir. Ni cincin merisik" kata Mak Yan sambil membuka kotak itu.

" HA? " Cuma satu sukukata yang mampu ditutur Fauziah. Cincin belah rotan emas putih di tenungnya. Dia terpana sejenak. Satu saat, dua saat.....

" TAK NAK!" jeritan Fauziah mengejutkan Mak Yan. "No way, ini benda gila. Fuyah tak nak. Fuyah tak hingin nak kahwin dengan dia tu. Mak pulangkan balik cincin ni"

" Fuyah! Kenapa awak ni? Uzir dengan keluarga dia orang baik baik. Uzir tu kacak, pandai, ada perniagaan sendiri. Saudara kita pula tu. Nek Nab nak merapatkan semula keluarga kita." Mak Yan berhujah. Bukan senang nak dapat menantu loaded. Bukanlah aku ni mata duitan tapi kalau dah ada rezeki tergolek, terima sajalah. Apa lah kena budak Fuyah ni, tolak tuah betul.

Mata Fauziah mula bergenang. Gelapnya dunia kalau aku kena kahwin dengan BBC. Mesti kena dera 24 jam. Sikit pun aku tak ada feeling kat dia. Pandangan pertama dah benci. Pandang berkali kali pun tak jatuh hati. Kalau kena pandang hari hari..... arghhhh!

Airmatanya sudah tak mampu di seka. " Mak.. Mak tak sayang kat Fuyah ke? Apa dosa Fuyah sampai Mak suruh Fuyah kahwin dengan orang yang Fuyah benci. Kalau Fuyah tak laku pun, jadi andartu pun Fuyah tak kisah. Tapi janganlah paksa Fuyah kahwin dengan Uzir." lirih suaranya. Fauziah terkenang kembali perangai Uzir yang macam diktator, Datin Mahani yang memandang rendah padanya ketika pertemuan pertama dulu. Takkan semudah itu manusia berubah.

Mak Yan tersentap. Fuyah jarang mengalirkan airmata. Mesti dia betul betul sedih.

" Fuyah dah ada boyfriend kah?"

Fauziah cuma mendiamkan diri. Kalau aku tahu Nek Nab nak datang merisik, aku sanggup kutip mana mana lelaki suruh berlakun jadi boyfriend aku. Otaknya berfungsi agak lembab macam orang kena trauma. Aku kena fikirkan strategi supaya aku tak payah kahwin dengan BBC.

" Mak dengan Abah bukannya paksa. Tapi kita nak tengok Fuyah hidup senang. Uzir tu baik orangnya." Mak Yan cuba memujuk. " Kesian Nek Nab kalau kita tolak hajat dia. Dah bertahun tahun dia cari kita."

" Sekarang Nek Nab dah jumpa kita pun. Apahal pula Fuyah kena kahwin dengan Uzir? Tak logik langsung. Fuyah tak nak! " Fauziah melampiaskan kemarahannya.

Sungguhlah tak masuk akal. Kenapa boss yang ada girlfriend model tiba tiba nak kahwin dengan orang kampung macam aku. Entah entah Uzir dah kena penyakit dot dot dot sebab itu tak ada orang nak kahwin dengan dia. Mustahil orang kaya macam dia senang senang nak terima pilihan nenek. Mesti ada konspirasi di sebalik semua ini.

" Fuyah... fikir dulu betul betul. Keluarga dia saudara kita, kawan baik Uncle Farid pula. Takkan Mak dengan Abah nak terima pinangan orang yang tak senonoh." Pak Fadzil yang baru pulang dari surau tiba tiba mencelah. Dia sudah mengagak, Fauziah tak akan mudah menerima calon yang bukan pilihan sendiri. Anak keduanya ini lain sikit dari Mahyun dan Wani. Yang dua tu pantang ada orang masuk meminang, terus terima.

" Ni soal jodoh. Wani dah bertunang, tak lama lagi nak kahwin. Fuyah jangan cerewet sangat. Uzir tu semua ada, tak ada yang kurang. Kalau perempuan lain, mesti tak tolak" Mak Yan menokok.

" Mak dengan Abah baru sekali jumpa Uzir. Fuyah dah dekat 3 bulan kerja dengan dia. Fuyah tahulah perangai dia macam mana.Yang kena kahwin Fuyah, bukan Mak. Kalau Fuyah kata tak suka, Fuyah tak sukalah!" bentak Fauziah lalu terus menghayun langkah ke bilik.

" Are you okay?"

Bahunya di hinggut lembut. Fauziah terpisat pisat bangun dan membetulkan duduknya.Hisshhhh..aku terlelap rupanya. Siapakah gerangan Prince Charming yang mengejutkan aku dari tidur bagai dongeng Sleeping Beauty yang kurang beautiful?


 
Matanya di gosok. Alamak, siAcap lah....

Huh! Tak ada orang lainkah yang aku nak jumpa pagi pagi buta ni.

" Apahal?" Fauziah mengangkat keningnya. Buat maluaku je, ingatkan nak cari ketenangan di tepi anak sungai. Tak sangka pula bolehtertidur. Matahari masih belum begitu cerah. Suasana sekeliling sepi. Cumawarung kopi Pak Aji Deris di seberang jalan yang menjadi tumpuan pemandu teksisudah memulakan aktiviti. Malunya aku kalau ada orang nampak aku terbongkangbawah pokok.

" Laaa... aku ingat kau pengsan. Apa kau buat kat sini?Kau lari dari rumah ke?"
soal Ashraf. Fauziah bertocang ekor kuda dengan track suit. Macam zaman sekolahdulu. Cuma bezanya dulu comot, sekarang comel. Ashraf turut menyandarkan tubuhdi batang pokok sena bersebelahan Fauziah.

" Aku jogging lah. Bila penat aku berhenti kejap. Taksangka pula sampai tertidur." Bunyi deruan anak sungai, di tambah pula semilir pagi yang nyaman benar benar melekakan. Macam tidur dalam bilik aircond. Sudahlah semalamam aku tak dapat tidur memikirkantentang nasib diri yang " di risik".

" Berani betul kau jogging sorang sorang. Kalau jadi apaapa...."

" Kau buat apa kat sini? " Fauziah memintas. Woihati, janganlah kau berdegup rancak begini. Ini Acap okay. A- C-A- P. Bakal adikipar aku.

" Aku ingat nak pancing ikan. Macam waktu sekolah dulu.Tapi air dah cetek, seekor ikan pun tak ada" gumam Ashraf.

Kedua merekaterdiam sejenak mengimbas kenangan lalu. Anak sungai ini menjadi"port" mereka pada hujung minggu. Di sinilah mereka memancing,berenang, panjat pokok dan buat aksi diving bersomersault. Sungai yang menjadisaksi sengketa demi sengketa mereka berdua sejak kecil. Gangsta Paradisegitu...

" Kau ingat tak kau tolak aku dari titi masuk dalamsungai ? Sampai luka kepala aku." Dengus Fauziah

" Ada lagi tak parut dia?" tanya Ashraf sambilmenyelak rambut Fauziah yang menutupi dahi. Fauziah pantas mengelak sambil menepis tangannya.

" Haper ni pegang pegang. Dah tak ada dah. Nasib baik hilang. Kalau tak , tak lakulah
aku" balasnya sambil tawa kecil untuk menutup kegugupan.

"Ehem.. aku dengar ada orang meminang kau. Senyap senyap ya. Tak nak bagi tahu aku" Nada kecewa terbesit dalam suara Ashraf.

Ahh...mesti Mak dah canang satu kampung. Mak..oh Mak...bangga sangatkah nak dapat besan berpangkat Datuk yg punya rumah besar macma muzium? Fauziah membaling kerikil kesungai. Dadanya sebak kembali. Dia sengaja mengelak dari memandang Ashraf.

" Kenapa ni? Macam sedih jer. Kau tak suka orangtu?" duga Ashraf. Fauziah cuma menjungkit bahu, dia belum bersedia untukbercerita panjang. Lebih lebih lagi pada Ashraf. Bimbang perasaannya dapat dibaca si jejaka. Haiyooo! Apalah aku ni. Takde keroje , cari keroje... saja carinahas.

" Cap, aku nak baliklah. Dah mula panas ni. Aku belumbreakfast lagi" kata Fauziah lalu bangun untuk beredar. I need to get awayfast!

" Kejaplah, aku nak cakap sikit. Kali ni , kau jangan nak elak. " tegas Ashraf sambil menyambar tangannya. Terpinga pingaFauziah. Keringat mula merenik di celah anak rambutnya.

" Fuyah, look at me" pinta Ashraf dengan perlahan.

" Acap, apahal ni?" desis Fauziah. Pandangan merekabertaut. Kali ini Fauziah tidak mampu melarikan matanya.

" I have to get this off my chest. Aku dah jatuh cinta dengan kau. Macam mana aku nak kahwin dengan Wani kalauaku kena berdepan dengan kau tapi tak boleh memiliki kau. I don't think I can handle it. Aku tak boleh nak anggap kaukakak ipar aku." Lega rasa Ashraf sebaik saja meluahkan perasaan nya.

Fauziah terpaku. Darahnya bagai nak tersimbah keluar. Mulutnyayang becok tidak dapat berfungsi. Cuma hati dan matanya bisa berkata. Inikahyang di katakan cinta? Oh my God! Pengsankan lah aku. Atau jadikanlah aku halimunan. Aku tak sepatutnya berada disini , berduaan dengan Acap. Wrong place at the wrong time. Matanya berkaca.Fuyah... kuatkan diri kau. Tempislah godaan ini, buruk akibatnya nanti. Matiaku kena ganyang dengan si Wani. Mak pun tentu berpihak pada Wani, macam tagteam WWF. Habislah aku...

" Er..er..Acap.Jangan cakap macam tu. Aku ni member kau, mana boleh kita bercinta."

Terketar ketar suara Fauziah. Alasan yangkedengaran bodoh di telinganya sendiri.


" Cinta tak boleh di paksa. Aku sayang Wani macam seorang abang sayangkan adik. Tapi dengan kau.... "

" Cap, please ... aku tak nak dengar. " Dengansebak Fauziah menutur kata. Muktamad.

Biarlah perasaan
ini aku pendam sendiri,
akan ku ikat dan simpulkan di dalam hati.
Usah di gembur, usah di baja
Tanah kontang jangan teroka
Usah di tanya usah di duga
Hati kekasih kian berduka

Tiga pasang mata merenung tajam kepadanya sebaik saja dia sampai ke rumah. Senyuman Fauziah tidak berbalas. Apasal semua orang serius sangat ni? Macam tokoh ulama dalam Forum Perdana.

" Assalamualaikum. Ni... Fuyah beli nasi lemak kat kedai Pak Aji. Fuyah pergi mandi dulu ,ya." Fauziah meletakkan bungkusan nasi lemak di meja makan. Aiseyman...tak ada respons pun. Selalunya nasi lemak daun pisang ni fevret Mak dan Abah. Wani toksah cakap lah, 2 bungkus boleh lesap dalam sekelip mata.

" Awak pergi mana Fuyah? Subuh subuh lagi dah hilang" tanya Pak Fadzil sambil melipat suratkhabarnya. Fauziah yang baru hendak mencapai teko berisi Kopi O menoleh kehairanan. Lain macam saja tona suara Abah.

" Fuyah pergi jogging. Sampai kat tebing anak sungai, Fuyah rehat jap. Tengok tengok tertidur terus. Nasib baik si Acap datang nak memancing. ...."

" Humphh... betul lah kata Dila. Kakak dengan Acap bercengkerama kat tepi sungai. Kenapa kakak gatal sangat? Sampai hati kakak. Acap tu tunang Wani. Kenapa kakak terhegeh hegeh nak mengorat dia?" herdik Wani. Matanya mencerlung. Mukanya merah seperti T shirt yang di pakainya. Takuutt!

Belum sempat Fauziah menjawab , Mak Yan mencelah" Kenapa awak ni Fuyah? Orang baik baik datang merisik, kau tolak. Tunang adik awak sendiri pula awak nak rampas. Dah tak ada orang lain kah?"

Fauziah menelan air liur. Belum apa apa lagi tag team WWF dah serang... mana aci. Referee pun duduk diam saja.

"Bila... bila Fuyah cuba rampas Acap? Sampai hati Mak tuduh Fuyah. Kalau Mak tak percaya, pergi rumah Makcik Zaidah tanya dia."

" Patutlah Acap nak tangguh tarikh perkahwinan. Rupanya kakak yang kacau daun. Selama ni Wani ingat Acap dah jumpa perempuan lain di Petronas. Tengok tengok kakak sendiri yang menggatal." Wani tersedu sedu sambil merebahkan diri di riba Mak Yan.

" Astaghfirullah. Ya Allah, sumpah Wani. Acap rapat dengan kakak sebagai kawan. Kakak tak... tak pernah .." suara Fauziah tersekat. Hatinya terdetik, nanti aku kena makan sumpah.

" BOHONG!! Kakak selalu jumpa Acap. Pagi tadi pun mesti kakak dah janji nak jumpa dia kat tepi sungai. Ingat orang tak tahu ker? Kawan Wani nampak. Wani benci kakak. Kakak main tikam belakang" jerit Wani macam orang kena hysteria. Mak Yan mengusap bahu anak bongsunya . Bibirnya menipis. Fauziah sudah arif, ibunya sedang menahan marah tahap singa lapar

" Sabar Wani. Kawan Wani yang tukang report tu mesti tokok tambah. Dia suka tengok kita bergaduh agaknya." Tutur Fauziah. Dia menggaru kepala yang tak gatal. Hujah hujah nya tiba tiba hilang.

" Fuyah, kalau tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak mengata. Yang awak tiba tiba gatal nak pergi jogging pagi pagi tu apahal? Rupa rupanya ada udang di sebalik batu. Selama ni bila Wani komplen yang Acap dah tak sayang kat dia, Mak tak percaya. Rupanya awak lah puncanya. Fuyah, awak ni sengaja nak malukan keluarga kita." Tuduh Mak Yan.

Hati Fauziah makin sebal. Airmata mula menakung. Mak selalu menangkan Wani, dari waktu mereka kecil lagi. Apa Wani cakap Mak mesti percaya bulat bulat. Sekarang sejarah berulang kembali. Sedarlah sikit Wani oi... kalau Acap dah tak sayang kat kau mesti ada hikmahnya. Baik putus tunang dari kena cerai nanti, dengusnya dalam hati. Tapi kalau aku cakap silap haribulan kena penampar sulung Mak.

" Wani tak peduli. Mak, Wani nak Abang Acap kawin dengan Wani bulan Ogos ni jugak. Wani dah bagi tahu kawan kawan Wani. Malu Wani kalau dia tangguhkan" rengek Wani.

" Wani, kalau Acap nak tangguh, kita kena ikut. Makcik Zaidah dah kata, dia kena pergi berkursus di Jepun selama 6 bulan" pujuk Pak Fadzil yang dari tadi cuma memerhati drama swasta di hadapannya.

Wani bangun dan menghentak hentak kakinya macam budak kecil yang tak dapat aiskrim. Eee.. buruknya. Fauziah berpaling untuk masuk ke bilik. Barangnya perlu dikemaskan. Mandi pun belum. Bas ke KL akan bertolak sejam lagi.

" Mana awak nak pergi tu? Mak belum habis cakap lagi" teriak Mak Yan.

" Apa lagi Mak? Kalau Mak nak Fuyah janji tak akan berjumpa dan bercakap dengan Acap lagi, okay, no problem" katanya dengan tenang walaupun hatinya luluh.

" Kalau betul Fuyah dengan dia tak ada apa apa, kenapa Fuyah tolak pinangan Uzir? Selagi awak tak kahwin, Mak tak percaya awak dengan Acap. Di KL tu macam macam boleh jadi." sinis kata kata Mak Yan. Wani mengangguk sambil mencebik bibir.

" Ya Allah! Takkan Mak tak percaya Fuyah? Fuyah ni bukan anak Mak? Teruk sangat kah Fuyah selama ni?" Empangan airmatanya pecah. Dia beristighfar. Kenapa semua orang bencikan aku? Ya Allah berilah aku kekuatan. Aku mohon perlindungan Mu, Ya Allah, Ya Robbul Alamin.Berkatilah pilihan aku.

" Mak, Abah... Fuyah terima pinangan Uzir" katanya senafas. Demi keluarga , aku terpaksa...


Nescafe dalam mug di kacaunya perlahan. Sesudu gula larut dalam sesaat dua. Beres. Tapi masaalah yang bergumpal dan berselirat bak Indomie dalam kepalanya tak semudah itu untuk di rungkaikan. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. Itulah padahnya bila cakap tanpa berfikir panjang. Rasa macam nak cili mulut ni tau. Kenapa lah terkeluar kata aku setuju kawin dengan Uzir?

Sebab aku takut kena buang keluarga? Mungkin. Tapi Mak dan Abah tak akan bertindak sedrastik itu; mereka masih waras. Setakat kena maki hamun seminggu dua dengan Mak , macamlah aku tak biasa.

Sebab aku tak nak Acap putus tunang dengan Wani? Mungkin juga, tapi bukan aku yang tentukan jodoh umat Allah. Kalau Acap dah tawar hati dengan Wani, aku pindah ke Siberia dan tukar jantina pun tak guna.

Habis tu kenapa? Dalam diam aku ada hati kat BBC? NO. TIDAK. SUMPAH! Sekelumit pun tak ada, paling paling pun ada perasaan respek kerana kejayaan nya sebagai seorang peneraju syarikat. Tak pernah terlintas langsung di hati aku nak mengorat lelaki macam Uzir. Macam manalah aku boleh TERsetuju nak terima pinangannya? Pembetulan... bukan pinangannya tapi pinangan neneknya. Mesti dia pun kena paksa - sama dengan aku. Macamlah tak ada perempuan lain yang ingin dan boleh di peristerikan oleh Encik Uzir Hanafi Datuk Shahrin. Dan yang paling menggerunkan, pihak lelaki ingin kami bertunang akhir bulan ini dan kahwin dalam masa 3 bulan. Mak dan geng dapur Kampung Bidara sudah mengatur timeline, deadline dan senarai ahli jawatankuasa EXCO Operasi Walimatul Urus.

Adoyaiii..... Tapi tiga bulan satu jangkamasa yang panjang. Macam macam boleh terjadi. Aku kena cari jalan keluar dari kemelut ni. Jangan give up sebelum berjuang, Serikandi Dang Fuyah.

" Fuyah, sudah sudahlah kacau Nescafe tu. Takkan nak kacau sampai sudu kau pun cair." Gurau Firdaus.

Fauziah tersentak dari lamunan. Senyuman hambar di lemparkan pada Firdaus sebelum tangannya pantas mencapai dokumen yang tersusun di meja. Kebanyakannya correspondence dari client yang cuma perlu di failkan. Ain sedap sedap je ambil emergency leave. Biasalah makcik tu kalau Uzir tak ada. Nasib baik Uzir ada di Kerteh bersama CC selama dua hari. Lega aku. Setakat ini tak seorang pun tahu alkisah aku dan dia kecuali Alia. Alia yang meloncat loncat macam budak terencat akal sebab aku dapat cekup boss aku yang kaya raya dan good looking... Cisss!

" Lunch dengan I hari ni?" Firdaus masih terpacak di depannya.

Fauziah mengangkat matanya. " Er.. tengok dulu lah. I ingat nak tapau saja sebab Ain cuti. Siapa nak jawab telephone nanti." katanya perlahan

" Kenapa ni? You macam ada problem je. Want to talk about it?" soal Firdaus lembut.

Sudah berbulan dia cuba memikat gadis itu tapi tak berhasil pun. Nak kata dia ada boyfriend, tak mungkin sebab tak pernah pun tengok dia bergayut kat telefon atau keluar ngedate. Mungkin percintaan jarak jauh kot, Firdaus menyedapkan hatinya. Tak apa, aku yang depan mata ni akan berusaha lebih keras. Susah nak cari perempuan yang baik dan pandai jaga diri macam Fuyah ni. Solat tak tinggal. Mesti Mak aku berkenan.

" Memang I ada problem besar. I kena kahwin paksa. Dengan boss kita" Mesti terkejut si Firdaus ni kalau aku beri jawapan sebenar, desisnya dalam hati.

" Tak adalah. Just a bit tired." tutur Fauziah sebelum memalingkan wajahnya mengadap komputer. Malas betul nak layan Firdaus ni.... tak ada mood.

Emel yang berkaitan hal kerja di buka satu persatu dan di balasnya. Macam mana berserabut pun hal ofis harus di langsaikan. Selepas semuanya beres baru dia membaca emel dari kenalan. Dia membuka emel dari Sohail Abdurrasheed, satu nama yang sangat di rinduinya. Warkah dari bekas professor merangkap mentornya di Ohio University itu membuat jantungnya berdegup kencang. YEEHAAA! Ini idea yang bagus. Perfect timing! Aku harus bertindak sekarang. Its a matter of life and death......

" Jemput minum Cik. Datin baru selesai solat. Kejap lagi dia keluar" Pembantu rumah Datin Siti Zainab meletakkan segelas air oren di hadapan gadis yang mengelap peluh di wajahnya dengan tisu.

Gadis berbaju kurung itu belum pernah di temuinya. Dari geraklakunya yang gementar, besar kemungkinan gadis ini ingin berlindung di Rumah Sinar Harapan agaknya. Majikannya itu pengasas rumah untuk anak anak yatim dan juga gadis yang mengandung anak luar nikah. Ramai betul anak gadis yang di perdayakan lelaki sekarang ni. Kesian!

Fauziah mengangguk seraya mencapai gelas kristal dari meja sisi berukir keemasan. Hampir separuh isinya di teguk. Mesti makcik ini ingat aku nak minta derma dari Nek Nab. Silap aku tak balik rumah tukar baju dulu tapi aku terpaksa mengaktifkan pelan aku secepat mungkin.

" Assalamualaikum. Apa khabar sayang?" Nek Nab terus memeluknya. Wangian minyak attar semerbak menyumbat hidungnya. Pening Fauziah seketika.

" Khabar baik Nek Nab. Minta maaf sebab tak telefon dulu sebelum datang. Cantik apartment Nek" Fauziah membalas ciuman ke dua belah pipi nenek saudaranya. Dekorasi mewah berona keemasan dengan permaidani Persian membuatnya berasa seolah berada dalam restoran Arab 5 bintang. Bila bila masa saja akan keluar penari gelek dari belakang tabir. Woi... fokus Fuyah... fokus.

" Sebenarnya Fuyah datang ni ada hal penting nak bagi tau Nek. Fuyah dapat tawaran untuk program Masters di Ohio University. Fuyah kena pergi hujung bulan ini. Sebab itu Fuyah ..er.... Fuyah tak boleh kawin dengan Uzir" luahnya dengan tenang. Lantaklah. Lepas ni kau nak marah aku ke, nak halau aku dengan penyapu ke...

Dahi Datin Siti Zainab berkerut. Kemudian dia ketawa lalu mencubit pipi Fauziah.
" Fuyah... Nenek tahu. Sebenarnya Fuyah masih malu malu dengan Uzir kan?"

Fauziah terkebil kebil. Nek Nab ni ingat aku redah trafik jam waktu makan tengahari semata mata nak bergurau senda dengan dia?

" Biasalah tu. Anak dara macam Fuyah ni, belum pernah ada teman lelaki kan? Mak Fuyah dah cerita.Tentulah ada perasaan takut bila tiba tiba terus nak kahwin. Tapi bukannya Fuyah tak kenal Uzir langsung. Lagipun bercinta lepas kahwin lebih romantik. " Berdiri bulu roma Fauziah mendengar nuansa dalam ayat Datin Siti Zainab. Loya pun ada.

"Masa zaman Nek dulu lagi teruk, tak pernah jumpa pun bakal suami. Tapi kami sungguh bahagia." sambungnya lagi

Hel -lo? Nek punya zaman dulu TV dengan wayang pun hitam putih, posmen naik basikal, Kuala Lumpur besar Kuala Kubu Baru. ... A yo yo! Jangan lah nak bandingkan. Come on, Fuyah... get the message across.

" Nek jangan kecil hati. Mak dan Abah tak tahu lagi pasal Fuyah dapat tawaran sambung belajar. Fuyah pun baru tahu hari ini. Tolonglah Nek. Fuyah kena pergi, ini memang cita cita Fuyah. Terkilan rasanya kalau Fuyah tak dapat buat Masters. Kalau Uzir sudi , suruhlah dia tunggu dua tahun lagi. Tapi kalau dia tak nak, tak apalah. Anggap saja kami tak ada jodoh. " kata Fauziah dengan nada perlahan. Kena pura pura sedih agar Nek Nab tak saspek apa apa.Ya Allah lembutkanlah hati orang tua ni. Bukan aku menolak jodoh, tapi bagilah aku jodoh yang lebih sesuai, doa Fauziah sambil memejamkan matanya.

Nek Nab terdiam. Dia mengeluh perlahan sambil merenung cucu saudaranya yang berteluku di depannya. Kenangan lebih 50 tahun lalu kembali bermain di ingatannya. Adiknya Zaharah meminta restu bapa untuk berkahwin dengan lelaki pilihan hati. Darah muda sentiasa memberontak. Keputusan orang tua susah di terima. Tapi pisang tak akan berbuah dua kali.

" Masyaallah. Kalau macam tu, kita percepatkan tarikhnya. Fuyah dengan Uzir nikah dulu sebelum Fuyah pergi. Tak payah bertunang, nikah saja terus bulan ini. Bila Fuyah balik bercuti nanti kita buat majlis persandingan" Tangan Fauziah di genggamnya erat.

Mulut Fauziah ternganga. Checkmate!!! Aku dah gali lubang kubur sendiri ! Tubuhnya terasa lemah.


" Pick you up in 10 min.Kita pergi tgk K Salwa at Pantai"

" Huh! " getus Fauziah selepas membaca mesej ala dictator. Tak perlu lihat nama sender pun dah tau dari siapa. Tak tanya pun sama ada aku free atau aku nak pergi, tiba tiba bagi arahan. Alia yang sedang baring di katilnya mengangkat muka dari majalah Cleo.

" Kenapa? Mesej dari siapa?" dia bertanya dengan nada malas walaupun jawapan nya sudah sah dan jelas dari muncung mulut Fauziah. Tak lain tak bukan, mesti Cik Abang BBC .

" Aku kena pergi melawat Kak Salwa kat hospital. Sibuk je Uzir ni. Aku dah janji nak pergi dengan Ain besok lepas ofis." Pagi tadi Datin Mahani menelefon memberitahu yang dia mendapat cucu pertama; bayi perempuan. Teruja sungguh nenek glamour itu.

" Alaaa... dia nak cari excuse nak berduaan dengan kau. Kau juga kata yang kau nak bercakap dengan dia face to face pasal perkahwinan korang. Bila lagi? This is a good time" cadang Alia. Bukannya dia tak kasihan dengan nasib yang menimpa kawannya tapi Fauziah tak sedar betapa bertuahnya dia. Beribu perempuan di luar sana sanggup mengambil tempatnya, anytime. Minah ni memanglah. Lainlah kalau Fauziah dah ada kekasih hati pastu di paksa kawin dengan pilihan orang tua.

Fauziah mengeluh sambil mencapai sweater biru tua dari almari. Rambut nya di sisir ala kadar dan di ikat ponytail. Dia akur dengan kata Alia. Sampai bila aku nak elak dari bersemuka dengan BBC? Sudah berbagai ikhtiar aku lakukan agar perkahwinan ini tidak berlangsung tapi makin lama makin aku terjerat. Macam ini kot rasa orang yang nak kena hukuman gantung. Seramnya aku!

" Kau dah cakap kat Kak Liza yang kau nak pindah tak lama lagi?" soal Alia.

" Kau ni macam nak halau aku je. Aku nikah saja dulu, belum bersanding lagi. Mana boleh tinggal serumah dengan dia" helah Fauziah. Harap harap keluarga kami suruh tinggal berasingan sampai bersanding . Tarikh persandingan belum di tentukan bila. Mungkin setahun kot.... entahlah, ngeri aku nak fikir.

" Apa pulak? Kalau dah nikah maknanya dah sah jadi suami isteri. Bersanding tu adat saja. Kalau Uzir ajak kau tinggal dengan dia, kau tak boleh menolak. Derhaka tau... tak cium bau syurga nanti" bidas Alia sambil ketawa mengusik. Ngeh..ngeh..ngeh.

Fauziah menekup kedua belah telinganya.Eee... geramnya aku dengan si Alia ni. Lebih lebih pula dia. Bukannya aku tak tahu hukum hakam... Cuma medulla oblongata aku tak boleh nak register kenyataan. Tak tercapai akal ku.

" Pakailah perfume dengan mekap sikit. Ni tak macam orang nak keluar dating dengan bakal hubby lah" sakat Alia. Fauziah menjelir lidah sambil mencapai beg tangan Kiplingnya. Alia menggeleng kepala. Nak kahwin dengan CEO pun masih tak berenggang dengan beg monyet dia tu. Apa lah nak jadi dengan kawan aku ni...
.................................................. .................................................. ...................


Kereta di parkir di tempat yang di khaskan untuk pelawat. Uzir keluar dan bersandar sambil menghirup angin malam. SMS di hantar pada Fauziah mengatakan dia sudah sampai tapi tak berbalas. Sama juga dengan mesej tadi. Jangan jangan Fauziah sengaja nak mengelak berjumpa dengan aku. Uzir mengurut dagu dengan rasa cuak.

" You better tell her the whole story. Lay the cards on the table , bro. Jangan jadi macam aku dulu. Nak buat surprise konon. Nasib baik tak melepas" kata kata Rifdi terngiang ngiang di telinganya.

Walaupun scenario berbeza tapi kata Rifdi memang benar. Kalaulah Cik Fauziah tahu niat Papa mesti dia lari tak cukup tanah. Uzir mengeluh. Kesangsian melanda tangkai hatinya. Dia sendiri ingin tahu kenapa Fauziah menerima pinangannya? Budak tu bukannya jenis mata duitan. Kalau nak kata dalam diam dia menyimpan perasaan pada aku pun tak mungkin. Tak apa....malam ini kita sama sama soal selidik. Have a heart to heart talk. Agar alam perkahwinan yang kami bakal tempuhi tidak di tabiri kecurigaan. Yang pasti bibit bibit cinta sudah berputik di hati aku. Confirmed.

Senyuman lega tersungging di bibirnya bila kelibat gadis itu keluar dari lif. Langkah Fauziah santai macam tengah window shopping kat kompleks ... tunjuk gengsi lah tu.

" Assalamualaikum" Uzir memberi salam sambil membuka pintu kereta untuk bakal isterinya.

Salamnya di jawab dengan nada bersahaja. Fauziah cuba meredakan degupan jantungnya yang bergendang macam pengiring Tarian Singa sempena Tahun Baru Cina. Kali terakhir aku jumpa si BBC , dia boss merangkap sepupu aku. Kini dia boss merangkap sepupu merangkap bakal suami aku. 3 dalam 1. Mahu tak haru biru.... Jari jemarinya menggeletar bila memasang seatbelt. Kereta Uzir menyelusuri jalanraya yang masih sibuk walaupun sudah hampir pukul 9 malam.

" Ya... Ya dah makan dinner?"

Aiyayaya... romantiknya suara. Apasal dia panggil aku Ya? Buat tak reti sajalah. Nak panggil aku Ya ke, Wau ke, Lam Alif ke...suka hati dia lah.

" Dah" Sepatah jawapan di beri.

" Makan kat mana?" Kenapa minah ni tiba tiba macam ada jongkong emas dalam mulut. Selalunya sikit punya becok. Nervous agaknya. Uzir tersengih sambil mengerling Fauziah yang duduk keras kejung dengan mata tertancap pada jalanraya di depan.

" Kat rumah" jawab Fauziah perlahan. Torture... macam manalah kalau sepanjang perkahwinan kami begini. Tekaknya mula rasa tersekat. Bencinya!

" How are things at the office?" Uzir menukar topik. Sepatutnya dia dan CC ke Kerteh untuk dua hari tapi masaalah dengan HAZOP untuk Petronas Carigali memaksa mereka berada di sana selama seminggu. Baru 2 jam dia sampai ke KL. Penat pun tak hilang tapi tak sabar nak jumpa Fauziah. Orang menanggung rindu lah katakan.

" Semua okay. Tapi Bumi Armada tu liat sikit nak bagi payment. Kata nak bayar minggu lepas tapi bila I call, Miss Chong kata cheque belum sign lagi. Oh ya, birthday Pak Lan kelmarin. Kita belanja dia lunch di Tupai Tupai. Sedap makanan kat situ. Kita semua kongsi beli hadiah baju batik. Boss punya share RM 20."

" Ok" jawab Uzir diiringi tawa kecil. Hmm... dah agak dah, Fauziah ni mana boleh mogok diam lama lama.

" Nenek kata you nak sambung buat Masters kat US. Kenapa tak belajar kat sini saja?" Uzir mengambil peluang meleraikan persoalan yang membelenggunya. Mana aci nak tinggalkan aku lepas dua tiga hari kahwin. Pergi nun jauh sampai separuh dunia pula tu. Ingat Ohio dengan KL ni macam JB - KL? Merana aku nanti.

Dah mulalah nak tunjuk taring dia tu... dengus Fauziah dalam hati. " I dah check dengan UITM. Kalau Executive MBA program , kena ada minimum 3 years' work experience. Di Ohio University, I dah ada tempat."

" Ada banyak MBA twinning program yang lain kat sini. Di HELP, Nottingham, Taylors College. You boleh buat on part time basis. Don't worry about the fees. I bayarkan. Duit I , duit you juga." Ujar Uzir.

Banyaklah .... nak suruh aku kerja macam kuli kat office, pastu jadi balaci dia kat rumah, bila masa aku nak belajar. Ingat aku ni robot ke?

" Kalau pergi Ohio, I boleh habiskan dalam 1 tahun sebab I dah buat 9 credit hours. Lagipun I dah biasa dengan system kat sana." tingkah Fauziah. Perancangannya untuk meneruskan pelajaran ke peringkat Masters terpaksa di korbankan bila Pak Fadzil sakit jantung. Terbantutlah cita citanya ketika itu. Janganlah terkandas lagi kali ini, pintanya.

" Kalau I kata tak payah sambung belajar overseas, macam mana?" duga Uzir

" Kalau I kata kita tak payah kahwin, macam mana?" balas Fauziah dalam nada yang sama. Don't pray pray with me, brader.

"Amboi, main kasar cik adik ni" usik Uzir. Dia menukar taktik.

" Setahun tu lama sangat. We'll discuss this later, okay. Janganlah buat muka macam tu." Lembut pujukan Uzir. Meremang bulu roma Fauziah. Adussss....

Kereta Uzir membelok bila kelihatan papan tanda Pantai Medical Centre dan terus menuju ke tempat parkir di basement.

" Puan Salwa is breastfeeding. Tunggu dulu di bilik pelawat ya" kata jururawat yang menjenguk dari pintu bilik no 403. Uzir dan Fauziah mengangguk dan berjalan seiring ke bilik pelawat. Uzir memperlahankan langkah bila henfonnya berdering. Nama Mama tertancap di skrin. Apahal pula ni?

" You pergi dulu. I'll see you there" kata Uzir pada Fauziah yang sudah menghayun langkah meninggalkannya.

Dua orang lelaki berada di bilik pelawat, Datuk Shahrin dan seorang lagi yang tak di kenali. Mungkin Umar , abang Uzir kot, teka Fauziah. Wajahnya agak berserabut, rambut tidak terurus, bermisai dan berjambang. Pintu kaca di kuaknya perlahan. Kedua mereka tidak menyedari kehadirannya, begitu asyik mereka bertingkah. Suara masing masing meninggi.

Telinga Fauziah menangkap setiap bait percakapan mereka. Tubuhnya terpasung di lantai. Ciss! Bedebah punya orang kaya! Sekarang sudah jelas kenapa tiba tiba BBC nak kahwin dengan aku. Nak pergunakan aku untuk menyelamatkan diri mereka dan keluarga mereka rupanya. Ingat aku tak ada maruah? Lampu neon berkelip di mindanya. AMARAN: BAHAYA. Lari, Fauziah, Lari ! Lari ! Lari !




Dadanya berdegup bagai nak rak. Langkahnya sudah tidak teratur. Nafasnya semput. Keadaan yang gelap membuat Fauziah tergapai gapai. Tangga yang curam dan licin memaksanya memperlahankan langkah. Kakinya memijak anak tangga tapi terbabas. Tubuhnya melayang dalam kegelapan . Matilah aku! Fauziah menjerit. Tiba tiba tangannya di rembat.

"Acik Yah... Acik Yah mengigau ya?"

Fauziah membuka mata. Astaghfirullahalazim. Dia mengurut dada yang masih belum reda paluannya. Wajah anak buahnya Sofea Atiqah tersembul di depan mata.

" Itulah Acik. Tidur petang, tak basuh kaki pula. Ibu cakap kalau tidur dekat waktu maghrib , hantu kacau. Acik Yah mimpi apa sampai menjerit?" bebel anak dara sulung Kak Long. Umur baru 5 tahun tapi mulut dah macam bertih goreng. Anak buah siapa lah ni...

" Acik Yah mimpi jadi penyanyi rock buat konsert kat stadium. Itu yang Acik Yah tarik suara ..he! he! Ibu dengan ayah Ika mana? Sunyi saja rumah" Fauziah menenyeh matanya dan melingas sekeliling ruang tamu rumah teres dua tingkat itu. Malunya aku kalau Abang Lokman ada. Tidur terbonkang atas sofa pastu terjerit macam kena sampuk.

" Ibu dengan baby kat dalam bilik. Ayah bawa Nabil pergi rumah Pakcik Ridzuan. " Kata Atiqah sambil mencapai remote control. Pelik betul. Spa Q di TV3 menjadi pilihannya, bukan Cartoon Network.

" Cute kan Abang Dafi ni. Ika suka tengok dia" Atiqah tersenyum simpul dengan matanya tertancap pada wajah pelakon Fazren Rafi. Budak nih.... kecil kecil dah gatal! Tapi memang cute pun. Kalau aku kena kahwin paksa dengan si Fazren ni, memang tak tolak punyalah.

" Fuyah... kau okay ke? Kak Long dengar kau meracau tadi" Mahyun melangkah perlahan dengan pakaian seragam wanita berpantang;kain batik dan stoking. Rambutnya di tarik cekang macam hairstyle sumo wrestler. Bayinya yang baru berusia seminggu, Ahmad Irfan di letak di atas tilam kecil bermotif kartun Mickey Mouse. Fauziah terus mencuit pipi bayi yang tidur nyenyak tak berkutik.

" Comelnya baby Irfan. Macam muka Abang Lokman. Tapi kulit putih macam Kak Long." Fauziah cuba berdalih. Ralat pula bebankan kakaknya dengan masaalah yang melanda.

" Kak Long tanya ni. Kau okay tak? Mak dengan Abah tahu Fuyah ada sini? Berapa lama kau cuti?" soal Mahyun lagi. Terkejut juga pagi tadi bila Fauziah sampai depan rumah. Tak ada angin tak ada ribut. Muka pucat lesi dan serabai macam pendatang tanpa izin baru turun dari bot.

Fauziah melepaskan keluhan. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. " Fuyah cuti dua hari. Nak relax sikit. Tension lah" Matanya mula berkolam.

Mahyun terkedu. Sejak bila adiknya yang hati kering ni jadi pelakon airmata? Dia melembutkan tona suaranya." Kenapa ni Fuyah? Ceritalah kat Kak Long"

Segala yang berlaku di luahkan pada kakaknya. Dari peminangan Nek Nab bagi pihak Uzir , kisah Acap - Wani , kenapa dia bersetuju untuk berkahwin dengan Uzir hinggalah peristiwa bila tembelang keluarga Datuk Shahrin pecah. Ada kala suaranya tersekat menahan sebak. Mak dah tak nak dengar cakap anak sendiri sejak berjumpa semula dengan long lost family dia tu. Bukan main sayang pada keluarga Datuk Datin tu, kentut pun bau wangi.

" Fuyah tak bagi tahu Mak dengan Abah? Kalau Mak tahu, takkan dia nak paksa juga Fuyah kahwin dengan Uzir ? Yang si Wani tu pun satu, suka suki nak tuduh tanpa periksa." Mahyun mendengus geram. Ni sudah kes aniaya.

Ada juga orang yang simpati pada aku. Lega rasa Fauziah. " Mak dah beria ria membuat persiapan untuk kenduri Fuyah. Mesti dia ingat Fuyah sengaja buat helah. Mak sayang sangat kat keluarga Nek Nab, asyik puji memanjang. Kak Long cakap dengan Mak, boleh? Fuyah takutlah. "

" Ye lah, ye lah. Nanti malam karang Kak Long call" pujuk Mahyun. Irfan yang terjaga dari tidur mula merengek dengan suara halusnya. Bayi itu di dukung ke bilik untuk di susukan.
.................................................. .................................................. .............................


" Macam mana Kak Long? Apa Mak dengan Abah cakap?" soal Fauziah di meja makan keesokannya sebaik saja Abang Lokman ke pejabat dan budak budak ke tadika. Nasi lemak yang di masak oleh Makcik Milah, mertua Kak Long belum luak di jamah. Resahnya membantutkan selera makan.

" Kak Long tak dapat cakap lama lama sebab ada tetamu kat sana semalam. Tapi Mak dengan Abah dah tahu cerita. Fuyah jangan risau. " jelas Mahyun sambil menghirup air akar kayu dengan muka berkerut menahan pahit.

" Betul ni? Alhamdulilah" Yeay.... Aku bebas! Fauziah meraup mukanya dan terus menyudu nasi lemak dan sambal ikan bilis ke mulut. Aku kena sedekah pisang ke masjid. Hatinya berbunga riang.

" Mak dengan Abah sihat? Macam mana dengan Wani dan Acap?"

" Semua dah settle. Tapi Mak tetap nak buat kenduri 25 Ogos nanti. Tak tahulah kenduri apa, mungkin tahlil kot atau cukur jambul Irfan. Mak suruh balik awal sikit. Kak Long tak boleh nak tolong sangat"

Fauziah mengangguk dengan senyum lebar. " No problem. " Akhirnya Acap terima juga jodohnya dengan Wani. Sebelum ni gaduh gaduh manja tu sebab darah manis kot. Pinggannya yang sudah licin di angkat ke dapur. Selesai membasuh dan mengemas apa yang patut, dia meminta diri.

"Ok , Fuyah kena pergi tunggu teksi nak ke stesen bas Ipoh. Takut nanti terlambat. Thanks, Kak Long."

"Jalan elok elok. Kirim salam kat Alia dan Liza. Fuyah pergi Bali nanti belilah apa apa yang patut ya" sengih Mahyun sambil mengenyit mata. Dia melambai hingga kelibat adiknya hilang. Harap harap semuanya berjalan lancar, dia berdoa.

Sepanjang perjalanan ke KL wajah Fauziah di hiasi senyum sumbing. Orang mesti ingat aku ni tak betul tapi aku memang gila.... happy gila! Kes Acap- Wani dah settle, aku tak payah kahwin BBC. YESSS!!! Satu jer yang tak best, aku masih kena mengadap muka BBC kat ofis. Senyuman nya pudar bila teringat kata kata pedas yang di hamburnya masa di hospital.

Pintu bilik Uzir yang sedikit renggang di ketuknya perlahan. Uzir mengangkat muka dan mengangguk tanda isyarat yang dia di benarkan masuk. Dengan teragak agak Fauziah melangkah. Rasa sebal dan segan bercampur aduk. Rasa nak terkucil pun ada.

" S..Selamat pagi Encik Uzir" katanya dengan suara bergetar sambil menutup daun pintu. Mampus aku kalau kena hamun! Habis satu ofis tahu cerita nanti. Padan muka aku sebab tak fikir dua kali sebelum aku taruh dia cukup cukup haritu. Masa itu aku betul betul nanar, terlupa yang dia masih boss aku. Aku jadi kerbau yang nampak kain merah. Sikit lagi Uzir kena silambam terus.

" Duduklah. Ada apa?" Tenang suara Uzir. Setenang wajahnya. Selonggok resume yang sedang di telitinya di ketepikan.

" Er... saya ..saya nak minta maaf pasal hari itu. Saya terlepas cakap. Saya faham kalau boss nak fire..."

" Forget it. I faham you tertekan masa tu." Uzir tersenyum melihat Fauziah yang tak senang duduk. Biar dia rasa bersalah pula. Aku dah berhari hari tak lalu makan, tak lena tidur, takut minah ni cabut lari tak balik balik. Sekarang aku kena kerja keras supaya Putri Gunung Batu Kapur Ipoh Mali ni jatuh hati kat aku. Nasib baik Pak Fadzil dan Mak Yan bagi second chance kat aku.

" Boss tak marah? I tak kena pecat? " soal Fauziah, tercengang. Biar betul? Alhamdulilah.Tak kena pecat dan tak payah kahwin dengan Uzir. Yezza!

" Let's be professional. Kerja you bagus. Tak ada sebab I nak fire you. Kita lupakan saja apa yang berlaku. Lagipun bukan salah you. " balas Uzir lembut. Matanya bening menatap wajah Fauziah yang serba salah. " Just forget everything okay? I tak simpan dalam hati. I harap you pun macam tu juga"

Fauziah mengangguk. Bahu nya di jungkit. " Okay. Kita zero- zero. Encik Uzir boss dan saya pekerja, macam dulu." Senyuman kecil tersungging di bibirnya. Phew! Lega aku. Tak sangka pula BBC ni ada sifat perikemanusiaan.

Uzir menghulur beberapa keping resume. "I nak you call these candidates untuk interview as soon as possible. Contract yang kita dapat dah bertambah, kita kena expand. I plan to hire 3 more engineers."

Fauziah menjeling gambar para pemohon. A-ha... ini sudah bagus. Yang handsome aku call cepat cepat. Uzir memerhati reaksi nya. Mudah di baca apa yang di kepala Fauziah. Rasa cemburu terbesit di hatinya. Kalau macam ni , aku cari engineer perempuan sajalah.

"By the way, macam mana dengan rancangan you nak sambung belajar? Kena bagi tahu I awal awal kalau you nak berhenti sebab I kena cari orang untuk ganti you" kata Uzir dengan selamba. Dalam hati dia berdoa agar Fauziah tidak akan pergi.

Muka Fauziah terus mendung. Uzir ni macam nak halau aku pula. Permohonan untuk biasiswa MARA masih belum di luluskan. Visa pun susah nak dapat sekarang. Peluang untuk pergi ke US untuk semester yang akan datang makin tipis.

" Erm... tak tentu lagi. Biasiswa belum approve. " Luahnya dengan kecewa.

Yahoo! Uzir bersorak dalam hati. Ada masa lagi untuk aku dapatkan contract terbesar dalam hidup aku- contract ijab kabul.

" Kalau tak ada apa apa lagi , saya keluar dulu" Mata mereka bertaut dan bibir bertukar senyuman.

" Tolong buatkan I kopi. Jangan bubuh racun tikus pula" Uzir bercanda.

" Takkanlah saya nak buat camtu. Saya bubuh paraquat je" balas Fauziah dengan tawa nakal.

Isk!...nak ku cium jugak si Fuyah ni,bisik Uzir tersengih-sengih.


REUNION DINNER - FORM 5 CLASS OF 2003
SEKOLAH MENENGAH SULTAN IDRIS SHAH

Tercatat di signboard di pintu masuk Restoran Duyung Kelab Darul Ehsan. Fauziah bergegas masuk sambil meneleng ke arah jam dinding. Sudah pukul 8.45....lambatnya aku. Majlis bermula pada pukul 8 malam.

" Fuyah... kenapa lambat?" suara Gina mencecah gegendang telinganya . Suasana hingar bingar dengan gelak tawa dan perbualan rakan rakan sekolah yang sudah bertahun tak bersua.

" Sorry...sorry. Aku ada hal sikit tadi. Anyway, I'm here now" balas Fauziah sambil memeluk kawannya itu. Sebenarnya dia terlupa terus tentang reunion ini dek kekalutan yang melanda sejak seminggu dua ini. Nasib baik Gina hantar SMS.

Fauziah menebar pandang ke sekitar coffee house. Kira kira 80 orang yang hadir dari 200 lebih pelajar batch mereka. Yang lain mungkin berada jauh dari KL atau masa tak mengizinkan. Dia terus dikerumuni rakan rakan lama.

" Fauziah... wow, you look so different now. So feminine. Where are you working?" tanya Soo Mei , Ketua Pengawas mereka dulu.

" Feminine ka? He..he.. baju pinjamlah. " Fauziah tersengih. Terpaksa aku pinjam pareo batik sutera Kak Liza yang berwarna biru untuk menepati tema majlis. Warna sekolah mereka biru dan kuning menjadi tema pakaian malam itu. "I jadi Accounts & Admin Officer kat Tapis Engineering. Its a small oil & gas consultancy."

" Ya lah. Cantik makcik ni sekarang. Rugi aku tak mengorat dulu" usik Rushdi atau lebih di kenali dengan nama Tauge sebab fizikal nya yang kurus dan putih dan " lembik"

" Banyaklah kau punya mengorat. Aku herdik sikit pun kau dah lari" tingkah Fauziah.

"You tinggal kat mana? Still single or dah attached? Eh, meet my fiancé , Chris" sampuk Diane, gadis Chindian yang berwajah Melayu yang satu pasukan netball dengan Fauziah di sekolah.

" I'm staying at Setiawangsa. Still single. Tak laku lah" gurau Fauziah sambil berjabat tangan dengan Chris, lelaki Cina yang tinggi lampai. Memang padan mereka berdua; seorang cantik seorang kacak.

Bertubi soalan di susuli tawa riang dan gurau senda mereka. Fauziah mencari tempat duduk dan pada waktu yang sama tertangkap kelibat Ashraf. Kalau boleh dia ingin mengelak bertembung dengan Ashraf. Sejak peristiwa di kampung hari itu, Fauziah tidak lagi menjawab phone call atau SMS bakal adik iparnya. Serik!!! Acap punya pasal lah aku hampir kena kahwin dengan BBC.

Ah... itu pun dia . Wah, bukan main lagi Acap berbual mesra dengan Ayu, gadis paling "hot" batch mereka. Masa sekolah dulu Ayu memang ada hati pada Acap. Fauziahlah yang menjadi posmennya ketika di Tingkatan Empat. Tapi Acap ketika itu jual mahal konon. Sekarang sudah lain cerita, mata Acap tak berkelip memandang gadis yang memakai baju singkat dan body hugging itu. Ayu yang menjadi pramugari sebaik saja mendapat result SPM , melentok manja. Senyuman gatal tertancap di muka Acap. Eeeiii! Apalah nak jadi dengan player Kampung Bidara ni. Kalau Wani nampak mesti dia bengang. " Fuyah, jom duduk dengan kita" Gina menarik tangannya ke meja yang hampir penuh. Diane dan tunangnya, Rais dan pasangan kembar Adila - Azila sudah mengambil tempat di meja yang sama. Cuma dua kerusi masih kosong.

" Anyone sitting here?" Ashraf menarik kerusi sebelah Fauziah. Errkk.. Mamat ni tiba tiba saja menjelma. Tanpa menunggu jawapan dia melabuhkan punggung di kerusi berbalut kain putih dan beriben biru. Tak ada tempat lain ke? Fauziah segera menuju ke meja buffet untuk mengambil makanan.

"Kau macam tak suka jer aku duduk sini?" tanya Ashraf dengan suara rendah sebaik saja Fauziah kembali ke tempat duduknya. Pinggannya di isi char kuay teow dan dua cucuk satay.

Fauziah pura pura tak dengar lalu menyuap sesudu kuay teow ke mulut. Mmm.. boleh tahan sedap. " Tak makan ke, Acap?" soalnya sekadar berbasa basi. Ashraf masih membatu di sebelahnya.

" I tak lapar lagi. Biarlah yang perempuan ambil dulu. I ni gentleman"

" Gentleman ke gatalman? Mesra nampak kau dengan Ayu. I report kat Wani karang." Acah Fauziah.

Ashraf tersentak. Matanya membulat. " Eh, takkan you tak tahu?"

Fauziah menyisip air teh o ais yang baru di hantar oleh pelayan. " Tahu apa?" balasnya.

" Wani dengan I dah putus tunang. " Ashraf menggoyang jari telunjuknya di depan muka Fauziah." No... its not my fault. Wani yang minta putus. Dia jumpa orang lain"

" Ha?" Fauziah tercengang. Bila masa Wani jumpa orang lain? Siapa jejaka itu? Kenapa aku tak tahu cerita? Hari tu Kak Long kata Wani dan Acap dah settle. Berbagai emosi melandanya. Sudu yang berisi kuey teow di pegang tanpa bergerak. Langsung terlupa nak suap ke mulut.

Ashraf tersenyum melihat muka Fauziah yang sarat dengan persoalan. " Kau tak nak kuey teow tu, meh aku makan." Ashraf menarik tangan Fauziah yang memegang sudu ke mulutnya. Fauziah yang masih terkejut tidak dapat mengelak.

" Mmmm... sedapnya bila orang suap" kata Ashraf sambil mengunyah perlahan

" Wah... romantiknya korang. Makan satu pinggan, suap menyuap lagi. Prektis untuk makan beradab , ya." sampuk Azila atau nama pendeknya Zizi sambil ketawa kecil. Dia mencuit Fauziah" Itulah orang kata jangan benci sangat, nanti jadi sayang."

Muka Fauziah merona. Nasib baik ketika itu lampu di malapkan untuk acara Looking Back in Time. Kelakar sungguh bila gambar aksi mereka masa zaman sekolah di paparkan di atas skrin besar. Mak aihh... sikit punya toya lah rupa masing masing! Fauziah terlupa sekejap tentang Wani dan pakwe barunya.
Selesai presentation yang kelakar tak hengat mengalahkan Raja Lawak, disusuli pula pertandingan karaoke.

" Kesian kau, tak pasal pasal kena kahwin dengan Uzir. Semua kerana kau nak cuba selamatkan hubungan aku dengan Wani , kan?" Ashraf bersuara

Haruskah aku bagi tahu kisah sebenar aku dengan Uzir? Atau biarkan saja? Kalau Acap tahu aku dengan Uzir sudah tiada hubungan kecuali sebagai boss and kuli, apa reaksi nya? Dan apa bicara hati aku pula? Apa perasaan sebenar aku pada Acap? Hari itu aku memang rasa sesuatu bila dengan nya. Cuma aku tak berani biarkan rasa itu menular.

" Kenapa kau diam saja Fuyah? " tanya Ashraf dengan renungan yang menusuk

"Ssshhh... aku tengah concentrate tengok si Ayu menyanyi" Fauziah berdalih. Ayu dengan gaya menggodanya " menyumbangkan" lagu Teman Tapi Mesra. Nasib baik dia tak menyanyi Makhluk Tuhan Yang Paling Sexy....rasanya tak bernafas terus separuh lelaki kat sini!

" Kau tak nak berduet dengan dia? Bukan main mesra lagi korang tadi" perli Fauziah

" Ek eleh... jeles kah Cik Fuyah? " cepat Ashraf membidas. Ho hooo.... Fuyah jeles. Ada feeling kat aku kot?

" Sor-ry ...jangan perasan lah Cap" cemuh Fauziah tanpa memandang wajah lelaki di sisinya itu. Takut matanya "ter" - cerita isi hati.

" Alaa.... jeles lah...jeles lah" desak Ashraf, bergurau. Terlepas juga tawa Fauziah. Ntah apa apa lah Acap ni.

" Bila kau pergi Japan?" Fauziah menyuap ais kacang yang sudah mula cair. Jeremy, juara Talentime sekolah pula menggantikan Ayu, menyanyikan lagu I'm Yours. Memang lunak suaranya.

" Minggu depan. Esok kita keluar nak? Saja lepak lepak. Takkan bakal suami kau marah?" duga Ashraf. Mulutnya berat hendak menyebut nama Uzir. Rasa macam nak usir je si Uzir dari hidup Fuyah. Mengacau!

" Sorry , esok aku pergi Bali untuk company trip. Aku kena balik awal ni, esok kena ada kat KLIA pukul 7 pagi." Jelas Fauziah. Kak Liza yang menghantarnya tadi dalam perjalanan ke rumah abangnya di Taman Melawati dan akan menjemputnya balik.

Ashraf melepaskan keluhan. " Maknanya aku tak akan jumpa kau selama 6 bulan. Entah entah kau dah jadi isteri orang bila aku balik"

"Merepeklah kau. ..." Sekali lagi otak Fauziah bergelut. Nak bagi tahu atau tidak? Lambat laun dia akan tahu juga. " Aku tak jadi kahwin dengan Uzir"

" Betul ni? Kalau camtu , aku suruh mak aku pinang kau" Mata Ashraf bersinar sinar.
---------------------------------------------------------

Cuaca yang panas terik dan humid menyambut ketibaan rombongan mereka di pulau Bali yang terkenal seantero dunia sebagai pusat pelancongan yang memiliki keindahan semulajadi. Kalau dulu dia cuma melihat gambar keindahan pantai Kuta, Tanah Lot dan Ubud , kini peluang Fauziah untuk melihat dengan mata sendiri tarikan yang sering di sebut orang. Kumpulan seramai 20 orang dari Tapis Engineering di sambut oleh Pak Darma, pemandu pelancong yang berusia dalam linkungan awal 30an. Mulutnya ramah bertanya khabar, berkenal mesra dengan staf Tapis dan keluarga mereka. Bas pelancongan meluncur ke hotel Kuta Paradiso yang terletak di tengah Bandar Kuta, lebih kurang 20 minit perjalanan dari Ngurah Rai International Airport.
Fauziah menghempaskan tubuh ke katil sebaik saja masuk ke bilik. Penat! Mengantuk! Bestnya kalau aku dapat tidur.

" Woi... takkan kau nak tidur? Kita nak keluar setengah jam lagi." Ain melabuhkan punggung di birai katil sebelah.

" I book the bathroom dulu." laung CC sambil memecut ke bilik air sebaik saja meletakkan begnya.

Fauziah memejamkan matanya. Tilam yang empuk dan bantal lembut dan haruman bilik aroma lavender benar benar menggoda. Tidur yang singkat dan penerbangan yang beroleng kerana banyak poket udara memeningkan kepala. Tambah pula dengan masaalah keluarga yang melanda. Sungguh tak di sangka, cempedak jadi nangka. Nangka busuk pula tu. Boyfriend baru Wani seorang doktor. Bukan calang calang orang, tapi yang membuat airmata Mak Yan merambu ialah statusnya sebagai suami orang. Astaghfirullah! Apa lah nak jadi dengan Wani. Kalau kena ganyang dengan bini doktor itu, silap silap aku pun join sekali. Otak letak kat kepala lutut! Keluarga mereka kini jadi buah mulut sekampung.

Sebaik CC keluar dari bilik air, Ain pula mengambil tempatnya.

" What's wrong? Macam tak ada mood saja you ni?" Tanya CC sambil membuka langsir bilik.




Bilik mereka di Tingkat 2 mengadap swimming pool. Fauziah memaksa dirinya untuk bangun. Lanskap di sekeliling kolam renang dan tempat bersantai amat cantik. Air terjun kecil dan outdoor spa terletak di tengah kolam renang yang berbentuk huruf U. Tumbuhan hijau menyerikan lagi suasana. Tak puas Fauziah menjamu mata. Bagi orang lelaki ada sajian extra. Waktu tengahari rembang inilah masanya pelancung matsalih ramai " memuja matahari". Yang perempuan rata rata berbikini, tak kira usia dan bentuk badan. Masing masing merah macam udang kara bakar.

" Lepas kita tour nanti, I want to go for a massage. Kita pergi sekali nak? Hilangkan stress" usul CC bila melihat Fauziah menyepi.

" Ok. Tapi I takut geli. I buat foot reflexology saja lah" Mood Fauziah mula ceria kembali. Sia sia saja datang bercuti kalau tak enjoy. Bukan selalu dapat peluang macam ini. Segala masaalah tolak tepi dulu. Bila balik kampung nanti aku nak luku kepala Wani.
.................................................. .................................................. ...............

Usai makan tengahari di Restoran Padang di Sanur, mereka di bawa melawat kilang perhiasan perak dan galeri lukisan. Kemudian ke beberapa Pura atau kuil yang menjadi tempat upacara keagamaan penduduk Bali yang rata rata beragama Hindu. Setiap Pura mempunyai architecture yang unik tapi semuanya mengekalkan keindahan semulajadi. Jelas penduduk Bali mencintai alam sekitar. Tak macam di Malaysia yang semakin "togel" . Sepanjang perjalanan, Pak Darma terus bercerita tentang sejarah tempat yang di lawati dan adat resam penduduk Bali walaupun ada yang sudah berdengkur dek kepenatan. Suasana dalam bas menjadi kecoh bila anak anak kecil mula meragam. Fauziah memandang penuh simpati kepada Pak Lan dan isterinya Kak Murni yang membawa anak angkat mereka Danial dan juga Raja Azimah dengan dua orang puterinya.

" Boleh I duduk?" sapa Uzir yang tiba tiba menjelma di sisi Fauziah. " Kesian Pak Lan kena pangku anak dia. I bagi tempat duduk I"

" Duduklah" Fauziah mengangguk lalu mengosongkan tempat duduk yang di letak beg tangan dan beg plastic berisi cenderahati . Boss sungguh berbeza sewaktu bercuti; ceria dan suka bergurau. Tak macam di ofis, serius semedang. Dengan T shirt berkolar dan jeans Uzir nampak jauh lebih muda dan..... hensem?! Eh, Fuyah takkan dah jatuh hati? Isshhh.....Takde ..takde...

" Banyak beli souveniers?" tanya Uzir . Bebola matanya menujah wajah Fauziah yang bermata kuyu menahan ngantuk.

" Sikit saja. Beli brooch perak untuk my mother, bracelet untuk kakak. Pak Darma kata besok kita pergi Sukawati dengan Ubud, barang di sana lagi murah katanya. I ingat nak beli T shirt untuk my housemates" Jawab Fauziah. Tangannya terus menutup mulut menahan kuap. Tawa kecil menyusul " Sorry"

" I tau I ni boring. Baru kejap duduk sebelah, you terus mengantuk" usik Uzir

" Eh... tak. Bukan camtu..." Fauziah terpisat pisat.

" Oh, jadi I ni interesting? Exciting?" duga Uzir. Ha... itu dia , muka Fauziah dah merah. He! he! Dia ketawa dalam hati melihat gadis kecil molek itu pantas menoleh dan menebar pandang ke luar tingkap untuk menutup gabra.

" Boss dah banyak kali datang ke Bali?" Fauziah bertanya sejenak kemudian.

"Cik Fauziah, janganlah ber- boss boss, ber- encik encik di sini. Nanti I suruh you buat kopi, buat kerja. Nak?"gertak Uzir.

Fauziah menggeleng pantas dengan senyum simpul. " Sorry . Susah nak tukar lah. Dah biasa"

Prektislah sayang oi.... nanti kalau kita kawin macam mana?
" This is my third time. I suka sangat tempat ni. Walaupun dah commercialised tapi still very green. Udara dia nyaman. How do you find Bali so far?"

"Memang best. Orang sini friendly, sopan. Satu saja I tak suka. Banyak anjing" Fauziah mengherotkan muka. Mereka terus mendiamkan diri bila Pak Darma menerangkan aturcara besok.

Lepas ini semua bebas untuk menjalani aktiviti sendiri. Ada yang nak shopping, swimming, pergi berurut. Fauziah menarik nafas dan menutup mata yang semakin berat. Hmmm....Wangi boss ni. Perfume apa dia pakai? Bau dia segar dan "manly".

" Davidoff Cool Water" balas Uzir sambil menahan tawa. Sah, Fauziah ni dah mamai.

Ayo yo samy! Aku tercakap kuat rupanya. Arghhh... pengsan makk! Apa aku nak buat ni? Buat buat tidur sajalah. Fauziah membiarkan matanya terkatup.

Kakinya di lunjur dan kedua belah tangannya di regang. Terasa lenguh segala otot badan setelah seharian menjelajah Pulau Bali. Fauziah duduk di kerusi malas sambil memerhati kanak kanak bermain air di kolam renang hotel. Ketenangan nya di usik bila dia di tegur.

" You tak berenang?"

Siapa lagi kalau bukan Uzir.... alahai. Satu hari suntuk aku cuba mengelaknya. Malu lorrr... sudahlah aku puji dia bau wangi. Lagi teruk bila kepala aku landing di bahunya bila aku tertidur ketika dalam bas semalam. Bila sedar rasa nak terjun dari tingkap bas. Muka Fauziah terus terasa pijar.

" Tak" jawabnya sambil menggeleng. Uzir yang berbaju kemeja longgar corak batik abstrak dengan seluar Bermuda menanggalkan sunglasses. Fauziah cepat melarikan mata.... takut tergoda ke?

Cuaca petang itu redup dan nyaman. Angin laut bertiup lembut dari arah Pantai Kuta.
" Jom ikut I jalan jalan kat pantai. Sunset cantik sangat di sini. Walaupun I dah tengok berkali kali tapi I tak pernah jemu tengok keindahan ciptaan Tuhan" pelawa Uzir.

Wah.... jiwang juga boss ni. Tapi tak takut kena gossip ke ? Boss ni selamba badak saja. Aku yang kena teruk nanti. Ain dah mula sindir aku, jeles lah tu.

" I letihlah boss...eh, Uzir. Tak larat nak bangun rasanya." Fauziah berdalih sambil mengurut kakinya. Cargo pants yang di pakainya di lipat hingga ke paras lutut.

" Kenapa tak pergi spa? Betulkan urat urat dan tulang yang dah hilang alignment tu. You ni muda lagi dah cepat letih. Kena exercise selalu "

Huk eleh... sibuk pula dia. Membebel macam mak bidan. " Spa dah fully booked. Ain dan CC nak pergi pun tak dapat. Dia orang balik ke bilik terus tidur. I pun nak balik ke bilik kejap lagi. Malam nanti nak keluar for dinner pula"

" Kalau macam itu I pergi dulu lah." Nada Uzir seolah merajuk. Dengan pantas dia beredar. Fauziah ni jual mahal betul. Bukan aku tak tahu, dia dah malu alah sebab terlanding kat bahu aku semalam. Jiwa lelakinya bergetar terkenangkan bau lembut syampu Fauziah, wajahnya yang tenang dan keanak anakan dalam tidur.

Alaaa... boss ni merajuk pula. Macam budak kecil. Ingat cute sangat kalau dia buat macam tu? Tapi kesian pula kalau dia pergi seorang diri. Lagipun aku teringin juga nak tengok sunset di Kuta Beach. Pantas dia bangun lalu menyarung selipar.

Langkahnya di panjangkan namun kelibat Uzir tak juga kelihatan. Fauziah menyusuri deretan gerai kecil yang menjual pelbagai cenderahati. Pekedai rancak melaung harga barangan jualan; T shirt Rp 20 ribu, key chain sepuluh untuk Rp 10,000 dan macam macam lagi. Fauziah cuma senyum dan menggeleng. Anjing anjing yang berkeliaran membuatnya panik. Tambahan pula anjing anjing dengan mulut ternganga dan airliur meleleh dan badan berkurap. Kalau kena gigit silap haribulan kena penyakit anjing gila. Degupan jantungnya mengencang selari dengan langkahnya. Jeritan kecil terletus dari bibir bila seekor anjing hitam yang berkudis menyorotinya.

' MAKKK!" Lututnya lembik macam pudding caramel.

"Shoooh! Shooh" Tiba tiba terdengar herdikan kuat . Anjing tadi terus undur. Fauziah menarik nafas lega. Hampir pengsan aku!

" Are you okay Fuyah?" suara lelaki yang menghalau anjing itu menyapa Fauziah.

" Thanks" ucap Fauziah seraya berpaling mengadap wajah hero yang menyelamatkannya. Dia ni rupanya!

( siapa kah itu?)
.................................................. ........................................

" Apa you buat sorang sorang di sini?" tanya Firdaus dengan senyuman lebar. Di tangannya terjinjit beg plastic berisi cenderahati. Tak sangka bertembung dengan Fauziah di sini. Berseorangan pula tu. Sejak sampai dia tidak berkesempatan untuk bersama gadis manis itu. Asyik di conquer oleh Uzir. Tahulah Uzir tu saudara sepupu Fauziah, tapi takkan nak jaga waris dia sampai tak kasi chan kat aku langsung.

" I nak ke pantai tengok sunset. Bellboy kat hotel suruh ikut jalan shortcut ini tapi tak sangka banyak anjing" jelas Fauziah. Getaran masih jelas di suaranya. Kepalanya tertunduk menahan malu.

" Oh.. you ni takut anjing lah rupanya." Sengih Firdaus. Cewah... aku jadi hero selamatkan Fuyah.

" Hmm" Fauziah mengangguk. Sejak di kejar Alsatian kepunyaan kawan Abah, Uncle Chew semasa di tadika sampai terkencing dalam seluar, dia fobia dengan anjing, tak kira spesies. Sungguh memalukan kalau pecah rahsia.

" Jom kita pergi pantai. Cepatlah, nanti tak sempat tengok sunset" gesa Firdaus

Mereka berdua bersaingan ke pantai. Mentari yang mula terbenam di ufuk menyimbahkan rona jingga kemerahan di langit. Sungguh indah. Kaki mereka mencecah ombak ombak yang berlari larian.

" Masyaallah. Cantiknya" kata Fauziah penuh kagum. Pantai Kuta jauh lebih bersih berbanding sesetengah pantai di Malaysia. Tiada sampah sarap mencacati kecantikan pantai.

" A'ah. Patutlah ramai artis barat berkahwin di sini. Romantik kan?" Mata Firdaus menyusuri wajah Fauziah yang tersenyum kecil. Matanya tertancap ke laut yang tenang.

" What is your dream wedding? Dekat pantai? Dalam taman? Atas gunung?" tanya Firdaus. Tiada jawapan dari Fauziah yang leka merenung jauh.

" Er... apa you kata tadi?" Tiba tiba Fauziah menoleh . Laa... berangan rupanya makcik ni. Firdaus mengulang soalannya.

Fauziah tergelak kecil sambil membetulkan rambutnya yang di tiup angin.

" Entahlah. Tapi I suka tengok artis Hollywood kahwin. Simple tapi mesti ada lots of fresh flowers"

" Kalau dah ada angan angan, calon nya dah ada kah?" Firdaus mula mencungkil

Adeh... apahal si Firdaus ni? Soal siasat aku macam wartawan hiburan korek gossip artis pula.

" I serahkan pada my parents untuk pilih. Senang, kan? Fir, dah Maghrib lah. Jom balik. " Pantas Fauziah menukar topic. Tak sukalah cakap pasal kahwin kahwin ni. Tiba tiba dia terbayang wajah Uzir. Matanya melingas sekeliling tapi tak ternampak kelibat Uzir.

Firdaus melepaskan keluhan kecil. Fauziah ni memang jinak jinak merpati. Susah betul nak tangkap.

Dari jauh sepasang mata memandang mereka berdua. Patutlah dia tak nak ikut aku , ada orang lain rupanya, desis Uzir. Kerisauan menjengah hati. Plan B harus di lancarkan dengan segera.

" Good morning. Saya Fauziah, Accounts and Admin officer di sini. Awak semua isi borang dulu, ya. If you have any questions, I ada kat kubikel depan sebelah kiri. Temuduga bermula pada pukul 10 nanti." Fauziah memberi arahan dengan nada yang ramah pada 5 orang pemohon yang akan di temuduga pagi itu. Borang dan personality questionnaire di edarkan. Tiga bakal jurutera lelaki dan dua perempuan yang lebih kurang sebaya dengannya mengangguk dengan senyuman tanpa kata.Masing masing nervous agaknya. Peluang pekerjaan memang susah sekarang. Dari lima orang, cuma dua akan di pilih untuk bertugas di Tapis Engineering. Dari segi kelulusan , Sylvia dan Nik Anissa mempunyai GPA yang lebih tinggi berbanding Saifullah, Badrul dan Michael . Tapi kena tengok attitude juga, boss tak suka orang yang tunjuk terror dan bukan team player.

Sambil mengerling jam tangan, hatinya di pagut resah. Uzir terlupa kah yang pagi ini ada temuduga? Batang hidung pun tak nampak. Orang lain pun pergi cuti juga tapi semua sudah berada di ofis pada jam 9 seperti biasa, omelnya sendirian.

" Ain, boss ada call?" Dia menjenguk Ain yang sedang mengoles gincu ke bibirnya yang sudah sedia merah .

" Tak ada pun. Kenapa ? Risau? Takkan rindu kot?" perli Ain. Mulut Ain makin laser bila Uzir sering mengambil berat tentang Fauziah. Lebih lebih lagi bila di Bali, sedepa muncung Ain. Entah apa apa lah si Ain ni. Kata dah ada steady boyfriend.

" Oh... tersangat sangatlah rindu. Mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang. Rindunyaaaa I kat boss" balas Fauziah dengan nada mengada. Hah... amek kau. Muka Ain semakin masam bila Fauziah memainkan nya.

" Betul kah apa I dengar?" Tiba tiba kedengaran suara Uzir di belakang. Bibir Uzir di ketap menahan tawa.

" Ooops! Eh... tak..tak... saya main main je" Bila masa pakcik ni masuk? Melayang semangat padi aku! Ini sudah keberapa kali aku kantoi dengan boss. Kalau setiap kali kantoi dapat bonus, aku dah boleh beli kereta Kancil dengan bayaran tunai.

" Encik Uzir, minta maaf. Er... candidate yang 5 orang tu ada dalam meeting room, tengah isi borang. Let me know when you want to start the interview" Matanya tak berani di angkat.

" Fauziah, masuk kejap." Perintah Uzir

Dengan rasa sebal, dia menurut. Kerlingan ke arah Ain di balas dengan senyum sinis. Padan muka kau, Fuyah. Uzir meletakkan beg laptopnya ke atas meja. Dia merenung Fauziah tanpa mempersilakannya duduk.

" Boss, I'm sorry. I was just kidding around dengan Ain." Kata Fauziah sambil memandang lantai.

" Forget it. I lambat hari ini sebab nenek sakit . Dia masuk hospital semalam sebab lelah" jelas Uzir

Fauziah menelan airliur. Perasaan bersalah mula membusut di hatinya. Sejak peristiwa di Hospital Pantai tempoh hari, sudah berulangkali Nek Nab mengajaknya ke rumah. Pelbagai alasan di beri untuk mengelak bertemu dengan nenek saudaranya itu. Di lubuk hatinya, orang tua itulah punca segala kemelut yang melanda.

" Dia nak jumpa you. Tolonglah Fauziah... kalau you benci I dengan my family sekalipun, kesiankan lah dia. Dia tak bersalah. Dia tak tahu langsung pasal my father's plan." Rayu Uzir.

Hati Fauziah mula kendur. Hissh... apa pasal lah aku ni lembut hati sangat. Tapi kalau aku tak sempat jumpa dia, takut nanti aku menyesal tak sudah. Lagipun betul juga kata Uzir, nenek dia tak bersalah. Tak bersalah apa bendanya, yang dia beria ria suruh aku kahwin dengan Uzir tu apahal? Hatinya berbolak balik.

" Mak I dah tahu kah yang Nek Nab sakit?" tanya Fauziah. Sebaik saja sampai dari Bali dia menelefon keluarga untuk bertanya khabar tapi tiada siapa menyebut tentang Nek Nab. Perbualannya dengan Mak hangat dengan cerita Wani.

Uzir mengangguk. " My mother baru telefon your parents tadi. Mulanya dia tak nak risaukan mereka tapi .... "

" Okaylah. I pergi tengok dia masa lunch nanti. Dia kat hospital mana?" pintas Fauziah. Jawapan nya membuat Uzir tersenyum lega.

" Dia berkeras nak balik ke rumah. Doktor terpaksa menurut. I'll drive you there"
Pintu apartment Datin Siti Zainab di buka oleh pembantu rumahnya. Riak wajah wanita keturunan Pattani itu mendung. Apartment yang luas itu sungguh sepi. Fauziah memandang sekeliling, tiada orang lain di situ. Mana keluarga Uzir yang lain?

" Nenek macam mana?" tanya Uzir perlahan

" Dia tak nak makan. Puas Che Mah pujuk tapi dia kata dia tak selera. Dia asyik sebut nama Fauziah dan Zaharah, arwah adiknya." Jawab Che Mah dengan mata yang berair.

" Your family tak datang kah?" Fauziah bersuara. Pelik sungguh keluarga Uzir, nenek yang sakit tenat di biarkan sendirian.

" Er... dia orang di hospital dari semalam sampai pagi tadi. Mama dengan Papa balik rumah sekejap."

" Boleh kami masuk tengok Nek Nab?" Fauziah memandang Che Mah yang mengesat airmata dengan hujung lengan baju Kedahnya.

" Eh... tunggu. Tunggu. Saya tengok dulu" Pantas Che Mah melangkah ke bilik bersebelahan ruang tamu. Tak sampai seminit, dia keluar dan mengangguk." Masuklah"

Uzir menarik tangan Fauziah. Pintu di ketuk perlahan sebelum memulas tombol. Aroma lavender menyapa hidung mereka.

" Siapa tu?" suara Nek Nab lemah dan halus. Dia terbaring di atas katil berukir stail Itali bersaiz queen, di selimuti comforter bercorak bunga ros. Kepalanya menoleh perlahan ke arah pintu.

" Uzir dengan Fuyah, nek" jawab Fauziah sambil mendekati katil Nek Nab. Hatinya tersentuh melihat Nek Nab. Tangan wanita tua itu di kucupnya. Rambut Nek Nab di usap lembut. Nek Nab membalas dengan senyuman. Rindunya pada Fauziah terlerai. Bukan main sakit hatinya bila mendengar cerita tentang menantu nya Datuk Shahrin yang ingin mempergunakan Fuyah. Akhirnya dia mengambil keputusan agar rumah di Jalan Duta itu di wakafkan untuk di jadikan pusat tahfiz. Biarlah harta pusaka dia dan adiknya Zaharah di gunakan ke arah kebaikan ummah daripada jadi rebutan ahli keluarga. Sekurang kurangnya ada juga bekalan di akhirat.

"Che Mah kata nenek tak makan. Kalau tak makan, macam mana nenek nak sihat? Fuyah suapkan ya?" lembut nada Fuyah. Dia mencapai mangkuk berisi bubur nasi yang di tutup dengan plastic Clingwrap. Masih panas lagi isinya.

Uzir membantu Nek Nab ke posisi duduk bersandar dan membetulkan bantal di kelilingnya. Terkedu Uzir melihat cara Fauziah melayan neneknya. Bestnya kalau dapat isteri macam ni, asyik sakit selalu lah aku....

Fauziah mengerling ke arah Uzir yang duduk bersebelahan di birai katil. Jauh sikitlah brader, sampai aku boleh rasa nafas nya menyapa kepala aku. Ingat kita ni muhrim kah? Pergilah main jauh jauh, dengusnya dalam hati.

" Uzir, tolong ambilkan air suam untuk Nek Nab. Air ni dah sejuk sebab kena aircond. Nek tak boleh minum air sejuk" Fauziah menyuakan gelas berisi air kosong pada Uzir. Uzir tidak membantah.

" Syukur lah Fuyah sudi datang jenguk nenek. Nenek rindu sangat dengan Fuyah. Nenek tahu apa yang dah jadi. Nenek harap Fuyah tak bencikan Nenek" kata Siti Zainab lirih. Matanya bening menatap cucu saudaranya yang melayan nya dengan penuh kasih sayang.

" Tak adalah Nek. Fuyah tak bencikan sesiapa. Cuma Fuyah sedih sebab di pergunakan. Tapi agaknya Datuk Shahrin terdesak" Ho ho ... baiknya aku hari ini. Biarlah hati Nek Nab tenang dengan tipu sunat aku.

Dia mencapai tisu untuk mengelap mulut nenek yang comot. Mana Uzir ni? Lamanya nak ambil air. Apartmen mewah macam ni guna air telaga kah?

" Fuyah dengan Uzir macam mana sekarang?"

Aikk.... segar pula orang tua ni bila tiba topic cucunya. Satu transformasi yang mengejutkan. Fauziah menjungkitkan bahu.

" Macam biasa. Fuyah masih kerja dengan dia. Dia boss yang baik. Kami baru saja balik dari company trip di Bali. Sorry Nek, Fuyah tak beli apa apa untuk nenek. Fuyah tak tahu apa yang nenek suka" Dia melencong ke jalan selamat.

" Tak apa. Nenek dah tua, bila bila masa saja boleh pergi. Harta dunia dah tak guna" Siti Zainab meraih simpati. Harta dunia? Aiyakkk.... setakat lilin aromaterapi aku mampu lah.

" Jangan cakap macam tu Nek. Umur nenek berapa? 78? 79? Ramai yang lebih tua pun masih sihat. Ajal maut di tangan Tuhan" Fauziah cuba menyedapkan hati wanita di depannya. Tangan Nek Nab di genggam erat.

" Nenek reda kalau Allah menjemput nenek. Tapi cuma satu hajat Nek yang belum tercapai.." Siti Zainab terbatuk batuk. Fauziah pantas menepuk lembut belakangnya. Alamak... jangan lah apa apa terjadi. Mati aku! Habis tu, kalau dua dua mati camner? Mana Uzir ni?

" Tolong lah Fuyah. Cuma Fuyah yang dapat buat nenek bahagia sebelum nenek pergi untuk selamanya " kata katanya membuat Fauziah di landa sangsi.

"Apa dia Nek? Insyaallah , Fuyah akan cuba kalau boleh" katanya perlahan. No promises, no guarantees.

" Terimalah Uzir. Nenek tahu dia sayang sangat kat Fuyah. Kalau tak pasal papanya dan harta nenek pun, dia memang ikhlas nak kahwin dengan Fuyah. Percayalah Fuyah, takkan nenek nak tipu. Nenek tak nak buat dosa bila umur dah senja macam ini" Suara Siti Zainab tenggelam timbul dek nafasnya yang semput. Terkumat kamit mulut Fauziah berdoa. Ya Allah, janganlah kau ambil nyawanya. Panjangkanlah umur nenek aku.

" Fuyah... Fuyah... tolong lah. Nenek nak Fuyah kahwin dengan Uzir"

Macam mana ni?? Wasiat wajib di laksanakan selagi tak melanggar syariat. Kalau aku setuju, terjeratlah aku. Kalau aku reject, kesian pula Nek Nab. Silap haribulan matanya tak terkatup rapat nanti.

Fauziah menarik nafas. Dadanya terasa sempit. Aku pula yang dah semput. Tak apa, Uzir tak ada sini. Tak ada witness. Aku cakap je yang aku setuju.

" Fuyah... Fuyah.. setuju" katanya teragak agak. Berat nak keluarkan perkataan keramat.

" Apa?" tanya Siti Zainab dengan payah. Dadanya berombak.

" Fuyah setuju kahwin dengan Uzir" ulang Fauziah dengan jelas. Taram sajalah....janji orang tua ni happy.

Serentak itu pintu bilik di kuak. Uh- oh... TOLOOOOONNNNGGGGG! Fauziah menekup mukanya.

Uzir terpaku memandang scenario di depan mata. Nek Nab melempar senyuman puas ke arah cucunya.

Cewah... terror nenek aku berlakun. Kalah primadona pilem Melayu. Sekarang kena lancarkan Plan B Part Two. Manusia hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Hakikat itu tidak boleh di nafikan.Uzir mengeluh panjang. Gagal lagi rancangan aku... buat kali yang entah ke berapa.

" Kenapa ni Jay? Buah hati kau tu buat perangai?" duga Rifdi sambil menyisip Coke. Belum sempat Uzir menjawab, chopsticknya hampir terpelanting.

" GOL!" Pelanggan di Hartamas Square bertempik bila Ronaldo menjaringkan gol pada saat saat akhir permainan antara Man U dan Chelsea. Rifdi dan Uzir turut bersorak. Keduanya penyokong tegar Man U sejak di zaman sekolah lagi. Bila mereka dapat tawaran menuntut di University of Manchester, bagaikan orang mengantuk di sorong bantal. Tengok bola, makan bola, tidur bola...

Tak sampai seminit, mood Uzir kembali mendung. Mihun goreng di depannya belum di jamah,cuma di kuis dengan chopstick. Peristiwa pagi tadi benar benar menguji nya. Dengan wajah berseri bak bulan mengambang, Fauziah masuk ke biliknya.
" Encik Uzir, I baru dapat surat tawaran dari MARA. I dapat scholarship untuk buat MBA. Here is my resignation letter. Semester mula mid September jadi I kerja sampai akhir bulan ni. Kalau you nak potong gaji I pun tak apalah. I tahu I bagi notis kurang dari sebulan. "

Dunia Uzir menjadi gelap. Fauziah dah lupa janjinya pada Nek Nab semalam. Pengelat! Paling kurang pun Fauziah akan berada di sana selama setahun. Nun jauh di Ohio University, Amerika Syarikat. Macam macam boleh berlaku dalam masa setahun.

" Hoi! Cheer up lah. Man U menang." Rifdi menepuk bahu kawannya walaupun dia tahu cuma jasad Uzir berada di situ. Fikirannya sudah jauh melayang entah ke mana.

" Aku rasa memang aku dengan dia tak ada jodohlah. Lepas satu, satu halangan. I dah give up" getus Uzir.

" Come on lah. Dia pergi belajar, bukannya dia jatuh cinta dengan orang lain. Selagi dia bukan isteri orang, kau masih ada peluang. Kalau aku jadi kau, tunanglah dulu sebelum dia pergi." Cadang Rifdi sambil menyisip air Coke.

" Aku rasa dia mesti tolak" suara Uzir mengendur. Lenyap segala self confidence seorang usahawan muda yang berjaya.

" Have you proposed to her? Tak sangka aku, kau ni penakut rupanya. Macam macam plan kau buat, guna nenek moyang kau segala tapi kau sendiri tak berterus terang. Kalau pasal nak dapatkan job untuk Tapis bukan main agresif lagi. Tapi bila pasal Fauziah, kau macam pondan. Don't waste any more time, man" tegas Rifdi.

Uzir cuma mengurut dagu. Biarpun dia sangat pantang mendengar perkataan pondan yang di tujukan padanya, dia akur dengan kata Rifdi. Aku takut kena reject sebenarnya. Kenapalah aku jatuh cinta dengan Fauziah yang kebal macam tank askar Amerika? Ramai perempuan lain yang aku boleh dapat dengan mudah. Lebih cantik dan hebat. Tengok kat meja depan tu, dua orang gadis berambut karat yang cun melecun dok usyar aku dengan Rifdi. Setiap kali aku pandang mesti mereka sedekahkan senyuman. Kalau aku nak pick up , anytime boleh. Tapi aku dah taubat, tak buat lagi perangai malaun macam dulu sejak hati aku jadi hakmilik Fauziah Ahmad Fadzil. Fauziah yang jujur dan polos, yang tak pandang harta dan pangkat. Fauziah yang pandai menjaga hati orang tua, yang masih tebal dengan nilai ketimuran. Fauziah yang bijak, kelakar, manis, comel ...susah nak jumpa gadis sebegitu di tengah KL. Patutlah ramai nak masuk jarum.

" Ha... mengelamun lagi. Kau ni dah super angau. Kau jangan lupa Uzir, semuanya terpulang pada jodoh. Macam aku dengan Alani dulu, bukan main banyak dugaan. " kata Rifdi sambil menyudu nasi goreng kampung ke mulutnya. Nasi goreng kampung yang penuh kangkung. Patut tukar nama ke Nasi Goreng Kangkung je.

"Eh, apa khabar family engkau?" Kisah kemerosotan perniagaan Datuk Shahrin bukan lagi rahsia.

" I'm sure you dah dengar. Semua bank dah mula legal action. Rumah kat Damansara nak kena lelong tak lama lagi. Kereta kereta mewah pun dah jual. Nasib baik bapak aku tak tinggal spender saja.Tak sangka abang aku boleh seleweng duit syarikat. Bapak aku pun lebih kurang.Tanah yang dia beli dari penduduk kampung untuk projek Sri Cemerlang banyak yang belum di bayar. Aku malu. Walaupun business aku tak ada kena mengena dengan mereka tapi orang tahu aku anak Datuk Shahrin." Wajah Uzir menjadi tegang. Keluarganya haru biru kini. Mama dengan Papa asyik bertekak. Umar macam Chipsmore , kejap ada kejap tiada.Kawan kawan rapat Papa dan Mama semua sudah menjauhkan diri seolah jatuh bankrap penyakit berjangkit macam AIDS. Tapi ada juga hikmah nya. Sekarang kawan kawan mereka dah tak ingin nak bermenantukan aku.... lega. Senyuman kelat tersungging di bibir.

" Sekarang ekonomi tengah merosot, banyak perniagaan terjejas.Bukan company bapak kau saja. Things will improve, insyaallah. Sabarlah" kata Rifdi penuh diplomasi. Keningnya terangkat melihat dua gadis menghampiri meja. Keduanya ber t shirt ketat tanpa lengan yang menayangkan lurah.

" Can we join you guys?" suara manja Rambut Karat I menyapa. Rambut Karat II sudah menarik kerusi di sebelah Uzir.

" You all Man U fans juga kan? Samalah dengan we all. By the way, I'm Adibah, panggil saja Dibs. Macam cokelat tu" Rambut Karat II menghulurkan tangan.

" I'm Ayu, panggil Ayu juga" Rambut Karat I ketawa riang dengan lawak sendiri yang tak berapa nak lawak.

Kalau tak menyambut salam mereka, kurang ajar sangat pula. Tapi aku tak ada mood nak beramah mesra, getus Uzir. Muka Rifdi pula ala bosan menonton drama RTM. Pinggannya sudah licin. Dia meneguk air Coke yang masih bersisa.

" So sorry ladies. I kena balik. Nanti wife I berleter" kata Rifdi seraya bangun.

" Tapi awal lagi. Relax lah dulu. The night is still young" rayu Adibah sambil jemarinya bermain dengan hujung rambut.

" I have to make a move too. Hari ni turn bini tua. Nanti dia bising tak cukup telinga" selamba tutur Uzir. Ayu dan Adibah terlopong sejenak.

" Enjoy yourself. Nice to meet you" Dia berbasa basi sebelum meninggalkan mereka.

" Kau masih laku lagi lah Uzir. Lawa juga minah dua orang tu. Tak nak ubah fikiran?" usik Rifdi dalam perjalanan ke tempat parkir. Muka Uzir bertambah bengang. Dia pantas menuju ke keretanya tanpa kata. Sejak bila kawan aku ni pandai sensentap? Sejak terkena panahan arjuna agaknya, Rifdi meneka.

Sebelum mereka berpisah, Rifdi berpesan." Uzir, jangan lupa, Allah Maha Pengasih. Buatlah solat hajat"

Uzir akur. Kata orang, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Hanya Allah tempat aku mengadu.



BMW yang di pandu Pak Rahim, driver Datuk Farid meluncur deras membelah malam . Hujan yang lebat kini sudah reda tapi masih meninggalkan kesannya dalam malam yang dingin. Papan tanda hijau di sebelah kiri lebuhraya dikerlingnya. Ipoh 120 km..... jauhnya. Suara Mak di telefon masih terngiang ngiang di telinga Fauziah.

" Fuyah.. Abah .. Abah accident. Dia tak sedarkan diri. Mak.. mak takut. Balik cepat ya"

Ya Allah, janganlah kau ambil nyawa nya. Selamatkan Abah aku. Fauziah menyeka airmata yang mula melimpah dari tubir. Mulutnya terkumat kamit membaca Fatihah, 3 Qul, Ayat Kursi berulangkali. Esakan kecil terbesit dari bibirnya.

" Fuyah, sabarlah. Kita doakan Abah selamat. Doktor kat Kinta Medical Centre semua bagus bagus" Datuk Farid cuba menenangkan anak buahnya walau dia sendiri di landa resah. Pak Fadzil tidak sedarkan diri selepas di langgar kereta depan masjid dan sedang menjalani pembedahan. Dr Shanmugam , pakar bedah di KMC berterus terang; risiko pembedahan agak tinggi memandangkan Pak Fadzil baru sembuh dari pembedahan jantung. Kita tawakal saja, kata Datuk Farid pada kakak iparnya.

" Fuyah tidurlah dulu. Sejam lebih lagi baru sampai" pujuk Datuk Farid yang duduk di depan bersama pemandunya supaya Fauziah selesa di belakang.

" Fuyah tak boleh tidur" balas Fauziah dengan murung."Nasib baik Uncle Farid belum berlepas ke London untuk perkahwinan Farah. Kalau tak, Fuyah tak tahulah apa Fuyah nak buat. Malam malam macam ni mana ada bas. Kak Long dengan Wani sempat tengok Abah tapi Fuyah..." suaranya semakin perlahan. Bibirnya di ketap menahan tangis.

Suhu dalam kereta makin sejuk, mencengkam tulang. Fauziah mengambil sweater dari tote bag. Entah apa yang di isinya dalam beg. Otaknya tidak dapat berfungsi dengan betul sejak mendapat panggilan telefon ibunya. Baru tiga hari sudah dia berbual dengan bapanya. Abah ceria mendengar yang dia berjaya mendapat biasiswa untuk sambung belajar. Cuma Abah yang faham diri aku. Bukan aku tak sayang Mak , tapi pemikiran Mak agak old fashioned. Cari suami lagi penting dari cari ilmu. Mak takut kalau perempuan belajar tinggi tinggi nanti tak laku sebab lelaki takut nak pinang. Aiseyman..... sekarang mana orang fikir camtu lagi. Lagipun ilmu takkan hilang, suami boleh tinggalkan kita. Apalah aku merapu ni.... Abah sedang bertarung nyawa.

" Itulah, Uncle tak dapat ke London minggu ini sebab banyak kerja. Jadi uncle suruh Auntie Ros pergi dulu. Dia dah sampai semalam" cerita Datuk Farid. " Biarlah dia buat persiapan di sana. Kalau Uncle pergi pun bukannya Uncle reti nak tolong. Mengacau lagi adalah. Farah ada contact Fuyah?" celoteh Datuk Farid yang cuba menghilangkan kepiluan Fauziah.

" Dia selalu juga hantar e mail. Tapi sejak sebulan ni dah kurang. Fuyah faham... mesti Farah busy sebab nak kahwin. " Dalam masa seminggu , Farah akan menjadi isteri orang.

Semoga Allah memberkati perkahwinannya. Segalanya di tangan Tuhan; jodoh, ajal, rezeki . Betapa kerdilnya manusia. Fauziah sebak bila kenangan bersama Abah terimbas di ruang minda.Memancing bersama Abah di sungai, membonceng motosikal Abah ke sekolah sebelum Abah mampu membeli kereta, ke dusun bersama Abah, lepak di kedai kopi dengan Abah dan member membernya. Maklumlah aku ni paling tomboy dalam semua anak Abah. Abahlah gang aku, aku lah buddy Abah. Abah, jangan tinggal Fuyah...
.................................................. .................................................. ..........................

Matanya berpinar pinar dan kepalanya berat. Mana aku ni? Fauziah terkebil kebil. Tangannya di gosok mengurangkan sejuk.

" Fuyah, kita dah sampai. Jom turun" suara Uncle Farid membawanya kembali ke alam nyata. Huh... aku tertidur rupanya. Apa dah jadi kat Abah? Fuyah pantas meloloskan diri dari pintu yang sedia dibuka oleh Pakcik Rahim dan berlari anak ke lobby hospital. Ruang yang sepi menyambutnya.

Wajah yang pertama menyapa mata tak lain tak bukan ialah...... Uzir. Fauziah mengerdip mata nya yang silau dek lampu kalimantang yang terang. Bermimpi kah aku? Ini bukan mimpi tapi nightmare. Uzir bangun dari sofa dan mendekatinya. Ahli keluarga yang lain tidak kelihatan.

" Apa..apa you buat kat sini? Mana Mak I? Mana Kak Long denganWani? Abah macam mana?"

"Mak balik ke rumah Kak Long sekejap. Mak dah letih sangat. Lagi pun Dr Shan kata the operation will take another couple of hours." Lancar saja mulut Uzir menyebut Mak. Bukan Makcik Yan. Matanya tertumpu pada wajah Fauziah yang sugul macam anak kucing kehilangan ibu. Kalau tak kerana takut kena lipat maut, mahu saja dia memeluk gadis itu dan membelainya. Hatinya di pagut hiba melihat mata Fauziah yang bergenang.

" Nak air?" Uzir menyua kotak soya bean Yeo's. Fauziah menggeleng. Macam mana aku nak minum kalau Abah sedang bertarung dengan maut. Tak ada selera. Tekak rasa ketat. Tanpa sepatah kata Fauziah menuju ke bilik air dan mengambil wuduk. Surah Yasin di dalam beg tangan menjadi sasarannya. Selesai ayat terakhir , kekusutannya terlerai sedikit. Kalam Allah memberi kekuatan dan ketenangan. Mudah mudahan Allah Subbahana wa Taala melimpahkan rahmat nya. Panjangkanlah umur Abah. Fauziah menutup matanya sejenak.

" Doktor, macam mana dengan Abah.. eh, Encik Ahmad Fadzil?" suara Uzir memecah keheningan

Mata Fauziah celik serta merta. Alamak...aku tertidur lagi rupanya.

Doktor separuh umur berbangsa India di depan mereka nampak letih tapi tenang. Ruang dada Fauziah terasa sempit.

" He is going to be alright. Dia belum sedar tapi keadaannya stabil. Kaki kanannya patah dan dia kehilangan banyak darah tapi nasib baik tidak ada internal injuries. You all balik lah dulu. Besok boleh datang melawat."

Alhamdulilah, ucap Fauziah, Datuk Farid dan Uzir serentak. Sekilas Fauziah tersedar tangan kiri Uzir mengenggam tangan kanannya. Oh, cari peluang ya...
Usai solat Subuh, Fauziah terus ke dapur. Sambil menguap dia menjerang air dan membuat kopi. Badannya di regang untuk menghilangkan sisa penat. Rumah masih sepi, semua penghuni sedang di ulit mimpi agaknya. Apa nak masak untuk breakfast ni? Nak buat nasi goreng, nasi semalam dah habis. Nak buat nasi lemak? Malas lah, renyah sangat. Bihun goreng sajalah. Haa... ada pisang. Boleh buat cekodok.

"Assalamualaikum Mak." Ucap Fauziah sambil menuang secawan kopi untuk ibunya.Wajah Mak Yan kelesuan" Minumlah Mak. "

Dengan muka berkerut Mak Yan memandang ke arah ruang tamu " Orang lelaki semua dah bangun? Nanti terlepas Subuh pula"

Muka Fauziah berubah riak. Baru teringat, Uncle Farid, Uzir dan Pak Rahim bermalam di sini. Selamba derk saja aku keluar dengan T shirt lusuh dan seluar tidur.

" Eh, takkanlah tak bangun? Ayam berkokok sikit punya riuh." Ujarnya sambil membuka pintu peti ais. " Fuyah buat bihun goreng dengan cekodok pisang, okay tak Mak?"

" Boleh lah tu. Tapi Fuyah pergi kejutkan dia orang dulu. Dah lambat ni." Jam dinding menunjukkan pukul 6.30.

" Malu lah. Fuyah pakai baju tidur lagi ni" Fauziah memandang T shirt yang di pakainya. T shirt kelabu asap dengan seluar warna hijau dan kuning corak berkotak. Kalau bagi apek jual sayur kat pasar pun dia rejek. Inilah bahana memakai baju dalam keadaan separa mamai pada pukul 2 pagi.

" Apa khabar Abah pagi ini agaknya? Lepas breakfast kita pergi ya, Mak"

" Fuyah, jangan nak mengelak. Pergi ketuk pintu bilik Uncle Farid. Bukan Mak suruh awak masuk dalam bilik. Cepatlah" perintah Mak Yan sambil merendam bihun dalam air panas.

Fauziah terpaksa menurut. Baru beberapa langkah dia menapak, dirinya di " ambush". Grrr....

" Lawa baju" Tawa kecil menyusul. Tak lain tak bukan , Uzir. Sabar jerlah, Fuyah.

" Terimakasih. Baju ni dari Chanel punya Spring Collection. Uncle Farid dengan Pak Rahim dah bangun? Dah solat Subuh? " Tanpa di paksa bibir Fauziah menguntum senyum. Uzir berbaju Melayu dan berkain pelikat nampak... er.... hensem. Eleh Fuyah ... malu pula nak ngaku. Wajah Uzir bersih, macam Ustaz muda gitu.

" Semua dah bangun. Dah mandi pun. Tak macam awak. Busyuk masyam" Uzir membuat muka. Namun hatinya tetap bergelora. Tak mandi pun cute, muka polos macam gadis belasan tahun. Rambut Fauziah yang melepasi bahu di tarik lembut.

Huh..tak ada kerja, pagi pagi dah nak kacau orang. Best juga aku tak mandi, dia serik kot nak kawin dengan aku. Maunya hari hari kena tengok muka sembab dengan fesyen up to date yang aku pakai ni.... he! he!

" Mak Yan, nak saya tolong apa apa?" Uzir mempelawa sambil berdiri di belakang Fauziah yang sedang mengacau bihun dalam kuali. Pandai minah ni masak, macam expert je. Bau masakannya mengecurkan airliur. Macam ni boleh up sket hantaran kahwin.

" Bagi I taugeh, please. Tahu tak yang mana taugeh? Yang warna putih tu. Orang putih panggil beansprouts" Fauziah memberi arahan. Cewah , macam Chef Wan pula aku ni. Keh ..keh..keh.. bila lagi nak buli Tuan CEO. Garam dan lada secukup rasa di tambah ke dalam kuali.

" I tahulah macam mana rupa taugeh." Tingkah Uzir. Mangkuk berisi taugeh di capainya. Isinya di tuang ke kuali. Bahu mereka bersentuhan." Ingat I tak reti masak?"

" Kalau macam tu lunch nanti Uzir masak lah. I nak gulai lemak pucuk paku, ayam goreng, sweet sour fish, sambal belacan." giat Fauziah sambil tangannya ligat membalik balikan bihun supaya sebati. Api di tutup. Beres.

" Fuyah, Uzir tu tetamu. Kenapa pula suruh dia masak? Hisshhh... budak ni! Maaf Uzir, Fuyah ni selalu macam tu. Kuat mengusik." pintas Mak Yan sambil mendengus.

Dari tadi hati Mak Yan sebal mendengar cara Fauziah melayan Uzir. Tak sopan langsung. Sama juga dengan cara dia melayan Ashraf. Yang menghairankan, dua dua jejaka boleh jatuh hati padanya. Pening juga kepala Mak Yan dan Pak Fadzil memikirkan mana satu yang akan di pilih Fauziah. Uzir ada talian persaudaraan. Ashraf anak jiran yang macam keluarga sendiri. Di telan mati emak, di luah mati bapa.

Selesai sarapan, Fauziah dan ibunya membasuh pinggan dan mengemas dapur. Tak sabar rasanya nak melawat Abah di hospital. Harap harap dia sudah sedar. Dr Shanmugarajah memberitahu yang kemungkinan Pak Fadzil tidak boleh berjalan selama dua bulan. Kesian Mak, siapa nak bantu dia menjaga Abah nanti.

" Mak, bila Wani nak balik?" Adiknya bercuti di Langkawi dengan kawan kawan. Kawan mana, Fauziah tak berani bertanya.

" Hari ni agaknya." Mak Yan mengetap bibir sambil menonyoh kuali dengan kuat untuk melepas geram.

Apa lah yang Wani dah buat? Fauziah cuba menelah. Almari baju adiknya agak kosong. Jangan jangan Wani dah pindah. Entah entah Wani dah kahwin dengan suami orang tu. Bukannya dia pergi Langkawi tapi pergi kahwin kat Siam. Astaghfirullah... tak baik aku buruk sangka. Wani, Wani... Apalah nak jadi?

" Fuyah, Mak nak cakap sikit. Ada dua orang berkenan kat awak. Elok Fuyah fikir betul betul." bisik Mak Yan

Aikkk... ke situ pula mak aku ni. Tak ada cerita lain kah? Fauziah mencebik. Dua orang? Amboi... laku juga aku ni. Dia menyimpan perkakas dapur yang sudah di bersihkan dan mencapai penyapu.

"Uzir tu dah tiga kali datang sini. Tingkap rumah ni semua dia yang tolong cat. Kereta Abah kau rosak, dia tolong hantar mekanik. Semalam dia pergi masjid sekali dengan Abah. Dia yang hantar Abah ke hospital. Kalau dia tak ada, entah apa jadi kat Abah" Mata Mak Yan mula bergenang. Budi Uzir memang tak terbalas.

Fauziah terpempan. Apa betul Uzir cat tingkap rumah? Mak temberang kot. Reti kah mamat CEO anak jutawan ni pegang berus cat? Tak masuk akal.

" Bukan senang nak cari lelaki macam Uzir......yadaa yadaaa yadaaa.. Tapi Acap pun baik.... blah bla bla.... Makcik Zaidah macam kakak kandung....yadaa yadaaa yadaa... Acap....selepas balik dari Jepun... blah blah Uzir....dua dua .......blah blah...yadaa yadaaa..... Abah ..... nanti siapa nak jadi wali... bla bla" sambung Mak Yan.Fauziah sudah tune out kata kata ibunya. Macam siaran ulangan konsert AF yang keberapa kali di Astro. Mata aku semakin mengantuk, macam telan ubat tidur bila Mak mula tazkirahnya.

" Fuyah dengar tak apa yang Mak cakap ni?" bentak Mak Yan. Budak ni! Membazir airliur saja cakap dengan dia. Tengok tu, masa inilah dia nak menyapu bawah tangga.

" Dengar, Mak. Yalah...yalah. Okay" sahut Fauziah. Eh, apa mak aku cakap tadi? Fauziah menggaru kepala.

" Syukur alhamdulilah. Kita buat kenduri kecil saja sebab Abah tak sihat. " balas Mak Yan sambil mengusap kepala anaknya. Buat pertama kali setelah sekian lama, Mak Yan tersenyum. Setelah satu demi satu masaalah menimpa keluarganya, kini langit cerah kembali. Walau siapa pun pilihan Fauziah,dia dan suami terima dengan hati terbuka. Kedua dua nya baik, ada rupa, ada karier dan paling penting, masih bujang. Maruah keluarga mereka perlu di tebus setelah Wani buat hal.

Ha.. kenduri? Kenduri apa pula ni? Doa selamat? Cukur jambul? Tahlil? Khatam Quran? Fauziah terpinga pinga.

"Abah, makanlah sikit lagi. Sedap sup ayam yang Mak buat ni" pujuk Fauziah sambil menyuakan sudu ke mulut Pak Fadzil. Sup di dalam Tupperware masih tak luak walaupun sudah hampir setengah jam dia menyuap bapanya.

"Abah tak selera. Hari hari sup. Kalau bukan sup, bubur nasi. Tak ada makanan lain ke?" gerutu Pak Fadzil. Muka nya mencuka. Seluruh badannya sengal. Luka nya masih pedih, lebih lagi bila di cuci oleh jururawat. Kakinya toksah cakaplah, rasa gatal dan sakit yang amat. Kalau boleh hendak saja dia gerudi simen yang membalut kakinya.

" Kan doktor dah kata, dua tiga hari ni Abah kena makan makanan lembut saja. Diet Abah kena jaga kalau nak sembuh cepat. Kalau dah okay nanti Abah boleh makan apa saja. Satay, nasi ayam, Mc D, KFC.... apa saja Abah nak, Fuyah belikan." Balas Fauziah penuh sabar. Pak Fadzil memalingkan muka ke tirai yang memisahkan katilnya dengan penghuni katil sebelah. Hisshhh... Abah ni macam budak kecil lah. Patutlah Mak dah tak larat nak layan. Susah betul nak jaga orang tua sakit, kerenahnya mengalahkan kanak kanak. Tupperware ditutup dan mug berisi air suam di capai. Doktor kata Abah mesti minum banyak air supaya pembuangan najis lawas. Tapi amarannya - no coffee or teh tarik. Lagi lah panjang muncung Abah.

" Abah kena minum. Kalau Abah tak nak makan dan minum, Fuyah suruh Dr Shanmuga letak balik drip. Abah nak?" gertak Fauziah. Kesabarannya sudah menemui tahap maksima. Nasib baiklah aku tak jadi doktor, pesakit yang banyak songeh semua kena backhand.

Pak Fadzil meneguk air dengan pantas. Tahu pun takut, detik hati Fauziah.

" Ini ubat Abah. Abah makan ya" Tiga biji ubat berlainan bentuk dan warna di letak di telapak tangan Pak Fadzil.

" Tak habis habis dengan ubat." Rungutnya perlahan namun patuh dengan arahan Fauziah.

" Bila Fuyah nak balik KL?" Wajah Fauziah di tenung rapi. Kalau anak aku ni pergi US, entah sempat aku jumpa lagi dengan dia atau tidak, hati tua nya mendesis sayu. Walaupun doktor kata keadaannya tidak merbahaya tapi ajal maut siapa yang tahu.

" Encik Uzir bagi Fuyah cuti seminggu." Hatinya rasa tak enak. Takut dia jadi buah mulut sebab special treatment yang di beri. Aku sepatutnya berhenti kerja hujung bulan. Melihat keadaan Pak Fadzil, Fauziah membuat keputusan tidak akan buat MBA di US. Kalau apa apa jadi kat Abah , bukannya boleh balik naik bas ekspres macam KL- Simpang Pulai. Tapi macam mana kalau Uzir dah dapat Accounts executive baru untuk menggantinya? Alamak.... ini sudah kes yang di kejar tak dapat, yang di kendong berciciran. Dia mengeluh.

" Uzir tu baik. Dia banyak tolong kita" gumam Pak Fadzil rendah. Matanya mengantuk kena penangan ubat penahan sakit.

" Fauziah suka dia?" soalan cepumas terletus dari bibir tua itu.

" Entah." Jawab Fauziah sepatah. Takut nak teroka perasaan yang mula menjalar di hatinya. Uzir memang baik, caring, pandai mengambil hati. Atau dia pelakon lelaki terbaik di Malaysia? Fauziah membetulkan bantal kepala dan selimut bapanya. Pak Fadzil mula berdengkur perlahan.

Fauziah menguap. Tidur malamnya sering terganggu. Bukan saja risaukan keadaan Pak Fadzil tapi sudah tiga malam dia tidur sebumbung dengan bossnya...... menggerunkan! Nasib baik kalau Mak bermalam di hospital, Makcik Zaidah sudi menemani. Bukannya aku takut Uzir cuba menggoda tapi takut kena cekup. Nauzubillah.

' She looks so sweet' Hatinya berkata sebaik saja ternampak Fauziah tidur berbantalkan lengan di birai katil bapanya. Perlahan lahan Uzir mendekati Fauziah. Jarinya meronta untuk mengelus rambut gadis itu. Tangannya meronta untuk mengusap bahu Fauziah.

" I wanna make up Na Na Na Na"

Ringtone Fauziah mengejutnya dari tidur. Tapi lebih mengejutkan bila Uzir berada di sebelah. Aiyakk... apasal dekat sangat ni? Kelamkabut dia mencari henfon. Nama adiknya terpapar di skrin. Apa pula yang Wani nak?

" Kakak kat mana?" suara adiknya tersekat sekat. Ha... mesti ada problem. Pandai cari, pandailah tanggung. Dah berbuih mulut Mak dan Kak Long bagi nasihat, tapi tak sedar juga.

" Kakak ada kat hospital temankan Abah. Kenapa?" balas Fauziah sambil menuju ke arah pintu. Bimbang perbualannya menganggu penghuni wad yang lain.

" Wani... Wani nak balik rumah. Kakak datang ambil Wani boleh?" sendu suara Wani.
Ha... ini sudah bagus. Wani dah break up dengan Encik Laki Orang agaknya. Atau bini orang tu gertak nak serang dia.

" Kakak tak tahu mana rumah Wani. Hari pun hujan. Wani naik teksi sajalah"

" Wani tak ada duit" Esakan Wani menyayat hati. Kalau aku tak jemput dia , nanti dia kecil hati dan langsung berpatah arang.

" Yalah..yalah. SMS address Wani kat kakak." Macam mana aku nak pergi? Kalau naik teksi , silap haribulan kena kelentong dengan drebar teksi. Aku bukan reti sangat kawasan rumah sewa budak ni.

Fauziah menjenguk Pak Fadzil yang sedang nyenyak di buai mimpi. Uzir duduk di sisinya sambil membaca suratkhabar Star.

" Uzir, boleh tak you tolong temankan Abah sekejap. I nak pergi jemput Wani. " pinta Fauziah sambil menyimpan henfon dalam beg.

" No problem. Macam mana you nak pergi rumah Wani?"

" Naik cab "

" Jom I hantarkan. Hujan lebat kat luar tu, susah dapat cab. Abah tengah tidur, lagipun nurse dengan doktor ada. Kita keluar kejap saja" Rugi kalau aku tak ambil peluang berduaan dengan Fauziah. Dah tiga hari di sini tapi ada saja chaperone. Mak, Makcik Zaidah atau saudara mara lain mesti nak enterframe.


Setelah beberapa kali tersesat, akhirnya Uzir dan Fauziah sampai ke Jalan Embun 8, Taman Bahagia. Perjalanan tak sampai 5 kilometer mengambil masa lebih setengah jam. Hujan yang tadinya lebat sudah makin reda. Uzir memperlahankan keretanya di hadapan deretan rumah teres setingkat.

" Itu dia, nombor 60" kata Fauziah. Rumahnya nampak lengang dan gelap. Hati Fauziah kurang senang. Nombor telefon Wani di tekan. Tamat perbualan pendek dengan adiknya, dia mendengus geram. Rupanya Wani keluar makan dengan kawannya. Kononnya lapar sangat sebab lama menunggu !

" Wani suruh kita tunggu sekejap. Dia keluar makan." Fauziah mengilas pandang pada Uzir. Kemudian pandangan di tebar ke jalan yang lengang dan gelap. Kalau aku tunggu dengan Uzir dalam kereta macam ni sungguhlah tak manis. Macam couple bercengkerama di bawah bulan purnama. " Kita masuk dalam rumah dia... er... okay tak?"

" Okay, kaki I pun dah lenguh. Ya tolong picit , boleh?" Uzir mengusik sambil memakir keretanya di tebing jalan.

" Picit memicit ni I tak pandai. Tolong karate boleh lah. Nanti boleh you teman bapa I kat hospital" Jawapan Fauziah di sambut dengan tawa.

Mereka berlari anak dalam renyai hujan. Fauziah mengambil anak kunci yang di letak di bawah pasu bunga tepi pintu.

" Apa bau busuk ni?" Fauziah menutup hidungnya sebaik melangkah masuk. Cisss! Buat malu kaum perempuan. Bau rumah tiga dara ni macam kandang kambing. Ruang tamu yang kecil agak bersepah dengan majalah dan suratkhabar.

" Ya, kalau masuk rumah kosong, bagilah salam. Baca Qulhuwallah dulu" tegur Uzir. Dia menahan senyum melihat Fauziah berundur setapak dan berdiri tegak sambil mulutnya terkumat kamit. Uzir melabuhkan punggung atas sofa berangkai dua dan meregang tubuhnya. Jam dinding menunjukkan pukul 9.10 minit. Tangannya pantas mencapai remote control dan memasang TV.

" You relax lah dulu Uzir. I ke dapur sekejap. "

Deria baunya meneka bau itu datang dari pinggan mangkuk yang tak berbasuh. Beg baju Wani terletak di luar pintu bilik bersebelahan dapur. Alkisahnya Wani menyewa dengan dua orang kawan kerana Mak dan Abah terlalu mengongkong. Tapi tak sampai sebulan, dia sudah bertegang urat dengan housematesnya. Humphhh... dasar anak manja! Fauziah mengomel sendirian sambil membasuh pinggan berkerak yang di tinggal dalam sinki. Euwww..... disgusting!

Selesai Fauziah mengemas dapur, Wani menelefon mengatakan dia dalam perjalanan pulang. Sempat juga Fauziah kasi dua tiga das pada adiknya. Pengotor, pemalas.

" Wani kata sekejap lagi dia sampai. You nak minum?" tanya Fauziah penuh sopan. Uzir tekun menonton perlawanan bola di TV.

Uzir menggeleng. " Tak payahlah. Ini rumah orang. Kalau tuan rumah tak halal, susah nanti. Kenapa you tercegat macam tu? Duduklah, I tak makan orang" Uzir mengenjak sedikit memberi ruang untuk Fauziah. Mata mereka berpapasan.

" Sorrylah sebab kita banyak susahkan you. " teragak agak Fauziah bersuara. Sorotan mata Uzir yang sexy membuat darah mula menyerbu ke wajahnya. Mata Uzir yang sexy? Fuyah...kau dah gila haper?

" TUK..TUK..TUK" Pintu depan di ketuk beberapa kali. Fauziah menarik nafas lega. Gabra betul rasanya bila kena tenung dek Uzir. Fauziah terus mengintai dari celah langsir tingkap.

" Siapa tu? Wani ke?" tanya Uzir.

Fauziah memincing mata. Lampu porch agak malap. Tapi dia pasti yang di luar bukan Wani atau housematenya.

" Bukan. Ada tiga orang pakcik pakai baju Melayu. Minta derma untuk masjid kot" dia meneka.

" Assalamualaikum" lantang suara lelaki di luar " Buka pintu"

Amboi mak! Tak sabar sabar lagi. Kalau nak minta derma pun, kenalah bersopan santun Pakcik, detik hatinya. Dalam beg nya cuma ada satu not sepuluh ringgit. Nak bagi ke tidak?

" Waalaikumsalam" jawab Fauziah sambil membuka pintu dengan senyuman. Muka tetamu yang tidak di undang nampak tegang.

" Pakcik dari masjid ke? Boleh saya bantu?" sapanya dengan ramah

Tiga lelaki itu terus merempuh masuk.

" Siapa nama awak berdua?"

" Kami dapat aduan yang lelaki dan perempuan bukan muhrim tinggal bersama di rumah ini"

" Kami terpaksa bawa kamu berdua ke balai polis kerana di syaki berkhalwat"

Uzir terpempan. Mata Fauziah berpinar pinar. Peluh dingin mula merembes. Ini rancangan TV Wakenabeb kah? Tapi aku dengan Uzir bukan artis.

" Tidak.. tidak..Kami tak bersalah. Ini bukan rumah saya, saya tunggu adik saya...." suaranya hilang. Tubuhnya terasa melayang.........

" Apa yang bising bising ni hah?" Tiba tiba suara nyaring seorang perempuan membelah kekecohan. Suasana tiba tiba menjadi senyap. Setiap pasang mata tertumpu ke arah pintu master bedroom yang terkuak. Seorang gadis berambut perang paras bahu dan berskirt pendek sejengkal keluar dengan ayunan pinggul yang sexy. Macam klon Inul Darastita. Tiga orang Pak Aji pantas mengalih pandangan. Astaghfirullahalazim....

" You ni Abang Wani kan?" katanya dengan senyuman manja sambil memintal hujung rambut. Uzir menggeleng sambil memperkenalkan dirinya dan Fauziah. Fauziah yang masih nanar bersandar di sofa sambil memerhati gerak laku " Inul" yang menyakitkan hati. No..no ..no ,I'm not jealous, hatinya menyanggah. Mata gadis itu merayap ke seluruh tubuh Uzir macam kucing lapar ternampak ikan. Kalau tak ada pakcik bertiga ini, pasti Uzir di terkamnya

" Er.. er.. saudari tinggal di rumah ini? Berapa orang ada dalam rumah ini sebenarnya?" Salah seorang daripada pegawai pencegah maksiat bersuara. Soalan di tujukan pada si gedik walaupun matanya memandang ke arah TV. Dup dap dup dap jantung pakcik melihat drumstick Inul. Berbakul dosa kena tanggung.

" A'ah, saya tinggal sini. Saya ada dalam bilik tadi, tengah bersiap nak keluar. Abang dan kakak ni baru sampai. Oops, sorry. Lupa nak introduce myself. Nama I Ana." Katanya sambil meliuk lentok. Matanya masih tidak melepaskan Uzir.

Tenkiu Ana! Walaupun minah ni perahsantan muda, panggil aku kakak konon sedangkan mekapnya yang tebal macam pelakon opera Cina tak dapat menutupi kedut..... tapi lantaklah. Kau telah selamatkan aku. Kalau tak mati kena gulai dengan Mak dan Abah sebab kena tangkap basah.

" Betul tu Tuan Haji. Saya dan Uzir bukan berduaan dalam rumah ini, Ana ada sama. Cuma tadi dia dalam bilik. Saya datang ke sini sebab nak jemput adik saya pulang ke rumah tapi dia keluar sekejap. Tu ha.... beg dia kat luar bilik sebelah dapur. Kalau tak percaya, tunggulah. Sekejap lagi dia sampai. Lagi pun, tengok lah kami Tuan Haji. Mana ada tanda kami buat perkara sumbang. Tadi masa Tuan Haji ketuk pintu pun cepat saja saya buka, betul tak?" Fauziah berhujah mengalahkan juara pertanding pidato antara sekolah.

Uzir cuma mengangguk. Amboi amboi Cik Fauziah, punyalah takut kena kahwin dengan aku. Takper, takper....Aku pun tak syok kalau kena kahwin macam ni. Macam menang World Cup dengan penalty shootout.

Sejurus kemudian Wani menolak pintu rumah yang tidak di kunci. Dia memandang seorang demi seorang dengan musykil.

" Kenapa ni Kakak? Sorry Wani lambat, kereta kawan Wani rosak pula tadi. Siapa semua orang ni? Apa dah jadi?" Riak bingung terserlah di wajah nya.

Belum sempat soalannya di jawab, pegawai pencegah maksiat tadi bersuara dengan nada mengendur.

" Kalau macam itu, kami balik dulu. Maaf sebab menganggu tapi kami terima aduan yang ada lelaki selalu bermalam di sini. Mungkin kami salah alamat. Assalamualaikum"

Fauziah melepas nafas lega sebaik saja mereka keluar. Kalau tak naya jer muka aku dengan Uzir masuk suratkhabar Kosmo esok. Taubat aku tak nak masuk rumah kosong lepas ini. Dia menjeling Uzir yang tengah meraup muka. Kesian! Rasa simpati menular dalam dirinya melihat Uzir yang tak serik membantu mereka sekeluarga. Tak pasal pasal dia terseret sekali.

" Wani, awak ni memang menyusahkan lah. Mana kakak dengan Uzir nak letak muka kalau kena tangkap khalwat tadi?" bebel Fauziah" Nasib baik Ana ada. Thanks Ana."

" No problem. Sepatutnya I yang berterimakasih kat you." Ana tersengih lebar sebelum melaung " Darling, you can come out now."

Seorang lelaki dalam linkungan 40 an memakai T shirt sendat yang mempamirkan perut buncit berjalan gontai ke arah Ana. Tangannya melingkar pinggang gadis itu.

Uzir dan Fauziah saling bertukar pandang . Cisss! Orang lain buat projek, kita yang kena. Mangkuk hayun betul!

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, mereka bertiga membisu tanpa kata. Baik Wani maupun Fauziah dan Uzir, masing masing kehilangan idea untuk di bicarakan. Cuma celoteh DJ dan alunan muzik dari stesen Fly FM memecah sepi. Wani di timpa perasaan bersalah, Fauziah memendam amarah pada adiknya. Macam mana lah budak Wani boleh tinggal dengan perempuan tak senonoh macam Ana tu. Itu baru seorang housemate yang dia jumpa, yang lagi satu mungkin lebih teruk. Uzir di ulit kekalutan. Otaknya mengatur butir bicara untuk melamar Fauziah. Macam kata Rifdi, takkan suruh Nek Nab do all the work kot. Masa sudah suntuk dan perasaan Fauziah masih belum berjaya di selami. Malam ini dia harus pulang ke KL, banyak tugasan yang tergendala sejak dia berada di sini. Cuma kata putus dari mulut Fauziah sendiri yang belum di perolehi. Keluarganya dan keluarga Fauziah sudah setuju.

" Kakak,Abang Uzir , terimakasih sebab tolong Wani. Sorry sebab menyusahkan korang." Wani bersuara lirih sebelum mengangkat beg nya ke bilik.

" Kakak pun tak larat nak bercerita panjang malam ni. Tapi esok, siap lah awak." Gertak Fauziah sambil menuju ke dapur. Tudung saji di angkat. Ha.. best ! Sambal tumis sotong, kerabu pucuk paku dan kobis masak lemak. Tapi dah sejuk, mesti Mak masak sebelum pergi hospital tadi. Fauziah mengambil periuk kecil yang di sangkut di dinding.

"Uzir, tunggu kejap ya. I panaskan lauk. You duduklah dulu kat depan" Fauziah mengerling ke arah Uzir yang membontoti nya.

" I kena balik KL malam ni. Tapi sebelum tu I nak cakap something very important" Tona suara Uzir meremangkan bulu roma. Uh oh.... macam mana aku nak elak " something very important" ni? Peluh mula memercik di pelipisnya tapi dia pasti bukan sebab haba dari dapur.

" Alaa... makanlah dulu. Nanti perut masuk angin." Fauziah mengelak tenungan Uzir. Sepenuh konsentrasi di tumpukan pada masakan seolah membuat ujikaji dalam makmal kimia. Lauk kobis di kacaunya perlahan sebelum mematikan api. Sambal sotong punya turn pula. Bau yang enak membuat perutnya berkeriuk.

Uzir menyandarkan bahu di peti ais yang jaraknya 3 kaki dari tempat Fauziah berdiri. Pandangannya menala pada wajah gadis itu yang mula merona. Pipinya makin merah hingga hampir sama warna dengan sambal dalam periuk. Bibir atasnya di gigit. Tekak Fauziah ketat bila menelan airliur. Mana si Wani menghilang? Takkan dah tidur kot? Tolong...selamatkan aku!

" Duduklah kat luar. Nanti baju you bau sambal." Resah suara Fauziah. Uzir cuma senyum tanpa berkata maupun berganjak. Malam ini kena tengok puas puas sebelum aku balik KL. Perpisahan selama 3 hingga 4 hari pasti mengundang rindu.

Belum sempat lauk mendidih, Fauziah mematikan api dan menceduknya ke dalam pinggan. Kalau sakit perut gasak engkaulah. Siapa suruh pandang aku macam tu? Tanpa di sedari Uzir mendekatinya.

" Fauziah, kahwin dengan I?" Separa berbisik Uzir meluahkan hasrat hatinya.

Keletung! Kelapang! Gebushhhh! Nasib baik cuma senduk dan periuk kosong terpelanting. Bukan lauk pauk sekali. Mata Fauziah terbeliak. Tubuhnya kaku membelakangkan Uzir. Uzir mencapai tangannya yang masih memegang sudu sambal tumis. Perlahan jarinya di leraikan dan sebentuk cincin di sarungkan ke jari manisnya. Setiap gerak geri Uzir di rasakan macam slow motion.

" Sorry, tak romantic langsung I propose kat you di dapur. Tapi I takut you buat helah nak cabut lari"

Fauziah tidak mampu bersuara. Lidahnya kelu. Degup jantungnya makin pantas. Matanya terpaku pada cincin berbatu nilam di selang seli dengan berlian. Cantik. Terlalu cantik untuk orang macam aku. Kalau hantar pajak gadai berapa agaknya boleh dapat, suara nakal berbisik di kepalanya. Detik demi detik berlalu..

" Ya... kenapa diam ni? I need an answer. Yes or No? Atau you nak fikir dulu?" Uzir merenung wajah gadis yang tertunduk menekur lantai kayu. So very the gadis pingitan.

" Er.... I ..tak tau lah. Kenapa you nak kahwin dengan I? Sebab nenek you suruh? I tahu rancangan Nek Nab nak satukan kita tapi you tak payahlah ikut cakap dia. I faham, soal jodoh ni tak boleh di paksa. Kalau you nak kahwin dengan I sebab harta Nek Nab, I tak sanggup. Dari dulu lagi I dah bagi tahu Nek Nab suruh bagi semua harta kat family you. Kita orang tak nak apa apa..." Fauziah terus meraban sebelum jari telunjuk Uzir menyentuh bibirnya.

" Ssshhh... I cium karang" gertak Uzir sambil tersenyum nakal. Matanya meliar ke wajah Fauziah yang terselirat dengan berbagai emosi. Susah di duga apa sebenarnya di hati gadis itu. Yang tentunya, Fauziah amat cantik di kala itu dengan matanya yang bersinar, pipinya yang merah samar, bibir mungilnya yang bergetar. Oh Tuhan.... lembutkanlah hatinya. Please , please say yes....


Fauziah mengundur setapak ke belakang. Betul ke mamat ni nak kahwin dengan aku? Atau ada sesuatu muslihat. Apa sebenarnya perasaan aku padanya? Konfius...konfius. Dia membiarkan Uzir mengenggam tangannya. Matanya tertancap pada dada Uzir yang berombak di sebalik T shirt Polo nya. Lututnya terasa lemah.

" Demi Allah, niat I jujur. I nak kahwin dengan you. No ulterior motives. I dah lama jatuh cin...."

" Kakak, dah masak ke belum? Wani lapar lah." Laungan Wani menghentikan ungkapan cinta dari Uzir.

Fauziah cepat menarik tangannya dan melangkah jauh dari Uzir. Aiyooo...kalau Wani nampak , malunya aku. Keluhan kecil terbesit dari mulut Uzir. Wani ni memanglah... kacau!
Dari tempat duduknya di anak tangga, Fauziah leka memerhati Uzir meletakkan beg dalam but kereta. Uzir datang berbekalkan satu beg kecil tapi balik dengan dua beg. Cadangan asalnya untuk tinggal satu hari terpaksa di lanjutkan bila Pak Fadzil di timpa kecelakaan. Fauziah tersengih sumbing.Kesian anak orang kaya ni, terpaksa beli baju dan seluar dari Pasaraya Super Kinta dan Jusco. Nasib baik kulit dia tak alergik dengan barang murah. Degupan jantung Fauziah berkeliaran bila Uzir berpaling. Gotcha! Malunya aku... pandang anak teruna orang macam tak cukup bebola mata.

" Terima kasih banyak banyak. You dah banyak tolong my family. Drive carefully. Jangan bawa laju sangat" tutur Fauziah gugup. Lagak selambanya tak menjadi. Uzir menghampirinya sambil mengulum senyum.

" Selagi you tak bagi jawapan, I tak nak balik. So, what is it? Yes, No or Maybe?" Uzir menyandar tubuhnya pada tiang tangga.Matanya tidak berkelip. Rancangan yang tergendala dek Wani yang tak sabar nak mengisi perut perlu di sambung hingga ke penghabisan malam ini juga.

Uh- oh. Darah gemuruh Fauziah menyerang kembali. Aku ni nak ke tak nak? Ingat senang nak jawab soalan cepumas, boleh pilih A , B atau C? Kalau aku kata tak nak, mesti ramai kata aku bodoh tolak lelaki seperti Uzir . Tak ada apa yang kurang pada dirinya, aku akui. Mak dan Abah bukan main sayang lagi padanya. Tapi bukan mereka yang nak kahwin. Aku tak pasti yang aku cintakan dia, macam mana nak sehidup semati. Fauziah mengurut dahi. Banyak persoalan dan kemusykilan mengelabui fikirannya, sekelabu awan malam.

" Er... bagilah I masa. Ini bukan Who Wants To be a Millionaire. Tak ada talian hayat. Tapi kalau I bagi jawapan salah nanti menyesal sepanjang hayat. I kena fikir betul betul" luhur Fauziah menjawab. Dagunya di topang. Matanya tertancap kepada motosikal lama Abah yang tersadai di tiang rumah. Entah berapa lama sebelum Abah dapat "merempit " ke kedai kopi.

Uzir mengeluh perlahan sambil duduk di anak tangga bersebelahan Fauziah. Fauziah mengesot sedikit. Tangga ni bukan sempit sangat. Nak sondol sondol apahal, hatinya menggetus.

" Sorry. I tahu I mendesak. Nak dapatkan anak dara orang bukan macam nak dapat kontrak. Tapi I am serious, you are the only one for me. Bukannya I tak ada kawan perempuan lain tapi hati I dah tak boleh nak terima orang lain. Ya, I tahu kita kenal tak lama tapi I promise I will be a good husband. Kita sama sama belajar mengenali each other lepas kahwin. Please say you will marry me. I really, truly love you" Lembut suara Uzir menusuk telinga.

Alahai... perempuan mana lah yang tak cair. Tak mungkin ada makhluk bernama perempuan mampu menolak lamaran Uzir. Cuma aku yang tak makan saman. Tapi aku tak dapat nak lupakan perbualan Datuk Shahrin dengan Umar . Masih terngiang ngiang di telinga yang Uzir akan berkahwin dengan aku supaya dapat harta Nek Nab. Walaupun Uzir dah bersumpah yang niat dia tulus, orang kaya ni sanggup buat apa saja asalkan dapat maintain status mereka. Aku sedar yang aku tak setaraf dengan mereka, banyak perbezaan antara kami. Memang betul opposites attract tapi opposition party dalam politik tak pernah berbaik..... merapu lagi lah aku! Fauziah melayar pandang ke rumah Makcik Zaidah yang hanya di terangi oleh lampu beranda. Atau adakah sebab Acap, aku tak dapat terima Uzir? Tanya pada hati, otak, jantung, kelenjar pituitary dan thyroid....masih tak ada jawapan. Haiii...susah betul nak buat keputusan.

Selang beberapa saat di ulit sepi, Uzir bersuara.

" Fauziah, kalau you tak sudi nak terima I pun, takkan sampai tak sudi tengok muka I?"

Fauziah memaksa diri menatap wajah Uzir. Riak wajah Uzir berubah. Walaupun tanpa kata, ketidak pastian Fauziah dapat di baca dari mata bening gadis itu. Uzir tak berupaya membendung kecewa. Kakinya melangkah pantas. Pintu kereta di buka.

" Uzir..Uzir.." seru Fauziah . Hati ingin berkata Ya tapi otak menegah. Dia senyum teragak agak " Er... jawapan I er.....er.. Bagi I masa, boleh?"

" Berapa lama? Setahun? Sedekad? Satu abad? " tanya Uzir sinis sambil memeluk tubuh.

" Seminggu. I bagi jawapan bila I balik KL nanti. Kalau you sudi tunggu." Please, please, please, pinta Fauziah dalam hati. Nak kata aku tak ada perasaan langsung pada Uzir, tipulah. Tapi aku perlu kepastian. Ini bukan soal beli baju, kalau tak berkenan boleh bagi orang.

" Okay. I tunggu. " janji Uzir sambil meloloskan diri ke dalam kereta.

Minyak di tekan kuat. Jual mahal betul minah ni. Ego, kepala batu. Apa lah nasib aku, jatuh cinta pada Fauziah yang hati kering. Kereta Audi pantas membelah malam sepi.
Alia dan Kak Liza duduk bersila di pangkin belakang rumah sambil mengunyah mangga muda. Pantas saja piring berisi buah dari pokok mangga belakang rumah jadi licin. Mangga muda di cicah dengan sambal rojak memang enak. Tambah pula dengan keropok dan teh O. Fuhhh!

" Woi... slow sikit lah makan tu. Kalah orang mengidam lah you all ni. Nanti sakit perut tengah jalan balik KL nanti, naya..." Fauziah memberi amaran sambil tangannya lincah mengupas dan menghiris sebiji lagi mangga.

Tak sangka Alia dan Kak Liza sanggup datang untuk menjenguk Abah. Terharu rasanya. Macam macam buah tangan di bawa mereka; pau Tanjung Malim, limau Bali, sambal rojak. Dan macam macam cerita mereka. Sejak sampai pagi tadi macam bertih goreng mereka bercerita. Paling mengejutkan, Kak Liza telah bertunang dan akan berkahwin tak lama lagi dengan pilihan keluarga. Bukan main berseri mukanya bila bercerita tentang Ahmad Khair,walaupun baru sekali bertemu mata.

" Fuyah, kau kata Uzir ada datang? Bila dia balik? Apa jadi masa dia kat sini?" tanya Alia dengan mulut penuh. Belum di telan isi mulut , di capai sepotong lagi. Pelahap betul minah ni!

"Dia balik dua hari sudah. Lega aku. Tension betul kalau dia ada di sini. Rumah ni bukan besar sangat, asyik tengok muka dia saja. " Gumam Fauziah sambil menuang teh ke dalam cawan tetamunya.

Kakinya di hayun perlahan di tepi pangkin yang mengadap dapur rumah. Di sinilah mereka adik beradik dan anak anak jiran bermain pondok pondok masa kecil. Matanya menala pada langit biru tak berawan. Nostalgic.... indahnya zaman budak budak berhingus . Alia menyiku Liza lalu keduanya tersengih.

" Cakap jer tension. Tapi aku rasa kau rindu lah. Asyik tersenyum sorang sorang macam orang angau. Jangan nak tipu kita orang ." Ejek Alia sambil mencubit peha Fauziah. Fauziah menepis tangan Alia lalu menginjak jauh dari jangkauan temannya itu.

" Eh... tolong sikit. Tak ada kena mengena dengan dia lah. Aku senyum sebab happy korang datang. Lagi pun Abah aku dah makin sembuh. Alhamdulilah"

" Tipu. Kau tu sengaja nak kaver. Apa yang susah sangat , mengaku sajalah. Dalam hati ada cinta" desak Alia sambil ketawa mengekek

Fauziah mengherotkan bibir. Alangkah mudah kalau aku macam Kak Liza yang menerima calon pilihan keluarga dengan hati terbuka. Aku tabik springgg! Seorang wanita berpelajaran tinggi, berkarier tapi mengekalkan identiti muslimah solehah. Bakal suami nya pun bukan calang calang orang, dia pensyarah kanan Fakulti Undang Undang Syariah di UIA. Orang yang bukan saja pandai tentang ilmu duniawi tapi juga segala hukum hakam agama. Kak Liza amat beruntung.

" Apa yang kurang pada Uzir? Apa kelebihan Acap? Aku tak fahamlah. Dulu kau punyalah kutuk tapi sekarang kau dah macam lalang." Alia menggeleng kepala melihat wajah Fauziah yang berkerut.

Fauziah menjungkit bahu sambil memandang jauh ke arah langit yang sudah mula di bias warna jingga. Aku dengan Acap banyak persamaan, kira kamceng lah sebab dari kecil dah kenal. Kawan kawan dia kawan aku juga. Wavelength kami sama, latarbelakang pun serupa. Tapi boleh kah aku terima Acap sedangkan Wani yang menjadi pilihan pertama nya dulu? Lagipun Acap tu masih berdarah muda lagi, masih tergedik gedik kalau tengok perempuan lawa. Senang berubah hati. Belum masa untuk dia settle down, tak macam Uzir. Tapi dengan Uzir pula, aku terlalu banyak perbezaan. Macam langit dengan bumi. Aku susah nak percayakan Uzir. Takkanlah tak ada perempuan lain yang lebih sesuai untuk dia buat bini. Macam tak percaya pula dia boleh jatuh cinta dengan minah kampung macam aku. Pertama kali aku jumpa dia... mak aihh, sombongnya. Kali kedua dia tengah mengurut peha awek dia si Natasha... meluat betul! Masa aku mula kerja dulu, asyik buli aku jer. Tapi di depan Mak dengan Abah , pijak semut tak mati. Aku akui Uzir matang, penyabar dan pandai mengambil hati. Yang pasti dia seorang yang romantik. Jarinya bermain dengan cincin pemberian Uzir yang di jadikan loket. Malu nak pakai di jari, mesti kena perli sakan!

" Fuyah dah buat solat istikharah?" tanya Kak Liza. Fauziah menggeleng. Bukannya dia tak pernah terfikir tapi belum ada masa. Lagipun.... perlukah?

" Buatlah. Insyaallah dapat petunjuk. Jodoh bukan perkara main main. " Liza menasihatinya " Akak pun buat juga dulu sebelum terima calon pilihan keluarga."

Fauziah cuma mengangguk. Takut pun ada juga; macam mana kalau jawapan berpihak pada Acap dan bukan Uzir? Atau orang lain? Saspennnnn....




Woi... tiga dara pingitan. Masuklah dalam. Dah nak Maghrib" laung Kak Long yang menjenguk dari tingkap dapur. Mereka bertiga tersengih sumbing. Punyalah syok berborak sampai tak sedar masa yang berjalan.

" Eh... jomlah. Lepas Maghrib , kita kena balik. Aku dengan Kak Liza takut drive lewat malam. Macam macam cerita hantu highway aku dengar" getus Alia sambil menyusun segala bekas makanan.


Jawapan pada kemusykilannya sudah di perolehi. Alhamdulillah , Fauziah memanjat syukur. Tiga kali dia menunaikan solat istikhara', dan yang samar menjadi nyata. Hatinya tenang kini. Cuma perlu meluahkan apa yang sudah tersurat dan tersirat. Itu yang membuat jantungnya berderap macam drumroll pasukan pancaragam sekolah.

" Apahal senyap saja ni?" Alia mengilas pandang pada temannya yang membisu sedari tadi. Selalunya perjalanan mereka dari rumah ke ofis di serikan dengan jenaka dan tawa Fauziah. Tapi pagi ini cuma celoteh Pak Nil dan Din Beramboi di ERA mengisi ruang kereta.

"Hmm... aku tengah fikir ni. Macam mana nak cakap kat Uzir" desis Fauziah.

" Is it a Yes or a No?" soal Alia penuh teruja. Riak wajah Fauziah susah ditelah.

" Rahsia" Jawapan selambanya mengundang dengusan Alia.

" Mangkuk lah kau ni ! Dengan aku pun nak berahsia. Nanti aku tak nak tolong buat bunga telur kau" gertak Alia.

" Woi... traffic light dah hijau. Jalanlah" gesa Fauziah. Hon kereta di belakang mula bingit. Cittt... tak kasi chan langsung. Pagi ini trafik tak banyak, mungkin sebab mereka keluar awal. Alia ada meeting awal pagi dan dia sendiri ingin menggunakan peluang untuk melangsaikan kerja yang tertunda. Muka si Ain mesti monyok sepanjang minggu lepas.

Sepuluh minit kemudian, Alia menurunkan Fauziah berhampiran ofisnya. Rindu juga aku kat ofis ni, detik hatinya bila melihat signboard Tapis Engineering terpapar gah. Eleh... rindu kat ofis atau rindu kat Uzir? Nadinya mula berdetik pantas. Ketenangan yang di rasa tadi mula tergugat. Adoyaiii... aku kena tulis skrip dulu macam mana nak bagi jawapan pada Uzir. Meremang bulu roma.

" Fuyah!" CC melaung. Gadis itu mempercepatkan langkah hingga bersaing dengan Fauziah. Mereka berbalas senyuman.

" Apa khabar your father? Dah okay?" tanya CC

Fauziah mengangguk " He is getting better. Doc kata boleh discharge minggu ni. Tapi kena buat fisioterapi 3 kali seminggu. Dia kena pakai wheelchair dalam sebulan camtu. Pastu kena pakai tongkat." Nasib baik Uncle Farid pinjamkan Bibik Sutri untuk membantu Mak. Ringan sedikit beban Mak.

" Anything interesting yang berlaku semasa I cuti?"

" Tak adalah. Cuma boss bad mood sikit dua tiga hari ni. Tension lah, I think." jawab CC sambil menguak pintu masuk utama

Terlakar cuak di wajah Fauziah sebaik saja sampai ke tempatnya. Kenapa kubikel aku ni macam ada yang tak kena? Laci yang tidak berkunci terus membuat degup jantungnya kencang. Aku lupa kunci laci sebelum cuti atau ada pencuri masuk? Fauziah menarik laci atas untuk memeriksa kalau ada benda yang hilang. Chequebook dan dokumen sulit masih ada di tempat biasa, tidak terusik. Fuhh...Lega. Dia memandang komputer yang sudah di hidupkan. Skrin Microsoft Excel dengan cashflow bulan lepas sedang terpapar. Siapa yang tahu password dan filename selain aku dan Uzir?

" Assalamualaikum" Suara yang memberi salam biasa di dengarnya. Fauziah pantas menoleh.

" Waalaikumsalam. Kak Suria! Apa Kak Suria buat kat sini?" Jerit Fauziah seraya memeluk sifu nya. Hampir tertumpah Nescafe dalam mug di tangan Suria.

" Fuyah ni tak banyak berubah, cuma makin manis" gelak Kak Suria. " Ha.. akak dah puji ni. Jangan lupa belanja lunch tau"

Fauziah meleraikan pelukannya dari wanita yang memakai pantsuit biru dan skaf sedondon itu lalu menarik kerusi beroda dari tempat Ain.

" Nak belanja lunch? Boleh, no problem. Duduklah Kak Suria. Akak dah tak tinggal di Kerteh lagi? Apa khabar suami dan anak anak?"

" Semua sihat. Branch office suami akak tu kena tutup sebab business very slow jadi dia terpaksa pindah balik ke head office. Kira good timing lah juga. Uzir offer akak kerja sebab Fuyah nak berhenti. Seronok nya awak, dapat sambung belajar" Kak Suria mencubit manja pipi anak didiknya itu.

Berderau darah Fauziah. Uzir nak halau aku ke? Sampai hati. Tak tunggu pun jawapan aku. Sekarang baru aku sedar betapa " ikhlas" nya dia. Nak tak nak terpaksalah aku berhenti hujung bulan. Ini kes yang di kejar tak dapat, yang di kendong berciciran. Mana pula aku nak cari kerja ni? Headline suratkhabar NST di meja yang bertajuk" 10,000 expected to be retrenched" membuat perutnya kecut.

" Kenapa muka Fuyah monyok saja ni? Tak suka Kak Su kerja sini balik?" tanya Suria sambil menghirup Nescafe yang masih berasap tipis.

Cepat Fauziah memaniskan muka, bimbang Kak Su berkecil hati. Uzir seorang boss yang professional. Dia tak akan biarkan kerja tergendala. Apapun, Tapis Engineering comes first. Habis aku ni....?

" Apa pula tak suka. Fuyah terlebih suka sebab tak payah nak susah payah ajar Kak Su. Kak Su dah expert. Dua minggu ni , Fuyah goyang kaki makan gaji buta lah nampaknya" jawabnya dengan nada mendatar walaupun dadanya mula sesak.

" Fuyah nak keluar beli suratkhabar kejap ya. Kak Su nak kirim apa apa?" tanya Fauziah. Kena beli suratkhabar STAR sebab nak cari kerja kosong. Iklan dalam NST dan suratkhabar lain tak banyak. Adakah lagi company yang mencari pekerja sekarang ni? Fauziah berjalan menonong menuju lif dengan mata yang berair.

" Watch it! Kenapa ni? Tak nampak orang ke?" suara lantang Uzir mengetuk gegendang telinga. Fauziah pantas melangkah ke belakang memberi laluan padanya. Matanya tetap menekur lantai.

" Sorry..sorry Encik Uzir" Fauziah meloloskan diri ke dalam lif yang hampir tertutup. Wajah bossnya tidak di pandang sekilas pun. Haru! Kepalanya di sandarkan ke dinding lif. Adakah aku terlambat memberi jawapan? Tapi deadline nya hari ini. Hadoyaiii! Habis bercelaru semua agenda.
.................................................. .................................................. ..................................

" Fuyah, boss nak jumpa" ujar Ain " Cepat sikit , mood dia kurang baik"

Fauziah mengangkat muka dari menyemak Letter of Offer untuk pekerja baru. Akhirnya , dapat juga aku bersemuka dengannya. Sepanjang hari Uzir sibuk... atau buat buat sibuk? Sengaja tak nak jumpa aku agaknya? Mungkin dalam masa dua tiga hari ini dia dah fikir semula " tawaran" nya. Huh... kalau Uzir dah ubah fikiran, macam mana? Dia menghela nafas panjang sambil mengetuk pintu bilik Uzir. Jaga gengsi, Fuyah.

" Yes boss? Anything?"

Wajah Uzir memandangnya tidak beriak. Seolah tiada apa yang berlaku di antara mereka. Okay, aku pun boleh buat derk... desis hati Fauziah. Matanya di tumpu pada meja Uzir yang berselerak.

" Dah siap Offer Letter untuk Nik Anissa dan Michael? I nak sign sebelum pergi meeting dengan Petronas."

" Dah siap, tapi I tengah check. 5 minit lagi I bagi." jawab Fauziah ringkas lalu mula berundur ke arah pintu. Langkahnya terhenti bila Uzir bersuara

" Malam ni CIMB buat dinner untuk SMI di Mandarin Oriental. I want you to come along. Its good for networking. Lagipun ada banyak benda yang nak discuss dengan Rifdi. " tegas Uzir sambil menaip sesuatu di laptopnya.

" Er... kenapa tak ajak Kak Suria? Dia akan ganti tempat I" teragak agak suara Fauziah. Macam ada batu tersekat di tekak. Malasnya aku nak pegi dinner dinner ni. Problem nak cari baju, nak cari transport. Tapi mungkin ada peluang nak cari kerja baru. Mana tahu kot kot ada CEO yang berkenan kat aku.

" I belum sempat nak brief dia pasal discussion dengan Rifdi. Its better if you come along. I jumpa you di sana pukul 8.30."

Fauziah bertingkah....kalau kena pergi balik sendiri naik teksi malam malam aku cuak juga. Tapi Uzir tak offer pun nak jemput aku. Memang sah dia kena sampuk masa di kampung aku dulu. Sayu hati Fauziah.

"Okay" jawabnya dengan anggukan. Pantas dia meninggalkan bilik Uzir sebelum matanya mula berair. Nafas Uzir terhenti seketika. Beberapa kepala turut berpusing 90 darjah dari paksi leher. Hadirin majlis makan malam itu yang kebanyakkannya lelaki mula mencuci mata.

Fauziah melangkah perlahan ke foyer Ballroom II, Mandarin Oriental. Jalan kena berhati hati, tak pernah aku pakai kasut stiletto 3 inci. Tapi best juga, merasalah jadi tinggi. Taklah aku asyik dok pandang dagu orang je bila bercakap.

" Cik dari company mana? Can I have your business card? " tanya gadis manis berbaju kebaya di meja pendaftaran.

" Tapis Engineering. " balas Fauziah sambil mengorek tas tangan. Kad nama nya di serahkan. Gadis tadi memangkah namanya dari guest list lalu mempelawanya masuk.

" Hi Fauziah. Baru sampai?" Rifdi tiba tiba berada di depannya. Walauwei, hensem siot mamat ni. Terubat seketika hati aku yang walang. Tapi boleh jamu mata jer, jangan lebih lebih.

" A'ah. Er... boss I dah sampai ke?" Fauziah mengilas pandang ke sekeliling.

Mak aihh.. banyak nya buaya tersengih sengih. Berbaloi aku dress up malam ni. Blaus Thai silk turquoise bermanik di leher yang di padankan dengan skirt labuh warna hitam membuatnya nampak lebih dewasa dan anggun. Terimakasih pada Alia dan Kak Liza, fashion consultant tak berbayar. Mudah mudahan ada yang sudi offer aku kerja. Lagi cepat aku blah dari Tapis lagi bagus. Hati Fauziah mula menggelegak bila teringat gelagat Uzir. Nasib baik aku belum bagi jawapan. Entah entah aku salah tafsir mimpi yang aku dapat selepas solat istikharah.... kena buat lagi lah malam ini.

" Uzir dah lama sampai. He came straight from the office. Itu dia" Rifdi menuding jari ke arah Uzir yang sedang berbual dengan seorang wanita bertudung. Fauziah memandang dengan hati sebu wanita itu melepas tawa besar dan bertepuk tampar dengan Uzir. Uzir pun apa kurangnya. Tersengih sampai tak cukup pipi.

" Hello, apa khabar? " tegur seorang lelaki dalam linkungan 40an berbadan gempal. Matanya berlari dari atas ke bawah membuat Fauziah tak selesa. Ingat aku ni GRO kelab dangdut kah, pandang macam tu.




" Fauziah dari Tapis Engineering" Rifdi memperkenalkan mereka. " Datuk Jazri, CEO Bio Cendana. Excuse me, I kena pergi sambut VIP. See you later " Rifdi terus berlalu pergi meninggalkan mereka.

" Company I pengeluar produk herba yang terbesar di Malaysia. Tentu Cik Fauziah pernah tengok produk saya di farmasi, kan? Kacip Fatimah, Tongkat Ali dalam bentuk kapsul memang laris betul. Mujarab tau produk I." Pakcik Boroi itu tersengih gatal sambil meraup dagu. Fauziah terkebil kebil, takut nak senyum nanti dia ingat aku sama gatai. Bukan aku tak pernah dengar tentang Datuk Jazri ni, dia pernah di gossip dengan artis janda meletup. Fauziah memerah otak bagaimana hendak melarikan diri.

" Ha.. Fauziah. There you are. Lama I tunggu " Uzir mencelah dengan tiba tiba. Dia mengangguk ke arah Datuk Jazri. Player tua ni pun nak masuk jarum? " Jom ikut I. I nak you jumpa somebody"

Lega nya, desis Fauziah sambil memaniskan muka. Aku kena professional walaupun hati aku berkecai. Dia menapak sepantas yang mampu mengikut Uzir tanpa menoleh kebelakang hingga sampai ke meja di tengah dewan.

" Duduklah, ni meja kita." Dengan gaya gentlemannya, Uzir menarik kerusi untuk Fauziah seraya memperkenalkan nya pada tetamu lain di meja sama. Rata rata reaksi tetamu lelaki lebih kurang serupa macam Datuk Jazri. Tersengih sengih macam kerang busuk sambil meniliknya dari hujung rambut ke hujung kaki. Mereka ni datang nak cari peluang perniagaan atau nak cari gundik? Sabar jerlah.... aku desperate nak cari kerja baru. Dia berbual bual kosong sebentar dengan tetamu wanita di sebelahnya, Puan Sharifah Sakinah dari MATRADE sebelum acara di mulakan.

President & CEO CIMB memberi ucapan alu aluan di ikuti ucapan Menteri Kewangan. Semua hadirin menumpukan perhatian kecuali Fauziah yang masih di landa resah. Ada apa dengan Uzir? Di ofis bohlayan aku, kejap tadi sikit punya baik. Pening kepala memikirkan segala yang berlaku. Kalau Pak Menteri nyanyi lagu tema Akademi Fantasia pun dia tak sedar.

" Tutup mulut tu. And pay attention." bisik Uzir di telinga Fauziah. Fauziah segera mengetap rapat bibirnya. Malunya akuuu! Tengok tu , boss tekun mencatit nota dari ucapan tetamu kehormat. Patutlah dia jadi CEO dan aku.... aku bakal tanam anggur. Sedih, sedih. Fauziah menjeling ke arah Uzir. Uzir menghulurkan kertas padanya dengan muka serius. Apa ni? Fauziah memincing mata di dalam dewan yang malap.

Make sure you jangan layan crocs kat sini. Very dangerous. Nanti kena telan hidup hidup

Fauziah menekup mulut menahan tawa. Nak mati boss aku ni! Main passing passing nota macam budak sekolah. Pengsan aku kalau orang lain nampak. Hadoi.... tapi kenapa dia sibuk nak suruh aku berjaga jaga? Siapalah aku?

" Balik nanti I hantar, okay" Uzir bersuara perlahan. " I ada benda nak cakap, jangan nak lari"

Ha? Apa maksud Uzir? Perasaannya berbolak balik. Tiba tiba rasa panik. Uzir masih nak kawin dengan aku kah? Atau dia nak bagi tahu yang dia tarik balik lamarannya?
Mereka berdua duduk di tangga berhadapan KLCC mengadap kolam yang tenang tak beriak. Pancutan air tidak menari nari seperti biasa. Pengurusan KLCC nak jimat kos agaknya. Lagipun bukan hujung minggu, pengunjung cuma beberapa kerat saja.

Kasut tingginya dilucutkan. Lenguh kaki sebab nak tinggi punya pasal. Fauziah mendakap lututnya yang di tarik merapati badan. Angin malam yang berpuput lembut mula menusuk ke tulang.

" Sejuk?" tanya Uzir. Tanpa menunggu jawapan dia menanggalkan kot lalu meletaknya di bahu Fauziah.

" Eh...tak payah. I tak sejuk." protes Fauziah. " Ambil balik lah." Kot biru gelap di kembalikan pada Uzir. Pandangannya di lempar jauh ke arah taman sekeliling mercu tanda kebanggaan rakyat Malaysia. Apahal Uzir ni? Tadi tak sabar sabar ajak aku balik. Tak sempat pun aku nak mengayat mana mana CEO untuk dapatkan kerja baru.

Uzir berdehem " Kenapa I tengok you macam tak selesa? Ada problem?"

APA? Aku ada problem? Memang aku ada problem. You are my biggest problem, gerutunya dalam senyap.

" Boss, I tak jadi pergi US. Kesian kat Abah. Tapi sekarang Kak Suria dah ambil tempat I. Boleh tak you tolong recommend I kat mana mana kawan you? Kalau tak kerja , macam mana I nak bantu Abah dengan Mak. Kerja apa apa pun I tak kisah tapi kalau boleh...."

" Sekarang ni susah nak cari kerja. You pun faham, kan?" jawab Uzir. Kasi torture sikit sama dia macam mana dia torture perasaan aku. Fauziah memuncungkan mulut.

" Tak apalah kalau macam tu. I balik kampung tanam jagung. Boss, apa kita buat kat sini? I kena balik awal kalau tak my housemate bising"

" You tahu kenapa kita kat sini. Jangan nak berdalih. I tunggu you punya jawapan. You kata nak bagi I jawapan dalam masa 3 hari tapi you mungkir janji. Kalau you tak sudi kahwin dengan I pun, at least bagi tahu. Jangan buat I macam tunggul." Suara Uzir tegang. Muka Fauziah mula merona. Aiseyman.... aku silap kira kah?

" Ermm... bukan hari ni hari ketiga kah?" Fauziah menggaru kepala " Mana saya mungkir janji? Sekarang baru pukul 10, ada masa lagi... he he!" Tawa nervous menyusul.

"Jangan nak loyar buruk. So, apa jawapan you?" Mata Uzir menusuk bebola mata Fauziah

" Tadi kat ofis, you marah je. I ingat you dah tukar fikiran, dah tak nak kahwin dengan I " Tekaknya rasa tersekat. Mata pula dah bergenang. Mukanya di tunduk.

Uzir mengeluh... budak ni! Ingat aku ajak kahwin main main? Patutlah muka Fauziah monyok saja hari ini. Uzir melembutkan suaranya.

" Memang I marah pagi tadi tapi sebab masaalah my father. Nanti I cerita. Tapi tak ada kena mengena dengan you. Sorry kalau you terasa. Sekarang I nak your answer. Cakap cepat, kalau tak I baling kasut you dalam kolam. " desak Uzir

Airliur di telan. Sepi memenuhi ruang antara mereka sejenak. Inilah saatnya. Bismillahirohmanirohim

" Nak." kata Fauziah separuh berbisik dengan anggukan kecil. Maluuuu makk.

Yahooo... jerit Uzir dalam hati. Kalau ikut hati nak melompat lompat buat breakdance kat depan KLCC ni walaupun hakikatnya aku tak reti breakdance. Syukur Alhamdulillah. Hajat aku telah termakbul. Tidak akan aku persiakan anugerah ini.

" Nak apa?" usik Uzir. Muka Fauziah makin merah, nampak jelas dalam cahaya malam yang samar.Eee.. pakcik ni lebih lebih pula, getus Fauziah

" Nak balik rumah" jawab Fauziah selamba lalu bangun.

" Fauziah! I humban you masuk dalam kolam!" gertak Uzir sambil menarik lengannya hingga Fauziah terduduk kembali. Kali ini lebih dekat dengan Uzir. Alamak, lalat pun susah nak lalu di antara aku dengan Uzir. Jantungnya mula bergendang. Rambut yang terjurai di sisip ke belakang telinga, jarinya tersentuh pipi Uzir. Cepat tangannya di jatuhkan ke riba.

" Sakitlah you tarik tangan tadi" kata Fauziah mengurut lengannya, cuba meredakan kekalutan.

" Padan muka, naughty lagi. Baik you cakap, nak apa?" gertak Uzir. Tawa di tahan melihat Fauziah terkulat kulat.

" Nak , nak... nak kahwin lah" teragak agak Fauziah menjawab. Jahatlah Uzir ni! Kuat buli!

" Dengan siapa?"

" Dengan Prince William, kalau tak Prince Harry pun boleh. Oww...janganlah cubit." Fauziah mengusap pipinya. Belum kahwin dah kena dera. Cisss! " Dengan awaklah" Suaranya antara dengar dan tidak.

" Betul ni?" Uzir menggengam tangannya " You betul betul ikhlas, bukan sebab kena cubit atau takut kena humban dalam kolam?"

Fauziah mengangguk. Mata mereka berpautan sejenak sebelum Fauziah melarikan pandangan dari tenungan Uzir yang menikam. Dadanya berselirat dengan perasaan halus yang indah. Pukulan jantungnya kencang tapi jiwanya tenang. Inikah perasaan cinta yang tulus suci? Ya Allah, kabulkanlah permintaan aku. Aku ingin menjadi isteri yang solehah kepada lelaki ini

" I love you" bisik Uzir

Ahh, indahnya dunia ! HOYEEE..HOYEE.. Mak, Abah, Fuyah nak kahwin! yeehaaa!!! jerit Fuyah dalam hati. Kalau ikutkan hati, mau jugak Fuyah melompak kt sni...hehe



Uzir memperlahankan keretanya di depan deretan rumah teres dua tingkat di Bandar Utama dengan hati hati. Dua budak kecil yang sedang bermain rollerblade di tengah jalan menghentikan aktiviti mereka sebentar untuk memberi laluan pada kenderaan, dan kemudian terus mengelunsur.

Dari rumah agam yang besar macam muzium, kini Datuk Shahrin dan Datin Mahani menetap di rumah teres dua tingkat. Kereta Naza Kia terparkir di porch, mengambil tempat Mercedes dan BMW. Kuasa Tuhan, dengan sekelip mata rezeki boleh di tariknya.

Fauziah melangkah dengan bekas berisi sedozen cupcakes. Nak ambil hati mak mertua lah konon. Nasib baik Kak Liza sudi membantu, kalau tak alamatnya keluarga Uzir makan cupcake perisa arang. Pasti nama aku akan di blacklist dari menjadi menantu.

Uzir membuka pintu pagar dan mengetuk pintu depan. Fauziah memandang halaman yang masih kosong, cuma 3 pasu bunga kertas pelbagai warna menghiasi satu sudut. Hatinya berbaur. Rasa kasihan ada, rasa takut dan marah pun masih bersisa.

" Senyumlah sikit. You nampak risau jer" tegur Uzir

" Bukan nampak risau jer tapi memang risau. Takutlah nak jumpa bapa you. Mesti dia masih marah lagi sebab I spoilkan rancangan dia" Fauziah menggigit bibir bawah. Rasa nak patah balik. Tapi selama mana dia nak mengelak. Kalau nak kahwin dengan si anak, terpaksalah terima keluarganya sekali. Itulah Fuyah... gatal nak kahwin dengan anak hartawan. Oopps...ex - hartawan, sekarang hutangwan.

" Ya, please jangan ungkit. I cubit karang" acah Uzir. " My father dah lain sekarang"

" Okay, okay... sorry." Fauziah memaksa diri untuk senyum lebar sebaik pintu di buka oleh Datin Mahani. Berbeza sungguh penampilannya sekarang. Tiada lagi rambut kembang ala Datuk Sharifah Aini dan wajah yang di solek rapi. Dulu dia sentiasa sibuk dengan aktiviti dengan geng Mak Datin - shopping dalam dan luar negara, makan di hotel bersama kawan, pergi ke spa buat facial dan massage. Kini terperuk di rumah.

Namun Datin Mahani yang berblaus kain kapas dan berseluar hitam tetap manis. Hatinya gembira bila Uzir mengkhabarkan yang akhirnya Fauziah setuju berkahwin dengannya. Fauziah dan keluarganya kaya dengan budi. Kini dia sedar, apalah yang ada pada harta dunia. Gadis itu di peluk erat.

Sebaik melangkah masuk , bau semerbak menusuk hidung. Lapar..lapar, perut Fauziah berdendang. Dari pagi dia belum menjamah makanan. Sibuk membuat cupcakes.

"Auntie masak laksa Johor. Fuyah suka?"

Fuyooo... Laksa Johor. Makanan fevret aku. Mesti habis dua pinggan sekurang kurangnya.

" Suka sangat. Ada apa apa Fuyah boleh tolong? " pelawanya sambil menjejaki Datin Mahani ke dapur.

" Fuyah boleh tolong mayang bawang besar? " Datin Mahani meletakkan satu labu bawang besar di depannya bersama pisau. Ayoyo amma... fail lah aku! Mak selalu mengadu yang seni potong memotong aku sangat tak berseni, semua kasar dan gabai. Terkial kial dia menghiris bawang senipis mungkin.

" Auntie masak sendiri kah?" Fauziah tercari cari kelibat pembantu rumah.

" A'ah. Mak Piah dah balik kampung. Dia teringin nak bela cucu pula. Tinggal kami berdua saja, Fuyah. Uncle pula kurang sihat sekarang." sayu nada Datin Mahani. Salwa pun sudah tidak tinggal bersama lagi, kata Uzir. Sebaik melahirkan anak, dia pulang ke rumah ibubapanya. Umar kini bekerja dengan kawan Datuk Shahrin di Jakarta. Mustahil baginya mendapat pekerjaan baru di Kuala Lumpur. Semua orang dah tahu bad track recordnya.

" Auntie suka masak. Masa muda dulu Auntie ambil kursus memasak" Rancak Datin Mahani bercerita tentang hobinya. Kalau ada rezeki , dia ingin membuka restoran atau kafe. Hati Fauziah bersorak. Syoknya kalau jadi kenyataan... aku nak minta jawatan jadi food tester atau pengkritik makanan.

"Auntie, okay tak macam ni?" Fauziah menyua hirisan bawang ke arah Datin Mahani. Matanya sudah mula berair.

" Eee.. tebalnya. Macam nak buat onion rings" sampuk Uzir.

" Opocott!" Fauziah melatah. Bila masa mamat ni menyelinap masuk ke dapur? Nasib baik aku tak terpotong jari sendiri. Datin Mahani menjenguk hasil tangannya.

" Boleh lah tu. Adik, pergilah duduk di depan. Mengacau orang perempuan nak buat kerja."

" A ah. Mengacaulah Adik ni." ulang Fauziah. Senyuman di kulum. Bahunya terhinggut menahan tawa. Uzir menarik kerusi di hadapannya dan menongkat dagu di meja. Matanya mencerun memandang Fauziah. Fauziah tunduk dan menyambung kerja dengan tekun sementara Datin Mahani bergegas ke depan bila loceng pintu berdenting.

" Apa you panggil I?" kata Uzir perlahan. Hidung Fauziah di tariknya. Muka Fauziah memerah. Tangan Uzir di tempis. Nakal lah Uzir ni.

" Adik ni jahatlah" usik Fauziah. Tawa yang di tahan terburai

" Fauziah... nak kena geletek?" Uzir mengetap bibir lalu bangun sambil mendekati Fauziah. Mana aku nak lari? Fauziah menggelabah. Takkan nak main kejar kejar macam citer Bollywood dalam dapur orang.

" Uzir, janganlah. Tak baik..." bantahnya sambil gostan ke pintu belakang. Tombol di pusing namun Uzir lebih pantas menarik lengannya. Berderau darah! Heeellllppppp!

Suara Nek Nab memberi salam menyelamatkan keadaan.

" Apa yang korang berdua buat ni? " Mata Nek Nab mencerun melihat riak muka kedua cucunya yang malu alang. Muka Fauziah merah macam udang bakar.

Sihat walafiat pun orang tua ni, detik hati Fauziah. Dulu sakit ala ala nyawa ikan. Berlakun baekk punya nenek ni!

" Nek baru cakap dengan Mak Fuyah semalam. Kita cadangkan kenduri Fuyah dan Uzir di buat bulan depan. 20 November" usul Nek Nab. " Nikah sebelah pagi, bersanding lepas Zohor"

Mata Fauziah terbeliak. Alamak...cepatnya. Sudah bersedia kah aku memegang gelaran isteri? Takuuuttt, jerit hati Fauziah.

" Ok lah tu. Tak manis kita keluar berdua kalau tak ada ikatan yang sah" Pantas Uzir menjawab

Amboi , tak sabar sabarnya dia. Sejak bila pula Encik Uzir Hanafi ni jadi Ustaz, dengus Fauziah. Kalau dah tahu camtu tak payahlah keluar berdua. Tapi Uzir tak pernahlah buat benda tak sopan. Dia suka acah jer, buat aku gabra.

" Fuyah setuju?" soal Nek Nab. Bibir tua nya menipis " Nek risau tengok korang berdua ni. Lagi cepat kahwin lagi bagus."

Ouch! Pedihnya sindiran. Ni semua Uzir punya pasal. Tapi benda yang baik jangan di lambatkan. Syaitan sentiasa berusaha menghasut umat Muhammad ke arah maksiat. Bersedia atau tidak, aku berserah pada Allah.
Tiga pasang mata menala ke arahnya. Airliur di telan.

" Er.. ermmm.. rasanya.. kalau Mak dengan Abah kata okay, Fuyah ikut sajalah" Matanya menukur ke lantai, tersipu sipu malu bak gadis pingitan. Ecececehhhh

Juadah sudah pun terhidang di meja makan berkerusi lapan. Fauziah menuang air oren ke dalam gelas yang tersedia. Uzir bersantai di sofa sambil membaca suratkhabar. Matanya mengerling pada nenek, ibu dan bakal isterinya. Hatinya senang melihat Mama ceria mendengar celoteh Fauziah. Nek Nab tak usah cakaplah, sayangkan Fauziah lebih dari cucunya sendiri. Mereka ralit berbual sehingga tidak menyedari kehadiran Datuk Shahrin yang baru turun dari tingkat atas.

" Siapa ni? " tanya Datuk Shahrin sambil memandang Fauziah. Matanya kosong. Tiada tanda langsung yang dia mengenali gadis didepannya itu. Di tatapnya muka Fauziah beberapa ketika. Senyuman mula terukir di wajah yang dimamah usia.

" Sheila Majid kan? I cant' believe this. I'm your biggest fan." Dengan teruja Datuk Shahrin menghulurkan tangannya.

Fauziah tercengang. Sheila Majid la pulok... Apahal Datuk ni? Perli aku kah? Aku sedar aku ni rendah, tapi taklah " comel" macam Ratu Jazz itu. Something is wrong somewhere. Uzir berdehem.

" Papa, ni Fauziah. Cucu saudara nenek dan bakal isteri Uzir. Bukan Sheila Majid." pintas Uzir sambil menarik kerusi untuk bapanya. Datuk Shahrin kelihatan konfius seketika.

"Jom makan. I masak laksa Johor hari ni" Datin Mahani bersuara.

" You jamu laksa saja dekat Sheila Majid? How can you do that? Let's order lobster or steak" dengus Datuk Shahrin. Fauziah menahan tawa yang ingin meletus. Dahsyat betul lah aku ni.

" My father is under a lot of stress. Kadang kadang angin dia tak betul. Layan dia macam biasa je" bisik Uzir. Fauziah mengangguk. Takut pun ada, kesian lebih lagi. Patutlah Uzir pun kadang kadang tertekan dengan keadaan Papanya. Sejak businessnya merudum, Datuk Shahrin mengalami kemurungan yang dahsyat. Mentalnya terjejas hingga perlu mendapat khidmat psychiatrist.

" Its okay, saya suka laksa Johor" kata Fauziah sambil mengambil tempat duduk di sebelah Nek Nab, bertentangan dengan Uzir. Bila lagi aku nak menyamar jadi penyanyi terkenal. Muka Datin Mahani berkerut seolah menahan sendu. Sedih melihat suaminya yang dahulu seorang ahli perniagaan di segani kini mengalami gangguan fikiran. Dalam bahasa orang biasa, kepala tak betul. Sudahlah business lingkup, di pulau pula oleh kawan kawan.... sudah jatuh di timpa tangga , di timpa tong cat. Inikah balasan Tuhan terhadap keangkuhan mereka dulu?

" Sedap laksa Auntie. Fuyah tak pandai masak laksa Johor, kalau laksa Utara boleh lah. Nanti Fuyah nak resepi, boleh?" Fauziah menukar topik. Juadah di kunyah perlahan. Kuahnya tak terlalu pekat atau cair, just nice. Pedas, masin, rempah ratus semua cukup rasa.

" Mesti boleh. Auntie bubuh sedikit udang dan ikan masin dalam kuah laksa. Uzir pun suka laksa Johor. Nanti Auntie bagi resepi laksa ni dan lain lain makanan yang Uzir suka. Lagi bagus kalau Fuyah datang sini belajar dengan Auntie dan Nek Nab" pelawa Datin Mahani. Akhirnya dapat juga menantu perempuan yang berkongsi kegemaran memasak. Salwa tak pernah masuk dapur, maklumlah anak orang kaya.

" Belajar rajin rajin tau. Senang bila kita dah kahwin nanti, sayang. " tambah Uzir sambil menguis kaki Fauziah di bawah meja. Tak senonoh betul, bersayang sayang depan orang. Fauziah membuntangkan mata. Memalukan!


" Beruntung anak Papa ni. Dapat bini yang cantik, pandai masak, pandai menyanyi." Datuk Shahrin mencelah sambil menepuk belakang Uzir. Hadoyaiii .... Jangan bapa borek anak rintik sudahlah.
---------------------------------------------------

Aduh, boringnya. Lenguh satu badan, Fauziah mengeluh. Selepas solat Subuh, jari jemari kaki dan tangannya sudah di salut inai. Sudah berjam rasanya dia duduk melunjur. Kematu punggung aku! Matanya melirik ke kiri dan kanan. Saudara mara dan jiran yang perempuan kusyuk membuat bunga telur , hantaran dan lain lain perhiasan. Ini peluang aku. Sedapnya kalau dapat duduk bersila. Lututnya di tarik perlahan.

" Fuyah! Duduk diam diam! Bersememeh inai tu nanti." jerit Mak Usu Sakinah, adik Mak berlainan ibu. Alamak, silap timing. Ingatkan the coast is clear. Mak Usu tadi leka menggubah bunga pahar. Mak Usu ni berkongsi gene membebel macam Mak juga. Mak Usu dan abangnya Pak Ngah Shukri dengan Mak macam adik beradik kandung. Ibu tiri Mak , arwah Mak Tok tidak membezakan status Mak dengan adik adiknya. Kalau ada kenduri kendara, Mak Usu dan Pak Ngah pasti datang walaupun Mak Usu dan keluarganya tinggal jauh di Rompin. Pak Ngah pula nun di Langkawi.

" Sabarlah. Nak dapat warna merah pekat kena tunggu lama sikit. Mak Usu dan mak awak dulu pakai inai satu hari satu malam. Fuyah tau tak? Kalau inai tak merah, orang mengata nanti" tambah ibu saudaranya lagi.

" Kenapa?" Dahi Fauziah berkerut.

Mak Usu mengesot padanya dan berbisik" Pengantin yang tak ada dara, inai nya tak akan merah. Biarlah kat jari berapa lama pun"

Teori zaman jahiliah mana pulak ni. Fauziah ingin membantah tapi di kunci mulutnya. Nanti Mak Usu bersyak wasangka pula. Sudahlah ada orang kampung yang bergosip sebab aku kahwin mengejut, sampai tak sempat bertunang. Amboi ... amboi...amboi... Tak tahu yang mana adat, yang mana wajib ke dek non?

Suasana di luar semakin kecoh. Khemah mula di pasang dan lembu akan di sembelih. Kaum perempuan sibuk menghiris bunga rampai, mengupas bawang, menggiling rempah ratus. Ramai yang merewang membantu keluarga mereka. Sejak Kak Long kahwin 7 tahun lalu, baru kini Mak dan Abah nak terima menantu kedua. Sepatutnya Wani dengan Acap kahwin hujung tahun ini, tapi jodoh aku yang sampai dulu. Fauziah tersengih bila mengimbau kembali kenangan kali pertama bertemu Uzir. Ha ha... tak sangka " drebar" yang sombong dan kurang asam akan jadi suami aku. Donia... donia...

Saudara mara perempuan bersilih keluar masuk ke bilik pengantin yang belum di siap sepenuhnya. Warna krim menjadi warna tema. Katil kayu bertiang empat berkelambu kain muslin putih sudah di tebar dengan cadar satin. Permintaan Fauziah hiasan biar minima, cuma bunga bungaan segar dalam vas dan kelopak bunga mawar akan di tabur di atas katil. Tiada rambu ramba agar bilik nampak lebih luas. Berbagai komen di beri oleh pengkritik tak di jemput... ada yang suka, ada yang lebih suka kalau guna warna terang, ada yang suruh tukar posisi katil. Macam macam ada.

" Fuyah! My lovely cousin! I miss you " jerit Farah seraya menerpa masuk. Pipi sepupunya di cubit. " Wow, besok you dah nak jadi isteri Uzir."

Fauziah melebarkan senyum pada sepupunya. Sudah hampir 3 tahun mereka tak bersua muka. Farah masih sexy macam dulu dengan baby T dan jeans ketat paras lutut. Tak ubah macam anak dara walaupun dah bergelar isteri.

" Sorry, I want to hug you but tak boleh bergerak. Torture betul!"

" Kesian you. Nasib baik I kahwin kat London. Tak payah berinai, I pakai nail polish je" Farah menggamit pada seseorang. Lelaki tinggi berkulit hitam manis menjenguk dari pintu bilik.

" Ni lah my hubby, Atif. Darling, this is my cousin and best friend Fuyah."

" Hello Atif. At last , dapat juga jumpa you. Sorry, tak boleh salam. " Farah mengangkat kedua belah tangannya yang penuh inai ke arah Atif. Not bad looking suami Farah ni. Tapi hensem lagi Uzir... cewahhh Fuyah! Baru nak mengaku Uzir tu hensem.

Farah rancak bercerita pasal majlis perkahwinan mereka di London dan kehidupan berumahtangga. Berseri seri wajah Farah. Yalah... Atif first love Farah. Bertahun mereka bercinta, berbagai onak duri dilalui sebelum kahwin, macam Romeo dan Juliet tapi happy ending. Aku tak tahu aku ni cinta yang keberapa dalam hidup Uzir. Tak pernah terfikir untuk tanya pun. Mana tahu kot kot dia ada sejarah hitam? Aku ni macam si Luncai , terjun dengan labunya.... Isshhh, jangan dengar bisikan syaitan.

Adakah aku juga akan bahagia macam Farah dan Atif? Macam Kak Long dan Abang Lokman? Macam Mak dan Abah? Insyaallah. Uzir caring dan boleh tahan romantik, setiap malam mesti telefon sejak aku balik kampung. Very the remaja tua, bergayut feeling feeling kat telefon. Kalau dulu mesti aku naik loya. Tapi sekarang dah lain. Kalau tak dengar suara nya , rindulah. Inilah penangan cinta agaknya.

Selain memperbaiki skill memasak, masa senggangnya di habiskan membaca buku. " Ciri Isteri Solehah", " Isteri yang baik untuk suami yang baik", "Wanita Solehah dalam Sejarah Islam", " 100 Ways to keep romance alive in your marriage" dan banyak lagi buku aku khatam. Wakakakakaka... gigih betul !

" Hoi... mengelamun kah?!" Tersentak Fauziah bila Farah menampar bahunya. " Mak Usu cakap dah boleh basuh inai kau tu"

Yahooo...leganya. Tapi lepas ni kena mandi bunga dan mandi lulur buat kali yang ketiga. Ini semua propa Mak andam, supaya naik seri konon. Leceh betul nak kahwin ni!
Kemerduan qasidah memuji Rasulullah saw membuai Fauziah yang sedang menyusun gula gula dalam saputangan, untuk di beri pada para tamu. Sementelahan semua sanak saudara sudah berkumpul, majlis cukur jambul anak bungsu Kak Long, Ahmad Irfan , di adakan lepas Asar. Tapi bakal pengantin kena berkurung dalam bilik. Nanti "basi" kata Mak. Macam macam lah pantang larang orang tua ni. Sejak seminggu lalu dia tidak di benarkan keluar ke bandar, darah manis kata orang. Sejak tiga hari lalu, nak pijak tanah pun susah. Adehh... macamlah kulit aku boleh jadi putih macam Wani kalau aku berkurung setahun pun.

Senyap senyap dia menapak ke dapur membawa dulang berisi buah tangan yang sudah siap. Makcik Zaidah dan Mak Usu sedang membancuh teh untuk di hidang pada tetamu. Muka Makcik Zaidah muram sejak kebelakangan ini. Ada sesuatu berlaku pada ahli keluarganya kah? Fauziah bertanya dalam hati.

" Ni gula gula yang Fuyah dah bungkus. Ada 40 bungkus. Cukup tak?"

Mak Usu mengangguk " Cukuplah tu. Fuyah nak kuih?"

Kuih serimuka, bengkang ubi dan karipap pusing sudah di atur dalam piring untuk di hidang pada para tamu. Fauziah mencapai sebiji karipap.

" Mmm... sedap. Makcik Zaidah yang buat, kan?" Karipap jirannya itu memang enak.

Lebih lagi bila makan panas panas. Ingat lagi dia dengan Acap mengendeng tepi kuali setiap kali Makcik Zaidah goreng karipap. Karipap yang panas di letak dalam poket, kemudian makan atas pokok di dusun belakang rumah sambil berborak borak. Nostalgia zaman kanak kanak riang...

" Bila Acap nak balik Makcik?" soal Fauziah. Sejak Ashraf ke Jepun cuma sekali dua mereka berbalas email. Masing masing sibuk dengan tugas. Mak Usu menjeling tajam. Esok nak kahwin , tanya hal anak teruna orang pula. Memang nak kena Fuyah ni!

" Fuyah tak jumpa dia lagi? Dia dah sampai Kuala Lumpur tiga hari lepas. Semalam baru dia balik sini dengan Ajib. Itu ha... dia ada kat khemah belakang, tengah tolong Pak Ngah kamu."

Fauziah berlari ke tingkap dapur dan menjengah ke luar. Ashraf dengan beberapa orang pemuda kampung sibuk membantu Pak Ngah memasak. Pak Ngah memang tukang masak yang handal. Dua buah restorannya di Langkawi cukup laris. Rendang daging tengah menggelegak atas dapur arang. Bau nya sungguh mengecurkan airliur.

" Hoi.. Acap! "

Ashraf berpaling dan mengorak senyuman terpaksa. Pilu hatinya bagai di siat. Fauziah akan menjadi milik Uzir besok. Hendak ku capai tangan tak sampai. Hasrat nak sunting kini berkecai. Dia mengelap peluh di dahi dan menyuak rambut ke belakang. Fauziah sedang menopang dagu di jendela sambil tersengih.

" Apa khabar? Macam mana perasaan orang nak jadi pengantin?" Ashraf berbasa basi. Tekaknya rasa berpasir

" Nervous nak mampus... he! he! Banyak eksyen ya awak, balik tak bagi tau orang pun. Aku nak kirim barang"

" Laa... kau nak apa? Kenapa tak cakap awal awal?"

" Takeshi Kaneshiro. Kalau takde, Sorimachi atau Takuya pun boleh"

" Gatal! Repot kat laki kau !" gertak Ashraf. Mulutnya berat nak sebut nama Uzir. Mamat tu betul main kotor. Mentang mentang lah dia boss merangkap dua pupu Fuyah. Unfair advantage betul!

Tawa Fauziah pecah. " Takde modal lain. Dari kecil sampai tua, asyik nak mereport "

Mak Usu mendengus sambil menyibukkan diri mengatur piring berisi kuih ke dalam dulang. Anak buah yang seorang ni memang tak reti adab. Besok nak kahwin tapi perangai macam samseng Kampung Dusun. Masih nak bergurau dengan lelaki ajnabi. Nak di tegur, takut si Zaidah kecil hati. Acap tu anak dia dan kawan rapat Fuyah. Kisah Fuyah - Acap - Wani bukan rahsia lagi di kalangan keluarga terdekat.

" Fuyah, aku ada beli wedding present untuk kau. Nanti esok aku bagi" janji Ashraf. Set cincin dan loket mutiara Mikimoto itu sepatutnya dia beri bersama dengan ucapan cinta dan lamaran. Tapi kini semuanya sudah terlambat. Biarlah Fauziah simpan buat kenangan saja; kenangan persahabatan dan kasih seorang sahabat karib. Masa akan merawat hati ku yang luka.




" Aku terima nikahnya Fauziah bt Ahmad Fadzil dengan maskahwin RM100 tunai" Jelas dan tenang suara Uzir melafazkan akad sambil mengenggam tangan Tok Kadi.

" Sah!" Datuk Farid dan Pak Ngah Shukri sama sama mengangguk. Pak Fadzil yang masih bertongkat memandang dengan mata yang berkaca. Anak kesayangan nya akan berpindah milik. Mudah mudahan Uzir menjaga Fauziah dengan penuh kasih sayang dan membimbingnya agar menjadi isteri yang taat. Datuk Shahrin juga tersenyum dan mengangguk bila orang di sekelilingnya berbuat demikian. Anak aku Uzir kahwin dengan siapa? Oh ya, Sheila Majid. Sengih nya makin lebar.

Uzir menarik nafas lega.....akhirnya Fauziah menjadi isteri aku. Alhamdulilah. Ya Allah, engkau berkatilah perkahwinan aku ini, doanya ketika solat sunat di penjuru ruang tamu. Keluarga dan para tamu tersenyum riang. Nek Nab, Datin Mahani dan Mak Yan menitiskan airmata gembira. Cuma Makcik Zaidah dan Ashraf tampak muram. Senyuman paksa terukir di bibir mereka. Hati di dalam tak siapa yang tahu.

Suara Uzir sayup sayup menyapa telinga Fauziah yang duduk bersimpuh di atas ciur merah hati bertekad emas. Subhanallah , aku dah sah menjadi isteri Uzir. Perutnya berputar macam blender. Gementar tak terkata menunggu detik menyarung cincin dan membatalkan air sembahyang. Peluh dingin mula merenik. Steady Fuyah... jangan gabra. Derap kaki makin hampir.

Cincin berlian disarung di jari manis Fauziah. Dia dan Uzir bersalaman dan tangan sang suami di cium. Uzir mengucup dahinya. Kehangatan bibir Uzir menggetarkan naluri perempuannya. Rasa halus menusuk ke hati menghilangkan segala resah. Syahdu nya..... isshh, emosi overdose pula aku ni! Pipinya hangat bila terdengar usikan teman rapat. Perasaannya bercampur. Gembira bergelar isteri yang sah kepada Uzir tapi sedih juga menamatkan zaman gadis. Lepas ni tak boleh buat sesuka hati, kena minta izin suami.

Apapun upacara nikah sudah beres. Aku tak pengsan, cuma terketar ketar sikit saja. Boleh dapat B+ lah. Semua berjalan according to plan. Konco konco Mak dah berkali kali beri tunjuk ajar. Fauziah menarik nafas lega.

Cantik bukan main lagi isteri ku yang tercinta, hati Uzir berkata. Berbaju kurung lace putih dengan kerudung labuh bermanik, wajahnya mulus dan ayu. Berbaloi aku tak putus asa mengatur strategi, akhirnya Fauziah menjadi milik aku. Uzir merenung Fauziah yang tertunduk malu dari tadi. Mata Fauziah yang berkaca terus tertancap ke lantai. Tak berani nak pandang Uzir. Jeling sipi sipi saja.

" Sejuk nya tangan. Nervous?" tanya Uzir separa berbisik

Fauziah mengetap bibir. Suaranya hilang entah ke mana.

" Uzir, duduk sebelah Fuyah. Nak ambil gambar" arah Nek Nab. " Fuyah , jangan kaku sangat. Lentokkan kepala tu sikit. "

Mak aihh... banyak kerenah sungguh Nek Nab ni, kalah sutradara filem. Kejap lentok lah, kejap berdiri, duduk, pegang tangan, pegang bahu. Macam macam, rungut Fauziah. Yang Uzir ni pun, tak lepas lepas tangan aku. Aku tak lari lah. Takkan aku nak lari, rugi woo. Segak sungguh Uzir berbaju Melayu Teluk Belanga.

Dagu Fauziah di cuit Uzir " You look so sweet. Untung I."

Matanya di angkat. Eh mana semua orang ni? Kenapa tinggal kami berdua saja." Er... you tak nak makan? Jemputlah."

" Halau I ya?" usik Uzir

" Bukan halau. Tapi kejap lagi dah nak bersanding. You kena tukar baju kat rumah Makcik Zaidah. Takut nanti kelam kabut" helah Fauziah sambil tunduk. Masih segan bertentang mata dengan lelaki yang baru di nikahi.

Malu malu plak isteri aku ni. Malam nanti macam mana lah agaknya. Menyorok bawah katil kot budak ni. Uzir ketawa sendiri.

" Malasnya nak bersanding. Rindulah kat you. Dah lama kita tak jumpa. Jom kita cabut lari kot pintu belakang, pergi honeymoon terus. " Hidung isterinya di tarik.

Eee... mamat ni! Gatal tak hengat! Muka Fauziah rasa pijar.

" Kalau nak rasa kena baling dengan sudip lauk, cubalah" bidasnya sambil mencekak pinggang.

" Tak baik cakap macam tu kat suami you , tau. Kena denda ni" Uzir memegang dagunya. Tak sempat Fauziah mengelak, pipnya menjadi sasaran bibir Uzir

"Uzir... Uzir, tak sabar sabarnya cucu aku ni. Tak boleh lepa sekejap" suara Nek Nab bergema dari arah pintu. " Cepat pergi makan. Dah nak masuk Zohor. Tak kan lah tak boleh berenggang kejap dengan Fuyah. "

" Nenek ni tak sporting la" desis Uzir

Fauziah menjegil mata pada Uzir. Hissh... buat malu aku jer

Keriuhan suasana rumah Mak Yan dan Pak Fadzil mula reda bila malam melabuhkan tirai. Tetamu yang hampir 1000 orang sudah lama beredar, cuma sanak saudara terdekat yang masih tinggal. Fauziah di anjung mengucap selamat jalan pada bekas rakan sekolah nya yang beransur pulang. Uzir pula melayan kawan kawan Pak Fadzil. Rata rata semua orang kampung memuji Uzir yang bersikap rendah diri walaupun anak orang berada dan pengarah syarikat sendiri. Dia tak kekok dengan suasana kampung.

Kaum ibu Kampung Bidara memandang penuh respek pada Fauziah. Tak sangka budak yang dulu comot dan nakal boleh berubah. Ramai memuji pengantin yang bagai pinang di belah dua. Dapat anak Datuk pula tu, tak habis habis mereka bersosek sosek. Cuma Mak Yan, Pak Fadzil dan Fauziah tahu kedudukan sebenar Datuk Shahrin.

" Fuyah, pergilah tidur. Dah lambat ni. Kesian Uzir " Mak Yan bersuara bila melihat anak perempuannya ke hulu ke hilir macam anak ayam hilang emak. Sejurus dia menyambung cerita dengan Datin Mahani dan Nek Nab. Keluarga besannya masih rancak bercerita tentang majlis menyambut menantu yang akan di adakan di rumah Nek Nab di Johor Bharu. Selain meraikan pengantin, hasrat Nek Nab agar Mak Yan dapat bertemu semula dengan saudara sebelah ibunya yang lama terpisah.

" Ok."Debaran mula melanda. Dia ke dapur membuat Milo panas untuk Uzir. Sudah mejadi kebiasaan Uzir minum minuman panas sebelum tidur, itu dia tahu sejak waktu Abah masuk hospital dan Uzir tinggal di sini. Sambil menunggu air mendidih, dia menyusun kotak hadiah di dalam bilik stor

" Hei.. tak nak tidur kah? Tadi kata penat macam nak pengsan." tegur Kak Long yang masuk ke dapur sambil mengendong Baby Irfan. Melihat wajah pucat adiknya, dia boleh agak jantung Fuyah tengah memecut macam atlit yang baru tamat larian 100m. Fuyah bukannya kenal lama dengan Uzir. Mesti segan dan kekok.

Milo dan susu di masukkan ke dalam mug dengan berhati hati dan di kacau perlahan. Jam sudah hampir pukul 10.00 tapi matanya tiba tiba tak mengantuk. Padahal siang tadi macam nak pitam melayan tetamu dari lepas Zohor sampai 5 petang. Sudahlah cuaca panas terik, pakai baju songket, rasa macam masuk sauna.

Sambil menarik nafas, Fauziah mengetuk perlahan pintu bilik. Senyap je. Minta minta lah Uzir dah tidur, doanya lalu menguak daun pintu.

Muka Uzir yang tegang menyapanya. Alamak, apa aku dah buat? Bibir Fauziah terketar ketar mengukir senyum.

" Are you okay? Ni ha... I buatkan Milo. Minumlah" Nadanya lembut. Mug yang berasap tipis di letakkan di meja sisi katil.

Uzir berpaling lalu memeluk tubuh sambil memandang ke luar tingkap. Langit hitam pekat tanpa bintang. Bulan sudah bersembunyi di balik awan. Langsir menari lembut di tiup angin malam. Petanda hujan akan turun. Namun tak upaya menyejukkan hatinya yang panas.

Fauziah memberanikan diri mendekati Uzir. Musykhil sungguh. Tadi Uzir sikit punya ceria melayan tamu. Bilik ni nampak okay. Semua cukup, tak bersepah atau berhabuk pun. Apa yang buat Uzir marah? Aiseyman, bab ni Mak Andam dan buku buku yang aku baca tak cerita pula. How to face an angry husband on your wedding night? Kalau mengamuk sebab isteri tak ada dara , itu aku pernah lah tengok dalam filem. Ini baru masuk bilik dah tarik muka masam. Adehhh...

" Kenapa ni? Did I do anything wrong? Sorry kalau I tinggal you seorang tadi."

Kata kata Fauziah di sambut sepi. Hati Fauziah mula di landa gundah. Sudahlah orang penat, pakcik ni pula cari pasal. Hatinya sebal. Kalau nak di ikutkan hati mahu saja dia terus keluar

" Minumlah, nanti sejuk Milo tu" pujuk Fauziah lalu berdiri di sisi suaminya. Diwajah Uzir terpancar keraguan bercampur marah. Sepatutnya malam ni aku dah bergumbira dengan Fuyah ni tapi jiwa aku kacau. Lahar yang terpendam di muntahkan.

" I nak tanya satu soalan. Who is Acap to you?"

Fauziah tergamam " Huh? Takkan I tak introduce kat you? Acap jiran sebelah dan member kamceng I. Ex tunang Wani"

Uzir mendengus kasar sambil menyuakan kad berwarna putih dan ungu dan kotak kecil berbalut kertas ungu.

SELAMAT PENGANTIN BARU yang di tulis tangan tertera di envelop. Fauziah kenal dengan tulisan Ashraf. Apa yang buat Uzir marah sangat? Wajah Fauziah berkerut kehairanan.

" Bacalah kat dalam" perintah Uzir.

Saspenssss! Apa yang buat suami aku berapi macam Krakatoa? Mata Fauziah terbeliak. Gila punya Acap!

“Mata memandang berkelip tiada
Jantung berkocak bagaikan lelah
Rahsia di pendam tersemat di dada
Kini ku ucap AILEBIU LAH....
HA! HA! HA!”


Senyum yang mula memekar di wajah Fauziah bagaikan minyak yang menyemarakkan api kemarahan Uzir.

" What's so funny? Kenapa you tak cakap yang you ada someone else? You kahwin dengan I sebab apa? Sebab keluarga paksa?" desak Uzir.

" Uzir, relaxlah. Acap buat lawak bodoh saja ni. Let me explain" Fauziah terus menceritakan kisah bagaimana Acap dan geng mempermainkannya dengan menghantar surat dengan pantun luahan hati itu pada Encik Ghazi , guru mereka masa di Tingkatan Empat.

" Kalau you tak percaya, pergilah ke rumah Acap dan tanya dia. Entah entah original copy surat tu pun dia masih simpan. Acap ni memang suka menyakat. Takkanlah dia sengaja nak buat kita bergaduh" Fauziah bersungguh sungguh meyakinkan Uzir. Walhal dalam hatinya dia menyumpah. Setan kau Acap! Kau nak sabotaj aku ya!

" Bukalah kotak tu. I pun nak tengok apa hadiah dia belikan untuk you" Sungguh sinis nada Uzir. Fauziah mengoyak balutan dengan berhati hati. Apa hadiah yang Acap bagi? Otaknya ligat memikirkan helah sekiranya hadiah itu terlalu personal. Perkataan Mikimoto tertulis di depan kotak berukuran 4" x 4". Apa pula ni? Kalau Ajinomoto aku tahulah. Di bukanya kotak itu dengan berhati hati

Sebentuk cincin dan loket emas putih bertatahkan mutiara membuat matanya terbuntang. Mulutnya pantas di ketap agar tidak terlopong.

"I kirim kat Acap sebelum dia pergi Japan hari tu. Kat sana murah. I ingat nak hadiahkan kat Mak untuk harijadinya. Cantik kan?" Fauziah menunjukkan isi kotak pada Uzir. Teruk betul aku.Takpelah... tipu sunat.

" Betul? You memang tak ada apa apa dengan dia? Entah entah he is your first love" Uzir menaikkan sebelah kening. Wajah Fauziah yang sugul di tenung tepat. Muka innocent kadang kadang tak boleh di percayai. Mata Fauziah mula bertakung.

" Betullah. Sumpah, I tak ada apa apa dengan dia. Member ketat je." Suara Fauziah kendur. Sudahlah letih, kena torture dengan CIA yang seorang ni. Dia pantas menyeka airmata bila pintu bilik di ketuk. Mak mertuanya berdiri tercegat dengan wajah bersalah. Fauziah segera memaniskan muka.

" Sorry Fuyah, Uzir. Papa tak larat nak drive. Mama tak berapa tahu jalan di Ipoh. Boleh tak Uzir hantar kita ke Syuen Hotel? Fuyah, you don't mind?" Serba salah tutur Datin Mahani. Tak patut aku kacau anak dengan menantu aku yang baru nak menikmati malam pertama. Tapi wajah mereka berdua nampak macam ada sesuatu yang tak kena. Naluri keibuannya dapat mengagak.

"Tak per.. takper, Fuyah tak kisah. Kesian Auntie kalau kena drive malam malam. Nampak macam nak hujan pula tu." sokong Fauziah.

" Panggilah Mama, bukan Auntie lagi" tegur Datin Mahani sambil mengusap bahu menantunya. Dia berpaling pada Uzir yang berbaju Melayu dan berkain pelikat " Uzir, you don't mind? Hantar kat depan hotel saja"

Uzir mengangguk dan terus pergi menukar pakaian. Yeay... yeay... sorak Fauziah dalam hati. Biarlah Uzir keluar sekejap. Mungkin dia dapat menenangkan fikirannya. Apalah nasib aku, kahwin tak sampai berapa jam dah bergaduh. Inilah akibatnya kahwin sebelum sempat kenal hati budi pasangan.

" I pergi dulu. Kalau you penat, tidurlah dulu" Uzir mengelus rambut Fauziah. Tak sampai hati nak marah lama lama. Kesian pula bini aku ni. Kalau si Acap tu ada hati dengan dia pun, bukan salah dia. Aku yang jealous tak bertempat.

Fauziah mengangguk. Bibirnya berat untuk berkata kata. Rasa ralat masih bersisa. Pandai pandai saja tuduh aku! Dia keluar bersalaman dengan keluarga mertuanya dan mengiringi pemergian mereka dengan rasa serba tak kena. Bila Uzir berpaling, dia cuma melambai dengan lesu. Sebaik keretanya hilang dari pandangan , rasa rindu pula datang bertalu talu. Heeessshhhh..... angau betul lah aku ni!

Fauziah masuk ke bilik dan menukar pakaian. Pyjama lembut dari kain satin warna pink di sarungkannya. Tak reti aku nak pakai baju tidur sexy berlace jarang dan bertali spaghetti bagai. Depan lelaki yang bergelar suami pun aku tak berani. Matanya masih belum mengantuk. Dia menapak keluar ke ruang tamu yang sunyi dan mencapai majalah lama dari rak buku. Lembaran demi lembaran di selak tapi perhatian nya entah ke mana. Hati makin resah bila waktu berlalu. Sudah setengah jam, mana pakcik ni? Takkan jalan di Ipoh pun jam. Entah entah dia marah lalu terus tidur dengan family dia di hotel. Matilah aku.... isteri derhaka katanya.

Perut nya mula terasa lapar lalu dia ke dapur. Periuk periuk berisi lauk kenduri di buka satu demi satu. Tak lalu pula nak makan. Akhirnya dia mengambil sepotong agar agar dari peti ais. Belum sempat menyuap ke mulut, telefon berdering. Jantung Fauziah seakan terlucut. Kakinya terus lembik. Firasatnya mengatakan ada sesuatu berlaku pada Uzir.

Mak Yan mengangkat gagang telefon

" Ya.. saya. ... Apa dia? Oh... Uzir.. ha? Accident?"

Ya Allah! Tubuh Fauziah terus terkulai.





3 bulan kemudian...................

" Okay class, that's it for today. " Professor Dr Wee mencapai kertas assignment pelajar yang terlonggok di mejanya dan terus keluar. Jam dinding menunjukkan tepat pukul 5 petang. Dewan terus bising dengan suara pelajar dan bunyi gersik kertas. 35 orang pelajar kelas Finance MBA program mula beredar.

Fauziah memasukkan buku teks Fundamentals of Managerial Finance dan buku nota serta alat tulis ke dalam beg sandang Guess. Tangannya di depa dan di regang untuk menghilangkan lenguh. Dia menoleh ke kiri bila bahunya di cuit.

" Jom minum kat cafeteria. Aku belanja." pelawa teman sekuliahnya, Adida. Adida juga pelajar tajaan MARA yang sepatutnya pergi ke US. Tapi mereka berdua memohon untuk masuk university tempatan yang ada MBA twinning program. MARA pun terus approve, lebih jimat kos mereka.

" Sorry Dida. Lain kali saja lah. I kena balik. " balas Fauziah sambil menanggalkan sweater dan mengikatnya di pinggang. Dalam lecture hall suhu memang hampir paras beku tapi di luar panas.

"Mesti ada date dengan boyfriend kan?" Adida menjeling ke arah pelajar lelaki yang duduk di barisan belakang. Lelaki berkemeja Polo biru cair dan jeans hitam itu senyum ke arah mereka sambil turun tangga di tepi dewan.

" A'ah. " Dia tersenyum sambil mengangkat bahu." Dah janji. Nak buat macam mana?"

" Mesti mengumpat I "

" Tahu pun. Possesive sangat lah you ni. Tak kasi chan langsung kat Fuyah. Tak sporting punya boyfriend " dengus Adida separa berjenaka.

" See you all next week. Assalamualaikum"

" Waalaikumsalam" balas mereka serentak.

"Ooh..... Boyfriend ya? " Keningnya di angkat. Mereka berjalan seiringan ke tampat parkir kereta

" Alaaa, boleh lah. I tak pernah ada boyfriend. Marah ke?" duga Fauziah dengan muka cemeng. Tawa mereka bersatu.

" Ingatkan you tak nak mengaku sebab nak cari orang lain. Tahulah awak tu banyak peminat di sini." Tangan Fauziah di raihnya.

" Mana ada? You tu yang ramai peminat. " tukas Fauziah sambil mengeratkan genggaman tangan. " Prof perempuan semua suka you. Asyik dapat A saja. "

" You yang suka buat assignment last minute. Tak ada disiplin. Macam mana nak dapat A?" Pipi Fauziah di cubit.

" Janganlah ! Nanti kena disciplinary action for indecent behaviour. Malu jer."

Pintu kereta di buka untuk Fauziah. Kereta di pandu keluar kawasan Monash University - Sunway dan terus ke Pantai Expressway. Laju meluncur membelah angin. Dalam kereta mereka berdua berdiskusi tentang topic yang di pelajari dalam kelas tadi.

" Kita nak pergi mana ni?" tanya Fauziah hairan. Ini sudah salah direction, sepatutnya belok ke Sprint highway bukan city centre.

" Surprise"

Ada ada saja dia ni tau. Tapi best.... life tak pernah boring, desis hatinya.

"I'm sure you lupa hari ni hari apa"

" Hari apa? Hari ni 20 February. Bukan birthday you. Birthday I pun lambat lagi. Tak tahu lah" Fauziah menggeleng.

" Anniversary ke 3 bulan kita kahwin. Takkan lupa kot. Ada orang tu pengsan masa malam pengantin. Adoiii...." Uzir mengaduh bila di cubit.

" I tak nak ingat! Benci!" getus Fauziah.

Namun tawanya tak dapat di peram. Lucu sungguh bila di fikirkan. Mak menerima panggilan telefon dari Uzir yang memberitahu dia lambat pulang sebab kereta lain accident yang menyebabkan jalan jam. Bila aku dengar perkataan Uzir dan accident terus aku pengsan.... Terlampau penat dan stress sebab baru bergaduh dengannya. Bila sedar dan Uzir dah berada di sisi, aku menjerit sebab ingat ternampak hantu. Habis kecoh satu rumah! Sampai kena panggil dukun kampung suruh buat air penawar, takut aku kena sampuk. Romantiklah sangat malam pertama aku. Ha..ha ha!

Kereta Uzir meluru masuk ke perkarangan Hotel JW Marriot.

" Takkan nak dinner sekarang? Awal lagi ni" soal Fauziah dengan dahi berkerut

" Siapa nak dinner? We are spending the night here. I dah bawa baju you. Nanti boleh jalan jalan, shopping, tengok wayang kat Pavillion. Macam you katalah, kita tak sempat nak berboyfriend - girlfriend sebelum kahwin dulu. Sekarang kita dating puas puas. "

" Wah... bestnya. Thanks Uzir. You are the best husband." kata Fauziah dengan sebak. Lengan Uzir di raihnya. Kalau tak kerana ramai orang di lobby hotel ketika itu, mahu saja aku cium Uzir. Seronok gila jadi isteri Uzir. Dialah suami, best friend, mentor, course mate.... semua dalam satu. Syukur pada Illahi.

" Best husband? Berapa husband you ada , cik adik oi?" usik Uzir. Fauziah tersengih.

" You seorang jer. Forever and ever... insyaallah. Ailebiu lah" bisik nya

" Ailebiu too, three, four..." balas Uzir.


-TAMAT-


http://www.tentangcinta.com/forum/showthread.php?t=2982&page=6















 

No comments:

Post a Comment