PBB Minta Amalan Berkhatan dalam kalangan Wanita Dihentikan. Apakah Hukum Berkhatan?
Baru-baru ini Pegawai PBB menyeru agar amalan berkhatan untuk kaum wanita dihentikan kerana menurut mereka, amalan itu melanggar hak asasi manusia dan membahayakan kesihatan 3 juta perempuan yang menjalani amalan itu setiap tahun.
Seperti yang kita maklum, amalan bersunat atau berkhatan ini merupakan amalan yang berkait rapat dengan masyarakat Islam di serata dunia.
Menurut agensi berita AP, Anthony Lake, ketua Dana Kanak-kanak PBB dan Babatunde Osotimehin, ketua Dana Populasi PBB telah meminta bantuan negara dan organisasi di seluruh dunia untuk menghentikan amalan tersebut.
Menurut mereka, amalan bersunat menyebabkan pendarahan untuk tempoh yang lama, ketidaksuburan, dan kematian. Kenyataan itu mungkin benar jika amalan bersunat itu dilakukan tanpa mengikut prosedur perubatan yang selamat.
Persoalannya, apakah hukum bersunat bagi orang Islam? Apakah faedah bersunat terutamanya untuk kaum wanita? Saya petik sedikit kiriman tentang hal ini di laman sesawang Zaharuddin:
1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita. Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanafiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.
2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,
3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.
Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelaki satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.
Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada. Katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.
Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.
Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi, pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas melihat hadith2 Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan."Kelentit wanita (yang dipotong sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki..."
dan pelbagai lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. Di akhirnya pakar perubatan ini berkata :" Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah "isymam" atau memotong sedikit hujung dari kelentit. ( Majalah, Oktober 1994)"
Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi setelah membawakan dalil-dalil bagi kumpulan yang mewajibkan berkata, hadith-hadith dalam hal wajib khatan bagi wanita adalah lemah. Justeru khatan adalah wajib bagi lelaki sahaja, dan tidak wajib dan tidak juga sunat bagi wanita. Hanyalah harus bagi wanita, dan digalakkan jika boleh membawa kepada manfaat, dan tidak digalakkan jika sebaliknya.
Qaradawi juga berkata, setakat pengetahuannya bahawa wanita Arab kebanyakkan tidak berkhitan kecuali di Mesir dan Sudan. Adapun negara arab di Teluk dan Maghribi tiada khatan bagai wanitanya, dan ulamanya juga senyap tiada memberi komen.
Ironinya, biarpun kita dimaklumkan bahawa antara faedah berkhatan itu termasuklah mengekang nafsu wanita, namun bilangan anak luar nikah yang dilahirkan oleh remaja Islam di Malaysia kian meningkat dari sehari ke sehari.
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment