i
3 Votes
Jam 4:16 pagi dan sambil mendengar bacaan Al-Quran, tersedar
berkali-kali Allah memperingatkan supaya percaya bulat-bulat kepada
Al-Quran.. Tiada syak dan keraguan di dalam Al-Quran ini. Pasti mudah
mengakui telah percaya bulat-bulat, tetapi secara jujur dan hakikatnya
adakah pengakuan diri selaras dengan perbuatan/amalan harian? Kantoi
sendiri, sedih betul.
Cuba kita fikirkan kembali… Allah berkali-kali berfirman Al-Quran
sebagai ukuran menentukan kebenaran, iaitu hak mutlak Allah SWT
membezakan yang benar dan batil (Al-Furqan), tetapi kenapa
undang-undang Inggeris menentukan kebenaran? Dalam situasi ni siapakah
yang lebih berkuasa? Lebih parah, rata-rata menerima undang-undang
Inggeris setaraf dengan “
Agama“, patuh 100% dan tidak boleh dipertikaikan langsung serta mutlak! Inilah
agama baru (undang-undang) yang dicipta bagi menjatuhkan undang-undang Allah SWT.
Surah Al-Kafirun menyatakan tiada harmoni dalam ibadah (hablum
minallah dan hablum minannas) tetapi kenapa Muslim hari ini tanpa segan
silu bersama-sama merayakan setiap perayaan (ibadah orang kafir)? Turut
bersama ibadah dengan agama lain… Cara kehidupan?
Bagaimana pula dengan riba wang kertas? Ini jelas sangat sampai
World Conference on Riba baru-baru ini dah tukar konsep Bank Islam
kepada nama
Bank Hybrid pula! Banyak sungguh
takwil-takwilnya… Teruskanlah usaha mentakwil untuk membolehkan perkara
yang dilarang… Yang pastinya, perkara yang tak benar akan sentiasa
berubah-ubah serta tidak tetap hukumnya, manakala kebenaran itu tidak
berubah-ubah dan tetap… Ikutlah siapa yang percaya dan suka…
Tetapi yang lebih parah, riba daripada setiap butiran nasi dan
lauk-pauk yang kita makan setiap hari melalui pembelian secara memeras
keringat petani dan nelayan (harga kawalan/paksa)… Kita sanggup melihat
petani hidup susah dan memaksa mereka menjual dengan harga yang rendah
(melalui proses pilihanraya) agar kita mempunyai lebihan wang untuk
berbelanja membeli barang-barang mewah dan memuaskan nafsu sendiri. Ini
juga riba… riba kerana harga kawalan/paksaan, dan tidak berdasarkan
free market.
Berat sungguh ujian hari ini… (“…
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka belum diuji?…” (29-2)) … dan teringat pula kepada terjemahan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah:
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga,
padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah
berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah
ditimpa kepapaan dan serangan penyakit, SERTA DIGONCANGKAN, SEHINGGA berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat; [214]
Itu dia, “serta digoncangkan,
sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?”
… ujian sehingga Rasul dan orang-orang beriman pun bergoncang iman,
inikan kita… tak munasabah ler ujian setakat nak bela anak bini sampai
akhir hayat… tak munasabah ler ujian setakat nak cari pekerjaan atau
lepas peperiksaan universiti… tak munasabah ler ujian setakat nak
pastikan hari tua ada simpanan atau pencen… Tetapi hakikat hari ini
siapa yang hendak mengikut sunnah adalah tidak munasabah! Adakah Islam
sudah tinggal namanya dan menjadi terpencil?
Adakah Al-Quran sudah hilang daripada ummah hari ini?;
Maka itu kena kuatkan rohani dan fikirkan jalan keluar segera kerana
banyak sungguh ayat-ayat Al-Quran yang menyatakan masuk secara “KEKAL”
ke dalam neraka. Garisan samada memperhambakan diri kepada Allah atau
tergolong dalam golongan bukan Islam (”…
Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang (insan) mempunyai dua buah hati dalam rongga dadanya (tubuhnya)…”; al-Ahzaab:4).
Dulu selalu risau takut anak bini meninggal dunia dengan ancaman
bahaya tinggal dalam hutan, hasil daripada bisikan syaitan, kena
brainwash semenjak lahir, dan tidak beriman dengan Allah SWT sebagai
Maha Pelindung… tetapi fikir-fikir balik… biarlah kalau ajal dah
sampai… kalau meninggal dunia pun kembali kepada Allah SWT juga,
bukannya sampai kat the so-called tuhan berhala yang tak boleh buat
apa-apa. So, apa nak jadi, jadilah…. Bini pun dah fed-up dengan sistem
permainan dunia dan bagi green light. Daripada masuk “KEKAL”,
untung-untung kut-kut diberi simpati dan terlepas siksaan setelah
beribu tahun kena siksa… Tiada apa yang nak dirugikan.
Yang pastinya semakin dengar dan fahami Al-Quran, semakin tak
sanggup lagi nak biarkan masa berlalu sehingga tamat waktunya… Jadi
fikir punya fikir.. adalah juga usaha sikit-sikit deraf perlembagaan
bagi menubuhkan pertubuhan. Keseluruhan perancangan ialah tubuhkan
pertubuhan, kumpulkan dana, beli tanah dan bina
penempatan/perkampungan, naikkan institusi masjid, pendidikan, ekonomi,
perlaksanaan bidangkuasa Mahkamah Penghulu, dan menghalusi
amalan-amalan utama…. Cara pertubuhan mungkin boleh memudahkan untuk
fokus kepada amalan intipati utama/nyata (ayat-ayat Muhkamaat) Al-Quran
dan Sunnah, iaitu melalui penapisan atau kategori keahlian. Amalan lain
buat sendiri-sendirilah.
Formula membina tamadun Islam memang terkandung di dalam Al-Quran..
bermula dengan pemahaman Al-Quran, memperteguhkan akidah.. dan akhir
sekali baru bahagian penerapan syariat… Tegakkan Islam di hati dahulu,
dan nescaya akan tegakklah Islam dalam negara. Kaedah bangunkan tamadun
Islam:
“Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan
orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w)
dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum itu adalah dalam kesesatan yang nyata“; Al-Jumu’ah:2
Jadi perancangan pun kena ikut steplah juga, Sunnah Alam… Pokok pun
tak membesar terus dan bermula dari benih, manusia pun sama
juga…bermula daripada bayi dan tak terus matang atau dilahirkan dengan
usia 30 tahun ker.. Begitu juga dengan penciptaan alam ini, mempunyai
sunnahnya dan secara berperingkat… Setiap satu yang wujud semuanya
mempunyai Sunnah Alam dan mempunyai langkah-langkahnya tersendiri. Oleh
itu pada peringkat ini ialah pemahaman Al-Quran dan Sunnah dahulu, maka
penerapannya akan mudah diterima.
Namun itu semua ini setakat deraf awal sahaja, perlaksanaannya tak
tahu ler bila pula. Mungkin capai dan mungkin tidak, nak berada pada
jalan Allah SWT bukannya murah dan pasti banyak rintangannya, duit
bukan segala-galanya, tetapi hampir segala-galanya memerlukan duit…
Kena buat langkah kura-kura, slow-slow and banyak bersabar, berdoa dan
usaha yang sedikit menjadi bekalan…
Walau apapun, tempat mungkin telah dikenalpasti, cara mendapatkan
dana juga mungkin telah dikenalpasti, dan kini sedang menyediakan
dokumen. Peringkat akhir mungkin nak mencari orang yang sepatutnya
menerajui dan berupaya menjadi kekuatan dan contoh (kepimpinan melalui
teladan).. nie paling sukar…. kena tengok dan compare percakapan dan
amalan sebenar (pepatah cakap serupa bikin), termasuklah permohonan
pertolongan melalui Solat Hajat & Isthikarah. Tapi setakat deraf
dan objektif utama perlembagaan adalah seperti di bawah:
FASAL 4. TUJUAN/MATLAMAT
(1) Pusat dakwah dan penyuburan modal insan melalui usaha
pembentukan budaya hidup yang mengutamakan aspek amalan intipati
utama/nyata Al-Quran dan Sunnah di dalam keseluruhan aspek kehidupan.
(2) Pusat dakwah dan penyuburan modal insan melalui usaha memurnikan
budaya kehidupan melalui pembersihan nafsu, akal, hati dan roh
(pembersihan rohaniah) mengikut intipati utama/nyata (ayat-ayat
Muhkamaat) Al-Quran dan Sunnah.
(3) Pusat dakwah dan penyuburan modal insan melalui pembentukan
budaya hidup yang memurnikan pembersihan ibadah bagi mencapai
perlaksanaan solat, puasa, zakat, haji dan syahadah yang benar-benar
sempurna.
(4) Pusat dakwah dan penyuburan modal insan melalui usaha
pembentukan budaya hidup yang mengamalkan pembersihan fizikal melalui
pemeliharaan keselamatan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta benda
mengikut Al-Quran dan Sunnah.
(5) Pusat dakwah dan penyuburan aset dan ekonomi bagi menyediakan infrastruktur yang menyokong kesemua objektif Pertubuhan.
(6) Usaha mengutamakan dan memartabatkan bidang kuasa Mahkamah
Syariah dan undang-undang Islam sebagai sumber undang-undang dan
institusi kehakiman utama kepada semua ahli yang beragama Islam.
Nie baru first draft, susah juga nak align dua bidang yang tak
selaras dan menjadikannya sah di sisi undang-undang. Especially zaman
sekarang nie ada banyak sungguh version-version Islam, dan
undang-undang Inggeris yang dianggap sebagai raja… pening dibuatnya…
Jadi kenalah elakkan objektif yang terlampau luas dan hadkan kepada
amalan Islam yang jelas dan utama, usaha memudahkan amalan…. Insyallah
buat slow-slow… dan kalau ada sesiapa yang ada idea boleh comment dan
bagi cadangan. Kalau ada rezeki, boleh start first meeting pada bulan
Februari 2011 (Hari Maulidur Rasul).
http://muslimvillage.wordpress.com/2010/12/21/first-draft/
No comments:
Post a Comment