Pil Islam v. Pil Syaitan
Persoalan: Kenapakah musuh Allah kelihatan begitu berjaya melaksanakan strategi menguasai dunia? Kenapa pejuang Islam tidak berupaya berbuat perkara sama, sebaliknya pemimpin Islam kita menyebelahi mereka? Kita selama ini sekadar memahami penyembahan “tuhan” selain Allah ialah penyembahan berhala. Oleh itu, apakah maksud tuhan? Apakah maksud kalimah tauhid “Tiada tuhan melainkan Allah”? Allah swt telah memberi definisi tuhan seperti di bawah:
Maksudnya: “…Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya. Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu tidak mahu beringat dan insaf?…” al-Quran: al-Jaatiyah:23
Maksudnya: Nampakkah keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya; tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat? al-Quran: al-Furqan:43
Allah swt mendeifinisikan tuhan sebagai nafsu, dan daripada nafsu
lahirlah agama-agama Yahudi, Kristian, Buddha, Hindu dan segala
kemungkaran dsbnya. Nafsu punca segalanya, dan semuanya lahir demi
memenuhi nafsu mereka kepada kuasa, pangkat dan kesenangan dunia.
Penyekutuan dan berhala sebenar adalah nafsu, iaitu diri kita sendiri (rujuk penerangan Surah al-Kahfi:32-46). Oleh itu, hanya berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah (menggigit dengan gigi gaham, dan konsep “Kami dengar, kami patuh“)
serta mengawal nafsu mengikut landasan Al-Quran dan Sunnah maka manusia
akan terlepas. Ini sesuatu yang sangat sukar dicapai tetapi itulah
hakikat kehidupan.
Sebaliknya, mekanisma nafsu adalah strategi utama digunakan syaitan.
Bagi puak Knigths Templar, Freemason atau Illuminati (serta
golongannya), mereka diberikan kekayaan, pangkat dan kuasa. Ini
motivasi diri dan menyeronokkan nafsu mereka dan semua lapisan
masyarakat. Pada masa sama segala harta, jiwa dan seluruh kehidupan
serta keturunan mereka dicagarkan kepada syaitan, secara nyata mahupun
secara tidak disedari.
Mereka kehilangan kekayaan, pangkat dan segalanya apabila melanggar
protokol, dan mungkin dibunuh. Ini juga strategi bagi memastikan
keturunan mereka meneruskan perancangan syaitan. Oleh itu mereka
bersungguh-sungguh melaksanakan perancangan syaitan, dan tidak
mendedahkan rahsia.
Namun itu kita tidak perlu bersedih, kerana kekalahan itu boleh
menjadi kemenangan bagi orang beriman. Kemenangan dan kekalahan adalah ujian kepada kedua-dua pihak.
Ujian kemenangan dan kekayaan boleh menyesatkan seseorang itu supaya ia
terus sesat dan tiada harapan untuk pulang lagi. Sebaliknya ujian
kekalahan dan kemiskinan boleh menguat iman dan melemahkan nafsu.
Apa sahaja yang terjadi tetap menjadi ujian. Oleh itu kenapa kita
perlu bersedih sekiranya apa-apa situasi sama sekali tidak menentukan
kemenangan atau kekalahan? Kesimpulannya ialah situasi adalah tidak
relevan. Buktinya melalui keterangan Allah swt seperti di bawah:
Maksudnya: “…maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, serta berkata dengan sombongnya: “Tuhanku telah memuliakan daku!” Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, serta merepek dengan katanya: “Tuhanku telah menghinakan daku!” Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah)…”; al-Quran: al-Fajr:15-17
Maksudnya: “…Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);…”; al-Quran: al-Balad:4
Oleh itu tiada bezanya
orang yang kaya atau miskin, masing-masing tetap sentiasa dalam
kesulitan dan kesukaran. Kemenangan sebenar ialah ukuran terhadap
sejauh mana kita mengamalkan Al-Quran dan Sunnah dalam kehidupan kita.
Apabila iman dan keyakinan terhadap Allah swt bertambah maka kita akan
diberi kekuatan lain dan sangat luar biasa serta tidak pernah anda
fikirkan, itu janji Allah dan cubalah sendiri untuk mengetahui
rahsianya.
Pernah kita terfikir bagaimana satu orang beriman berupaya menentang
ratusan musuh yang sangat ramai? Bagaimana gentarnya musuh melihat
mereka? Bagaimana pula hidayah yang tidak bergantung kepada sejauh mana
pun ilmu dipelajari tetapi hanya diperolehi melalui keimanan dan
beramal soleh? Itulah kunci segala rahsia bagi kekuatan Islam. Beriman dan Beramal!! Ketika
mana mereka mendapat ganjaran kuasa, pangkat dan kesenangan dunia, anda
juga mendapat ganjaran tersendiri yang lebih hebat dan tidak boleh
dibeli walaupun seluruh alam ini sebagai tukarannya.
Oleh itu tidak perlu rasa putus asa dan kita sebenarnya tidak rugi apa-apa serta sangat beruntung apabila diuji oleh Allah swt. Dengan ujian dan kesukaran hidup maka kita diberi peluang beribadah setiap masa
kepada Allah Taala, bagi mereka yang mengetahui. Pada masa sama kita
akan menjadi lebih kuat dan tidak kehilangan manfaat daripada kehidupan
di dunia.
Sebaliknya mereka yang tidak beriman dan menyembah “berhala nafsu”
akan dijangkiti penyakit cinta dunia dan tersangat takut kepada
hamba-hamba syaitan, takut kemiskinan walaupun kekayaan melimpah ruah
(miskin dihati), takut dihina dan mengejar kemuliaan di sisi manusia,
dan tidak faham ilmu sebenar walau sebanyak mana mereka belajar. Segala
ilmu dipelajari, termasuk ulama yang mendalami Al-Quran & Hadis,
akan hanya mendatangkan kehancuran kepada agama dan umat serta bala
kepada diri dan keluarganya.
Maksudnya: “…Katakanlah (wahai Muhammad): “Al-Quran itu, menjadi petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka; dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa mereka. Mereka itu – orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)“…”; al-Quran: Fussilat:44
Oleh itu kita perlu kuatkan semangat
menghadapi ujian Allah swt. Kaya atau miskin, menang atau kalah adalah
tidak relevan. Ini kerana kita tidak tidak berjuang dengan mereka,
tetapi berjuang menentang nafsu sendiri. Musuh kita ialah nafsu diri
yang telah lama kita kenali, dan bukan seorang tidak diketahui. Kuatkan
diri dan mereka berada dijalan Allah swt hakikatnya mencapai kemenangan
besar dan hakiki:
Maksudnya: “…Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padalah kamulah orang-orang yang tertinggi jika kamu orang-orang yang sungguh-sungguh beriman…”; al-Quran: ali-Imran:139
Wallahu a‘lam bish-shawab.
No comments:
Post a Comment