Sunday, February 13, 2011

ADAKAH UMNO ANTI CINA? PRASANGKA INI PERLU DIUBAH!

PANAS BEB! ADAKAH UMNO ANTI CINA? PRASANGKA INI PERLU DIUBAH!


UMNO Rasis! UMNO anti cina! Melayu dalam UMNO semuanya anti kaum lain. Berdengung Mc dengar benda ni semasa ada seorang taukeh cina menyebutnya depan Mc. Panas hati! Panas telinga! Kenapa dia berani kata macam tu? Mana dia dapat sumber yang boleh dia kata macam tu? Ikutkan hati mau bagi sebijik kat dahi dia biar biol dua tiga jam. Tapi sekarang ni bulan ramadhan, kena banyak bersabar. Mc cuma terkejut dan terpaku, lalu Mc tanya taukeh tu, tau ke UMNO tu apa? Dia kata tu UMNO semua anti cina, UMNO tu orang melayu punya parti tapi siapa yang ahli UMNO dia mesti tak suka cina. Lebih kurang macam tu la dia kata kat Mc.

Mc kata kat dia balik, "I pun ahli UMNO jugak" Terbeliak mata dia pandang Mc, dia tanya Mc balik, "U ada anti cina ka?" Mc senyum je, Mc balas balik "kita sudah lima tahun buat bisnes sekali, U ada nampak saya anti cina ka?" Dia geleng kepala, kemudian dia kata "kenapa u lain, tapi mereka lain" Mc tanya lagi, "mereka tu sapa?" Dia kata mereka tu pekerja dia la. Dia ada masalah dengan pekerja melayu dia.

Dia ada lima pekerja melayu dan empat pekerja cina. Kemungkinan ada berselisih faham berlaku diantara mereka, empat orang cina ni bergaduh dan bertekak dengan empat orang melayu. Sorang melayu lagi tak ambil kisah pun. Akibatnya, empat orang melayu ni tunjuk perasaan dan tidak bekerjasama dengan empat orang cina ni. Cuba bayangkan, sebuah kedai makan, pekerjanya tidak ada kerjasama, mesti hancur punya la.

Dia dah banyak kali ajak mereka berbincang, tapi masalah yang sama tak selesai juga. Satu hari empat orang melayu tu berhenti kerja serentak dan pergi tanpa meninggal sebarang notis, cuma sms kepada taukeh kedai tu yang bertulis, "Kami Resign!". Maka pening la taukeh ni nak cari pekerja lain, sekarang di kedainya cuma ada seorang melayu dan empat cina. Taukeh tu tanya kepada sorang melayu tadi, "kenapa u tak pergi sekali? U tak kawan dengan mereka ke?" Melayu yang sorang tadi tu namanya Zul, Zul jawab "diorang tu UMNO, orang UMNO memang susah nak baik dengan orang, lagi la dengan cina, UMNO memang anti cina" Hmm.. taukeh tadi pun angguk-angguk bersetuju.

Taukeh tu cerita kat Mc, dalam akhbar cina pun selalu sebut UMNO ni anti cina. UMNO tak suka cina ada kat Malaysia. Sebab tu bila Zul kata melayu UMNO tak suka cina, dia percaya cakap Zul tu 100%. Sebab akhbar cina sekarang pun mainkan benda yang sama. Iaitu UMNO anti cina. Sambung balik cerita taukeh ni dengan Mc. Mc dah bekerjasama dengan taukeh ni lebih dari 5 tahun. Walaupun kami cuma buat urusan niaga, tapi kami tak pernah berburak pasal politik. Ini kali pertama taukeh ni luahkan perasaan geram terhadap pekerjanya kepada Mc.

Mc tanya dia, "u ada nampak i anti cina ke?" Mc terus bertanya "u ada nampak i tak kawan dengan cina ke?, I pun orang UMNO, lebih 13 tahun i masuk UMNO. Tapi ada i jenis anti kaum lain ke? takde kan?, u jangan anggap semua orang sama. UMNO tak ajar ahlinya membenci kaum lain. UMNO cuma jaga melayu, jaga Malaysia dengan kaum-kaum yang lain. Selama 50 tahun lebih UMNO/BN jadi kerajaan, cina jugak yang kaya kan?" Taukeh tu terus terdiam, mungkin dia rasa bersalah kot.

Kemudian dia minta maaf, dia tak bermaksud nak buat Mc marah katanya. Mc kata kat dia Mc tak marah, cuma bila dia terus tuduh macam tu. Mc rasa terguris dan tercabar jugak. Tapi kalau orang tak tahu, kita kena beritahu. Taukeh ni dengar dari sumber yang salah, memang la dia akan salah anggap. Akhbar cina sekarang ni banyak mainkan isu sensitif. Isu yang tidak sepatutnya dia sentuh, dia akan sentuh dan apabila UMNO bersuara, teruk UMNO dihentamnya, dituduhnya UMNO macam-macam.

Bagi orang yang dah lama kenal UMNO macam Chua Soi Lek pun boleh minta bukan-bukan, inikan pulak peniaga cina yang tak tahu apa kebenda pun pasal politik ni. Kaum Cina sebenarnya sudah selesa di Malaysia, tapi bila ada bangsat-bangsat yang dok mencucuk mereka, mengenai hal 'hak mereka ini dan hak mereka tu', sebab tu mereka jadi tamak dan meminta yang bukan-bukan. Kita kena halang 'bangsat' Dap yang selalu merosakkan kaum cina supaya jadi lebih tamak. Mereka sudah menguasai ekonomi lebih 60 peratus, apa lagi yang mereka nak?

Lagi satu yang jadi masalahnya, budak yang beritahu taukeh tentang UMNO, budak tu budak melayu, ni apa punya melayu makan melayu ni. Budak ni kalau bukan orang Pas, mesti PKR ni. Dengar kata budak Zul tu sudah naik pangkat jadi 'Supervisior', ciss.. pandai bodek, tipu sikit-sikit, dapat la naik pangkat. Ini lagi mangkuk hayun, bila melayu tikam melayu adehh laa. Memang dasar melayu Pas dan PKR sanggup tikam kaum sendiri untuk memerintah ke? Dasar pembelit!

P/s: Akhbar cina dah melampau! Jangan kasi muka pada mereka patutnya, banyak meracun dari membantu!

MctHeory:
Melayu Pas dan Pkr, untuk jadi kerajaan, jilat pungkoq cina pun takpa! betui dak?


http://kedahkekl.blogspot.com/2010/08/panas-beb-adakah-umno-anti-cina.html

No comments:

Post a Comment