Friday, February 18, 2011

Gabung Puasa Ganti dan Puasa Sunat Syawal

Gabung Puasa Ganti dan Puasa Sunat Syawal

VHoutenJr

assalamu'alay-kum...

ana selama ini berpegang kpd hukum BOLEHNYA COMBINE NIAT antara puasa sunat dan puasa wajib...

cth : Puasa 6 syawal dan puasa qadha'

seandainya seseorang itu berpuasa qadha selama 6 hari dlm bulan syawal, maka dia dikira dah berpuasa 6 hari di bulan syawal.

tambahan pula, dalam hadith hanya dinyatakan "... berpuasa 6 hari di bulan syawal" tanpa mengkhususkan puasa apa.

tapi..

hari ni ana dikelirukan ngan pendapat seorang sahabat yg mengatakan TIDAK BOLEH DEMIKIAN krn diqiyaskan kpd perbuatan solat fardhu yg mana x boleh dicombinekan niat dgn solat sunat.

berikut ialah petikan kata2 dia :

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

saya tanyalah ustaz2 saya katanya memang tak boleh...katanya ada perkara wajib didahulukan dan ada jugak perkara sunat didahulukan...mengenai mati kita tak tahu bila dan kita buat yg sunat dulu bab waktunya terhad hanya untuk bulan syawwal sahaja dan posa ganti tu boleh bila2 selagi belum sampai bulan ramadhan yg akan datang...kita niatlah selepas buat posa sunat 6 ni saya nak buat ganti plak,kalaulah kita mati selepas tu pun ianya di maafkan,contohnya kalaulah kita buat ganti dulupun tapi tak habis lagi ajal kita dah sampai,macammana ngan yg berbaki tu...samalah cam ni ianya akan di maafkan...

ustaz saya membawa contoh jika seseorang tu bangun tido lewat contohnya kul 10 tanpa dia sedari,pastu dia kenalah qadha subuh tu tapi tak boleh nak satukan qadha subuh tu ngan solat dhuha walaupun keduanya dua rakaat...ustaz saya kata lagi memang tak boleh langsung nak buat cam tu....kalu kita niat dua2 cam tu yg terangkatnya hanyalah posa ganti...memanglah islam itu mudah tapi kita tak boleh mempermudahkan bab posa ganti waktunya panjangkan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

tamat petikan kata2 dia...

ana merujuk kpd petikan fatwa Ibnu Hajar Al-Haitami, mengenai orang yang berniat puasa sunat bersama puasa wajib seperti di atas dengan katanya maksudnya :

"Jika diniatkan keduanya (puasa sunat dan pusat wajib) dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya." (Al-Fatwa Al-Kubra : 2/75).

jadi, mohon penjelasan masyaikh sekalian.

WA


JAWAPAN:
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Kami akan cuba menjawab soalan sdr VHoutenJr dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Asal niat didalam ibadat hanyalah : satu ibadat satu niat. Cuma ulama' membincangkan beberapa permasalahan didalam keafdalan melakukan sesuatu amalan. Sebagai contoh, dijangka 9 Zulhijah akan jatuh pada 20 Januari 2005, yang kebetulan merupakan hari Khamis. Puasa Isnin-Khamis mempunyai fadhilat yang umum, akan tetapi Puasa Arafah mempunyai fadhilat khas, maka ulama' berpendapat bahawa berniatkan puasa Arafah, dengan izin moga2 mendapat fadhilat berpuasa hari Khamis. Disana ada dikalangan ulama' yang membenarkan dikombinasikan niat tersebut. Kaedah umumnya yang diberikan oleh Syiekh Ibn Utsaimin (Liqa' al-Baab al-Maftooh, 51/19) adalah seperti berikut :-

a. Ibadat yang tidak sama jenis. Contohnya solat sunat Fajar dan solat sunat Duha tidak boleh disatukan niat, ini adalah kerana kedua2 bergantung kepada masa yang berlainan.

b. Ibadat yang tidak khusus. Contohnya; solat tahiyatul masjid bersifat Umum. Maka jia seseorang yang masuk masjid tatkala Imam dan Makmum sedang bersolat sunat al-Fajar, maka hendaklah dia juga bersolat sunat al-Fajar dan disatukan niat Solat Tahiyatul masjid (yang disunatkan secara umum bagi sesiapa yang memasuki masjid).

Kita berbalik kepada scenario diatas : Qadha' Puasa dan Puasa 6 hari didalam bulan Syawaal; apakah boleh disatukan niat? Secara umumnya, jenis ibadat ini juga berlainan; puasa Qadha' vs puasa Sunat. Disini saya memetik sebuat Fatwa yang dikeluarkan oleh lembaga penyelidikan dan fatwa Arab Saudi yang menyentuh berkenaan dengan qadha' puasa Ramadhan dan puasa Isnin-Khamis :-

لسؤال:
إذا كانت المسلمة متعودة على صيام الإثنين والخميس، فهل يجوز لها أن تستغل صيامها لتلك الأيام لقضاء ما فاتها من شهر رمضان ؟ أم أن النية يجب أن تكون منفصلة ؟.
الجواب:
الحمد لله
لا بأس في صيام يومي الاثنين والخميس لقضاء ما فاتها من الأيام في شهر رمضان بشرط أن يكون الصيام بنيّة القضاء ، .. ولعلّها تدرك الأجرين معاً أجر القضاء ، وأجر النافلة وفضل الله واسع ، وعلى فرض أنها لا تدرك إلا القضاء فإن القضاء أفضل من النفل . وأما إذا نوت بصيامها التطوع ، ولم تنو القضاء فإنه لا يسقط بها الفرض ، وعليها أن تصوم الأيام التي أفطرتها من رمضان . والله أعلم وصلى الله على نبيّنا محمد وآله وصحبه .

Soalan : Jika seseorang berpausa Isnin dan Khamis, adakah boleh digunakan puasa ini sebagai mengqadha' puasa Ramadhan? Atau adakah NIATnya perlu diasingkan?

Jawapan : "Alhamdulillah. Tidak ada salahnya berpuasa Isnin-Khamis untuk mengqadha' puasa Ramadhan yang tertinggal, dengan syarat puasa dilakukan dengan niat mengqadha puasa...... Mudah-mudahan (moga2) anda mendapat 2 ganjaran sekali, ganjaran melakukan Qadha' dan ganjaran melakukan puasa sunat, dan fadhilat yang Allah berikan itu luas. Walaupun jika anda hanya mendapat ganjaran mengqadha' puasa, ia adalah memadai, kerana mengqadha' puasa adalah lebih mustahak dari melakukan puasa sunat. Akan tetapi jika kamu berniat melakukan puasa sunat dan tidak berniat melakukan qadha', maka kamu masih belum lagi memenuhi tuntutan kefarduan. Maka masih lagi wajib melakukan qadha' puasa Ramadhan. Wa Allahu 'alam dan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw dan keluarganya." -[Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 10/383].

Menurut Syiekh Ihsan bin Muhammad 'Aaish al-'Ataibi :

والأصح : أنه لا يجوز للمسلم أن يجمع بين عبادتين لكل واحدة منهما فضل خاص ، أو أمر مستقل خاص .
فمثلاً : لا يجمع بين قضاء رمضان والنذر .
ولا كذلك بين قضاء رمضان والست من شوال ، وذلك لأن المقصود من الحديث أن يصوم الإنسان ( 36 ) يوماً – أو شهراً وستة أيام – فإذا جمع بين النيتين صام شهراً واحداً فقط !
وهذا مخالف لمقصود الحديث وهو أن يصوم شهراً وستة أيام ، وقد جاء في السنة ما يوضح أن هذا هو مقصود الحديث ، فقد روى ابن ماجه بسندٍ صحيح أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : « من صام ستة أيام بعد الفطر كان تمام السنة ، من جاء بالحسنة فله عشر أمثالها

"Pandang yang paling hampir kepada kebenaran : sesungguhnya tidak dibenarkan bagi orang Islam menkombinasikan Niat diantara 2 ibadat dimana setiap satunya mempunyai fadhilat khas, amalan khas yang tersendiri (independent). Contohnya : Tidak boleh menkombinasikan Qadha' Ramadan dan Nazar. Begitu juga diantara Qadha puasa Ramadhan dan puasa Enam didalam bulan Syawwal, dan begitulah sesungguhnya maksud dari hadith agar manusia berpuasa 36 hari - satu bulan (Ramadhan) dan 6 hari (Syawwal) - Maka jika dihimpunkan kedua niat, maka jadilah ia puasa 1 bulan dan satu hari sahaja!

Inilah yang dibezakan dengan maksud hadith bahawa berpuasa satu bulan Ramadhan dan 6 hari, maka telah datang sunnah yang menjelaskan tujuan hadith ini, telah diriwayatkan oleh Ibn Majah dengan sanad yang baik bahawa Nabi saw bersabda "Barangsiapa yang berpuasa 6 hari selepas berhari raya maka dia telah menyempurnakan / berpuasa satu tahun penuh, barangsiapa yang mendatangkan kebaikkan (melakukan puasa) maka baginya digandakan 10" [url : http://www.islamway.com/?iw_s=Article&iw_a=view&article_id=1003]

--------------------
Didalam kes mengadha' puasa dan melakukan puasa sunat 6 hari didalam bulan Syawwal, ulama berbeza pendapat yang mana satu harus dilakukan. Beberapa ulama' berpandangan bahawa Tidak sah amalan sunat sebelum melakukan qadha'. Mereka menggunakan kaedah :

أن النافلة لا تؤدى قبل الفريضة

"Sesungguhnya amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu"

Akan tetapi, jika terdapat masa yang sangat pendek (takut tertinggal peluang menunaikan puasa 6), berbanding dengan puasa qadha' yang banyak; seperti didalam kes wanita yang panjang haidhnya, dibenarkan melakukan puasa enam hari didalam bulan Syawwal, dan kemudian mengqadha'nya sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang. Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan ini merupakan pandangan yang lebih kepada kebenaran. [Sharh al-Mumthi' 6/448].

Kesimpulannya, bagi puasa sunnat yang mempunyai fadhilat umum (seperti Isnin-Khamis), jika ia bersamaan dengan puasa sunnat yang mempunyai fadhilat khas (contohnya puasa sunat hari Arafah), bolehlah dilakukan niat yang khas (Puasa Arafah) bagi mendapatkan ganjaran puasa Isnin-Khamis sekali. Bagi Puasa qadha' yang dilakukan pada bulan Syawwal, dia boleh berniat qadha' dengan harapan moga2 mendapat juga fadhilat berpuasa didalam bulan Syawwal. Jika seseorang itu berniat puasa sunat, maka tuntuan qadha' masih tidak terlepas dari dirinya. WA.

wassalam.
---------------
Sila lihat url : SJ-05-0041 : Combining niat solat
http://al-ahkam.net:2020/forum2/viewtopic.php?t=21924

1 comments:

Anonymous said...
macam mane kalau niat dua2 sekali..niat puase 6 beserta puase qada'? kalau hari isnin atau khamis. sy niatkan tiga terus

Post a Comment


 

No comments:

Post a Comment