Siapa Ulama Sejati?
“…Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah adalah ulama…”: Fathir: 28
.
Di bawah ini link menceritakan sifat-sifat ulama sejati, dan ulama “commercial“, “cari makan” atau “politik“. Rujukan membentangkan faktor menentukan samada mereka ini layak menyandang gelaran ulama, atau mereka “ulama ahlul bid’ah“
yang sama sekali tidak pantas diberi gelaran ulama. Samada ulama yang
berjuang menentang nafsu diri, atau ulama bertuhankan nafsu dan
bergelumang dengan dosa-dosa besar yang tidak diampunkan Allah swt.
Apakah kepentingannya? Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: telah bersabda Rasulullah saw.; “…Sudah hampir sampai suatu masa
di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya,
dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali…”. (HR al-Baihaqi)
“..Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya PEPERANGAN dari Allah dan RasulNya…”; al-Baqarah:279
“..Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka KEKAL di dalamnya…”; al-Baqarah:275
Maka tafsirlah sesuka hati dan jadikanlah agama kalian sebagai
permainan dan hiburan sehingga diambil nyawa oleh Malikil Maut.
Bagaimana pula pendapat anda jika ulama politik yang bersumpah dengan
selain Allah swt (semasa perlantikan), dan bagi mendaulatkan serta
melaksanakan undang-undang sekuler? Mengaku undang-undang sekuler lebih
tinggi daripada Al-Quran dan Hadis? Adakah ini penyekutuan kerana
bersumpah (ibadah kepada selain Allah swt, cth. demi Malaikat? demi Tok
Nenek? demi Negara? demi Sultan?) dan menyatakan undang-undang sekuler
lebih tinggi daripada Al-Quran? Bolehkah darurat membenarkan dosa
menyekutukan Allah swt?
Maksudnya: “…Dan katakanlah: “tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya…”; Al-Quran: al-Israa:111
Pandangan saya ini adalah dakwaan tidak munabah dan perjuangan tidak
relevan. Malahan Rasulullah saw sendiri pernah ditawarkan menjadi Raja
tetapi ditolak. Kenapa tidak diambil sahaja jawatan tersebut? Bukankah
lebih mudah berdakwah dan mempengaruhi orang lain memeluk Islam
(walaupun tidak bercakap dan sekadar menunjukkan akhlak baik)?
Jelas sekali cara Rasulullah saw ialah menegakkan Daulah Islam di
hati sebelum menegakkan Daulah Islam di dalam negara. Cara begini
barulah undang-undang Islam dapat diterima dan bertahan ratusan tahun.
Sebaliknya dan walaupun mereka berjaya menawan negara, rakyat akan
menolak undang-undang Islam kerana tiada iman di hati.
Namun itu ramai tetap tidak menggemarinya kerana memerlukan
perubahan diri melawan nafsu, tidak menjawat jawatan, kuasa dan
populariti serta harta kekayaan. Pilihan mengikut Al-Quran dan Hadis
ditangan anda, dan segalanya anda tentukan sendiri
tanpa paksaan. Moga-moga pembacaan di sini memberikan sedikit manfaat
dan panduan bagi kita melalui fitnah akhir zaman yang mencabar:
.
Ulama
1. Ciri-Ciri Ulama 2. Siapa Para Ulama 3. Mengejar Dunia dengan Amalan Akhirat adalah Kesyirikan 4. Kisah Ulama yang Fajir dan ‘Abid yang Jahil 5. Demi Sebuah Kursi Kedudukan 6. Menaruh Kepercayaan Pada Ulama 7. Meminta Jabatan 8. Keutamaan Ilmu dan UlamaPolitik
1. Memaknai Politik Syar’i 2. Partai Islam Partai Dakwah? 3. Demi Suara, Apapun Dilakukan 4. Mau Kemana Partai Islam? 5. Bolehkah Bergabung dengan Partai Politik? 6. Cara-Cara Batil Menegakkan Daulah Islamiyah 7. Membentuk Khilafah Sesuai dengan Tuntunan Islam 8. Can Muslims Vote in Elections of the Modern Secular State? 9. Islam and Constitutional Democracy .Lain-lain
Siapakah Ahlus Sunnah? Jangan Berebut Jabatan Bertameng Al-Qur`an .Fikir-fikirkan…
US Official Site Naqshbandi Muhibeen Sufi Meditation Haqqani Foundation of Malaysia . Naqshbandis: “…The Freemason Grand Orient Ottoman Lodge has currently camouflaged itself as Naqshbandis, pseudo-Islamic esoteric cults and are still very active…” Apakah pendapat anda? Pendapat saya fakta ini kekurangan bukti kukuh, dan masih boleh dianggap sekadar bacaan kosong. Kini apakah fakta yang boleh dianggap kukuh atau menyokong dakwaan pertama? Bagaimanakah pendapat anda apabila difahamkan dengan fakta di bawah? . “…Awas ! Syeikh Selalu Memperhatikan Kalian : Suatu Ketika Graindsyeikh Mawlana Syeikh Abdullah ad-Daghestani (q) duduk bersama Syeikh Syarafuddin ad-Daghestani (q) pada sebuah Konferensi Para Ulama. Seorang pria memasuki ruangan sambil membawa sebuah Al-Qur’an berukuran besar. Dia berjalan menuju ke arah Grandsyeikh dan berteriak “berdiri !!”, semua yang hadir khawatir dia akan berbuat sesuatu pada Grandsyeikh. Grandsyeikh berdiri dan laki-laki itu meletakkan Qur’an diatas sebuah kursi. Semua Ulama memperhatikan apa yang akan dia lakukan. “Duduklah diatas Qur’an itu” perintahnya pada Grandsyeik,Syeikh Syarafuddin ad-Daghestani (q) hanya tertawa melihat hal itu, tetapi para ulama terlihat geram dan marah, “apa maksudmu menyuruh Grandsyeikh duduk diatas Qur’an ? Haram !! Hal itu tidak bisa dibenarkan” Namun sekali lagi pria itu berteriak “itu dibenarkan !! aku ini alim, aku paham tentang Al-Qur’an didalam hatiku dan hafal setiap ayat-ayatnya, tetapi apa yang beliau lakukan padaku kemarin, tidak bisa dilakukan oleh Al-Qur’an. Beliau mampu melakukannya karena beliau adalah Qur’an Natiq, Qur’an yang bisa berbicara!“… …Beliau harus duduk diatas Al-Qur’an, karena beliau adalah Qur’an yang bisa berbicara … ” Pada saat itu seluruh Ulama berpaling dan segera mendatangi Grandsyeikh dan Syeikh Syafaruddin (q) Hati-hatilah !! Para Syeikh mengetahui, mereka mendengar, melihat dan bahkan merasakan, namun mereka tidak mengatakan apa pun. Mereka melindungi kalian, namun ketika sampai pada ambang batas, hudud dan atas izin Allah SWT, maka mereka mampu berbuat apapun untuk mengingatkan kalian. Saat itulah kalian dalam bahaya. Untuk itu jagalah cinta kalian pada Grandsyeikh Abdullah (q) Mawlana Syeikh Syarafuddin (q) (semoga Allah SWT mencurahkan berkah pada mereka) dan juga pada Mawlana Syeikh Nazim (q) didalam hati kalian…”
Huh?#!?#?@!?*?^?
Semenjak
bila manusia boleh menjadi Al-Quran? Jika beliau Al-Quran, adakah kita
dikehendaki beriman dengannya memandangkan salah satu rukun iman adalah
beriman kepada Al-Quran?
Adakah ini pernah diajar
Rasulullah saw atau terdapat di dalam Al-Quran? Bagaimana boleh
dikaitkan semua ini dengan Al-Quran dan Islam? Jika tidak bagaimana
jika dibaca bersama ayat di bawah?
Maksudnya: “…Sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi…”…”; Al-Quran: ali-Imran:35
.
Bagaimana pula dengan Taweez dan ilmu pemahaman huruf?
.
Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
Kategori : Akidah
Tajuk :
Tariqat Naqsyabandiah Al-aliyyah Syeikh Nazim Al-haqqani
Keputusan
a) Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim
bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan
menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera
bertaubat.
b) Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat
Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan
tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan
ajaran Islam yang sebenar.
Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48
Tarikh Keputusan : 3 April 2000
Tarikh Muzakarah : 3 April 2000 hingga 3 April 2000
.
Inilah dia, seorang yang mengakui dirinya “Sultan”
kepada wali Allah dengan tanpa mengikut Al-Quran dan Sunnah.
Bagaimanakah pendapat anda apabila seorang wali mengakui dirinya wali
(malahan sultan wali-wali)? Apakah maksudnya? Kemunasabahan mudah ialah
jika seorang perisik (spy) mengakui kepada semua dirinya perisik,
maksudnya dia bukanlah lagi seorang perisik, tetapi seorang… Anda
fikirkan sendiri… (1)
.
Wallahu a‘lam bish-shawab
No comments:
Post a Comment