Hukum Pertandingan Tilawah Al-Quran
| Author:
"Musabaqah atau pertandingan Al-Quran itu adalah satu bidaah dan haram hukumnya, kerana ia bertujuan PERTANDINGAN dan boleh membawa cemburu..Tetapi sekiranya ingin belajar melagukan al-Quran (tarannum) adalah dibolehkan tetapi untuk tujuan kebaikan, bukanlah jalan untuk mencari wang..Contohnya seperti Seorang Guru yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan menetapkan berapakah harga untuk sekali sesi belajar". Tetapi sekarang kerajaan dah tukarkan nama kepada "Majlis Tilawah Al-Quran" sebenarnya sama je maksudnya.."
Musabaqah(pertandingan) Al-Quran itu suatu pertandingan Bid'ah dalam agama. Ini kerana tilawah alQur'an itu Ibadah dan tidak ada pertandingan dalam Ibadah. Pertandingan yg dibenarkan dalam Ibadah ialah perlumbaan dalam bentuk memperbanyakkan dan memperbaiki amal ibadah secara individu dan dilakukan secara rahsia. Misalnya si B cemburu melihat si A berjaya khatam Al-Quran setiap bulan. Dia berjaya mengatasi si A bila khatam alQur'an setiap dua minggu. Fatwa Lajnah Daaimah lil Buhuth alIlmiyah wal Ifta' KSA, Jld 2/118 dan Fatwa Syaikh Bakar AbduLlah Abu Zayd, Bida' alQurra'. Jika Musabaqah tilawah ini Bid'ah, maka mana-mana lelaki dan wanita yg menyertainya di hukum tertolak dan ahli bid'ah. Dalilnya: " Barangsiapa yg mengadakan sesuatu amalan yg baru yg tidak ada asal dari kami, ianya tertolak. (Bukhari-Muslim dari Jabir ra) WA
Jabatan Agama Islam Perak
Pertandingan tilawah diadakan bertujuan untuk menggalakkan umat islam untuk sentiasa membaca al-Quran dan mempelajari maksud serta hukum-hukum bacaan yang terdapat didalam Al-Quran.
Hakim-hakim mestilah terdiri dari orang yang betul-betul berilmu didalam hukum-hukum bacaan Al-Quran. Saya rasa niat murni encik elok dilaksanakan supaya dapat menarik minat orang yang bukan beragama islam disana.
Ustaz Salleh Sulaiman, Pegawai Agama Islam Negeri Sarawak
Terima kasih, kerana ingin berkonsi pendapat dengan ana, pada pendapat ana, cadangan En Amar adalah satu perkara yang baik lebih-lebih lagi en amar berada di tengah-tengah masyarakat yang majoritinya bukan orang kita Islam, usaha ini adalah untuk mengingatkan pelajar kita agar tidak mengasingkan diri daripada Al-Quran. Soal untuk mempertandingkan alquran tidak timbul, sebab kita hanya menilaikan keupayaan pembacanya untuk membaca al-quran dengan cara bertajwid sebagaimana yang dikehendaki, dan itulah sebabnya dinamakan Tilawah Al-Quran. Berhubung dengan hafazan Al-Quran lagi suatu perkara yang sangat baik, ini adalah untuk menggalakkan terutama pelajar-pelajar kita yang belajar di luar negara dapat menghafal ayat-ayat Al-Quran dan boleh juga digunakan dalam masa mereka berkhidmat apabila sudah balik ke Malaysia nanti. Ustaz cadangkan En Amar teruskanlah usaha-usaha baik En Amar, alangkan baiknya kalau ramai lagi pelajar-pelajar kita berpendirian seperti En Amar.
Sekian Salam Ukwah dari saya.
Ustaz Hj. Muzni Hj. Borhan, Konsul Jabatan Penuntut Malaysia Australia.
Waaalaikumussalam
Segala-galanya bergantung pada niat, ada niat kerana hendak menimbulkan cinta kepada Al quran, ada niat nak menunjuk-nunjuk, ada niat politik dan sebagainya, muhasabahlah tentang niat anda sekiranya semata-mata kerana Allah maka ia dibolehkan. Wassalam.
Wassalamualaikum warahmatullah.
www.amarrazali.com
Haram perempuan menyertai pertandingan tilawah al-Quran kerana menimbulkan fitnah. Di dalam kitab Mugni (المغني) ada menyebutkan bahawa membaca al-quran di hadapan lelaki bukan mahram sama hukumnya dengan perempuan yang azan dihadapan lelaki bukan mahram.
Tidak haram jika perempuan membaca al-quran di hadapan mahramnya atau dihadapan perempuan islam yang lain.
www.almakawi.wordpress.com
p/s : Maaf sekiranya info tidak memuaskan, tadi ada pelajaran tarannum kat sekolah..Ustaz tu cakap haram mengadakan pertandingan Tilawah Al-Quran yang mempertaruhkan hadiah-hadiah sebagai ganjaran..kalau pertandingan menghafaz tidak apa risau terlari niat nanti niat nak menunjuk-nunjuk pulak. kalau orang yang menggunakan ayat Al-Quran untuk melakukan perubatan tetapi dia menetapkan harga perubatan tersebut pun haram kalau kerana Ubat-ubatan yang digunakan tidak mengapa...Kalau kat Saudi Arabia Hukum Tarannum merupakan Bidaah..Kalau Beristighfar kuat-kuat lepas sembahyang pun dianggap bidaah..kalau tak percaya pergi la kat saudi arabia dan ada lagi beberapa negara yang lain.
Wallahua'lam Bissawab...
kt saudi tu berpegang pd fahaman wahabi. smua jenis bid'ah diorg tolak bulat2. tp bg ahli sunnah waljamaah bid'ah yg mmbawa ke arah kebaikan dibolehkn...tu dinamakan bid'ah hasanah...mengikut niat masing2...
ReplyDeleteSaudi tu berusaha mengikuti sunnah rasulullah saw. Pegangan mereka mudah, apa bila nak beribadah mereka cari contoh dari rasulullah saw. Alangkah beruntungnya andai setiap amalan kita mengikut sunnah rasulullah saw.
ReplyDeleteSetuap6amalan bergantung kepada niat.
ReplyDeleteNiat untuk Mempelajari dn agar timbul rasa cinta kepada alquran, agar alquran gelak menjadi teman di akhirat.
.
Dan yang paling utama ialah mendapat keredhaan dn rahmat dr Allah tanpa timbul perasaan riak dan iri hati.