Satu hari, pengetua Sekolah Buluh Bambu mencadangkan di dalam mesyuarat guru-guru yang mereka perlu mencari duit untuk menambah dana sekolah.
Ada seorang guru, memberi cadangan yang mereka boleh membuat Hari Kantin.
Pengetua bertanya, ” Macam mana mekanisma kita mahu membuat untung? apakah hanya semata-mata kita kerahkan semua guru-guru berniaga dan kita ambil sewa tempat?”
”Tidak tuan pengetua. Pada hari kantin ni, kita jual kupon, yang mana, sesiapa yang ada kupon ini sahaja yang boleh membeli pada hari kantin. Jadi, masa hari kantin, kupon-kupon ini akan digunakan, duit kertas kita tidak akan gunakan.
Peniaga-peniaga yang ada kupon ini, akan menebus kupon-kupon ini dengan duit kertas.” Jawab Cikgu Awan.
”Tapi, macam mana kita boleh dapat untung dari kupon-kupon ini?”
”Saya harap cikgu boleh serahkan urusan ini pada saya, saya akan uruskan.”
Jadi, bermula hari itu, bermulalah promosi Hari Kantin sekolah Buluh Bambu, setiap murid diwajibkan membeli satu set kupon berharga RM 10.
Pada hari kantin, berlakulah apa yang seperti dirancangkan.
Hanya orang yang mempunyai kupon boleh membeli, masing-masing membeli apa yang boleh dibeli.
Selepas habis waktu Hari Kantin, hampir setiap peniaga mendatangi kaunter pihak sekolah bagi menebus kupon yang ada kepada duit kertas.
Setiap satu set kupon diberi RM 10 seperti yang dijanjikan.
Selepas dari hari kantin, ada persoalan-persoalan dari murid-murid dari ibu bapa mereka, apa yang perlu dibuat dengan kupon-kupon yang ada ini, kupon-kupon yang mereka masih ada tidak boleh dibuat beli di kedai-kedai, dan mereka ingin menukarkannya dengan duit semula dengan pihak sekolah.
Cikgu Awan sebagai pengarah projek tersebut, memberikan pengumuman kepada murid-murid pada hari perhimpunan,
” Sebenarnya murid-murid yang dikasihi sekalian, kupon-kupon tersebut kamu perlu menggunakan sepenuhnya pada hari kantin yang lepas. Kami pihak sekolah sudah membuat keputusan kupon-kupon tersebut kami tidak akan kembalikan semula selepas tamat hari kantin. Jika kalian mahu menukarkannya juga, ianya bersyarat, setiap satu set kupon yang kamu ada pihak sekolah akan membayar RM 5”
Maka, pulanglah murid-murid sekolah Buluh Bambu ke rumah dan memberitakan kepada ibu bapa mereka, kecewa dan putus harapanlah mereka terhadap perkara tersebut, kerana, mereka ditipu dan merasa dizalimi.
Walaupun begitu mereka tetap menukarkan kupon mereka kepada duit kertas dalam keadaan tertipu dan dianiaya.
Sistem Duit Kertas
Pada tahun 1944, satu sidang mesyuarat dari hampir 44 buah negara termasuk darinya ada negara dari negara yang majoriti umat islam. Mereka bersetuju untuk menjadikan US dolar sebagai duit antarabangsa, dan Dolar akan disandarkan kepada satu nilai tetap emas.
Sesiapa yang ada Dolar boleh menukarkannya kepada emas, 35 US dolar boleh tukar dengan 31.1 gram emas.
Maka berlakulah perdagangan dunia seperti yang dimesyuaratkan.
Pada 1970, Amerika mengumumkan bahawa US dolar tidak lagi disandarkan kepada emas, dalam masa yang sama, mereka menukarkan kadar tukaran emas , dari 35 US dolar untuk 31.1 gram emas kepada 70 US dolar untuk 31.1 gram emas.
Nilai ini ditingkatkan setahun demi setahun. Sehinggalah ianya hampir sampai ke kemuncak, 1400 US dolar untuk 31.1 gram emas.
Sesiapa yang menyimpan 35 US dolar pada 1970, hari ini tidak cukup membeli satu gram emas pun.
Sistem Riba Yang Menjadi Asas Rakyat
Apabila kita membandingkan sistem kupon hari kantin dan sistem duit kertas, ianya sama.
Dapatkah kalian melihat penipuan pihak sekolah dan Amerika?
Manusia pada awalnya, diberikan satu situasi yang mendamaikan , merancakkan perdagangan, memudahkan orang ramai agar tidak takut membawa wang (sama ada emas atau duit kertas) .
Kemudian, satu masa mereka baru disedarkan, bahawa mereka hidup di atas ilusi dan mainan kata-kata pihak yang memerintah ( sama ada pihak sekolah atau negara).
Jika kita melihat balik hadis-hadis nabi berkaitan emas dan perak, ianya tidak boleh dilengah-lengahkan pemberiannya.
Apabila berlaku transaksi melibatkan emas, perak, maka perlu dibayar cash.
Melihat kepada duit kertas yang awalnya dikatakan memudahkan orang untuk membuat urusan jual beli, kemudian duit tersebut boleh dibawa ke bank untuk ditukar kepada emas, maksudnya di sini, emas dilengahkan pemberiannya.
Sedangkan, barang yang dibeli sudah ada ditangan, tetapi emasnya diberikan kemudian.
Nabi tidak akan menugaskan seseorang yang tidak pandai bagi membuat tugasan besar ini.
Dan Zaid bin Tsabit mengetahui isi kandungan alquran sebagaimana sepatutnya, dan beliau tahu inti pati dari RIBA.
Kita melihat satu lagi contoh berkenaan dengan sistem kupon, resit, cek ini dari pandangan sahabat Nabi yang Allah beri petunjuk kepada mereka :
Sistem kupon atau duit kertas secara realiti pada awalnya, emas/duit seseorang itu bukan ada di situ, tetapi ada di suatu tempat lain. Kupon atau kertas itu sebagai bukti, kita punya sesuatu nilai emas/duit yang boleh ditebus.
Maka, apabila kita faham realiti ini, maka kita akan sedar, masyarakat terkecil iaitu dari sekolah lagi sudah diasuh untuk hidup di dalam riba, sebelum mereka keluar ke alam realiti.
Bagaimanakah mahu dijana akhlak, aqidah, sahsiah, ilmu generasi ini jika dari awal lagi sudah dibelai dan diasuh dengan menjadi musuh Allah, mengisyhtiharkan perang kepada Allah dari kecil lagi.
Apabila masyarakat sudah terbiasa dengan riba, dari semua aspek muamalat mereka, maka tiada apa lagi yang tinggal melainkan kehancuran yang nyata akan menunggu masyarakat yang terus menerus menggunakan sistem riba.
Apabila syarat berurusan untuk membeli emas adalah dengan membayar dahulu, (bank in, cek ), kemudian , emas atau peraknya akan diberi kemudian, menimbulkan satu lagi tanda tanya, bagaimanakah dengan sistem membeli emas dan perak pada hari ini yang menggunakan medium bayar dahulu, terima barang lambat sedikit?
(realiti, duit kertas itu sendiri adalah debu riba yang mencengkam setiap masyarakat kita hari ini)
Atau, sistem pembelian bank in atau bayar dahulu ini kemudian baru diberikan emas atau perak ini adalah sebagai wakil membeli, yang mana duit yang diberikan itu menjadikan kita sebagai wakil membeli, transaksi jual beli sebenar adalah dari pihak pembekal dengan wakil, dan wakil apabila mendapat barang baru memberikannya kepada pelanggan,kerana itu pemberian emas / perak ini tertangguh?
Apa yang perlu kita peka, adalah, riba bukanlah jual beli, melainkan exploitasi yang membuka ruang kepada penipuan, kezaliman, penganiayaan, penindasan dan pelbagai lagi perkara negatif yang sedikit demi sedikit ianya merosakkan jiwa masyarakat.
Rujuk akhir dari surah albaqarah.
———————————————————————————————————–
* Saya sedang mencari jawapan terhadap apa yang sedang kita hadapi hari hari.
Perjalanan sebagai bakal pengamal perubatan di Malaysia, telah mendapat salah satu ilmu yang mana, hampir setiap penyakit yang ada hari ini, timbul dari ketidakserasian antara fitrah dan amalan yang dilakukan seharian.
Saya melihat riba satu isu yang menjadi asas kepada semua yang ada hari ini. DI atas hanyalah satu bahagian dari kepelbagaian jenis riba yang wujud dalam masyarakat kita.

Yahya meriwayatkan padaku dari Malik bahwa ia mendengar tanda terima/resit(sukukun) dibagikan pada penduduk pada masa Marwan ibn al-Hakam untuk barang di pasar al-Jar. Penduduk membeli dan menjual resit diantara mereka sebelum mereka mengambil barangnya. Zayd ibn Tsabit bersama seorang Sahabat Rasulullah, sallallahu alayhi wa sallam, pergi menghadap Marwan ibn al-Hakam dan berkata, “Marwan! Apakah engkau menghalalkan Riba?” Ia menjawab, “Naudzubillah! Apakah itu?” Ia berkata, “Resit-resit ini yang dipergunakan penduduk untuk berjual-beli sebelum menerima barangnya.” Marwan kemudian mengirim penjaga untuk mengikuti mereka dan mengambilnya dari penduduk kemudian mengembalikannya pada pemilik asalnya. (kitab muwatta Imam Malik)Kita melihat, bahawa isu kupon atau resit yang menjadi pengganti emas atau perak ini telah berlaku pada zaman sahabat Nabi, Zaid bin Tsabit yang mana beliau adalah merupakan salah seorang penulsi wahyu – alquran.
Nabi tidak akan menugaskan seseorang yang tidak pandai bagi membuat tugasan besar ini.
Dan Zaid bin Tsabit mengetahui isi kandungan alquran sebagaimana sepatutnya, dan beliau tahu inti pati dari RIBA.
Kita melihat satu lagi contoh berkenaan dengan sistem kupon, resit, cek ini dari pandangan sahabat Nabi yang Allah beri petunjuk kepada mereka :
’Yahya meriwayatkan kepada saya dari Malik dari ‘Abdullah ibn Dinar dari ‘Abdullah ibn ‘Umar bahawa ‘Umar ibn al-Khattab telah berkataAyat dari … janganlah kamu menjual sesuatu yang tidak ada dengan suatu yang ada (fizikal).
“ Janganlah kamu menjual emas dengan emas kecuali dengan seimbang , janganlah kamu menambah sebahagian atas sebahagian yang lain, janganlah kamu menjual perak dengan perak kecuali dengan seimbang dan, janganlah kamu menambah sebahagian atas sebahagian yang lain dan janganlah kamu menjual sesuatu yang tidak ada dengan suatu yang ada (fizikal). Jika seseorang meminta kamu menunggu untuk membuat pembayaran sehingga dia kembali ke rumahnya , janganlah kamu tinggalkannya, aku bimbang rama’ atas kamu. Rama’ ialah riba.
Sistem kupon atau duit kertas secara realiti pada awalnya, emas/duit seseorang itu bukan ada di situ, tetapi ada di suatu tempat lain. Kupon atau kertas itu sebagai bukti, kita punya sesuatu nilai emas/duit yang boleh ditebus.
Maka, apabila kita faham realiti ini, maka kita akan sedar, masyarakat terkecil iaitu dari sekolah lagi sudah diasuh untuk hidup di dalam riba, sebelum mereka keluar ke alam realiti.
Bagaimanakah mahu dijana akhlak, aqidah, sahsiah, ilmu generasi ini jika dari awal lagi sudah dibelai dan diasuh dengan menjadi musuh Allah, mengisyhtiharkan perang kepada Allah dari kecil lagi.
Apabila masyarakat sudah terbiasa dengan riba, dari semua aspek muamalat mereka, maka tiada apa lagi yang tinggal melainkan kehancuran yang nyata akan menunggu masyarakat yang terus menerus menggunakan sistem riba.
Apabila syarat berurusan untuk membeli emas adalah dengan membayar dahulu, (bank in, cek ), kemudian , emas atau peraknya akan diberi kemudian, menimbulkan satu lagi tanda tanya, bagaimanakah dengan sistem membeli emas dan perak pada hari ini yang menggunakan medium bayar dahulu, terima barang lambat sedikit?
Dari Usama bin Zaid : Nabi bersabda : tiada riba melainkan di dalam nasiah (penangguhan/menunggu) . (Bukhari)Dalam keadaan ini, kita cuba mengandaikan bahawa duit kertas adalah wang sebenar, maka bolehkah berlaku penangguhan apabila ianya dibuat tukar dengan emas yang diberi kemudian (bayar bank in dahulu, kemudian stok dapat kemudian)?
(realiti, duit kertas itu sendiri adalah debu riba yang mencengkam setiap masyarakat kita hari ini)
Diriwayatkan bahawa Malik Ibn Aws ibn Al-hadathan berkata ” aku telah berjalan di pasar sambil berkata ”siapa yang ada dirham untuk ditukar?’ Talhah ibn Ubaydullah ,yang mana bersama Umar ibn AlKhattab berkata ” tunjukkan kami emas kamu, kemudian kamu datang kemudian bila pembantu kami di sini dan kami akan berikan kamu perak kamu.”Apabila Umar sendiri melarang Talhah, yang kedua-duanya pernah hidup bersama Nabi, dari menangguhkan pemberian perak yang telah diberikan emasnya, maka persoalan riba ini adalah isu besar kerana dua orang yang antara manusia yang dijamin syurga, masih tidak sanggup untuk mengambil riba.
Umar Ibn Akhattab berkata ” Tidak, demi Allah, kamu akan berikan dia punya perak sekarang atau kamu kembalikan emasnya kembali padanya, kerana Utusan Allah berkata ” Perak dengan perak adalah riba kecuali ianya ditukar tangan dengan tangan (tunai/cash), emas dengan emas adalah riba kecuali ianya ditukar tangan dengan tangan, gandum dengan gandum adalah riba kecuali ianya ditukar tangan dengan tangan, barli dengan barli adalah riba kecuali tangan dengan tangan, kurma dengan kurma adalah riba kecuali ianya ditukar tangan dengan tangan” Hadis Muslim no. 1586
Atau, sistem pembelian bank in atau bayar dahulu ini kemudian baru diberikan emas atau perak ini adalah sebagai wakil membeli, yang mana duit yang diberikan itu menjadikan kita sebagai wakil membeli, transaksi jual beli sebenar adalah dari pihak pembekal dengan wakil, dan wakil apabila mendapat barang baru memberikannya kepada pelanggan,kerana itu pemberian emas / perak ini tertangguh?
Apa yang perlu kita peka, adalah, riba bukanlah jual beli, melainkan exploitasi yang membuka ruang kepada penipuan, kezaliman, penganiayaan, penindasan dan pelbagai lagi perkara negatif yang sedikit demi sedikit ianya merosakkan jiwa masyarakat.
Rujuk akhir dari surah albaqarah.
———————————————————————————————————–
* Saya sedang mencari jawapan terhadap apa yang sedang kita hadapi hari hari.
Perjalanan sebagai bakal pengamal perubatan di Malaysia, telah mendapat salah satu ilmu yang mana, hampir setiap penyakit yang ada hari ini, timbul dari ketidakserasian antara fitrah dan amalan yang dilakukan seharian.
Saya melihat riba satu isu yang menjadi asas kepada semua yang ada hari ini. DI atas hanyalah satu bahagian dari kepelbagaian jenis riba yang wujud dalam masyarakat kita.
http://umaralfateh.wordpress.com/2010/11/26/sistem-kupon-kantin-sekolah-dan-sistem-duit-kertas/
No comments:
Post a Comment