Wednesday, February 23, 2011

Islam dan Cinta

Islam dan Cinta

Oleh: Mimie Shalina

Ketika usiamu beranjak dewasa,kamu akan mengerti perasaan bersimpang-siur di hati mu.Ada rasa cinta, benci, takut, marah, putus asa, kasuhan, rindu, dan dendam.Semua itu diciptakan ALLAH SWT untuk dirimu.Inilah yang dinamakan emosi jiwa.

Tidak salah kamu memiliki semua perasaan.Hanya kamu dituntut supaya mengawal semua itu dengan akal yang sihat dan pedoman wahyu.sehingga kamu dapat berdiri sebagai manusia dewasa yang tahu membezakan yang baik dan buruk menurut syariat ALLAH SWT.

Marah itu baik jika kerana ALLAH SWT dan bukan kerana hawa nafsu.kamu boleh marah jika melihat kemungkaran yang berleluasa. Akan tetapi,jika kamu marah kepada kedua ibu bapa mu atas sebab permintaanmu tidak dipenuhi ,marah seperti itu datangnya daripada hembusan syaitan.

Begitu juga dengan perasaan cinta.Kamu harus tau membezakan mana yang baik dengan yang buruk.Antaranya ciri kematangan peribadi seorang remaja adalah dia dapat membezakan yang mana baik dan yang man buruk..


ADAB BERCINTA

Bagaimana dengan perasaan cinta?selain kepada ALLAH SWT Rasul-NYA , ayah, ibu, dan saudaramu, siapakah insan lain yang kamu cintai? semua itu lumrah dan fitrah bagi seorang insan.Namun, kamu dituntut mengawal perasaan itu berlandaskan batas-batas yang dibenarkan syariat.

 Islam membenarkan kita bercinta , bukan sahaja dengan ALLAH SWT , Rasulullah SAW ,ayah, ibu, dan saudara kandung kamu, malah dengan mereka yang berlainan jantina. Namun islam menggariskan batas-batas yang dibolehkan dan adab yang perlu diikuti.Antara adab bercinta ialah:
  • Jangan berdua-duaan.
  • menahan pandangan.
  • gunakan perkataan yang sopan dan beradab.
  • tidak leka membuang masa melayan perasaan dan syahwat yang liar.
  • jadikan perhubungan itu sebagai pendorong untuk memperbaiki diri dan saling menasihati agar berjaya di dunia dan akhirat.



http://deawaken.blogspot.com/2011/01/islam-dan-cinta.html

No comments:

Post a Comment