Keadilan Sebenar & Penyelesaian Masalah Riba Menurut Al-Quran
Maksudnya: “…Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?…”: A-li ‘Imraan: 142Dunia hari ini diselubungi masalah riba perbankan dan bebanan pinjaman yang menjerut leher setiap rakyat… Kesan amalan riba perbankan ini telah membiakkan pelbagai masalah sosial dan dijangka akan membankrupkan negara Malaysia. Adakah terdapat penyelesaiannya di dalam Al-Quran? Sudah tentu, tetapi ramai ulama dan ustaz-ustaz yang menghindari dari membincangkannya, walaupun ayatnya sangat jelas. Malahan boleh dikatakan ramai yang berpendapat secara bercanggah dengan kandungan ayat ini, dan dengan tegas berpendirian membayar kembali hutang beriba adalah keadilan yang sebenar-benarnya. Lebih tidak munasabah, ramai pula ulama yang mengharuskan riba (wang kertas dan pinjaman bank), padahal kesan akhirnya ialah negara menuju kepada kebankrapan! Hukumnya harus, walaupun telah beberapa negara sedang menjunam kesan daripada sistem riba ini. Seluruh aset negara akhirnya tergadai secara keseluruhan kepada kaum kafir dan mengancam keseluruhan prinsip asas syariah (tujuan asal hukum bagi memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta keseluruhan masyarakat).
Hukum dan fatwa berlabelkan Islam diluluskan walaupun kesan
akhir hukum tersebut menghancurkan prinsip asas hukum syariah, iaitu
menghancurkan agama, menghancurkan jiwa, menghancurkan akal,
menghancurkan keturunan dan menghancurkan harta keseluruhan masyarakat
dan juga individu.
Kenapa? Kerana berhukum tanpa mempunyai pemahaman dan kekeliruan fakta yang dicipta oleh Yahudi melalui sistem Dajjal, iaitu satu sistem yang direka khusus untuk mengelirukan dan mengaburi ulama-ulama perbankan ini. Inilah kepakaran sistem Dajjal….
dan yang mana kesannya sama seperti situasi yang sama seperti memegang
seekor gajah, setiap mereka buta dan memegang ekor atau kaki gajah dan
cuba memberikan gambaran gajah yang terpesong.
Bagi ummah dan hasil daripada tindakan ulama perbankan
memanipulasikan persoalan teknikal hingga seperti Islam agama yang
tidak praktikal dan sukar difahami, ramai yang terkapai-kapai keliru
dan tidak dapat berbuat apa-apa hasil daripada aliran Islam secara MenTakwilkan Ayat Yang Jelas Bertukar Menjadi Tidak Jelas.
Alasan dan hujahan yang seringkali digunakan bagi membolehkan sesuatu yang haram adalah alasan/hujahan “kehidupan dan kemajuan“, berbanding “memelihara agama“.
Memelihara kehidupan dan kemajuan tidak salah, tetapi yang salahnya
ialah ukuran yang digunakan berdasarkan teori kejayaan hidup dan
kemajuan orang yahudi dan nasrani (mengikut definisi kejayaan palsu dan kejayaan yang bersandarkan kepuasan nafsu semata-mata),
dan bukan berasaskan teori kejayaan mengikut Al-Quran, cara kehidupan
Rasulullah SAW dan para sahabat (iaitu berpandukan definisi kejayaan
sebenar).
Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?; Al-Jathiyah:23Apakah kesan akhirnya daripada fatwa/hukum oleh mereka yang telah disesatkan Allah SWT sendiri? Apakah kesan akhirnya (final product) daripada takwil palsu ini? Kita dapat melihat bagaimana hadis digunakan untuk mengubah 180 darjah maksud asal Al-Quran, dan bukan berfungsi menyokong dan menerangkan Al-Quran. Riba yang haram dibolehkan kesemuanya atas dasar kemajuan dan kekayaan umat Islam. Definisi berjaya adalah mengikut kata-kata pedoman dan standard kejayaan orang yahudi dan nasrani. Kitab-kitab dimanipulasikan untuk mewujudkan peraturan-peraturan baru yang bercanggah dengan maksud asal Al-Quran. Kesemua yang terdapat di bank konvensional, terdapat di bank Islam.
Maksudnya: maka hadapkanlah dirimu ke arah agama yang jauh dari kesesatan; agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan (agama) Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui; Ar-Ruum (30:30)Inilah antara bukti kita berada di akhir zaman di mana untuk melaksanakan keadilan mengikut Al-Quran telah dipesongkan, dan perlaksanaan Islam akan dipandang hina dan tidak adil (Islam sudah tinggal namanya, dan menjadi terasing). Definisi kejayaan telah diputarbelitkan dan ulama-ulama keduniaan adalah orang pertama yang akan terpengaruh dengan definisi kejayaan palsu ini. Mereka berusaha memperolehi pendapatan daripadanya dengan menjual agama, dan berbangga-bangga memperlihatkan kemewahan dunia yang mereka kecapi kepada semua orang…. perlancongannya, telefon bimbit terkini, kenderaannya…. apa-apa sahaja material keduniaan. Kini cuba persoalkan kepada diri anda sendiri, jika hukum/fatwa perbankan itu benar, adakah ianya membawa kebaikan kepada dunia hari ini? Adakah anda merasa semakin mudah mengharungi kehidupan atau semakin tertekan? Sekiranya ia adalah benar dan daripada agama Islam sebenar, maka sudah tentu kesannya akan membawa kebaikan dan mengelakkan kemudaratan…. Bagaimana pula boleh diterima sesuatu itu hukum daripada Islam sekiranya kesan akhir ialah “negara menuju kepada kebankrupan?” Sangat tidak masuk akal….. Kini mari kita bersama-sama renungi terjemahan kepada ayat tersebut. Mari kita bersama renungi “perintah asal” vs. “kesan akhirnya“…. Penyelesaian masalah riba ini adalah terkandung di dalam ayat 279, Surah Al-Baqarah:
“…Dan JIKA KAMU BERTAUBAT, maka hak kamu (iaitu bank) ialah POKOK ASAL HARTA KAMU. (Dengan yang demikian) kamu TIDAK BERLAKU ZALIM kepada sesiapa dan kamu juga TIDAK DIZALIMI OLEH SESIAPA…”; al-Quran: Al-Baqarah:279Daripada ayat di atas, boleh dikatakan terdapat dua objek utama, iaitu: (a) Situasi jika pelaku riba BERTAUBAT; (b) Situasi jika pelaku riba TIDAK BERTAUBAT. Allah SWT telah MENSYARATKAN pelaku riba hanya berhak menuntut kembali “pokok asal harta” sekiranya mereka bertaubat. Jika pelaku riba tidak bertaubat, maka mereka tidak berhak menuntut kembali “pokok asal harta” mereka. Adakah ini adil mengikut Islam? Ya, dan ini telah dinyata pada ayat yang sama… “kamu tidak berlaku zalim“, dan “kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa“… Inilah syarat dan keadilan sebenar bagi membanteras riba mengikut Al-Quran; Fatwa on Paper Money Sekarang, jika pelaku riba tersebut adalah bank…. persoalannya adakah munasabah untuk pihak bank bertaubat? Sudah tentu tidak… Ini kerana bank tidak menjalankan perniagaan, dan tiada apa-apa hasil pendapatan selain daripada aktiviti riba… Malahan jika kita ikuti lapuran belanjawan, bank sekadar berniaga dengan hutang, pinjaman dan juga insurans. Bank tidak melakukan kerja-kerja asas seperti membuat pembelian, penjualan, pertanian, perkilangan atau pembinaan. Bagi Bai-Bithaman Ajil, bank hanya membeli kerana anda bersetuju membeli kembali pada harga yang tinggi (bercambur faedah 30 tahun), dan ini bukan perniagaan. Oleh itu dan jika bank bertaubat, maka mereka akan gulung tikar…. Berdasarkan fakta ini dan mengikut keadilan di dalam agama Islam, adakah adil untuk mengatakan bank tidak berhak kepada “pokok asal harta“… Ya, dan ini adalah keadilan sebenar yang dinyatakan di dalam Al-Quran. Baiklah kini kita teruskan dengan situasi sebenar dalam transaksi pinjaman. Situasi sebenar ialah bagi persoalan samada bank mempunyai “pokok asal harta” semasa memasuki perjanjian pinjaman? Jawapannya ialah bank tidak mempunyai sebarang “pokok asal harta” semasa memasuki perjanjian pinjaman. Sistem perbankan adalah satu perdayaan kerana bank sekadar mencipta hutang/wang di atas angin semasa mewujudkan pinjaman kepada peminjam. Bank tidak pernah memberikan pinjaman daripada wang pendeposit, tetapi mencipta hutang secara atas angin. Ianya perdayaan semata-mata, dan ini bukanlah sesuatu yang baru…. serta peminjam-peminjam di luar negara telah memfailkan tindakan ke atas perdayaan perbankan. Berdasarkan fakta, dalam apa jua situasi bank tidak berhak kepada apa-apa harta. Oleh itu dan jika bank tidak berhak kepada apa-apa tuntutan kembali kerana tidak mempunyai sebarang “pokok asal harta” semasa memberikan pinjaman… dan bank juga tidak berupaya bertaubat, kenapa masih ramai ulama atau ustaz yang berpendirian umat Islam diwajibkan membayar kembali hutang (atas angin) kepada bank? Kenapa masih ramai umat Islam belum dimaklumkannya? Kenapa masih ramai umat Islam yang masih rasa keadilan sebenar ialah membayar kembali hutang riba kepada bank? Adakah “keadilan” yang terkandung di dalam Surah Al-Baqarah adalah bukan keadilan sebenar-benarnya? Adakah “keadilan” sistem Dajjal (keadilan perdayaan) mengatasi keadilan di dalam Al-Quran? Anda tentukannya sendiri… Namun itu dan bagi persoalan yang lebih penting kepada pakar agama ialah samada umat Islam di seluruh dunia akan menuntut kembali pada hari akhirat bahawa tidak dimaklumkan oleh pakar-pakar agama ini? Saya berpendapat akan menuntut kembali, dan saya pasti ramai yang turut berbuat perkara sama apabila menanti hukuman yang sangat berat pada hari akhirat…. Oleh itu, lakukanlah perubahan untuk menyedarkan ummah sebelum berbillion umat Islam menuntut kembali daripada anda pada hari akhirat nanti… Jika anda mengetahuinya, maka sampaikanlah kepada mereka yang tidak mengetahuinya… atau buat salinan (copy and paste) post ini dan letakkan pada halaman blog anda. Kaedah Penyelesaian Praktikal: (a) Saya mencadangkan satu usaha dibuat untuk mengambil tindakan Mahkamah ke atas kesemua bank secara “class action“, dan sepertimana dilakukan oleh peminjam-peminjam di luar negara pada hari ini. Pakar-pakar perbankan dan ulama perbankan harus tampil untuk menjadi saksi pakar dan memberikan keterangan di Mahkamah. Ulasan dan kaedah penuh dapat dilihat pada halaman The People v. The Banks (b) Saya turut mencadangkan satu kajian dan usaha dibuat untuk mengambil tindakan Mahkamah ke atas Bank Negara dan bank-bank perdagangan, serta membatalkan Akta Bank Negara dan akta-akta perbankan dengan alasan bercanggah Perkara 4 (1), Perkara 3 (1), Perkara 4 (1), dan Perkara 6 Perlembagaan Malaysia (No Slavery); Panama Has No Central Bank; Memperkasakan Sistem Baitul Mal Kejatuhan sistem perbankan akan membuka peluang dan memaksa negara mencari alternatif segera menggunapakai sistem kewangan dan matawang Islam dinar emas/dirham perak. Jalan pengisytiharan perang ke atas sistem ekonomi riba adalah jalan terkandung di dalam Al-Quran dan jalan orang-orang yang beriman serta orang-orang yang hendak bertaubat. Oleh itu persoalan yang hanya dapat ditentukan oleh anda sendiri ialah “Adakah anda mahu bertaubat?”
Maksudnya: “…Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu. Kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa; Surah Al-Baqarah: 279 Maksudnya: “…Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah…”: An-Nisaa’: 76Syarat-Syarat Taubat
Maksudnya: “..Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya..”; al-Quran: an-Nisaa:17 Maksudnya: “…Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian mereka kafir, kemudian mereka beriman semula, kemudian mereka kafir sekali lagi, kemudian mereka bertambah-tambah lagi dengan kekufuran, Allah tidak akan sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka, dan tidak akan memberi petunjuk hidayah kepada mereka ke jalan yang benar…”; al-Quran: an-Nisaa:137Bagi Yang Mempermainkan Didalam Beragama, Surah Al-Baqarah:6-21
[6] Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. [7] (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. [8] Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. [9] Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. [10] Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). [11] Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: ” Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”. [12] Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. [13] Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman”. Mereka menjawab: “Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?” Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). [14] Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: ” Kami telah beriman “, dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:” Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)”. [15] Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu). [16] Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah. [17] Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun). [18] Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran). [19] Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu. [20] Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [21] Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.Berdasarkan ayat di atas, siapakah yang dapat kembali beriman sekiranya Allah SWT sendiri yang menyesatkan beliau? Adakah yang lebih berkuasa daripada Allah SWT memberikannya hidayah sebenar? Sudah tentu tiada, dan inilah yang paling ditakuti, iaitu apabila Allah SWT sendiri yang menyesatkan seseorang itu akibat perbuatannya memperolokkan perintah Allah SWT.
Maksudnya: “…Maka apakah yang menyebabkan kamu (berpecah) menjadi dua golongan terhadap kaum munafik itu, padahal Allah telah menjerumuskan mereka (ke dalam kekufuran) disebabkan apa yang telah mereka usahakan? Adakah kamu pula hendak memberi pertunjuk kepada orang-orang yang telah disesatkan oleh Allah? Padahal sesiapa yang telah disesatkan oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya…”; An-Nisaa’: 88Beliau akan hidup hingga ke akhir hayat, yang mana di antaranya adalah mengikut gambaran ayat di bawah:
Maksudnya: “…Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka MENYANGKA bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”. Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka… oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang pertimbangan untuk menilai amal mereka pada hari kiatmat kelak…”; al-Quran: al-Kahfi:103-106Kaedah Untuk Termasuk Dalam Kategori Selamat Sememangnya jalan hari ini adalah sukar, tetapi terdapat kaedah untuk termasuk ke dalam kategori yang mungkin terselamat, InsyaAllah. Melalui pembacaan saya, mereka yang terselamat ialah mereka yang sentiasa bertaubat dan berusaha bersungguh-sungguh membaiki amalnya (bukan secara olok-olok)… serta mereka yang hidup secara darurat/minimum… Tiga syarat ini adalah di antara jalan untuk menyelamatkan iman dalam dunia yang diselubungi oleh kekufuran dan maksiat. Di antara pengajaran dan gambaran daripada Al-Quran berkaitan mengambil daripada “kehidupan ini secara minimum” ialah seperti terkandung di dalam Surah Al-Baqarah:
Maksudnya: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani; Al-Baqarah:173 Maksudnya: Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: “Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya”. (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka…”; Al-Baqarah:249Di antara pengajaran daripada Al-Quran berkaitan “membaiki amal” dan syarat-syaratnya dapat dilihat pada ayat-ayat yang terkandung seperti di bawah:
Maksudnya: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya; Al-Nahl:128 Maksudnya: Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani; An-Nur:5 Maksudnya: Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani; Al-Maidah:39 Maksudnya: Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh pada apa yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertaqwa dan beriman serta mengerjakan amal yang soleh, kemudian mereka tetap bertaqwa dan beriman, kemudian mereka tetap bertaqwa dan berbuat kebajikan; kerana Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya; Al-Maidah:93 Maksudnya: Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka, dan mereka pula berpegang teguh kepada (ugama) Allah, serta mengerjakan ugama mereka dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman (di dalam Syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar;An-Nisaa:146 Maksudnya: Wahai anak-anak Adam! Jika datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat Ku, maka sesiapa yang bertaqwa dan memperbaiki amalnya, tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita; Al-A’raf:35 Maksudnya: Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalaukalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya; Yusuf:56 Maksudnya: Orang-orang yang lemah dan orang-orang yang sakit, dan juga orang-orang yang tidak mempunyai sesuatu yang akan dibelanjakan, tidaklah menanggung dosa (kerana tidak turut berperang) apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan RasulNya. Tidak ada jalan sedikitpun bagi menyalahkan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya; dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani; At-Taubah:91 Maksudnya: Tidaklah patut bagi penduduk Madinah dan orang-orang yang di sekeliling mereka dari orang-orang “A’raab” ketinggalan daripada (turut berperang bersama) Rasulullah; dan tidaklah patut mereka mengasihi diri mereka sendiri dengan tidak menghiraukan Rasulullah. Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah; dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir; dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh – melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka: (pahala) amal yang soleh. Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya; At-Taubah:120 Maksudnya: Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu terhadap orang-orang yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilan, kemudian mereka bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, sesungguhnya Tuhanmu sesudah (mereka bertaubat) itu, adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani; Al-Nahl:119Sama-samalah kita berusaha bertaubat, dan bersungguh-sungguh memperbaiki amal serta cuba sedaya upaya menjalani kehidupan dengan mengambil sekadar yang perlu. Hasil pendapatan selebihnya boleh disimpan dan digunakan kemudian hari untuk membawa kita keluar daripada kemungkaran ini selama-lamanya; Fatwa on Paper Money.
Be the first to like this post.
2 Comments on “Keadilan Sebenar & Penyelesaian Masalah Riba Menurut Al-Quran”
http://muslimvillage.wordpress.com/2011/01/06/penyelesaian-masalah-riba-mengikut-al-quran/
24/01/2011 at 11:54 am
Dan bahagian keduanya,