i
2 Votes
Persoalan: Pilihan manakah lebih baik di antara membeli atau menyewa rumah?
Perbincangan sekadar bertujuan memberikan penyelesaian dan pilihan
mengelakkan riba, dan sama sekali tidak bertujuan mencadangkan
pembelian rumah dengan pinjaman berunsurkan riba. Selainnya,
perbincangan tidak menekan kiraan paling tepat dan sekadar “
kiraan bodoh” bagi menunjukkan apakah pilihan terbaik apabila berhadapan persoalan samada perlu membeli rumah atau menyewa rumah.
Moga-moga perbincangan di sini dapat membuka ruang minda dan
memberikan pilihan lebih baik bagi kesejahteraan kehidupan dan
menghindari riba.
.
Fakta Perbincangan:
Pendapatan suami isteri: RM10k
Simpanan: RM90k
Deposit beli rumah: 10%
Pembiayaan: Al-Bai Bithaman Ajil
Kadar faedah pinjaman: 7% setahun
Tempoh pinjaman: 30 tahun
.
Saya turut mendapatkan fakta sebenar dari internet apabila meninjau
pasaran hartanah di kawasan utara. Butiran rumah yang hendak dijual
adalah seperti di bawah:
Rumah untuk dijual pada harga RM549k!
Rumah dijual pada harga RM549k, dan kita mengambil angka terdekat
dengan mengandaikan harga RM550k untuk memudahkan kiraan. Deposit
adalah 10% atau RM55k. Kita turut mengambil kadar 2.5% bagi yuran
guaman perjanjian jual-beli rumah, dan 2.5% bagi perjanjian pinjaman,
iaitu keseluruhannya RM27.5k. Di bawah prinsip al-Bai Bithaman Ajil,
bank akan membeli rumah pada harga RM495k daripada penjual, dan
kemudiannya menjual kepada anda pada harga RM1,185,569, iaitu kiraan
bercampur riba 30 tahun. Secara ringkasnya, keseluruhan fakta pembelian
rumah dengan pinjaman adalah seperti di bawah:
.
Fakta urusan jual-beli:
Harga Jualan: RM550k
Deposit (10%): RM55k
.
Fakta urusan pinjaman:
Harga Belian (pinjaman): RM495k
Harga Jualan: RM1,185,569 (iaitu harga membeli rumah daripada bank)
Yuran Guaman: RM27.5k
Lain-lain (grill, renovation etc): RM7.5k
.
Jumlah dibayar dari simpanan: RM90k – RM55k – RM27.5k – RM7.5k = RM0k
.
Fakta ansuran bulanan:
Ansuran bulanan: RM3,293
Ansuran dibayar setahun: RM3,293 x 12 bulan = RM39,516 (+/- RM40k)
.
Berdasarkan fakta, anda perlu berbelanja
RM90k, dan membayar ansuran
RM40k setahun selama
30 tahun. Kini kita pertimbangkan fakta jika anda menyewa rumah dengan specifikasi dan usia sama:
Rumah untuk disewa RM800 sebulan!
Berdasarkan fakta, rumah sama disewakan RM800 sebulan. Kita andaikan
terma kebiasaan terpakai, iaitu 2+1 deposit dan sewa, cagaran elektrik
dan air sebanyak RM500, dan kos perjanjian serta stamping RM100. Secara
ringkasnya, keseluruhan fakta bagi menyewa rumah adalah seperti di
bawah:
.
Fakta urusan sewa:
Sewa: RM800 (setahun = RM9.6k)
Deposit dua bulan: RM1.6k
Cagaran air/api: RM500
Perjanjian & Stamping: RM100
.
Jumlah dibayar dari simpanan: RM90k – RM800 – RM1.6k – RM500 – RM100 = RM87k
.
Berdasarkan fakta, ianya jelas menunjukkan
menyewa rumah adalah lebih baik daripada membeli rumah. Anda sekadar berbelanja
RM3k untuk menduduki rumah yang sama. Anda mempunyai
baki simpanan RM87k dan
membayar sewa RM9.6k setahun untuk menduduki rumah baru!! Anda malahan berupaya
menyimpan RM30.4k setahun (RM40k (ansuran tahunan) – RM9.6k (sewa tahunan)). Perbandingan fakta lain adalah seperti di bawah:
Kini dan dengan simpanan RM87k serta penjimatan RM30.4k setahun
daripada perbezaan ansuran dan sewa tahunan, persoalan selanjutnya
ialah
berapa lamakah anda perlu terus menyimpan untuk mengumpulkan wang sebanyak RM550k atau berupaya membeli rumah secara tunai?
.
Kita ambil tempoh menyimpan selama
10 tahun.
Oleh itu dan pada tahun ke-10, anda telah mengumpulkan RM855,287, dan
menjimatkan tempoh 20 tahun sekiranya tidak membeli rumah melalui
pinjaman bank.
Bagaimana pula sekiranya anda laburkan simpanan RM87k serta lebihan
RM30.4k setahun dengan membuat pembelian emas (atau hartanah lainnya)?
Kita lihat peratusan kenaikan harga emas daripada tahun 1975–2000:
Kini kita andaikan harga emas pada tahun 1975 ialah $200 per/oz, dan
harga emas pada tahun 2009 adalah $963 per/oz. Oleh itu dan berdasarkan
rajah di atas, kita andaikan kenaikan harga emas lebih kurang 13%
setahun.
Kini dapatkan anda memikirkan
sebarang pelaburan lain yang halal
serta memberikan keuntungan minima 13%-20% setahun? Jika saya beri anda
RM10, dapatkah anda memerah fikiran dan menjadikannya RM12 dalam masa
setahun? Dapatkah anda menjadikan RM100 menjadi RM120 dalam masa
setahun? Dapatkah anda mendapat keuntungan RM325 dengan modal RM2,493
sebulan? Maka kaedah sama bagi jumlah besar, RM1K menjadi RM1.2k, RM10k
menjadi RM12k , RM100K menjadi RM120k dalam setahun dan seterusnya.
Usah fikirkan perniagaan yang susah dan rumit, dan paling penting,
elakkan daripada menjadi tamak. Pilih perniagaan jangka pendek dengan
sistem paling mudah difahami, walaupun sekadar menawarkan keuntungan
bersih seminima 13%-20% sebulan/setahun etc. Jika jumlahnya besar, anda
boleh pecahkan pelaburan mengikut bulan, iaitu 12 projek jangka pendek
dalam setahun dengan sasaran keuntugan bersih 13%-20% setahun.
Kini dan jika anda dapat memikirkannya dan mendisiplinkan diri anda,
mari kita buat andaian mudah dengan keuntungan 13% setahun. Berdasarkan
kadar purata 13% setahun, pelaburan RM87k dan pelaburan tahunan RM30.4k
setahun menjadikan nilai pelaburan kepada RM855,287 pada tahun ke-10.
Nilai pelaburan RM87k menjadi bernilai RM295,327, dan pelaburan dari
simpanan tahunan RM30.4k menjadi RM559,960.
Selainnya dan jika nilai kenaikan hartanah pada kadar 4% setahun,
nilai rumah RM550k akan menjadi RM770k (hakikat sebenar ialah harga
rumah sedang menjunam kerana kekurangan wang dalam aliran negara,
pemberian pinjaman yang mencapai tahap stagnant, kejatuhan ekonomi, dan
lelongan yang tidak berjaya).
Oleh itu dan jika anda membeli rumah pada harga tunai RM770k pada
tahun ke-10, anda masih mempunyai baki RM85.3k. Anda berjaya
menjimatkan tempoh pembayaran 30 tahun kepada 10 tahun. Anda tidak
dibebani hutang dan malahan bebas berpindah untuk tinggal di mana-mana
rumah baru dalam tempoh 10 tahun tersebut. Oleh itu kenapa perlu
membebankan diri dengan hutang selama 30 tahun? Kenapa perlu mengambil
riba?
Buatlah pilihan bijak dengan mengatur strategi bagi mengelakkan riba
serta menghindari hutang yang memeningkan kepala! Elakkan daripada
tertipu dengan ucapan manis bank bahawa membeli rumah adalah aset anda.
Hakikat sebenar ialah rumah tersebut tidak pernah menjadi aset anda,
tetapi menjadi aset bank selama 30 tahun, dan liabiliti atau tanggungan
anda. Maka itu ansuran yang dibayar setiap bulan hakikatnya sewa untuk
tempoh 30 tahun! Jika anda gagal membayarnya, anda dihalau dan rumah
dirampas.
Oleh itu, apakah perbezanya menyewa dan membeli rumah? Situasinya
tiada beza dan anda tetap tidak memiliki rumah tersebut apabila membeli
melalui pinjaman! Namun itu dan jika anda menyewa, anda memiliki
lebihan tunai daripada simpanan/pelaburan dan akan memiliki rumah sama
atau lebih baik selepas 7-10 tahun.
No comments:
Post a Comment