Tuesday, April 5, 2011

Asal Mula Jin 2

Asal Mula Jin 2Jan 17, '08 2:11 AM
for everyone
   
Keadaan Jin/Rupa Jin
a.  Ruang yang kecil boleh dipenuhi oleh berjuta-juta Jin.
b.    Jin yang kekal dalam kafir dan jin Islam yang fasik – rupanya jelek-jelk yaitu rupa yang menakutkan dan mengerikan.
c.    Jin Islam yang soleh rupanya elok-elok.
d.    Bentuk-bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi, ada bermacam-macam warna putih, merah, biru, hitam dan sebagainya.
e.    Jin Islam yang paling tinggi imannya paling tinggi solehnya dan paling baik amalannya dan paling luas ilmunya masih ada pada dirinya sifat-sifat mazmumah seperti takabbur, riak, ‘ujub dan sebagainya mudah menerima teguran dan pengajaran.
f.     Manakala manusia yang paling jahat ialah manusia yang bersifat dengan kesemua sifat-sifat mazmumah seperti sombong, riak, takabbur, ‘ujub dan sebagainya.  Mungkin inilah yang lazim dikatakan :
“Sebaik-baik Jin itu ialah sejahat-jahat manusia yang fasik”
Tetapi manusia yang paling jahat sulit atau susah menerima pangajaran dan teguran yang baik.
Jin sepertimana juga manusia berhajat kepada keturunan dan jumlahnya terlalu banyak dan tuturan kata berbagai-bagai loghat atau bahasa.
a.  Ada ulama membagi jin-jin ini kepada yang menunggu kubur, 
     yang menunggu gua, yang menunggu mayat manusia, 
     yang menunggu hutan rimba, yang menunggu bukit, yang menunggu lautan 
     bukau, yang menunggu air mata air, tasik, kolam, teluk, kuala, 
     pulau dan sebagainya.
b. Jenis-jenis Jin :
1.    Iblis                      :  (Bapa) Pujaan kepada semua jenis jin dan syaitan
2.    Asy-Syaitan             :  Syaitan-syaitan
3.    Al-Maraddah          :  Pembisik(pewas-was)
4.    Al-‘Afaariit             :  Penipu-penipu
5.    Al-A’waan             :  Pelayan-pelayan
6.    Al-Ghawwaasuun     :  Penyelam-penyelam
7.    Al-Tayyaaruun         : Penerbang-penerbang
8.    At-Tawaabi’          :  Pengikut-pengikut (Pengekor)
9.    Al-Quranaa’           :  Pengawan-pengawan
10. Al-‘Ummaar           :  Pemakmur-pemakmur
c.  7 Raja Jin (Alam) Bawah Yang Kafir
1.    Mazhab
2.    Marrah
3.    Ahmar
4.    Burkhan
5.    Syamhurash
6.    Zubai’ah
7.    Maimon
d.  7 Raja Jin (Alam) Atas Yang Islam
1.    Ruqiyaail
2.    Jibriyaail
3.    Samsamaail
4.    Mikiyaail
5.    Sarfiyaail
6.    ‘Ainyaail
7.    Kasfiyaail
e.  Raja Jin yang menguasai kesemua jin-jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM  YAAL.
f.  Majoriti  jin terdiri dari gulungan kafir. Islam hanya gulungan  minoriti sepertimana manusia dibumi. 80-90% jin menyerupai manusia.
g.    Anak-anak Iblis yang mempunyai kerajaan yang besar adalah  lima orang :
     1.  Thubar        -  Merasuk manusia yang ditimpa musibah dan bala.
     2.  Daasim        -  Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan silatul-rahim,
                               rumahtangga, keluarga, sahabat-handai, jemaah dll.
     3.  Al-‘Awar       -  Merasuk manusia untuk meruntuhkan akhlak, berzina, 
                               minum arak, liwat, berjudi juga gejala sosial.
     4.  Mabsuut       -  Merasuk manusia dengan mengadu-domba, fitnah, dengki-
                               khianat, sum’ah dll.      
     5.  Zalanbuur    -  Merasuk manusia dengan api pertengkaran permusuhan 
                               pembunuhan.
h.    4 raja Jin Ifrit yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri 
kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. (Jin yang paling jahat)
1.    Thamrith
2.    Munaliq
3.    Hadlabaajin
4.    Shughal
i.       Sementara malaikat yang mengawal kesemua jin-jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH
Perbezaan di antara perkataaan Jin, Ifrit Dan Syaitan
a.  Perkataan jin ditujukan kepada segala makhluk halus yang tersembunyi di antara malaikat dan manusia dan ianya tidak kelihatan oleh manusia. Pengetahuan mereka lebih luas dan panjang umurnya.
b.  Perkataan Ifrit pula ditujukan kepada satu gulungan jin yang sangat kuat dan bijak menipu dan sangat busuk hati terhadap manusia.  Gulungan ini tersangat  sombong lagi amat durhaka.
c.  Perkataan syaitan ialah ditujukan kepada satu gulungan jin yang sangat sombong lagi durhaka, pengacau dan menjadi musuh utama manusia dan mendapat kutukan Allah hingga kiamat.
d. Perkataan Iblis ialah ditujukan kepada satu jin yang sangat kuat taatnya dalam beribadah kepada Allah sehingga ia di angkat oleh Allah menjadi ketua atau qutub kepada seluruh malaikat dan jin, kemudian ia dilaknat oleh Allah menjadi makhluk yang agung kufurnya kepada Allah, oleh sebab angkuh dan takbur dirinya di atas asal usul kejadiannya terhadap kejadian Adam a.s yang dilantik menjadi khalifah Allah yang terakhir di alam ini.
e.  Firman Allah bermaksud :
“Iblis menjawab : Sebab Engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang halangi mereka dari jalan-Mu Yang Lurus.  Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur (taat).”
Bermula dari saat itulah syaitan melancarkan gerakan permusuhan dengan manusia sehingga kiamat.  Allah menjelaskan 3 jenis permusuhan syaitan dengan manusia :
     i.  Kejahatan (As-Suu’)       :  Iaitu berkenaan dengan dosa-dosa (maksiat) hati dan segala anggota badan.
    ii. Kekejian (Al-Fahsyaa’)  :  Iaitu kejahatan yang lebih buruk atau jahat lagi, kekejian ini adalah sebahagian kedurhakaan
        (maksiat) kepada Allah.
     iii. Berbohong terhadap Allah.
Ä  Kecepatan bergerak Jin melebihi cepat gerak cahaya dalam satu saat.
Ä  Umur jin tersangat panjang dan ada yang beribu tahun lama hidupnya.
Ä  Jumlah banyaknya jin iaitu seluruh manusia daripada Adam sehingga kiamat x haiwan-haiwan x batu-batu x pasir-pasir dalam bumi dan tumbuh-tumbuhan ini hanya 1/10 jumlah keseluruhan Jin. Manakala jumlah keseluruhan jin ialah 1/10 jumlah keseluruhan malaikat.  Jumlah keseluruhan malaikat hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang maha mengetahui.
Ä  Alam kediaman Jin ialah lautan, daratan, udara dan “Alam Mithal” suatu alam yang antara alam manusia dan alam malaikat.  Jika ditakdir diberi oleh Allah s.w.t. kepada kita melihatnya jika jarum yang jatuh dari atas tidak jatuh di atas bumi hanya jatuh di atas belakang-belakang mereka.
Ä  Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadis Nabi s.a.w. bermaksud :
    “Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anakmu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila telah berlalu suatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkanlah lampu-lampu serta sebutkan nama Allah, ikatkan minumanmu serta sebutkan nama Allah dan tutuplah sisa-sisa makananmu serta sebutkan nama Allah (ketika menutupnya)”.
(Maksudnya syaitan-syaitan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang merupakan saat mereka berkeliaran mencari rezeki baik lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa.)
     Kejadian makhluk mengikut apa yang difahamkan bahawa :
a.  Asalnya kejadian manusia itu ialah campuran :
  i.  Jisim Kathif iaitu tanah dan air.
ii.  Jisim Syafaf iaitu murni – api dan angin.
iii.  Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan “Latifatur-
     Rabbaniah”.  Sesuai dengan manusia sebaik-baik kejadian dan ciptaan Allah 
      dan khalifah Allah.
b.  Manakala kejadian Jin pula :
      i.  Jisim Syafaf murni iaitu api dan angin.
     ii.  Nurani-iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan dengan 
          kejadian jin.
c.  Binatang  :  i.  Jisim Kathif
                     ii.  Jisim Syafaf
d.  Batu-batu dan tumbuhan :  Jisim Kathif semata-mata.
e.  Malaikat :  Nurani semata-mata.
Kata setengah Ulama :  ‘Azazil itu bukanlah moyang jin, sebenarnya satu jin yang paling ahli dikalangan jin yang diangkat menjadi ketua ahli-ahli  kepada jin dan malaikat. Dia menjadi angkuh dan takabbur di atas keilmuan, ketaqwaan dan banyak ibadat serta asal-usul kejadiannya.  Maka Allah melaknatnya menjadi kafir dengan nama Iblis.
a.  Iblis apabila menyentuh paha kanan dan paha kirinya terbit 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya.  Tiap-tiap pasang itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri terbit pula seperti dahulunya begitulah sehingga kiamat.
b.  Jin pula apabila disentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan terus mengandung dan beranak terus mukallaf.  Begitulah berlaku sehingga kiamat.
c.  Bunian atau lebih masyhur dikalangan orang-orang Melayu dipanggil “Orang Ghaib” ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau perempuan manusia maka anak daripada hasil itu dikenali dengan nama Bunian mengikut manusia dalam beberapa perkara dan mengikut jin dalam beberapa perkara pula.  Bunian ini selalu datang kepada manusia dengan memberi berbagai-bagai perkara atau pertolongan antaranya :
1.    Keris-keris.
2.    Batu-batu yang dikatakan berhikmat.
3.    Jenis-jenis ubat-ubatan.
4.    Juga mengajar cara-cara berubat samada melalui bomoh, pawang atau bidan.
d.  Jin merasuk manusia melalui berbagai-bagai rupa dan cara dan manusia menggunakan khidmat jin untuk membuat khianat kepada sesama manusia pun melalui berbagai-bagai rupa dan cara juga.
e.  Seperti juga manusia biasa yang berada dalam tingkat-tingkat Iman, Ilmu dan amalan yang berasaskan kepada Awam, Khawas, Khawasil-khawas, maka jin juga berada dalam gulungan tersebut :
1.    Jin Islam yang Awam.
2.    Jin Islam yang Khawas.
3.    Jin Islam yang Khawasil-khawas.
f.  Gulungan jin kafir kebanyakannya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sedikit daripada mereka beragama Buddha, Majusi serta tidak beragama.
g.  Gulungan Jin yang kafir dan jin Islam yang awam segera datang memberi pertolongan kepada manusia samada dalam mimpi atau di dalam jaga. Lazimnya pertolongan itu yang membawa kepada rosak aqidah.
h.  Manusia yang bersahabat dengan jin akan berperangai seperti sahabat-sahabat jin yang bertaulan dengannya samada kafir, Islam yang awam, khawas atau khawasil-khawas.
i.   Di dunia semua jin boleh melihat manusia manakala manusia yang khawas atau khawasil-khawas sahaja boleh melihat jin selain para Nabi dan Rasul. Sementara di akhirat pula semua manusia mukmin ahli syurga boleh melihat jin manakala jin yang khawas atau khawasil-khawas sahaja yang boleh melihat manusia.
j.     Jin Islam yang awam atau jin kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya sebaliknya adalah rupa seekor binatang.  Manusia yang khawas dan khawasil-khawas, jin tidak dapat merasuk mereka tetapi mereka itu datang pula untuk bersahabat. 
k.    Manusia yang selamat dari gangguan jin, iblis atau syaitan ialah manusia yang  setiap waktu dan masa berada dalam Tauhid Allah melalui lidah, anggota dan hati, iaitu berada dalam aqidah syariat dan akhlak Rasulullah.  Jalan paling dekat untuk berada dalam tauhid Allah itu hendaklah kita jadikan diri kita serta mereka-mereka yang setiap waktu masa dan ketika berada dalam Tauhid Allah iaitu Nabi Muhammad s.a.w., sekelian Nabi-nabi dan Rasul a.s., sahabat-sahabat agung Rasulullah, ahli keluarga Rasulullah, para-para kekasih Allah samada yang masih hidup atau yang sudah mati, nescaya akan menyampaikan diri kita zahir dan batin berada dalam tauhid Allah di semua tempat waktu dan masa melalui anggota, lidah dan hati seumpama mereka, yakni selamat daripada gangguan-gangguan jin-jin Islam atau kafir, iblis, syaitan atau seumpamanya.
l.  Kata ulama :
          “Kun Ma’allah fain lam takun ma’allah, fakun ma’a man ma’allah fainnahu yu shiluka ilallah”
     Maksudnya : “Hendaklah jadikan diri kamu serta Allah maka jika kamu tidak boleh jadikan diri kamu serta Allah hendaklah jadikan diri kamu serta mereka yang serta Allah, maka sesungguhnya yang demikian itu akan menyampaikan diri kamu kepada Allah”
m.  Diri manusia mukmin yang menjadi kekasih Allah itu menjadi “Kalbu Alam” atau “Jantung “Alam” atau “Pusat Alam” yang dikurnia Allah daya atau kuasa graviti mengikut darjah ketinggian Iman, ilmu dan amalannya disisi Allah. Diri-diri yang lain itu hanyalah di bawah atau di dalam kuasa atau graviti mereka.
Ä  Kata Syeikh Abdul Wahhab  Asy-Sya’rani di dalam kitabnya Yawaqitu wal Jawahir, bahawa bersahabat dan bersekedudukan dengan jin itu sangat keji.  Katanya, “Barangsiapa memilih dan melebihkan sekedudukan dengan jin daripada sekedudukan dengan ulama, maka orang itu sangat jahil.  Kerana yang lebih ghalib atas jin itu adalah perbuatannya dan perkataannya berlebih-lebihan dan dusta jua seperti kelakuan manusia yang fasik.  Maka orang yang berakal lari ia daripada bersahabat dan bersekedudukan dengan dia, seperti larinya daripada bersahabat dan sekedudukan dengan manusia yang fasik.”
Katanya lagi : “Tiada sekali-kali aku lihat akan seseorang yang sekedudukan dengan jin itu beroleh kebajikan kerana asal kejadiannya itu api dan api itu sangat banyak geraknya itu datanglah berlebih-lebihan perbuatan dan perkataan orang itu.”
Katanya lagi : “Bahawa jin itu terlebih keras fitnahnya atas yang sekedudukan dengan dia daripada manusia.”
Berkata Syeikh Muhyuddin Arabi di dalam kitabnya Futuhat.  “Adalah orang yang sekedudukan (bersahabat) dengan jin itu tiada beroleh ilmu akan Allah.  Kerana jin itu sangat jahil akan Allah dan akan sifat-Nya.”  Dan terkadang menyangka oleh orang yang sekedudukan dengan dia itu bahawa segala perkara yang dikhabarkan oleh jin itu daripada barang yang berlaku di dalam alam itu adalah “KARAMAH” daripada Allah Ta’ala baginya. Maka sangkaannya itu adalah batil dan hanya adalah yang kesudahan pemberian jin kepada manusia itu, bahawa diberitahu akan segala khasiat tumbuh-tumbuhan dan khasiat batu dan khasiat segala isim dan huruf, maka iaitu dibilangkan daripada Ilmu Kimia jua, iaitu ilmu yang dicela oleh syarak kerana meninggal atau membelakangkan ilmu fardhu ain yang dituntut oleh syarak mempelajari serta beramal dengannya.
Katanya lagi : “Sesetengah yang telah terjawab bahawasanya banyak orang sekedudukan dengan jin itu jadilah takabbur atas segala manusia itu dan barangsiapa takabbur dimurkai Allah Ta’ala akan dia dan dimasukkan ke dalam neraka seperti yang tersebut dalam beberapa ayat Quran dan Hadis Nabi s.a.w.”

No comments:

Post a Comment