Tuesday, April 5, 2011

Beratnya Tanggungjawab Seorang Lelaki

Beratnya Tanggungjawab Seorang Lelaki

Lelaki akan menjadi dayus apabila (contoh):

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.



2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

4) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'sporting' yang memahami.



5) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

6) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.

7) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

8) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.



9) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

10) Membiarkan isteri kerap berdua-duaan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?
Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan (zina, buka aurat, bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinyisteri dan keluarganya)

Sabda Nabi:
 

"Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" (Riwayat Ahmad)

Jadi, jangan biarkan SUAMI, ayah, abang dan adik lelaki anda dilabel dayus! Sebagai seorang muslimah, kita hendaklah berhati-hati dalam setiap tindakan terutamanya berkenaan maruah diri iaitu aurat dan akhlaq. Janganlah terlalu berlebihan dalam berpakaian hingga tidak dipedulikan sama ada pakaian tersebut menampakkan sedikit/banyak bentuk tubuh, menonjolkan bentuk dada (dari pandangan sisi atau hadapan), ataupun jarang (contohnya tudung bawal). Bukan kita semua tidak tahu batas-batas aurat wanita, tetapi keseronokan berhias menjadikan kita lupa balasan Tuhan.
Betapa hebatnya daya pikat dan tarikan wanita, bukan saja di dunia...namun di akhirat pun demikian. Kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang, atau anak harus memainkan peranan mereka dengan bersungguh-sungguh. Seorang wanita itu apabila di hari akhirat nanti akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. Kaum lelaki harus memainkan peranannya dengan hak dan saksama, serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul di dunia! 4 golongan lelaki yang ditarik wanita ke neraka ialah:

Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup hanya memberi kemewahan dunia saja, dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.


Suaminya 

Apabila suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di luar rumah, menghias diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim, misalnya solat tidak lalai, puasa tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya kelak.


Abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga wanita jatuh kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja, sementara adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adik perempuan di akhirat nanti.


Anak lelakinya 


Apabila seorang anak tidak menasihati ibu perihal tindak-tanduk yang menyimpang dari Islam. Jika ibu membuat kemungkaran seperti mengumpat, menghina, dan sebagainya, maka anak lelaki itu turut ditanya serta diminta bertangungjawab di akhirat kelak.




Sumber: http://www.zaharuddin.net/content/view/546/99/ 

Semoga beroleh manfaat dan dirahmati Allah.


http://cikgumardiah.blogspot.com/2010/06/beratnya-tanggungjawab-seorang-lelaki.html

No comments:

Post a Comment