Oleh Ustaz Adlan Abd Aziz @ Alitantawi
Al kisahnya terdapat sekumpulan yang sentiasa mewar-warkan mereka ialah 'geng sunnah, salafi, pro sunnah, geng hadith, tajdid dll'. Jumlahnya tidak ramai pun. Saya sebagai seorang kenalan ingin menasihati dan memberi saranan kepada mereka - disebabkan mereka tidak habis-habis menggelarkan diri sebagai pendokong sunnah atau hadith - semoga mereka mendengar.
Saranan saya ialah -
KALAU BETUL-BETUL MENGAKU MEMBELA SUNNAH DAN HADITH....
1-tumpukan kepada mempelajari ilmu asas hadith terlebih dahulu - sama ada dinamakan Mustolah Hadith, Usul Hadith dan sebagainya - agar dapat memahami dengan lebih jelas. Jangan terus melompat tetapi gunakan tangga-tangga ilmu dalam bidang ini.
2-pelajari Bahasa Arab sedikit demi sedikit kerana kelemahan penguasaan Bahasa Arab akan menjejaskan penguasaan ilmu hadith. Pedulikan saranan mereka yang berkata 'tak perlu belajar arab pun tak apa sebab buku hadith dah banyak diterjemah' dan saranan ini berlegar dalam sebahagian bergelar geng sunnah ini. Hakikat pahit yang anda geng sunnah perlu akui ialah Bahasa Arab merupakan asas utama ilmu Islam termasuk ilmu hadith.
3-sertai kuliah pengajian hadith secara berguru semampu mungkin. Tak banyak pun tak apa tapi ada. Jangan hanya asyik di depan pc kemudian sibuk memberi ulasan tentang hadith. Asyik sangat berforum tentang ilmu-ilmu Islam sedangkan ilmu tidak dicari dan dipelajari secara formal. Hadith 40 pun tak pernah habis dibaca..apatahlagi Sahih Bukhari yang mengandungi beribu hadith - tetapi nampaknya begitu berani dan kedepan dalam menjawab persoalan hadith? Usah berbangga dengan kecanggihan software tertentu seperti Maktabah Syamilah dan lain-lain. Pengajian tradisi berguru dalam bidang hadith perlu diteruskan untuk mendapat ilmu dan juga adab.
4-jangan hanya taksub kepada seorang dua ulama, seorang dua ustaz, seorang dua guru. Itulah sebab yang menjadikan pemikiran sebahagian geng sunnah ini begitu tertutup. Akhirnya kebenaran hanyalah mereka...merekalah yang tahu tentang sunnah. Sedangkan ramai lagi orang yang mereka gelarkan 'tidak sunnah' lebih faham tentang hadith, lebih banyak mengaji dan belajar dengan ulama, lebih banyak himpunan sanad perguruan hadith, lebih beradab, lebih tahu dan lebih pandai. Adakah geng sunnah hanya ada dua tiga orang guru? Patutlah ilmunya kurang.
kalau anda siang malam pagi petang menghebohkan anda ialah geng sunnah...tapi tak buat 4 perkara di atas....
Pergi tidur lagi baik...ramai lagi orang yang bersusah payah menuntut ilmu tapi tidak 'sepening' anda. [Ustaz alitantawi]
http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=6078:sk-kalau-betul-anda-geng-sunnah-hadith-tajdid&catid=60:tazkirah
No comments:
Post a Comment