Thursday, June 16, 2011

FATWA DR YUSUF QARADAWI – Bertaklid Pada Mazhab

FATWA DR YUSUF QARADAWI – Bertaklid Pada Mazhab

Perselisihan Di Antara Imam-imam dan Hukum Bertaqlid Dengan Mereka
Soalan:
 


Kenapakah Imam-imam berselisih dan apakah hukum bertaqlid dengan mereka? Adakah pandangan-pandangan dalam masalah yang diperselisihi ini sabit daripada Rasulullah? Kenapakah terdapat perkara dalam ibadat yang mengikut pandangan seorang Imam adalah wajib dan mengikut pandangan Imam lain pula adalah makruh? Apakah pula hukumnya mentaqlid seorang Imam di dalam satu masalah, kemudian mentaqlid Imam lain di dalam masalah yang lain pula? Bolehkah kita mentaqlid selain daripada Imam-imam yang empat? Haruskah kita berpegang terus kepada al-Quran dan sunnah tanpa bergantung kepada mana-mana mazhab pada zaman ini?

Jawapan:
Saya akan menjawab bahagian pertama dari soalan ini terlebih dahulu.
1-Kenapakah Imam-Imam Berselisih?

Imam-imam berselisih kerana syariat Allah diturunkan dalam bentuk nas-nas. Manusia tidak dapat lari daripada perselisihan di dalam memahami nas-nas. Ini adalah suatu yang tabi’e (semulajadi) dalam kehidupan. Manusia di dalam perselisihan mereka terbahagi kepada dua.
Golongan yang mengambil berat tentang zahir lafaz dan golongan yang mengambil berat tentang maksud lafaz. Hal ini juga wujud di kalangan pengulas undang-undang. Terdapat madrasah (aliran) yang menyempitkan kepada zahir nas dan madrasah yang mengembangkannya dan mengambil berat tentang maksud nas.
Kedua-dua golongan ini telah wujud semenjak zaman Rasulullah lagi iaitu ketika Baginda bersabda selepas perang Ahzaab:
“من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فلا يصلين العصر إلا في بني قريظة” (رواه البخاري ومسلم وغيرهما). اختلف الصحابة في ذلك حين دنا الغروب، فقال بعضهم: إنما أراد منا سرعة النهوض، وآخرون قالوا: لا. لقد قال الرسول -صلى الله عليه وسلم-: “من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فلا يصلين العصر إلا في بني قريظة”. فنحن لا نصليها إلا في بني قريظة ولو بعد الغروب. . وصلوها بعد الغروب، وبلغ النبي -صلى الله عليه وسلم- فعل هؤلاء، وفعل هؤلاء، فلم يعنف أحدًا من الفريقين، إقرارًا منه -صلى الله عليه وسلم- للاجتهاد، حيث ترك الناس لاجتهادهم، فهذا من أسباب الاختلاف.

Maksudnya:
“Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat janganlah ia bersembahyang Asar melainkan di perkampungan Bani Quraidzah. Para sahabat telah berselisih mengenainya ketika hampir Maghrib. Ada yang berkata: “Tujuan Rasulullah (s.a.w) berkata demikian ialah supaya bersegera.” Yang lain pula berkata: “Tidak, Rasulullah telah bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat janganlah bersembahyang Asar melainkan di perkampungan Bani Quraizah.” Oleh itu kami tidak akan sembahyang melainkan di perkampungan Bani Quraidzah, walaupun selepas Maghrib.” Jadi, mereka menunaikan Asar didalam waktu Maghrib. Ketika disampaikan hal itu kepada Rasulullah, baginda tidak menyalahkan mana-mana golongan pun. Ini adalah iqrar (pengakuan) baginda terhadap ijtihad. Baginda membiarkan sahabatnya beramal mengikut ijtihad mereka. Inilah salah satu sebab perselisihan.
Sebab lain yang menyebabkan perselisihan pendapat ialah ada manusia yang `mutasyaddid’ (terlalu berhati-hati) dan ada yang `mutarakhis’ (memudahkan). Ini adalah tabiat manusia.
Ibnu Omar contohnya, tidak sama dengan Ibnu ‘Abbas.
 


. ابن عمر كان يتوضأ فيأبى إلا أن يدخل الماء إلى باطن عينيه، حتى عمي -رضي الله عنه- وابن عباس لا يرى هذا ضروريًا. ابن عمر يخشى أن يقبل أولاده وأن يسيل لعابهم عليه، وابن عباس يقبلهم ويعانقهم ويقول: إنها زهرات نشمها، فكان الفرق بين فقه الرجلين، فرقًا بين روح كل منهما. من هنا جاءت شدائد ابن عمر، ورخص ابن عباس، المشهورة في تراثنا الفقهي.
 
 
 


 Ibnu Omar ketika berwudhuk akan memasukkan air ke matanya sehingga menyebabkan beliau buta. Ibnu `Abbas pula tidak merasakan perkara itu perlu. Ibnu Omar takut mencium anak anaknya kerana bimbang air liur mereka terkenanya. Ibnu `Abbas pula mencium dan memeluk mereka serta berkata: “lanya seperti bunga yang dicium.” Perbezaan pandangan antara dua sahabat ini ialah perbezaan roh mereka. Dari sinilah datangnya kaedah’ Syadaaid Ibnu Omar’ dan `Rukhsah Ibnu Mas’ud’ yang terkenal di dalam warisan Feqah.

Bahasa juga merupakan sebab berlakunya perselisihan.
Firman Allah:
وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ
“Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga quru ‘. ” Al-Baqarah: 228

Apakah yang dimaksudkan dengan quru’?
Di dalam bahasa, perkataan ini memberi makna haid dan juga suci. Para Imam telah berselisih disebabkan oleh perselisihan mereka dalam menentukan maksud perkataan-perkataan yang mempunyai  banyak  makna.
Begitulah juga dengan sebahagian perkataan yang membawa maksudnya yang hakiki dan `majazi’ (bukan makna hakiki). Sebahagian Imam mengambil maknanya yang hakiki dan sebahagian yang lain mengambil maknanya yang `majazi’. Sebagai contohnya, firman Allah:
أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ                         
“Atau kamu sentuh perempuan. Al-Maidah: 6
Adakah yang dimaksudkan di sini bersentuh, seperti pandangan Ibnu Omar atau ianya adalah kiasan bagi persetubuhan, seperti pandangan Ibnu `Abbas?
 
Antara sebab  perselisihan pendapat seterusnya  ialah yakin atau tidaknya Imam-imam kepada sesuatu riwayat. Seorang Imam mungkin meyakini dan mengambil suatu riwayat, sedangkan seorang Imam yang lain tidak meyakininya atau mengambilnya.
Sesetengah daripada mereka mengenakan syarat-syarat untuk menerima hadis yang tidak dikenakan oleh yang lain. Terutamanya di dalam beberapa masalah seperti `umum al-balwa’.
Sebab perselisihan pendapat lain lagi ialah perselisihan mereka di dalam penilaian dan pengkelasan sesuatu dalil. Misalnya Imam Malik mengutamakan amalan penduduk Madinah dalam ibadat lebih daripada hadis Aahaad.
Ada Imam-imam yang mengutamakan hadis Dha’if (yang kemudiannya dinamakan hadis Hasan) lebih daripada qias. Imam-imam lain pula melihat sebaliknya. Begitulah seterusnya.
Ada yang berhujah dengan hadis Mursal secara total, ada yang menolaknya secara total dan ada juga yang menerimanya dengan bersyarat.
Ada yang berpendapat syariat umat terdahulu adalah syariat bagi kita dan ada yang tidak berpendapat begitu.
Ada yang berhujah dengan kata-kata sahabat dan ada yang menolaknya.
Ada yang berhujah dengan `masaah mursalah’ (yang tidak ada dalil menunjukkan penerimaan dan penolakannya) dan ada yang tidak menerimanya.
Sebab-sebab berlaku percanggahan ini adalah perselisihan mereka dalam dalalah(dalil atau bukti) `amr’ (perintah) dan `nahyu’ (larangan), `am’ (umum) dan `khas’ (khusus), `mutlak’ dan `muqaiyad’(yang berkait), `mantuq’ dan `mafhum’ serta lain-lain perkara lagi yang dijelaskan dalam ilmu Usul Fiqh.
Tegasnya, terdapat banyak sebab yang membawa kepada perselisihan Imam-imam. Banyak buku-buku sama ada lama dan baru yang disusun dalam masalah ini. Antaranya ialah kitab al Insaf fi asbab al-Ikhtilaf karangan al-’Allamah al-Dahlawi, `Asbab Ikhtilaf ulama’ karangan Sheikh Ali al-Khafif dan buku `al-Sohwah al-Islamiahbainaal-Ikhtilafal-masyru` waal-Tafarrugal-Mazmum’
karangan saya sendiri(al qaradawi).
Saya telah menerangkan di dalamnya, perselisihan di dalam perkara furu’ (cabang) adalah daruri(keperluan), rahmat, keluasan dan kekayaan. Saya juga menerangkan asas-asas fikiran dan akhlak yang terbina di atasnya `Fiqh al-Khilaf (cara-cara berselisih) dan adab-adabnya sesama umat Islam.
Allah telah memberikan rahmat-Nya kepada umat ini dengan tidak menyempitkan agama mereka. Allah memberikan keluasan di dalam agama bagi pandangan dan pemahaman yang berbeza. Sesuatu yang sesuai untuk satu suasana mungkin tidak sesuai untuk suasana lain.
Suatu yang sesuai untuk satu zaman mungkin tidak sesuai untuk zaman yang lain.
Sebahagian sahabat telah berfatwa bagi satu masalah, kemudian menarik balik fatwanya itu, sebagaimana yang berlaku pada Omar.
وقد سئل: كيف رجع؟ فقال: هذا على ما علمنا، وذاك على ما نعلم، فقد تختلف البيئة أو الحال، فيتأثر الإنسان بما يرى وبما يسمع فيغير رأيه.
Ketika ditanya kenapa beliau berpatah balik daripada pandangannya, beliau berkata: “Itu adalah berdasarkan apa, yang telah kita tahu, ini pula berdasarkan kepada apa yang sedang kita tahu.” Suasana dan hal sesuatu mungkin berubah dan manusia akan terkesan dengan apa yang dilihat dan didengar, lalu menukarkan pandangannya.

Oleh sebab inilah, Imam Syafie mempunyai dua mazhab. Mazhab `Qadim’( ketika beliau berada di Iraq) dan mazhab `Jadid’( ketika beliau berada di Mesir). Perkara ini boleh kita lihat dalam kitab-kitab Fiqh: “Ini adalah pandangan Syafie dalam mazhab `Qadim”‘, “Ini adalah pandangan Syafie dalam mazhab `Jadid’.” Ini ialah kerana apabila Imam Syafie sampai di Mesir, beliau melihat perkara-perkara yang belum pemah dilihatnya. Beliau mendengar hadis-hadis yang belum pemah didengarnya. Kerap kali mujtahid membetulkan kembali pandangannya. Semua ini adalah sebab-sebab yang membawa kepada berlakunya perselisihan.
Apabila Abu Ja’far al-Mansur meminta Imam Malik mengarang kitabnya `Al-Muwattha”, beliau (Abu Ja’far) telah berkata: “Jauhilah `syadaid’ Ibnu Omar, `rukhsah’ Ibnu ‘Abbas, `syawaz’ (keganjilan) Ibnu Mas’ud dan ajarlah ia kepada orang ramai.”
Imam Malikmelaksanakan permintaan ini dan mengarang kitabnya yang terkenal dalam Islam dengan nama `Al-Muwattha’.
Khalifah kemudiannya ingin memaksa orang ramai mengikut kitab ini, tetapi Imam Malik (r.a) dengan kefahaman, kesedaran dan kewarakannya telah berkata:
لا تفعل يا أمير المؤمنين، فإن أصحاب رسول الله -صلى الله عليه وسلم- قد تفرقوا في الأمصار، وأصبح عند كل قوم علم، والناس قد سبقت إليهم أقاويل ورضوا بها، فإن حملتهم على رأي واحد تكون فتنة 

“Wahai Amirul Mukminin, jangan lakukannya! Sesungguhnya sahabat-sahabat Rasulullah telah bertebaran ke segenap tempat. Setiap kaum telah mempunyai ilmu. Masyarakat telah menerima banyak pandangan dan meredhainya. Sekiranya kamu memaksa mereka menerima satu pandangan sahaja, nescaya akan berlaku fitnah.”

Begitulah, mereka memandang perselisihan dalam perkara-perkara furu’ (cabang) sebagai satu yang tidak memudaratkan dan tidak dapat dielak. Tidak mungkin umat akan bersepakat menerima satu pandangan sahaja dalam masalah-masalah furu’ sebegini. Inilah kelembutan dan kebaikan Allah terhadap umat ini, diberikan kita peluang untuk berijtihad dan ruang bagi berbilang-bilang pandangan.
Bayangkanlah apa yang akan terjadi sekiranya semua umat Islam bersepakat menerima satu pandangan sahaja dalam semua perkara (menolak pandangan-pandangan lain). Tiada sesiapapun yang akan dapat menggunakan `rukhsah’ (kelonggaran) dalam mana-mana perkara. Tiada siapa juga yang boleh menilai pandangan, kata-kata atau riwayat bagi mengetahui yang manakah paling tepat dan benar?
Kesemua ini adalah jawapan bagi soalan: “Mengapakah Imam-imam berselisih?” 
2-Hukum Bertaqlid Kepada Imam-Imam mazhab?.
Soalan:
 
Apakah hukum bertaqlid kepada Imam-imam mazhab?
Jawapan:
Terdapat golongan yang mengatakan wajib bertaqlid kepada Imam-imam yang empat. Inilah yang dikatakan oleh pengarang kitab tauhid, `al Jauharah’ imam bajuri.
Terdapat juga pendapat melampau yang menyatakan wajib bertaqlid kepada Imam yang tertentu sahaja:
Pengikut mazhab Syafie berkata wajib bertaqlid kepada Syafie: Pengikut mazhab Hanafi berkata wajib bertaqlid kepada Abu Hanifah. Begitulah seterusnya, pengikut mazhab Maliki dan Hanbali berkata wajib bertaqlid kepada imam mereka.
Pendapat ini adalah silap menurut para pengkaji. Bahkan mereka berkata:
“Pendapat yang mengatakan wajib bertaqlid kepada Imam tertentu, menerima pandangannya sahaja dan menolak pandangan yang lain adalah haram di sisi agama.”
Lebih dari itu, Sheikhul Islam Ibnu Taimiah juga telah berkata:
Orang yang berpendapat sebegini sekiranya tidak bertaubat hendaklah dibunuh.”
Ini adalah kerana orang yang berkata wajib bertaqlid di dalam urusan agama kepada Imam yang tertentu, mengambil kata-katanya semata dan menolak kata-kata yang lain, seolah-olah telah menjadikan Imamnya pencipta undang-undang dan nabi yang maksum. Ini tidak dibenarkan di dalam Islam. Orang yang mengatakan kata-kata ini hendaklah bertaubat. Sekiranya dia berterusan begitu, dia telahpun terkeluar dari Islam pada pandangan Ibnu Taimiah.
Ibnu Qayyim juga telah berkata:
: نعلم بالضرورة أنه لم يكن في عصر الصحابة، رجل واحد آثر رجلاً منهم يقلده في جميع أقواله بحيث لم يسقط منها شيئًا، وأسقط أقوال غيره فلم يأخذ منها شيئًا، ونعلم بالضرورة أن هذا لم يكن في عصر التابعين، وليكذبنا المقلدون برجل واحد سلك سبيلهم الوخيمة في القرون المفضلة على لسان رسول الله -صلى الله عليه وسلم- وتلك هي القرون الثلاثة الأولى المفضلة في الأحاديث الصحيحة. . . وإنما حدثت هذه البدعة في القرن الرابع المذموم على لسانه -صلى الله عليه وسلم-.
“Kita telah ketahui secara daruri, tidak terdapat di zaman sahabat mahu pun tabi’en seorang lelaki yang melebihkan seorang lelaki lain dari kalangan mereka; dia mentaqlid semua pandangan beliau tanpa meninggalkan satu pun daripadanya dan menolak semua pandangan selain daripada pandangan orang yang ditaqlid itu. Dustalah mereka yang berkata, terdapat lelaki sebegitu di kurun yang dimuliakan oleh Rasulullah ini iaitu tiga kurun pertama yang baginda muliakan di dalam hadis-hadisnya yang sahih. Bidaah ini hanyalah berlaku di kurun yang keempat yang dicela oleh Rasulullah (s.a.w).

Ibnu Qayyim telah menentang kata-kata ini (taqlid empat Imam sahaja dan taqlid salah seorang yang tertentu dari mereka) di dalam kitabnya “I’lam al-Muqi’en’. Dia telah menggunakan lebih kurang lima puluh hujah dalam menyalahkan pandangan ini. Beliau telah membuat perbincangan yang panjang dan bernilai. Sesiapa yang ingin mengetahuinya bolehlah merujuk kepada kitab tersebut.
Kesimpulan kata-kata beliau ialah, apabila sampai kepada seseorang yang bukan ahli ijtihad pandangan yang sahih dari mana-mana Imam yang empat atau Imam-imam sebelum dan selepas mereka haruslah baginya mentaqlid mereka.
Ahli ijtihad pula wajib berijtihad. Orang awam dan mereka yang tidak mampu berijtihad dibenarkan mengambil pandangan mana-mana Imam atau faqih yang sampai ke martabat ijtihad. Inilah apa yang diperintahkan Allah di dalam firmannya:
فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ 
“Maka bertanyalah kamu kepada ‘Ahli Zikir’ jika kamu tidak mengetahui. AI-Anbiya’: 7
Ini adalah jawapan bagi hukum taqlid.
3-Masalah-Masalah Yang Diperselisihi.
Soalan:
 
Adakah semua pandangan dalam perkara yang diselisihi ini sabit daripada Rasulullah?
Jawapan:
Terdapat banyak amalan yang dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w) dan diriwayatkan daripadanya bahawa baginda memang pernah melakukannya meskipun terdapat amalan lain yang lebih kerap dilakukannya.
Contohnya, takbir di dalam azan. Adakah empat kali atau dua kali sahaja. Kedua-dua bilangan ini diriwayatkan daripada Rasulullah.
Mazhab Maliki mengambil bilangan dua kali, manakala mazhab lain mengambil bilangan empat kali.
Begitulah juga dengan tarjii’ (mengucap dua kalimah syahadat dengan perlahan sebelum dilaungkan). Ianya telah diriwayatkan daripada Rasulullah. Sebahagian ulama menerimanya dan sebahagian yang lain menolaknya.
Sebahagian dari perkara ini diriwayatkan daripada Rasulullah, meskipun mungkin satu bahagian lebih kerap diamalkan daripada bahagian yang lain. Seperti membaca bismillah dengan kuat.
Adalah diriwayatkan, baginda tidak membacanya dengan kuat. Namun, terdapat hadis-hadis yang menunjukkan baginda membacanya dengan kuat. Ini tidaklah menghalang kemungkinan baginda membacanya dengan kuat dalam sesetengah keadaan untuk mengajar orang yang bersembahyang di belakang baginda atau sebagainya.
Oleh itulah, Ibnu Taimiah telah berkata di dalam perkara-perkara yang seumpama ini:
يجوز أن يترك الأفضل في أمور العبادات لتأليف القلوب، كما ترك النبي -صلى الله عليه وسلم- بناء البيت – الكعبة – على قواعد إبراهيم، من خشية تنفيرهم،
“Kita boleh meninggalkan perkara yang afdhal dalam ibadat demi menyatukan hati, sebagaimana Rasulullah membiarkan Kaabah daripada dikembalikan pembinaannya di atas asas yang telah dibina oleh nabi Ibrahim kerana bimbang orang ramai akan menjauhkan diri daripadanya.
Imam-imam seperti Imam Ahmad juga berpandangan demikian dalam masalah bismillah, menyambung sembahyang witir (iaitu sama ada tiga rakaat sembahyang witir dilakukan dengan satu atau dua salam) dan sebagainya yang menunjukkan boleh meninggalkan perkara-perkara yang afdhal demi menyatukan hati, serta untuk menunjukkan bahawa perkara itu adalah sunnah dan sebagainya.”
 


4-Berpegang Kepada Al-Quran Dan Sunnah.
Soalan:
 
Bolehkah kita bertaqlid kepada selain Imam-imam yang empat? Bolehkah kita berpegang terus kepada al-Quran dan sunnah tanpa bergantung kepada mana-mana mazhab?
Jawapan:
Ya, harus bertaqlid kepada selain Imam-imam yang empat.

Berpegang terus kepada al-Quran dan sunnah juga adalah harus bagi orang yang mampu berbuat demikian dari kalangan ahli Fiqh dan para pengkaji.
Mereka bolehlah mengkaji, berijtihad dan mengeluarkan hukum daripada al-Quran dan sunnah serta mencari hukum yang paling kuat berdasarkan dalil dan hujahnya.
Mereka juga boleh merujuk kepada ulama-ulama ‘tarjih’ dan ulama-ulama perbandingan mazhab yang membanding dan mencari hukum yang terkuat berdasarkan dalil dan hujah seperti Ibnu Daqiq al-’Eid, Ibnu Taimiah, Ibnu Qayyim, Ibnu Hajar al-’Asqalani, as-San’ani, asSyaukani dan lain-lain lagi.
Seterusnya bolehlah dia mengambil hukum yang paling diredhai, paling kuat pada pandangannya dan yang hatinya tenang untuk diamalkan dalam agamanya. Inilah tanggungjawabya. Allah tidak mewajibkan kepada manusia suatu tanggungjawab yang tidak mampu dipikulnya.
Pandangan yang tersebar di zaman kemunduran sekarang yang mengatakan bahawa pintu ijtihad telah tertutup adalah ditolak dan tidak mempunyai dalil sama ada daripada al-Quran, sunnah mahu pun ijmak.
Bahkan pengikut mazhab Hanbali dan lainnya telah berkata:
إنه لا يجوز خلو عصر من العصور من مجتهد يفتي الناس وفق الأدلة. ولا حرج على فضل الله تعالى أن يمنح بعض عباده من المواهب والقدرات ما يؤهله لمرتبة الاجتهاد، وهو ليس بالأمر المستحيل
“Tidak harus wujud zaman yang tidak ada mujtahid yang berfatwa kepada manusia berdasarkan dalil-dalil. Bukanlah suatu yang sukar bagi Allah untuk memberikan kelebihan dan kemampuan kepada sebahagian hamba-Nya bagi membolehkan mereka berijtihad. Ijtihad bukanlah suatu yang mustahil.
Bahkan, di zaman kita ini ijtihad lebih mudah dilaksanakan kerana adanya kemudahan jalan- jalan ilmiah yang tidak ada pada zaman sebelum kita seperti percetakan, fotostat, komputer dan sebagainya lagi.
Sementara orang yang tidak memahami ilmu bahasa (Arab) dan dalalahnya (petunjukkannya kepada sesuatu perkara), al-Quran dan sunnah serta ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kedua-duanya, tempat-tempat `khilaf (perselisihan) dan ijmak, Usul Fiqh, Qias, kaedah-kaedah `ta’arudh’, `tarjih’ dan sebagainya yang merupakan alat-alat asasi untuk berijtihad, adalah berkewajipan untuk merujuk kepada pakar-pakar ilmu sebagaimana manusia kebiasaannya merujuk dalam sesuatu masalah kepada pakarnya. Firman Allah:
“Maka bertanyalah kamu kepada “Ahli Zikir” jika kamu tidak mengetahui. Al-Anbiya’: 7
Sangkaan sesetengah golongan yang mewajibkan semua manusia berijtihad adalah suatu yang tidak dapat diterima. Ianya adalah suatu yang tidak mungkin serta tidak mempunyai dalil.
5-Hukum `At-Talfiq’ Antara Mazhab-Mazhab.
Soalan:
 
Apakah hukum bertaqlid kepada seorang Imam dalam satu masalah dan kemudiannya bertaqlid kepada Imam lain dalam masalah yang lain pula?
Jawapan:
Inilah yang dinamakan `talfiq’. Sebahagian ulama membenarkannya dan sebahagian yang lain melarangnya. Pada pandangan saya sekiranya ‘talfiq’ ini bertujuan mencari hukum yang termudah dan yang bertepatan serta disukai oleh hawa nafsu tanpa mengira dalil, maka hukumnya adalah tidak harus.
Oleh itu para salaf telah berkata:
من تتبع رُخص المذاهب فسق.
 ”Orang yang mencari rukhsah (keringanan) daripada mazhab-mazhab adalah fasiq.”
Sebagai contoh:
Seseorang yang mengambil pendapat mazhab tertentu apabila kepentingannya terdapat di dalam pendapat tersebut seperti seorang lelaki mengambil pendapat Abu Hanifah yang mengatakan jiran mempunyai `syufah’ bagi membolehkannya memiliki rumah jiran sebelahnya.
Tetapi jika pendapat mazhab tersebut mendatangkan maslahat kepada jirannya, dia akan mengambil pendapat sebaliknya, iaitu jika dalam masalah yang sebaliknya. Dia berkata: “Aku mengambil pendapat Imam Syafie dan aku menolak pendapat lainnya.”
Itu adalah kerana dia mengikut hawa nafsunya, mempermain-mainkan agama dan menjadikan mazhab-mazhab sebagai hamba kepada kepentingannya.
Seorang Mukmin sepatutnya sentiasa bersama-sama kebenaran sama ada kebenaran itu baginya atau ke atasnya (zahirnya menguntung atau merugikannya). Allah telah mencela kaum Munafiq di dalam firman-Nya:
وَيَقُولُونَ آَمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالرَّسُولِ وَأَطَعْنَا ثُمَّ يَتَوَلَّى فَرِيقٌ مِنْهُمْ مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ وَمَا أُولَئِكَ بِالْمُؤْمِنِينَ  وَإِذَا دُعُوا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ إِذَا فَرِيقٌ مِنْهُمْ مُعْرِضُونَ  وَإِنْ يَكُنْ لَهُمُ الْحَقُّ يَأْتُوا إِلَيْهِ مُذْعِنِينَ
“Dan (di antara orang-orang yang tidak dikehendakinya ke jalan yang lurus ialah) mereka yang berkata: Kami beriman kepada Allah dan kepada RasulNya serta kami taat “.Kemudian segolongan dari mereka berpaling (membelakangkan perintah Allah dan Rasul) sesudah pengakuan itu dan (kerana berpalingnya) tidaklah mereka itu menjadi orang-orang yang sebenarnya beriman. Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada kitab Allah dan sunnah RasuINya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan serta merta segolongan dari mereka berpaling engkar (menolak ajakan itu kiranya keputusan tidak menguntungkan mereka). Dan (sebaliknya) jika keputusan itu memberi hak kepada mereka, mereka segera datang kepadanya dengan tunduk taat (menerima hukamannya). An-Nur: 47-49.

Kaum ini mahukan kebenaran mengikut mereka, bukannya mereka mengikut kebenaran seperti yang dilakukan oleh Mukmin sebenar.
Adapun sekiranya seseorang itu mengikut pendapat yang paling betul (rajih) pada, pandangannya (dari segi dalil dan hujah) dan paling kuat pada penilaian hatinya, bolehlah dia mengikut pandangan Abu Hanifah yang mengatakan bahawa menyentuh perempuan tidak membatalkan wudhuk, pandangan Syafie yang mengatakan bahawa keluar darah tidak membatalkan wudhu’ dan pandangan Maliki yang mengatakan bahawa air tidak akan najis melainkan apabila berubah warna, bau atau rasa, setelah dia merasa tenang dengan dalil-dalilnya.
Inilah fatwa saya(al qaradawi).
Semoga Allah memudahkan kita untuk memahami agamanya. Sesiapa yang Allah hendak berikannya kebaikan akan diberi kefahaman dalam agama.
Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad, keluarga, dan sahabat-sahabat baginda.
Untuk melihat teks arab klik si sini

No comments:

Post a Comment