Kepelikan Mini: Jemaah2 Baru Di Malaysia | for everyone |
Sarung pedang, 18 mac 2007
1.Jemaah IK-WAN (Jemaah Ikut Kawan)
2. Jemaah TAKBLEY (Jemaah Tak boleh)
3.Jemaah Ahlus Salah Wal Susah (ASWS) (Jemaah Semua Salah dan Semua Susah)
4. Jemaah Selaspie (Jemaah Sell Islam as easy as a pie)
5. Kumpulan RUMPAQAN COORPERATION (Kumpulan perniagaan)
6.Hizbut TAKRETI (Tentera tak reti-reti)
nantikan laporan-laporan seterusnya di Channel Berita THE SHARPEST SWORD
p/s: maafkan saya jika anda merasakan membaca penulisan ini tidak berfaedah dan membuang masa anda. tetapi cubalah fahami maksud tersirat yang ingin disampaikan di sebaliknya. Moga kita tidak menjadi seperti seorang mufti yang suka menghukum orang sampaikan menghukum sesuatu kaum sebagai PEMALAS mengikut citarasa dia sendiri.
Prev: Komentar Mengenai Asal-Usul Wujudnya 'Mazhab Wahabi'Inilah senarai beberapa jemaah dan kumpulan 'ISLAM' baru yang berjaya ditemui di Malaysia sejak Mac 2007. Dipercayai kumpulan-kumpulan ini cuba untuk meniru nama beberapa kumpulan yang sudah ada sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia bagi meraih simpati dan menambah ahli.
Keahlian mereka semakin hari semakin bertambah dan menurut kata-kata professor Pedang-Padang-Jawa, kehadiran mereka banyak menggugat kestabilan fahaman agama di negara kita. Berikut diberikan hanya keterangan ringkas mengenai setiap kumpulan tesabit. InsyaAllah, pihak The Sharpest Sword akan terus berusaha membongkar lagi kegiatan-kegiatan hipokrit seperti ini, sesuai dengan tema kami "Slashing Through Hipocrisy".

Modus operandi Jemaah ini mudah: mereka akan mengikut kata-kata kawan-kawan mereka yang diiktiraf sebagai 'lebih alim' dan 'lebih sunnah' serta 'lebih tsiqoh' di kalangan mereka sebagai sumber penentuan hukum dan syarak.
Bagi Jemaah IK-WAN, hujah para ulama adalah boleh diragui dan lebih banyak salahnya dari benarnya sebab bagi ahli IK-WAN, para ulama adalah manusia yang tidak maksum. Bagi mereka, pendapat Ijma dan Jumhur ulama juga tak dapat dipakai kerana bagi IK-WAN, ramai tak semestinya betul. Bagi mereka juga, perasaan Ikhlas semata-mata adalah kunci dalam segala peribadatan dan amalan makluk di bumi.
Oleh kerana slogan 'ramai tak semestinya betul' diguankan, IK-WAN turut menolak kaedah pensabitan hadis sohih melalui sanad yang ramai dan tidak terputus. Bagi mereka, jika kawan mereka, contohnya ustaz Y mengatkan sesuatu hadis itu sohih atau dhoif, mereka akan mengikutinya 100% dan menamakan hadis itu 'hadis sohih mengikut ustaz Y'.
Ahli jemaah IK-WAN diberikan kuasa sepenuhnya untuk menjadi Mujtahid daripada Muqallid sekiranya mereka berjaya mengkhatam membaca sekeping risalah bertajuk "Bid'ah".
Target ahli jemaah IK-WAN lebih diutamakan kepada para remaja yang bersemangat waja yang terluap-luap semangatnya untuk memperjuangkan Islam tetapi tidak mempunyai kekuatan asas dalam ilmu hadith dan sebagainya. Mereka kan diajar untuk mentafsir al-quran dan hadis secara literal dan menjsiismkan perkara2 ghaib. Mereka juga akan terus diajar tentang bagaiman hendak membid'ahkan orang awam, para ulama (di peringkat lebih tinggi).

Jemaah ini dipercayai berasal dan bermula di kutub selatan. Kaedah mereka cukup mudah; semua benda yang ada dalam khilaf umat dan para ulama akan dikatakan TIDAK BOLEH.
Menggunakan motto 'TIDAK BOLEH', jemaah ini juga lebih sibuk MENGHARAMKAN benda2 yang Halal berbanding menyuruh manusia membuat kebaikan dan mencegah mungkar.
Dan target mereka bukanlah orang2 awam tetapi para ulama dan cendikiawan. Mereka bergerak dengan memfitnah para ulama dan menjatuhkan kreadibiliti, air muka dan pengaruh ulama tersebut. Kemudian, mereka akn mencipta seorang icon baru yang akan diangkat sebagai HERO oleh masyarakat, kononnya HERO tersebut ingin 'menyucikan' agama. Penerangan mengenai 'TEORI SUPERHERO' akan dilakukan oleh Chief Editor The Sharpest Sword tidak lama lagi, InsyaAllah.
Menggunakan motto 'TIDAK BOLEH', jemaah ini juga lebih sibuk MENGHARAMKAN benda2 yang Halal berbanding menyuruh manusia membuat kebaikan dan mencegah mungkar.
Dan target mereka bukanlah orang2 awam tetapi para ulama dan cendikiawan. Mereka bergerak dengan memfitnah para ulama dan menjatuhkan kreadibiliti, air muka dan pengaruh ulama tersebut. Kemudian, mereka akn mencipta seorang icon baru yang akan diangkat sebagai HERO oleh masyarakat, kononnya HERO tersebut ingin 'menyucikan' agama. Penerangan mengenai 'TEORI SUPERHERO' akan dilakukan oleh Chief Editor The Sharpest Sword tidak lama lagi, InsyaAllah.
3.Jemaah Ahlus Salah Wal Susah (ASWS) (Jemaah Semua Salah dan Semua Susah)
Jemaah ini merupkan pecahan daripada jemaah takbley. Apa yang berbeza ialah mereka menumpukan pengaruh kepada suri-suri rumah dan wanita koporat yang tidak ingin memakai tudung dan menutup aurat.
Merek bergerak memperjuangkan slogan "Semua Susah dan Salah". Mereka mengatakan bahawa semua hukum yang ada dalam Islam adalah menyusahkan dan membebankan kaum wanita.
p/s: ada pihak yang memberitahu kami di ruangan The Sharpest Sword bahawa ketua ASWS adalah seorang menteri wanita di sebuah negara. benarkah? kita siasat lagi next time!
Merek bergerak memperjuangkan slogan "Semua Susah dan Salah". Mereka mengatakan bahawa semua hukum yang ada dalam Islam adalah menyusahkan dan membebankan kaum wanita.
p/s: ada pihak yang memberitahu kami di ruangan The Sharpest Sword bahawa ketua ASWS adalah seorang menteri wanita di sebuah negara. benarkah? kita siasat lagi next time!
4. Jemaah Selaspie (Jemaah Sell Islam as easy as a pie)
Masih banyak yang tidak diketahui mengenai jemaah ini. Apa yang kita pasti mereka sibuk menggelarkan diri mereka sebagai 'orang paling ikhlas dan tersunnah' di muka bumi. Setiap ahli yang memasuki kumpulan mereka akan diberi ucapan tahniah dan mereka akan menyatakan kepada ahli baru itu bahawa ahli itu adalah manusia paling disayangi Tuhan sebab itu dimasukkan ke dalam kumpulan mereka.
Mereka juga sibuk menggelarkan diri mereka dengan gelaran 'kaum salafi' untuk cuba mengaburi mata masyarakat dengan kumpulan salafussoleh yang benar-benar mewarisi ilmu2 para sahabat dan Rasulullah.
Hakikatnya, mereka mempermudah-mudahkan hukum-hukum yang ada dalam Islam secukup rasa mereka bagi menarik minat mereka yang malas beramal dengan amalan-amalan soleh, smudah idiom bahasa inggeris "As easy as a pie".
Mereka juga sibuk menggelarkan diri mereka dengan gelaran 'kaum salafi' untuk cuba mengaburi mata masyarakat dengan kumpulan salafussoleh yang benar-benar mewarisi ilmu2 para sahabat dan Rasulullah.
Hakikatnya, mereka mempermudah-mudahkan hukum-hukum yang ada dalam Islam secukup rasa mereka bagi menarik minat mereka yang malas beramal dengan amalan-amalan soleh, smudah idiom bahasa inggeris "As easy as a pie".
5. Kumpulan RUMPAQAN COORPERATION (Kumpulan perniagaan)
Kumpulan ini memperjuangkan nasib mereka melalui perniagaan. Mereka menjadikan suara wanita dan industri nasyid wanita-cantik-kecik-macam-anak-patung sebagai modal utama mereka sekarang di bawa nama kumpulan nasyid 'MudahMudah'
Selain mempunyai rangkaian perniagaan yang besar, pemimpin kumpulan ini juga telah diangkat ahli mereka sebagai manusia yang lebih hebat daripada Nabi..masyaAllah
Selain mempunyai rangkaian perniagaan yang besar, pemimpin kumpulan ini juga telah diangkat ahli mereka sebagai manusia yang lebih hebat daripada Nabi..masyaAllah
6.Hizbut TAKRETI (Tentera tak reti-reti)
Ini adalah kumpulan terbaru yang dijumpai. Modus operasi mereka mudah sahaja. sama seperti kumpulan IK-WAN, mereka cuba menjadikan para pelajar dan anak-anak muda remaja sasaran mereka.
Apa yang menjadi masalah sekarang ialah jemaah ini suka menghukum kumpulan-kumpulan Islam lain sebagai kumpulan yang tak reti. Slogan mereka ialah 'semua orang tak reti melainkan kami sahaja yang reti dan paling reti diantara kamu'
Mengedarkan risalah-risalah di IPT-IPT sebagai pengembang modus operasi mereka, mereka lebih banyak mecipta perpecahan daripada penyatuan dengan membid'ahkan semua orang tak kira jemaah yang betul, jemaah yang salah, malah orang yang sembahyang berjemaah.
Pihak The Sharpest Sword menganggap Hizbut TakReti ini sebenarnya adalah pecahan bagi IK-WAN yang dilihat lebih berstatus, namun sebarang confirmasi tidak dapat diberikan lagi setakat ini.

Penulis laporan tidak menisbahkan kumpulan-kumpulan yang ada di atas kepada mana-mana kumpulan yang sudah ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia. terutama dengan kumpulan Takbley (tidak dinisbahkan kepada tabligh) ataupun IK-WAN (tidak dinisbahkan kepada IKHWAN). Penulis juga merupakan sahabat yang menyokong usaha kedua-dua kumpulan tersebut dan sebagainya yang tidak hipokrit. Secara ringkas, tidak perlu rasa pedas bagi mereka yang tidak makan benda yang pedas.
nantikan laporan-laporan seterusnya di Channel Berita THE SHARPEST SWORD
p/s: maafkan saya jika anda merasakan membaca penulisan ini tidak berfaedah dan membuang masa anda. tetapi cubalah fahami maksud tersirat yang ingin disampaikan di sebaliknya. Moga kita tidak menjadi seperti seorang mufti yang suka menghukum orang sampaikan menghukum sesuatu kaum sebagai PEMALAS mengikut citarasa dia sendiri.
Next: Kepelikan Mini: Jemaah2 Baru Di Malaysia [II] - Teori Konspirasi
http://swordofdeen06.multiply.com/journal/item/59
No comments:
Post a Comment