tolKerajaan umum penstrukturan tol kurangkan beban rakyatPUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan penstrukturan tol selepas semakan semula kos pengangkutan dilakukan sebagai satu cara mengurangkan bebanan rakyat. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata penstrukturan itu membabitkan tiada kenaikan tol untuk lima tahun akan datang bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1. Katanya ia juga melibatkan penamatan konsesi tol untuk Lebuhraya Hubungan Timur-Barat, yang menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught di Kuala Lumpur, yang dijangka pada Mei tahun ini.
"Sejajar dengan semangat 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan, saya telah meminta para pemegang konsesi tol mengkaji semula struktur tol bagi konsesi masing-masing sebagai langkah membantu kerajaan memakmurkan negara dan mengurangkan bebanan rakyat. "Menyahut seruan kerajaan ini, dua orang ahli korporat yang juga pemegang saham terbesar sebuah syarikat konsesi tol telah tampil mengemukakan satu cadangan penstrukturan tol melalui perolehan aset-aset konsesi yang akan memberi impak besar kepada rakyat," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini. Turut hadir, Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Mansor
Sumber: Berita Harian 28/01/11Tidak Ada Istilah Diskaun Mahupun Pengstrukturan Tol. Yang Ada Hanyalah Hapuskan TolPara pemimpin sekular umat Islam nampaknya terus menerus memikul dosa kerana menerapkan sistem kufur dalam pemerintahan mereka, ketika mana kuasa itu ada di tangan mereka. Amatlah ruginya para pemimpin yang berkuasa saat ini kerana mereka tidak menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk mendapatkan pahala malah sebaliknya mereka lebih suka memilih untuk membuat dosa. Tol bukanlah isu yang boleh digula-gulakan dengan istilah 'diskaun' atau 'pengstrukturan'. Satu-satunya istilah bagi tol adalah “hapuskan sahaja cukai itu”. Ini adalah kerana tol merupakan satu bentuk cukai yang diharamkan oleh Islam. Tapi nampaknya Najib selaku pemimpin yang paling berkuasa saat ini, sejak memerintah Malaysia terus berusaha untuk memperbodohkan rakyat dengan memperkenalkan pelbagai istilah-istilah yang nampaknya seolah-olah baik untuk rakyat. Tetapi yakinlah bahawa umat kini sudah mula melihat dan celik dengan Islam. Parti politik dan gerakan Islam bekerja siang dan malam untuk membina umat dengan Islam agar mereka sedar akan hak-hak mereka dari sudut pandangan Islam. Untuk itu, salah sekiranya Najib beranggapan bahawa dengan memperkenalkan pelbagai istilah yang menipu ini beliau boleh melunakkan kebangkitan rakyat. Rakyat sebenarnya sudah jelak dan meluat dengan istilah diskaun, pengstrukturan dan seumpamanya. Apa yang mereka ingin dengar adalah tol dihapuskan.
Wahai umat Islam! Yakinlah bahawa jika Khilafah berdiri maka laluan-laluan tol yang bersepah di sana-sini di sepanjang lebuhraya akan tinggal kenangan semata-mata, sebagai peninggalan sejarah yang membuktikan kepada generasi akan datang bahawa Malaysia pernah diperintah dengan sistem sekular kapitalisme. Sudah saatnya Khilafah berdiri menggantikan sistem kufur ciptaan manusia yang rosak ini. Lihat
SN151 - TOL : SAMPAI BILA PEMERINTAH MAHU MENANGGUNG DOSA?
No comments:
Post a Comment