Fungsi “Places” Di Facebook baru dilancarkan. Apa yang anda tahu mengenainya?

Semalam, pihak Facebook melancarkan sebuah lagi fungsi pengguna Facebook, iaitu Places. Fungsi ini sangat berkait dengan privasi anda, justeru pastikan anda mengetahuinya!

Apa itu Places?

Secara umumnya, Places membolehkan anda mengumumkan (atau diumumkan!) lokasi tempat anda berada sekarang. Bila anda berada di sesuatu tempat, anda boleh “check in” di Places menggunakan Facebook Mobile dan lokasi anda tersebut akan dipaparkan di Facebook.
Lebih membimbangkan, orang lain (rakan-rakan anda) boleh “check in” bagi pihak anda, di luar kawalan anda. Sama seperti fungsi tag gambar yang di luar kawalan anda.
Fungsi ini walaupun ada kebaikannya, namun adalah berbahaya jika disalahguna. Contohnya seperti penculik yang tahu anda berada di mana, atau perompak yang menunggu anda keluar dari rumah, atau cuma sekadar stalker sama ada sepenuh masa atau sambilan!

Apa yang perlu dibuat?


Sebagai permulaan,
1. Sila tekan Account di bahagian atas kanan Facebook anda, dan pilih Privacy Settings. Perhatikan anda tambahan baru “Places i check in”. Sila tekan butang “Customise”
(Setelah tekan "Privacy Settings" di bahagian Accounts atas kanan, ambil pilihan "Customize".)
(Setelah tekan "Privacy Settings" di bahagian Accounts atas kanan, ambil pilihan "Customize".)
2. Kemudian pada setting di Places i Check in, pastikan anda memilih “Friends Only” atau “Customise”. Dengan setting ini, anda dapat memilih siapa yang boleh mengetahui lokasi anda sekarang. Begitu juga dengan “Include me in “People Here Now”, anda boleh pilih sama ada enable atau disable, walaupun saya sarankan disable.
(PENTING - Sila pilih "Friends Only" atau "Customized")
(PENTING - Sila pilih "Friends Only" atau "Customized")
(Disarankan untuk anda "uncheck" (tidak memilih) pilihan ini.)
(Disarankan untuk anda "uncheck" (tidak memilih) pilihan ini.)
3. DAN YANG TERPENTING – Pada bawahnya ada pilihan “Friends can check me in to places”, sila ambil “DISABLE”. Setting ini menghalang orang lain men-tag diri anda, iaitu memaparkan lokasi anda kepada umum.
(PENTING - Sila pilih "Disable")
(PENTING - Sila pilih "Disable")

Apa lagi yang perlu dibuat?

Buat masa ini, fungsi PLACES dilancarkan sepenuhnya di US dan akan berkembang ke negara-negara lain secara berperingkat. Sila beri perhatian mengenai perkembangan-perkembangan terkini, jika anda prihatin dengan privasi anda.
Sebagai seorang pengguna (dan Muslim) yang bijak, kita mestilah sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan apa jua perkara yang kita gunakan. Facebook adalah seperti sebilah pisau, maka pastikan anda mempunyai ilmu yang cukup untuk menggunakan pisau ini serta berhati-hati dalam menggunakannya.
Jadilah pengguna Facebook yang bijak!
Selain itu, anda juga disarankan untuk menyebarkan “Share” post ini dan memberitahu rakan-rakan dan ahli keluarga anda berkenaan update terbaru ini.
Akhir sekali, setting-setting yang disarankan dalam nota ini adalah setting umum. Anda boleh sahaja mengubah setting mengikut kesukaan anda, namun pastikan anda benar-benar FAHAM akan apa yang dimaksudkan dengan setting tersebut. Privasi anda adalah kawalan anda!

Untuk maklumat lanjut,

Berita Rasmi oleh Facebook mengenai Places:
http://blog.facebook.com/blog.php?post=418175202130
Berita dilaporkan oleh akhbar NY Times:
http://www.nytimes.com/2010/08/19/technology/19facebook.html?_r=1
Liputan oleh laman web teknologi terkenal, Gizmodo:
http://gizmodo.com/5616338/the-first-thing-you-should-do-with-facebook-places-dont-let-other-people-tag-you

Nota-nota saya berkaitan Facebook

Anda guna Facebook?
http://www.facebook.com/note.php?note_id=341975096536
Sesungguhnya kamera itu juga bermata..
http://www.facebook.com/note.php?note_id=345628581536
Scan Facebook Anda!
http://www.facebook.com/note.php?note_id=409344446536
Penting kepada pengguna Facebook – OpenGraph
http://www.facebook.com/note.php?note_id=403778456536
Jangan taip “Israel” – Lambang Kejahilan Umat Islam?
http://www.facebook.com/note.php?note_id=420403431536