Pemakanan Yang Sihat: Sukarkah Untuk Mengamalkannya?? -Bahagian Pertama(1)
Pemakanan Yang Sihat: Sukarkah Untuk Mengamalkannya???? – Bahagian Pertama(1)
Oleh: Ahmad Zaim Mat Pauzi Artikel (2.1):20.01.2011
Rakyat Malaysia secara umumnya mengetahui kepentingan pemakanan yang sihat untuk meningkatkan tahap kesihatan, mendapatkan berat badan ideal dan memperolehi bentuk badan menarik. Tetapi berapa ramaikah antara kita yang mengetahui apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan pemakanan yang sihat dan bagaimana kita dapat mempraktikkannya dalam kehidupan seharian?? Tanpa cara pemakanan yang betul dan sihat, sukar untuk kita mencapai matlamat kesihatan kita. Tidak keterlaluan saya katakan disini bahawa faktor utama yang menghalang ramai rakan dan kenalan saya dalam ‘perjalanan’ mereka untuk mendapatkan berat ideal dan bentuk badan menarik adalah faktor pemakanan mereka sendiri.
Ramai diantara mereka berpendapat bahawa aktiviti senaman semata-mata sudah mencukupi untuk mereka mendapatkan bentuk badan menarik untuk jangka masa panjang. Secara teorinya, ianya memang boleh berlaku tetapi secara realitinya, adakah ianya mencukupi untuk mendapatkan hasil yang kita mahukan, apatah lagi untuk mengekalkannya?? Saya pasti hampir 99 % mereka ini akan gagal dalam ‘perjalanan’ mereka jika mereka hanya bergantung pada aktiviti fizikal semata-mata. Anda perlu melakukan aktiviti fizikal dan juga mengamalkan cara pemakanan yang sihat supaya matlamat anda boleh dicapai dengan cepat dan berkesan untuk jangka masa panjang. Melalui artikel ini, saya akan mengupas serba sedikit tentangpemakanan yang sihat (Bahagian Pertama) serta tips-tips bagaimana anda boleh mengamalkannya (Bahagian Kedua) dalam kehidupan seharian. Ini diharap dapat memudahkan anda untuk mengamalkan pemakanan yang sihat, seterusnya membantu anda untuk mendapatkan berat badan ideal serta bentuk badan menarik dengan lebih berkesan.
Bahagian Pertama(1): Apakah Itu Pemakanan yang Sihat??
Masyarakat kita kini secara umumnya menyedari akan kepentingan pemakanan yang sihat tetapi berapa ramaikah yang benar-benar mengetahui dan memahami maksud 'pemakanan yang sihat'?? Pada suatu ketika dahulu, saya juga sering tertanya-tanya pada diri sendiri soalan-soalan seperti:
- Apakah yang dimaksudkan dengan pemakanan yang sihat???
- Apakah ciri-ciri pemakanan yang sihat??
Kini, saya telah mengetahui jawapan yang lengkap kepada persoalan tersebut dan melalui artikel ini, ianya akan saya kongsikan bersama anda semua. Secara umumnya, pemakanan yang sihat adalah pemakanan yang lengkap dan seimbang. Apabila kita memperkatakan tentang maksud pemakanan yang sihat, kita tidak akan dapat lari dari memperkatakan tentang Piramid Makanan kerana ciri-ciri pemakanan yang sihat boleh dilihat dengan jelas pada Piramid Makanan. Piramid Makanan adalah ‘alat’ yang sangat efektif untuk membantu anda membuat pilihan makanan yang seimbang dan lengkap, serta membantu anda menganggar kuantiti hidangan yang sesuai untuk diri anda. Dibawah adalah rajah Piramid Makanan USDA terkini disertai panduan pemakanan umum:
Gunakan Piramid Makanan ini sebagai salah satu ‘alat’ untuk membantu anda mengamalkan pemakanan yang sihat!!
*kerana saya meluangkan banyak masa di meja kerja, saya telah menampal rajah Piramid Makanan ini pada ‘whiteboard’ di hadapan meja kerja saya sebagai salah satu usaha saya untuk mengenalinya, memahaminya dan juga untuk sentiasa mengingatkan saya tentang pemakanan yang sihat......bagaimana dengan anda?? anda boleh menggunakan cara yang sama atau dengan kemajuan teknologi masa kini dan kreativiti anda, anda boleh menggunakan pelbagai cara yang lain seperti memuat turun rajah piramid ini pada telefon bimbit anda
Antara perkara lain yang perlu anda ketahui tentang Piramid Makanan adalah:
- Bayi dan kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah tidak sesuaimenggunakan Piramid Makanan
- Umur, jantina, tinggi, berat dan tahap aktiviti fizikal mempengaruhi keperluan nutrisi seseorang
Seseorang yang kerap bersenam mempunyai keperluan nutrisi yang lebih tinggi
►Satu persoalan menarik yang mungkin para pembaca perlu fikirkan adalah;
Adakah mereka yang sedang cuba menurunkan/menaikkan berat badan patut mengikut sepenuhnya panduan pemakanan yang dicadangkan oleh pyramid makanan ini?? >>mari berkongsi pandangan dan jawapan anda kepada persoalan ini!!
Tujuan saya membincangkan maksud pemakanan yang sihat di sini adalah untukmemberi gambaran menyeluruh kepada para pembaca bahawa pemakanan yang sihat bukan bermaksud mengurangkan pengambilan gula dan lemak semata-mata, ianya meliputi aspek yang jauh lebih luas dari itu. Ianya adalah penting untuk anda mengetahui dan memahami maksud 'pemakanan yang sihat sebelum anda mengetahui tips-tips ‘bagaimana untuk mengamalkannya’ dalam kehidupan seharian.Jika anda benar-benar mengetahui dan memahami maksud pemakanan yang sihat, anda akan berupaya mengamalkan pemakanan sihat dengan mudah tidak kira dimana jua anda berada.
Kepada mereka yang mempunyai masalah-masalah kesihatan tertentu seperti diabetis dan alahan makanan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat ahli dietetik bertauliah untuk mendapatkan panduan pemakanan yang sesuai dengan keadaan kesihatan anda.
Sebelum saya mengakhiri Bahagian Pertama(1) artikel saya ini, saya ingin mengingatkan para pembaca yang ingin mengubah pemakanan mereka supaya sentiasa melakukan perubahan secara ‘slow and steady’ dan sentiasa fikirkanbagaimana anda dapat menjadikannya sebagai salah satu tabiat anda. Saya berharap Bahagian Pertama(1) artikel ini dapat membantu pembaca semua untuk mengatasi masalah pemakanan dengan lebih efektif untuk jangka masa panjang. Saya menulis artikel ini adalah untuk para pembaca jadi sebarang pertanyaan, cadangan atau maklum balas dari para pembaca sangatlah dialu-alukan. Bantulah Saya Untuk Membantu Anda Semua Mendapatkan Tubuh Yang Sihat Dan Menarik=). Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment