Thursday, October 20, 2011
Paradigma : Jawapan dari Dr Danial
Paradigma 1
Soalan:
Selepas menyampaikan ceramah berhububung kecemerlangan diri, seorang pelajar Universiti bangun bertanyakan tentang Yakjuj dan Makjuj....... Siapakah mereka?
Jawapan:
Sememangnya Nabi amat bimbangkan keadaan umat Baginda di era Yakjuj dan Makjuj. Zainab binti Jahsy pernah bertanya: 'Adakah umat Islam akan dimusnahkan di zaman itu, sedangkan masih ada dari kalangan mereka yang salih?' Nabi s.a.w menjawab: 'Ya, apabila kekejian berleluasa.' (Muslim) Hadis ini memberi isyarat tentang 2 perkara: pertama, di zaman Yakjuj dan Makjuj golongan yang salih masih wujud tetapi kudrat mereka terhad, kedua, 'benteng' yang mendindingi Yakjuj dan Makjuj dari tamadun akan runtuh apabila kekejian berleluasa. Imam Qartubi menafsirkan 'kekejian' ini sebagai 'berleluasanya anak luar nikah.' Hamka berpendapat, berdasarkan pandangan Qartubi ini, Yakjuj dan Makjuj akan menguasai bumi ketika moral dunia runtuh dengan teruknya dan seks bebas berleluasa. Inilah zamannya! Jika demikian siapakah Yakjuj dan Makjuj? Pentingkah untuk kita mengenali siapa dia sebenarnya, berdepan dengan kemelut yang ada...?" ......... bersambung insya Allah......
2 January 2003
Paradigma 2 TopSoalan:
Selepas menyampaikan ceramah berhububung kecemerlangan diri, seorang pelajar Universiti bangun bertanyakan tentang Yakjuj dan Makjuj....... Siapakah mereka?
Jawapan:
Era kemunculan Yakjuj dan Makjuj ada perkaitannya dengan keadaan kucar kacir yang akan berlaku di negara-negara Arab. Hal ini berdasarkan hadis yang telah dipaparkan di bahagian pertama sebelum ini. Di bahagian awal hadis ini telah diriwayatkan:
"Pada suatu hari Nabi telah bangun dari tidur dalam keadaan merah padam wajah Baginda dan bersabda: 'Lailahaillallah. Kecelakaan bagi golongan Arab disebabkan kebinasaan yang hampir menimpa. Pada hari ini telah terbuka benteng Yakjuj dan Makjuj sebesar ini (dan Nabi pun membuat bulatan dengan menggunakan ibu jari dan telunjuk Baginda).'" (Muslim)
Apa yang disabdakan Nabi s.a.w ini telah benar-benar berlaku. Timur Tengah merupakan 'kawasan panas' di era ini. Peperangan dan krisis di negara-negara Arab yang melibatkan Palestin, Iraq, dan yang lain-lainnya menunjukkan era Yakjuj dan Makjuj ialah era kita sekarang ini. ..... bersambung
3 January 2003
Paradigma 3 TopSoalan:
Siapakah Yakjuj dan Makjuj.......?
Jawapan:
Segolongan umat Islam berpendapat Yakjuj dan Makjuj ialah golongan Tartar yang telah menyerang dan meruntuhkan kota Baghdad.... Namun Hamka kurang bersetuju dengan pendapat ini..... Segolongan yang lain berpendapat, Yakjuj dan Makjuj ialah keturunan Khazar yang pada asalnya tinggal menetap di kawasan yang pada hari ini dikenali sebagai Turki dan Rusia Selatan..... Ahmad Thomson di dalam bukunya yang bertajuk Dajjal the Anti Christ terbitan Ta-Ha Publishers Limited cenderung dengan pendapat ini...... Ali Akbar di dalam bukunya Israel and the Prophecies of the Holy Quran terbitan Seraj Publications, cenderung untuk mengaitkan Yakjuj dan Makjuj dengan etnik Slavs dan Teutonic yang akhirnya melahirkan bangsa Eropah yang menguasai bumi pada hari ini.......
Berdepan dengan tafsiran yang pelbagai tentang Yakjuj dan Makjuj, Hamka telah merumuskan di dalam Tafsir Al-Azhar: “Dapatlah disimpulkan, Yakjuj dan Makjuj ialah dua nama yang bersatu padu untuk melaksanakan aktiviti kerosakan di muka bumi. Ia boleh diertikan sebagai isme dan ideologi sesat yang boleh membawa manusia kepada kebinasaan. Yakjuj dan Makjuj bergerak laksana air, ia akan terus mencari ruang untuk masuk walaupun ruang itu sebesar lubang jarum..... Kalimat Yakjuj dan Makjuj berasal dari kalimat Arab ‘ajja’ dan ‘taajjaja’ yang bermaksud ‘menyala, membakar dan menggelegak’. Zaman sekarang, mengikut pendapat ini, adalah zaman Yakjuj dan Makjuj kerana kehidupan kita memerlukan api dan cahaya apatah lagi selepas meledaknya zaman industri. Akhirnya manusia berjaya mencipta senjata nuklear serta sinar radioaktif dan kesemua ini dapat membinasakan manusia dengan sekelip mata.."
(Untuk kupasan terperinci sila dapatkan buku Dr. Danial yang bakal terbit pada bulan Mac, 2003 "Empayar Minda Muslim", insya Allah)
4 January 2003
Paradigma 4 Top
Soalan:
Benarkah di akhir zaman matahari akan terbit dari Barat.......?
Jawapan:
Salah satu tanda hampirnya kejadian kiamat ialah, matahari terbit dari sebelah Barat. Perkara ini telah disabdakan oleh Nabi s.a.w di dalam hadis-hadis yang sahih. Di sudut sains, matahari memang boleh terbit dari sebelah Barat. As-Syeikh Syed Sabiq di dalam kitabnya yang berjudul Al-Aqaid Al-Islamiyah menyebutkan tentang beberapa fakta menarik yang terdapat di dalam buku Al-Islam Maal Hayah. Buku itu memuatkan laporan dari akhbar Jumhuriah bertarikh 13 Disember 1957 berhubung satu kajian yang dilakukan oleh seorang pakar di dalam bidang ilmu alam dari Rusia. Beliau menjelaskan, memang merupakan satu hakikat, jika sesuatu planet atau cahaya yang kuat mendekati bumi, pelbagai kejadian yang luar biasa boleh berlaku, di antaranya, bumi akan berputar lebih perlahan daripada biasa ataupun berhenti sama sekali sehingga pada pandangan mata kasar perjalanan matahari telah berhenti. Apabila fenomena ini berlaku lautan boleh terbelah dua....... Berhubung dengan tempat matahari terbit, berpandukan beberapa peta yang dilukis oleh orang-orang zaman kuno dahulu, tempat terbit matahari tidak sama dengan keadaan yang ada sekarang. Malah Plato pernah mengatakan, bumi sebelum ini terbenam di tempat terbitnya pada hari ini. (Rujukan: Aqidah Islam, Syed Sabiq, CV Diponegoro, Bandung, 1978) Justeru matahari boleh terbit semula dari Barat jika punca yang menyebabkan ia terbit dari Timur sebelum ini berulang semula, apatah lagi berhadapan dengan komet yang sering mendekati bumi sehingga hampir-hampir berlanggar dengan bumi, dan fenomena ini semakin kerap berlaku pada hari ini.
Di samping itu ada yang berpendapat, sabda Nabi s.a.w berhubung matahari terbit dari Barat mungkin bermaksud, di akhir zaman ramai dari Barat yang akan memeluk Islam. Pertanda tentangnya sudah jelas kelihatan pada hari ini. Sebagai contoh, Lucy Berrington di dalam majalah The Times bertarikh 9 November 1993 di bawah tajuk The Spread of a World Creed telah berkata: “Semakin ramai rakyat Britain terutamanya dari kalangan kaum wanita yang memeluk agama Islam. Jumlah mereka dianggarkan di antara 10,000 hingga 20,000 orang. Di jangkakan di dalam tempoh 20 tahun jumlah ini akan mengatasi jumlah keseluruhan pendatang-pendatang asing yang Muslim .... Di Britain di antara wanita yang telah memeluk Islam ialah anak perempuan kepada hakim yang terkenal, Lord Scott. Mereka memilih Islam selepas melihat gejala-gejala negatif melanda Barat dengan dahsyatnya, sebagai contoh peningkatan kes-kes jenayah, keruntuhan sistem kekeluargaan, penyalahgunaan dadah dan ketagihan arak. Di samping itu mereka juga kagum dengan disiplin Islam di samping jaminan kesejahteraan hidup yang terdapat di dalam ajarannya.”
(Untuk kupasan terperinci sila dapatkan buku Dr. Danial yang bakal terbit pada bulan Mac, 2003 "Empayar Minda Muslim", insya Allah)
7 January 2003
Paradigma 5 Top
Soalan:
Adakah kita sedang berada di era Dajal.......?
Jawapan:Ada beberapa pertanda yang menunjukkan ke arah itu. Di antaranya ialah Nabi s.a.w telah bersabda berkaitan dengan pengalaman sahabat Tamim Ad-Dari ra yang belayar dengan rakan-rakan beliau dan terbabas di sebuah pulau. Selepas mereka bertemu makhluk hodoh yang memperkenalkan dirinya sebagai pengintip, mereka telah bertemu dengan makhluk berbadan besar yang memperkenalkan dirinya sebagai Dajal), “.. Dajal berkata: ‘Beritahu aku tentang pohon-pohon tamar di Baisan, adakah ia masih berbuah?’ Kami berkata: ‘Ya’. Berkata Dajal: ‘Tidak lama lagi ia tidak akan berbuah’. Dajal bertanya lagi: ‘Bagaimana dengan Tasik Tiberia, adakah masih dipenuhi air?’ Kami menjawab: ‘Ya, ia masih dipenuhi air’. Dajal berkata: ‘Tidak lama lagi airnya akan kering’..............” (Riwayat Muslim)
Kenyataan yang paling signifikan di dalam hadis ini ialah tentang kekeringan air di Tasik Tiberia. Fenomena ini akan berlaku di era Dajal. Pada hari ini Tasik Tiberia dikenali sebagai Sea of Galilee atau Laut Galilee dan ia terletak di negara Israel. Ia menjadi sumber air bersih yang amat penting bagi negara Israel. Di zaman Dajal air tasik ini akan surut dan fenomena ini sebenarnya sedang menjadi kenyataan pada hari ini. Reuters bertarikh 14 Ogos 2001 memaparkan sebuah artikel yang bertajuk: ‘Kekeringan Air Laut Galilee di Israel Memerlukan Mukjizat Untuk Pulih’. Mengikut artikel ini, air Laut Galilee sedang berada di paras yang terendah di dalam sejarah iaitu di paras 214.04 meter, lebih rendah dari paras bahaya yang ditetapkan. Allahu a'lam.
(Untuk kupasan terperinci tentang tanda-tanda Kiamat sila dapatkan buku Dr. Danial yang bakal terbit pada bulan Mac, 2003 "Empayar Minda Muslim", insya Allah)
9 January 2003
Paradigma 6 TopSoalan:
Doktor, di antara tanda hari kiamat ialah ibu akan melahirkan tuannya, dan manusia akan membina bangunan tinggi. Apakah maksudnya?
Jawapan:
Benar. Izinkan saya menyebutkan semula tentang hadis itu. Ketika ditanya oleh Jibrael tentang hari kiamat, Nabi s.a.w bersabda:
"(Alamat hampir kiamat ialah) apabila seorang hamba melahirkan tuannya. Dan kamu akan melihat orang-orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, hidup miskin sebagai penggembala kambing duduk bermegah-megah di dalam bangunan yang besar." (Riwayat Muslim)
Saya sempat merujuk beberapa buah kitab untuk memahami penjelasan berhubung hadis ini.... Pada pandangan saya yang kerdil, isi-isi hadis ini berhubung kait di antara satu dengan lain.... Di akhir zaman anak-anak dari keturunan hamba sahaya akhirnya akan menjadi merdeka dan kaya raya dan jika ini dibandingkan dengan keadaan ibu-ibu mereka, mereka berkedudukan seperti tuan kepada ibu-ibu mereka. Contoh yang terbaik ialah golongan kulit hitam di Amerika. Suatu ketika dahulu mereka adalah golongan terhina yang ditindas oleh masyarakat kulit putih.
Pada hari ini ramai dari kalangan mereka sudah menjadi jutawan serta memiliki tempat tinggal yang besar yang bernilai jutaan dolar Amerika. Di antara mereka ialah Michael Jordan, Michael Jackson, Oprah Winfrey, Bill Cosby, Prince, Aretha Franklin,
Whitney Houston, Spike Lee dan ramai lagi. Oprah Winfrey, sebagai contoh, memiliki harta bernilai $900 juta seperti yang dilaporkan oleh cnn.com. Allahu a'lam.
(Untuk kupasan terperinci tentang tanda-tanda Kiamat sila dapatkan buku Dr. Danial yang bakal terbit pada bulan Mac, 2003 "Empayar Minda Muslim", insyaAllah)
13 January 2003
Paradigma 7 Top
Soalan:Doktor Danial, ledakan teknologi ICT begitu hebat sekali pada hari ini. Pernahkan Nabi Muhammad membuat sebarang komen berhubung dengan teknologi ini?
Jawapan:
Sebenarnya, Nabi Muhammad mengetahui tentang perubahan-perubahan yang akan berlaku di akhir zaman, justeru Baginda memberikan kaedah umum tentang bagaimana menghadapi perubahan-perubahan itu. Berhubung dengan aspek teknologi dan yang seumpamanya, Baginda bersabda:
"Kamu lebih tahu tentang urusan dunia mu." (Muslim)
Hadis ini mengizinkan umat Islam memanfaatkan sebarang teknologi di zaman mereka asalkan ia tidak melanggar dasar-dasar syariat. Berhubung dengan ICT, Nabi s.a.w bersabda:
"Demi Allah kiamat tidak akan berlaku sehingga binatang buas bercakap kepada manusia, hujung cemeti dan tali kasut seseorang bercakap kepadanya serta paha seseorang memberitahu kepadanya perbuatan yang dilakukan oleh keluarganya di belakangnya." (Riwayat Tarmuzi)
Hadis ini menjelaskan tentang sistem komunikasi di akhir zaman. Di akhir zaman manusia akan bercakap dengan menggunakan alat komunikasi yang canggih dan dengan meledakkan teknologi komunikasi maklumat, ramalan Nabi ini telah menjadi kenyataan. Salah sebuah akhbar di Malaysia bertarikh 7 Jun, 1996 melaporkan, sebuah sistem pengesan berasaskan satelit telah dicipta baru-baru ini. Ia boleh di gunakan, di antaranya, untuk mengintip suami atau isteri yang curang. Ia menggunakan rangkaian satelit berkonsepkan 'Sistem Penentu Kedudukan Global' yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Teknologi seumpama ini juga telah diramalkan Nabi berpandukan hadis yang telah disebutkan.
(Untuk kupasan terperinci tentang tanda-tanda Kiamat sila dapatkan buku Dr. Danial yang terbit pada bulan Mac, 2003 "Empayar Minda Muslim", insya Allah)
15 January 2003
Paradigma 8 Top
Question:Doktor Danial, I read so many articles in the Internet that say that the Quran motivates the Muslims to participate in the act of terrorism. Is it true? Would be glad to know your opinion.... Wilson
Answer:
Thank you Mr. Wilson... After the September 11 tragedy, many people in the West prefer to portray Islam as a religion that promotes terrorism. In actuality, Islam is a religion of peace and Allah wants Islam to be propagated in a peaceful manner, full of wisdom. In the Quran chapter An-Nahl verse 125, Allah said:
"Call unto the way of thy Lord with wisdom and fair exhortation, and reason with them in the better way."
Aggressive methods of propagating and preaching Islam is not endorsed by the Quran. In this context, Allah said in chapter Ali-Imran verse 159:
"It was by the mercy of Allah that thou was lenient with them (O Muhammad), for if thou had been stern and fierce at heart they would have dispersed from around thee."
Does the Quran promote terrorism? Actually, the real intent of the Quran is to stress that force should be used only when its use is unavoidable, and only to the extent that is absolutely necessary. Certain non-Muslims are misquoting the verses in the Quran to prove that Islam promotes terrorism. Quoting the Quran out of context is a dangerous thing to do. For example, chapter 2 verses 190-194 of the Quran had constantly been misquoted by non-Muslims to 'prove' that Islam promotes violence and bloodshed. Let us look again at these verses:
2.190. Fight against those who fight against you in the way of Allah, but do not transgress, for Allah does not love transgressors. 2.191. Kill them whenever you confront them and drive them out from where they drove you out. (For though killing is sinful) wrongful persecution is even worse than killing. Do not fight against them near the Holy Mosque unless they fight against you; but if they fight against you kill them, for that is the reward of such unbelievers. 2.192. Then if they desist, know well that Allah is Ever-Forgiving, Most Compassionate. 2.193. Keep on fighting against them until mischief ends and the way prescribed by Allah prevails. But if they desist, then know that hostility is only against the wrong-doers. 2.194. The sacred month for the sacred month; sanctities should be respected alike ( by all concerned). Thus, if someone has attacked you, attack him just as he attacked you, and fear Allah and remain conscious that Allah is with those who guard against violating the bounds set by Him. (Chapter The Cow; translation taken from Towards Understanding the Quran)
The Holy Quran comprises of revelations from God to Prophet Muhammad over a period of twenty three years (610 C.E. - 632 C.E.). The first 13 years of the prophethood of Muhammad were at his hometown of Makkah (Mecca), where he and his fellow Muslims were severely persecuted by the pagans of Makkah. During that time, Muslims were not ordered to fight back, but bear the persecutions of the non-Muslims. For 13 years the non-Muslims terrorized the Muslims. Imagine a religion that many in the West believed promotes terrorism asking its followers to restraint from fighting and retaliation for 13 years! Finally, God ordered the Prophet and his fellow Muslims (known as Sahabah) to emigrate to the city of Madinah, about 400 kilometres away. This emigration, known as the Hijrah, marked the beginning of an Islamic society in Madinah, in which the Prophet became the head of the state. It was not long before the polytheists of Makkah marched towards Madinah to wage war against Muslims and destroy the Islamic state of Madinah. This battle is known as the Battle of Badr. The verses above were perhaps the first injunctions from God to Muslims to prepare themselves for fighting. It was obviously a war in the defence of their homeland and their Faith. In verse 2.190, God instructs Muslims to fight back, but not to transgress, and remain just even during the battle. They were told that material interests should not be the motivation for their fighting, that they should not take up arms against those were not in opposition to the true faith, that they should not resort to unscrupulous methods or to the indiscriminate killing and pillage which characterized the other wars. The excesses alluded to in this verse are acts such as taking up arms against women and children, the old and the injured, mutilation of the dead bodies of the enemy, uncalled for devastation through the destruction of fields and livestock, and other similar acts of injustice and brutality. The Prophet prohibited all these acts. The real intent of the verse is to stress that force should be used only when its use is unavoidable, and only to the extent that is absolutely necessary. (See note 201, page 151, 'Towards Understanding the Quran,' Volume 1)
In verse 2.192, God, in whom the believers have faith, is forgiving and ready to pardon even the worst criminals and sinners after they have renounced their arrogant defiance towards Him. It is suggested that this attribute of God should be reflected in the behavior of the believers as well. Hence, whenever the believers have to resort to armed conflict, they should do so not for the sake of quenching their thirst for vengeance but in the just cause of their defence. Their conflict with any group should last only as long as that group is fighting them. As soon as it gives up this fight the hostility should cease. (See note 203, page 152, as above.)
It should be emphasized that so many revelations in the Holy Quran came down to provide guidance to Prophet Muhammad and the Muslims based on what they were confronting at that time. Therefore, it is important to understand and know the historic context of the revelations for a proper understanding of these verses. The Prophet Muhammad, peace and blessings be upon him, was the peace maker of his time. He endured torture, hunger and the killing of his loved ones by his enemies, but he remained a merciful person. In his most startling conquest of Makkah only four people died. In his 23 years of struggle for Islam, the total number of people who lost their lives from all sides was less than 2,000 in wars that were imposed on him and the Muslim community. After looking at these facts would you say that the Quran promotes terrorism?
I had mentioned that misquoting the Quran out of context is wrong and dangerous. To understand the feelings of the Muslims, I would like to quote certain verses from the Bible and the Talmud (Judaism's Holy Book) out of context, and I would like to know how do you feel after reading this..... To be continued
(To get a general view of Islam, kindly read Dr. Danial's "The Misunderstood Religion")
17 January 2003
Paradigma 9 Top
Question:Does the Quran promote terrorism? What about the Bible and the Talmud?
Answer:
(continuation from Paradigma 8)...... Does the Bible promote terrorism? It is important that we study the religious texts in their proper context. When these texts are not read in their proper textual and historical contexts they are manipulated and distorted. It is true that some Muslims manipulate some verses from the Holy Quran for their own goals. This is not only with Islamic texts, it is also true with the texts of other religions.
We can quote dozens of verses from the Bible which seem very violent, if taken out from their historical context. These Biblical texts have been used by many violent Jewish and Christian groups. Crusaders used them against Muslims and Jews. Nazis used them against Jews. Recently Serbian Christians used them against Bosnian Muslims. Zionists are using them regularly against Palestinians. Let us look at a few verses from the Old Testament and New Testament and tell me what do you feel after reading this.
Destroy and make no covenant? "When the LORD your God brings you into the land where you are entering to possess it, and clears away many nations before you, the Hittites and the Girgashites and the Amorites and the Canaanites and the Perizzites and the Hivites and the Jebusites, seven nations greater and stronger than you. And when the LORD your God delivers them before you and you defeat them, then you shall utterly destroy them. You shall make no covenant with them and show no favour to them." (Deuteronomy 7:1-2)
Forced labor? "When you approach a city to fight against it, you shall offer it terms of peace. If it agrees to make peace with you and opens to you, then all the people who are found in it shall become your forced labor and shall serve you. However, if it does not make peace with you, but makes war against you, then you shall besiege it. When the LORD your God gives it into your hand, you shall strike all the men in it with the edge of the sword. Only the women and the children and the animals and all that is in the city, all its spoil, you shall take as booty for yourself; and you shall use the spoil of your enemies which the LORD your God has given you? Only in the cities of these peoples that the LORD your God is giving you as an inheritance, you shall not leave alive anything that breathes." (Deuteronomy 20:10-17)
Kill men and women? "Now therefore, kill every male among the little ones, and kill every woman who has known man intimately. But all the girls who have not known man intimately, spare for yourselves." (Numbers 31:17-18)
Slay your enemies? "I tell you that to everyone who has, more shall be given, but from the one who does not have, even what he does have shall be taken away. But these enemies of mine, who did not want me to reign over them, bring them here and slay them in my presence." (Luke 19:26-27)
Jesus did not come to establish peace on earth? "Do not think that I have come to send peace on earth. I did not come to send peace, but a sword. I am sent to set a man against his father, a daughter against her mother, and a daughter-in-law against her mother-in-law." (Matthew 10:34-35)
Does the Talmud promote terrorism? The Jews believe in the Talmud and it is Judaism's holiest book (actually a collection of books). Its authority takes precedence over the Old Testament in Judaism. We can quote many verses from the Talmud which seem very violent, if taken out from their historical context. These Talmudic texts have been used by many violent Jewish against the Muslims especially in Palestine, and among these verses are:
Doing evil is allowed? In Moed Kattan 17a: "If a Jew is tempted to do evil he should go to a city where he is not known and do the evil there."
Death for those who disobey rabbis? In Erubin 21b: "Whosoever disobeys the rabbis deserves death and will be punished by being boiled in hot excrement in hell."
Death for those who hit a Jew? In Sanhedrin 58b: "If a heathen (gentile i.e. non-Jew) hits a Jew, the gentile must be killed."
Injustice allowed? In Sanhedrin 57a: "A Jew need not pay a gentile ('Cuthean') the wages owed him for work."
Injustice allowed, again? In Baba Kamma 37b: "If an ox of an Israelite gores an ox of a Canaanite there is no liability; but if an ox of a Canaanite gores an ox of an Israelite...the payment is to be in full."
On the surface, it seems that genocide is advocated by the Talmud. In the Minor Tractates, Soferim 15, Rule 10, there is a saying by Rabbi Simon ben Yohai which means, 'even the best of the gentiles should all be killed.' This passage is from the Babylonian Talmud as quoted by the 1907 Jewish Encyclopaedia, published by Funk and Wagnalls and compiled by Isidore Singer, under the entry, 'Gentile,' page 617. This original Talmud passage has been concealed in translation.
On February 25, 1994, an Israeli army officer Baruch Goldstein, an orthodox Jew from Brooklyn, massacred 40 Palestinian civilians, including children, while they knelt in prayer in a mosque. Goldstein was a disciple of the late Brooklyn Rabbi Meir Kahane, who told CBS News that his teaching that Arabs are 'dogs' is derived 'from the Talmud.' (CBS 60 Minutes, 'Kahane')
University of Jerusalem Professor Ehud Sprinzak described Kahane and Goldstein's philosophy as: "They believe it's God's will that they commit violence against goyim, a Hebrew term for non-Jews." (New York Daily News, Feb. 26, 1994, page 5) Rabbi Yitzhak Ginsburg declared, "We have to recognize that Jewish blood and the blood of a goy are not the same thing." (New York Times, June 6, 1989, page 5) Rabbi Yaacov Perrin concurred, "One million Arabs are not worth a Jewish fingernail." (New York Daily News, Feb. 28, 1994, page 6)
For more details about violence in the Talmud, you can read a book written by A. Hoffman II and Alan R. Critchley titled "Judaism's Strange God".
Muslims believe in all Prophets sent by Allah, and so do not misuse, misinterpret or defame the religious texts of other faiths. Even in recent times, Muslims have and are facing genocide campaigns in Bosnia, Kosovo, Chechnya, Kashmir, and Palestine but they have not questioned Judaism and Christianity. Such spirit needs to be reciprocated.
(For more details on this and other topics kindly read Dr. Danial's "The Sun Rises From The West")
20 January 2003
Paradigma 10 Top
Soalan:Dr. Danial, apakah maksud jahiliah. Adakah zaman sekarang dinamakan jahiliah?
Jawapan:
Kalimat jahiliah berasal dari kalimat Arab jahala yang bermaksud 'kejahilan.' Sayid Qutub di dalam Maalim fit Tariq berkata: "(Cara hidup
jahiliah) ialah satu cara hidup yang ditegakkan di atas dasar pencabulan hak istimewa Allah di dalam aspek pemerintahan dan kekuasaan. Jahiliah ini menjadikan sebahagian manusia hamba kepada sebahagian yang lain di samping memberikan hak penggubalan undang-undang, peraturan, nilai dan konsep hidup kepada manusia walaupun ia terpesong dan terbabas dari kehendak dan perintah Allah".
Said Hawa di dalam Al-Asas fit Tafsir pula telah berkata: "Zaman jahiliah bukanlah satu zaman yang mempunyai tarikh yang khusus di dalam sejarah. Ia sebenarnya adalah suatu keadaan yang berlaku apabila hukum hakam dan syariat yang berhubung dengan kehidupan ditentukan mengikut kehendak hawa nafsu manusia terpisah dari minhaj dan syariat yang ditetapkan Allah. Jika sesuatu zaman dan tempat mempunyai ciri-ciri ini, ia telah menepati ciri-ciri jahiliah'.
Berpandukan definisi ini, jahiliah tidak wujud hanya di zaman sebelum kebangkitan Nabi s.a.w, sebaliknya ia boleh wujud di setiap zaman termasuk di zaman pasca-moden ini. Allah mengutuk mereka yang reda dengan cara hidup jahiliah, dan berhubung dengan ini Nabi s.a.w telah bersabda: "Allah paling murka kepada mereka yang beragama Islam tetapi mengikut landasan jahiliah, dan juga kepada mereka yang ingin menumpahkan darah seseorang tanpa hak." (Riwayat Tabrani. Diriwayatkan juga oleh Bukhari dengan sedikit tambahan)
Islam menuntut umatnya agar mengenali jahiliah di zaman mereka supaya mereka tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengannya. Berhubung dengan ini, khalifah Omar Al-Khattab ra telah mengingatkan umat Islam melalui ucapan beliau: "Sesungguhnya ikatan Islam akan terungkai satu demi dari diri seseorang jika dia tidak mengenali jahiliah."
Manifestasi jahiliah pada hari ini wujud di dalam setiap bidang kehidupan manusia. Faktor kritikal yang menyebabkan jahiliah ini terus hidup dan berkembang ialah meledaknya isme dan falsafah hidup sesat yang mendasari acuan pemikiran dan nilai hidup masyarakat pada hari ini. Di antara isme yang telah banyak mempengaruhi manusia moden ialah sekularisme, Darwinisme, Machiavellianisme dan seumpamanya.
Di dalam Al-Quran, dasar-dasar jahiliah telah ditonjolkan di empat tempat. Dasar-dasar yang dipaparkan oleh keempat-empat ayat ini ialah:
- Jahiliah sikap dan nilai.
- Jahiliah hukum hakam.
- Jahiliah pemakaian dan pergaulan.
- Jahiliah kesombongan.
(Untuk perincian sila dapatkan buku Dr. Danial "Empayar Minda Muslim: Modul Tarbiyah Bagi Alaf Ketiga".
8 February 2003
Dr Danial ZA
Danial Zainal Consultancy M Sdn Bhd
04-6590208
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment