Monday, February 7, 2011

Bangsa Mim pengerak warisan Nabi Nuh as yang hebat


DIkirim oleh pakcikli00 di 21 Jun 2010




“Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga ‘Imran melebihi segala umat” ayat 33, surah ali-imran.

Waris-waris Nuh ini bergerak menuju ke pentas sunda setelah mendarat di daratan yang cukup jauh dari kampung halaman mereka. Ayat quran di atas adalah klue yang harus kita ambil demi membongkar siapakah sebenarnya ‘ahli rumah’ atau ‘ahlul bait’ ini. Ahlul bait bukanlah syarif atau syarifah dari golongan arab semata-mata. Kita harus membongkar agar kesenimbungan waris ini dapat di jalinkan.
Kita telah mengetahi tentang Waris ADAM yang melahirkan raja-raja (khalifah) agung yang bertaraf dewa-dewi. Dan kemudiannya, ilmu segala itu di wariskan pula pada waris Nuh yang terselamat dan melahirkan ketamadunan yang sukar di jawab sepenuhnya pada zaman kini. Jadi, marilah kita selesaikan puzzle ini sebelum kita beralih arah ke waris Ibrahim pula. Tapi, jika anda mahu lebih pemahaman, saya ajurkan anda untuk pergi ke Mistis Files dan membacanya sehingga tamat kerana di situ sudah di terangkan tentang pergerakkan waris IBRAHIM ini. Cuma, ada sedikit pertelingkahan tentang lokasi dan jarak masa yang berlaku. Biar apapun, misteri bangsa MIM yang melahirkan rumpun melayu kian terbongkar.
Berbalik pada topik waris nuh dan pergerakkannya, kita harus mengali di dalam Al-quran tentang kisah pergerakan waris-waris ini. Di dalam Al-quran, banyak di kisahkan mengenai nabi dan kaumnya yang engkar. Akan tetapi, pernahkah kita mendalami dan mengkaji dari segi genetik dan ‘family tree’ para nabi ini. Untuk mempermudahkan pemahaman anda, mari kita menkaji surah Al-araf yang bermaksud ‘tinggi’ atau ‘atap’ ini.
Apa yang di maksudkan dengan tinggi atau atap ini adalah, ada sesuatu dari tanah paling tinggi yang menjurus kepada evolusi atau pemecahan bangsa-bangsa yang bermula dari satu keturunan sahaja. YA, apa yang saya mahu maksudkan ialah, ADAM dan anak cucunya sebelum banjir besar menetap di tanah yang cukup tinggi.
Jika di lihat dari sudut sains dan geologi, nusantara adalah bekas tapak tanah tinggi dan penuh dengan gunung berapi. Tanah-tanah yang kita diami kini adalah puncak-puncak tertinggi selepas banjir besar mulai surut. Jika di fikirkan secara logik, andai kata tanah itu rendah, sudah sama sekali tanah itu tidak akan muncul-muncul. Tapi, mesti anda hairan, kenapa hanya pentas sunda yang melahirkan nusantara ini sahaja yang tenggelam sedangkan tanah lain tidak begitu. Tambahan pula, tadi saya katakan bahawa seluruh dunia mengalami banjir yang cukup hebat. Tidakkah keduanya bertentangan?! Jawapannya ialah, kita harus kembali kepada apa penyebab berlakunya peristiwa banjir itu. Ada yang mengatakan tentang tercetusnya peperangan antara ketamadunan (tambahan pula Nephilim yang memanipulasi). Ada juga yang mengatakan tentang berlakunya hujan ais dari bulan kedua bumi yang telah ‘melarikan diri’. Hal ini telah di buktikan oleh para saintis. Bulan itu di gelar “3753 Cruithne”. Pada zaman dahulu, bumi juga mempunyai gegelang ais seperti planet zuhal akibat penarikan graviti yang tinggi oleh kedua-dua bulan yang bumi ada. Apabila berlaku sesuatu di angkasa (tanda yang ALLAH berikan sebelum berlakunya banjir besar – surah nuh ayat 1)
Apabila banjir berlaku, di dalam bahtera yang besar itu, berlakunya perjanjian ‘ahli rumah’ di mana, manusia-manusia yang berasimilasi itu akan di pimpin oleh waris-waris nabi nuh a.s sebagai raja-raja mereka. Bila banjir surut, anak-anak nabi nuh di turunkan di tempat yang berasingan dengan pengikut masing-masing. Mereka membina ketamadunan yang hebat di sepanjang perjalanan mereka menuju ke pentas sunda dengan harapan IBU TANAH itu akan di jaga kembali.
“Lalu mereka mendustakan Nuh, maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami jadikan mereka itu pemegang kekuasaan dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka perhatikanlah bagaimana kesesudahan orang-orang yang diberi peringatan itu.” Ayat 73, surah yunus.
Darah keturunan Nuhlah yang menjadi raja dan bangsawan sehingga menerbitkan raja-raja agung di ketamadunan yang hebat. Akan tetapi, semakin lama semakin mereka lupa akan wasiat itu. Cuma segolongan yang ‘ingat’ sahaja akan meneruskan perjalanan mereka menuju ‘the promised land’. Hal ini di tambah pula dengan penyembahan berhala akibat dari pemujaan dewa-dewi serta raja-raja agung pada zaman dulu kala. Dek kerana itulah turunnya para rasul dan nabi untuk memberi peringatan dan amaran tentang kesalahan mereka yang berat itu.
Dari surah Al-araf, di terangkan secara baik tentang susur galur kenabian ini bermula dari ADAM, NUH dan seterusnya. Daripada klue yang kita dapat pada surah Al-Imran ayat 33, empat keluarga inilah yang membentuk sesuatu di kemudian hari. Jadi untuk itu, marilah kita menelusuri zaman-zaman selepas banjir Nuh.
INFO – PENDEKAR SUFI
http://asalusulorangmelayu.wordpress.com/2010/06/21/bangsa-mim-pengerak-warisan-nabi-nuh-as-yang-hebat/

No comments:

Post a Comment