Cita-cita regim Zeonis ialah menjadikan kota al-Quds (juga dipanggil Baitul Maqdis dan kini digelar Jerusalem) sebagai "Arab-free-zone". Mereka berusaha menghapuskan kependudukan rakyat Palestin melalui pengecutan saiz demografi. Rakyat Palestin diusir keluar dari Baitul Maqdis, rumah-rumah mereka dirobohkan, perlucutan warganegara dan 1001 teknik lain.
Kad pengenalan dirampas, lalu jika penduduk Palestin gagal menunjukkan kad pengenalan, mereka akan diusir dari bandar Baitul Maqdis. Sesiapa yang mahu keluar negara mestilah mendapat visa masuk semula. Jika tidak, mereka kehilangan hak masuk kembali. Mereka yang memohon menetap di negara lain akan hilang hak menetap di Baitul Maqdis. Mereka yang tinggal di luar negara lebih 7 tahun hilang hak menetap di Baitul Maqdis. Sesiapa yang mengkahwini orang Palestin dari Tebing Barat, Gaza atau pun luar negara tidak dibenarkan untuk tinggal di Baitul Maqdis. Anak-anak hanya boleh didaftarkan sebagai penetap Baitul Maqdis jika bapa mereka adalah pemegang kad pengenalan Baitul Maqdis.
Rakyat Palestin pula telah mengerakkan usaha yang kreatif untuk menyelamatkan kota suci ini terus diYahudikan. Mereka telah melancarkan Bom Demografi. Ia bukanlah bom dalam erti kata yg sebenar, sebaliknya merupakan satu program pertambahan demografi penduduk Palestin di bumi Baitul Maqdis. Kempen program ini menghasilkan suasana di mana rata-rata keluarga Palestin mempunyai 10-12 orang anak.
Ketika seorang ibu Palestin berumur bawah 40 tahun ingin mendaftarkan anaknya yang ke 16, berkata seorang pegawai Yahudi Zeonis yang bertugas:
"Bagaimana kamu orang Palestin boleh beranak sebegini ramai? ".
Lalu dijawab si ibu muda:
"Kami akan terus melahirkan anak sehingga kami akan menjadi majoriti semula dan menghalau kamu dari bumi al-Quds".
Bagai mana ibu akan terus menyara anak-anaknya jika si ayah syahid fi sabilillah. Mampukah anak-anak terus hidup tanpa bantuan? Apakah nasib keluarga seramai 16 orang jika si ayah tersiksa dipenjara Zeonis? Mampukah mereka terus hidup dan membesar dengan sempurna? Ayuh, mari kita bantu mereka.
Rujukan: Al-Aqsa Dalam Bahaya, Mazlee Malik, 2006. JIM Media, Kuala Lumpur.
http://aqsasyarifjohor.blogspot.com/2010/07/bom-demografi-al-quds.html
No comments:
Post a Comment