Wednesday, February 9, 2011

Nokia Sampah Import?


Pembaca-pembaca yang budiman. 28 Febuari 2008 hari itu saya akhirnya mendapat parcel dari syarikat yang menjual pelbagai telefon bimbit berjenama Nokia yang palsu. Saya membeli salah satu daripada model yang ditawarkan di dalam laman web www.lelong.com.my beberapa hari sebelum itu lantaran terlalu terdesak untuk memiliki telefon bimbit kerana telefon bimbit yang saya miliki ketika itu rosak dan tidak dapat diperbaiki. Nak beli yang original dengan harga macam tu, yang second hand adalah, masalahnya pulak tak ada warranty, nak repair memang tak pandai, repair komputer atau server dan network saya pandailah, nak beli yang original yang baru pulak, ciri-ciri yang ditawarkan pulak tak best dan tak cool. So, inilah ceritanya. Nikmatilah sebuah kisah dari seorang insan yang telah membeli sampah yang di datangkan khas dari negara penciplak pelbagai barangan terunggul di dunia selain dari Thailand iaitu, negara China.
Saya memilih untuk membeli telefon bimbit Nokia palsu jenis 5310 seperti yang saya pamerkan di bawah, dengan harga RM3++. Antara ciri-ciri yang ditawarkan ialah waranti selama 6 bulan, Bluetooth, pemain MP3 dan AVI, kebolehan untuk block mana-mana nombor telefon yang tidak diingini, kamera 2.0mp, XpressMusic, games, perakam video dan mini SD card 128 mb.
Memang rekabentuknya saling tak tumpah seperti yang asli. Anda boleh lihat sendiri seperti di bawah. Namun, adakah ciri-ciri aplikasi dan perisiannya mampu menandingi yang asli?
Pertama kali saya buka kotak, saya teruja dengan rekabentuk telefon bimbit yang saya sedia maklum sememangnya adalah model Nokia yang palsu. Cantik, berkilat, sungguh nipis dan jika tiada orang yang tahu, memang akan disangkakan ianya adalah telefon bimbit Nokia yang asli. Namun, setelah saya hidupkan suisnya, persepsi saya kepada telefon bimbit tersebut serta-merta berubah!
Anda hendak tahu apa yang terus terlintas di fikiran saya ketika itu?
“Hmm…. Memang telefon murah….. “
Agak-agaknya kenapa? Jawapannya adalah resolusi skrinnya tidak seperti yang diharapkan seperti yang asli. Agak kasar walau pun gambar wallpapernya boleh tahan juga menariknya. Kemudian saya masuk ke ruangan ‘Menu’. Sekali lagi saya hampa dengan apa yang berada di hadapan mata saya. Segala ikon-ikon serta corak animasinya seolah menggambarkan ianya adalah telefon bimbit yang layak untuk dimiliki oleh kanak-kanak! Tiada langsung ciri-ciri eksklusif seperti yang biasa kita kita dapati di dalam telefon bimbit Nokia yang asli. Saya tak kisah sebab sememangnya saya sudah bersedia dari segi mental untuk menerima apa jua karenah telefon ‘sampah’ ini, kerana saya juga yang memilih untuk memilikinya.
Kemudian satu persatu ruangan di dalam ‘Menu’ tersebut saya jelajah untuk memahami dan mendalami cara kerja dan penggunaan telefon bimbit berkenaan. Ianya memang perkara rutin bagi saya setiap kali saya memiliki sesuatu gadjet atau tools yang baru. Human nature..
So far, not so bad lah pengisian telefon bimbit tersebut walau pun cara susunan menu-menu dan setting adakalanya mengelirukan kerana ianya tidak ‘mesra pengguna’ seperti telefon bimbit Nokia yang asli. Sebagai contoh, untuk memilih setting Bluetooth, saya perlu masuk ke menu ‘Organizer’, bukan ‘Setting’ seperti yang sepatutnya. Kelakar sungguh.
Begitu juga dengan sistem penyimpanan data dari kamera, samada gambar-gambar atau video yang saya tangkap. Ianya tidak terus tersimpan ke dalam folder-folder yang saya namakan atau ‘rename’, sebaliknya ianya akan tersimpan ke dalam satu folder baru yang tercipta secara automatik sekiranya nama folder tersebut di ubah mengikut kesesuaian saya. Saya tidak kisah jika folder yang tercipta secara automatik itu boleh difahami namanya, tetapi malang sekali ianya bertulisan bahasa cina! Memang sampah betul la telefon ciplak ni.. Setiap kali saya ‘rename’ folder yang saya maksudkan, satu folder baru akan tercipta lagi dalam bahasa cina setiap kali saya menangkap gambar atau video. Nak tak nak, buat-buat faham je lah..
Sebut tentang kamera, saya ada satu lagi kritikan yang wajib anda pandang serius jika anda berniat atau sudah memasang angan-angan untuk memiliki sebarang telefon bimbit palsu seperti yang saya miliki. Di dalam iklan-iklan telefon bimbit palsu yang berleluasa tanpa sekatan dari KPDNHEP (tak tahu pula jika mereka dapat lesen besar untuk jual benda-benda nih secara open seperti di lelong.com.my...), kita semua disajikan dengan ciri-ciri menarik seperti kamera 2.0mp. Tidak dinafikan ada antaranya yang dinyatakan hanya bercirikan 1.3mp dan ada juga 0.3mp. Tetapi jangan terpedaya! Berdasarkan kepada pemerhatian kepada telefon-telefon bimbit palsu yang dimiliki oleh anak saudara saya (siap ada tv tuuu…) dan kawan-kawan saya, kamera 2.0 mp itu sebenarnya adalah satu gimik sampah yang busuk dan sebenarnya sungguh bacin! Percaya tak bahawa telefon bimbit yang saya, anak saudara saya serta kawan-kawan saya miliki yang dijanjikan dengan kamera 2.0mp sebenarnya mempunyai ciri yang lebih rendah dari itu. Nak kata 1.3mp rasanya tidak, mungkin lebih rendah lagi. Apa kejadahnya mereka ini. Memang betul la kata orang, dia orang nih kalau tak menipu memang tak sah dalam berniaga. Hampeh betul la. Nak bukti? Sila tengok betul-betul gambar di bawah. Saya sertakan sekali gambar yang benar-benar di tangkap dari telefon bimbit 2.0 mp saya yang sudah rosak itu sebagai perbezaan.


Jika anda tidak rabun atau pun masih mampu melihat dengan baik, saya jamin anda akan dapat lihat perbezaan resolusi dan kontrasnya. Lain la jika anda buat-buat rabun atau pun buta. Pada mulanya saya sangkakan ianya adalah masalah setting di dalam properties kamera dan video. Jadi saya pun set kepada ‘High Quality’ imej dan video serta setkan sekali resolusi saiz gambar kepada yang paling besar, seperti yang saya biasa lakukan sebelum ini pada telefon bimbit Nokia asli saya yang sudah rosak. Namun hasilnya tetap sampah, malah lebih syok kalau cakap najis kot! Saya bukan marah, tetapi saya memilih telefon palsu ini kerana ciri kameranya yang 2.0 mp itulah, kalau dah lain pula hasilnya, memanglah rasa bengang tu ada juga. Walau macam mana pun, saya redha kerana seperti yang saya beritahu tadi, saya dah bersedia dari segi mental sekiranya saya menemui sebarang cela atau kelaknatan di dalam telefon bimbit palsu yang saya beli dengan sukarela tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.
Saya bukan cakap kosong dalam hal ini sebab saya sudah banyak kali bertukar-tukar handphone kerana buat masa ni tiada handphone yang umurnya panjang setiap kali berada di tangan saya. Mungkin kerana faktor kerja dan penggunaan yang terlalu ekstrim.
Jadi, kepada para pembaca-pembaca sekalian. Saya tahu anda semua bijak dalam membuat keputusan. Fikirlah masak-masak sekiranya anda teringin nak bercinta dengan telefon-telefon bimbit palsu yang bagi saya hanyalah sampah yang didatangkan khas berkontena-kontena dari negara China untuk menjadi barang mainan rakyat Malaysia. Itu belum lagi saya sentuh tentang kualiti serta kebolehannya untuk menepis sebarang kerosakan ‘Technical Disaster’. Kita bukannya tidak pernah dengar handphone meletup, terbakar atau pun berasap. Dah banyak kali, dah beribu dozen akhbar-akhbar seluruh dunia menceritakan tentang kejadian-kejadian pelik gajet buatan manusia yang serba kekurangan itu, tak kira asli atau palsu.
Walau pun ada logo Sirim terpampang melekat di dalam ruangan bateri namun tidak dipastikan adakah ianya asli atau pun palsu. Lagi pun sesiapa yang ada tengok rancangan 999 beberapa minggu lepas, pasti akan dapat lihat bagai mana satu sindiket menjual telefon bimbit palsu yang diimport dari China diberkas. Yang menariknya, sticker Sirim yang dirampas itu adalah palsu! Huh.. Tak mustahil saya juga sama. Itulah masalahnya jika dalam hidup mereka yang berkenaan tiada perkataan HARAM. Bagi mereka semuanya halal demi mengagungkan hidup di dunia yang memang sudah nyata hanya sementara, takkan ada hidup kembali selepas mati, kalau ada, tolong carikan atuk dan moyang saya yang dilahirkan semula, sebab saya memang teringin sangat nak jumpa mereka dan nak tanya mereka apa perasaannya berada di alam barzakh atau ada juga yang menyebut alam baka sebelum mereka dilahirkan semula. Stupid facts that created by an ordinary human being like us for the sake of searching followers to believe.
Saya minta maaf, bukan niat nak sakitkan hati mana-mana pihak, tapi hanya hendak berikan sedikit panduan walau pun kita semua sedia maklum, kebenaran sememangnya sudah terang-terangan berada di mana-mana di bumi Allah ini, tetapi akibat sayangkan kehidupan dunia yang menyeronokkan dan menggembirakan ini, mereka tolak kebenaran itu jauh-jauh dari fikiran dan hidup mereka.
Ok, berbalik kepada pangkal cerita tadi. Saya pun tak tahu berapa lama harus saya bertahan dengan sampah yang di import dari China ini. Rasanya saya akan pakai sampai hancur (macam biasa la..) lantaran nak beli yang asli mungkin makan masa sedikit. Lagi pun saya beli sebab keadaan terdesak, maklumlah handphone sudah menjadi sebahagian dari hidup saya, lebih-lebih lagi, kalau tak ada handphone serupa saya tak payah kerja sebab handphone adalah salah satu gajet yang teramat-amat penting dalam kerjaya saya, selain akal dan nyawa. Jadi, fikirlah masak-masak kalau nak memiliki handphone-handphone palsu seperti yang saya miliki ini. Belilah yang original kalau mampu. Kalau dah tak ada duit atau dah terdesak sangat macam saya ni nak buat macam mana. Carry on la… Yang pasti, anda berhak untuk memilih!
Ok.. Wassalam…

http://swordtongue.blogspot.com/2008/03/nokia-sampah-import.html

No comments:

Post a Comment