Wednesday, February 9, 2011

MAKLUMAT BERKAITAN EMAS

 

Perak ikut Kelantan perkenal dinar EMAS [BARU]

MIA: Ringgit expected to touch RM2.20 against US$ by 2012
YouTube - EMAS Rahsia Kekuatan Eknonomi UMMAH
GOLD CRAZY: Wave of Chinese money is set to slam the gold market

*****************************************************************************************
LONDON (AFP) Sept-25th  – Gold soared to a record high above 1,300 dollars on Friday, dragging sister metal silver to a 30-year peak as investment demand propelled precious metals higher.Gold prices struck a record 1,300.07 dollars an ounce in afternoon trade on the London Bullion Market as investors sought a safe-haven for their money amid increased uncertainty over the global economic outlook.
"The underlying bullish trend in the gold market continues to be fuelled by the high level of uncertainty regarding the United States and European economies," said SEB Commodity Research analyst Filip Petersson.
He added that "the strategic view remains bullish (positive) and we expect prices above 1,350 dollars per ounce before the end of the year.""Gold is fuelled by a combination of things," said Commerzbank analyst Daniel Briesemann.
"Furthermore, the general interest of investors is not waning and gold is sought for mainly as a 'stable currency'."Gold also won support from the weakening US currency, which makes the dollar-priced metal cheaper for buyers using stronger currencies and so tends to stimulate demand and prices.Since this time last year, gold prices have soared by about 30 percent.
Jadi, masih belum terlambat untuk melabur emas nie…percayalah..

*****************************************************************************************
RENUNGKANLAH.......

Satu hari, pengetua Sekolah Buluh Bambu mencadangkan di dalam mesyuarat guru-guru yang mereka perlu mencari duit untuk menambah dana sekolah. 

Ada seorang guru, memberi cadangan yang mereka boleh membuat Hari Kantin. Pengetua bertanya, '' Macam mana mekanisma kita mahu membuat untung? apakah hanya semata-mata kita kerahkan semua guru-guru berniaga dan kita ambil sewa tempat?'' 
''Tidak tuan pengetua. Pada hari kantin ni, kita jual kupon, yang mana, sesiapa yang ada kupon ini sahaja yang boleh membeli pada hari kantin. Jadi, masa hari kantin, kupon-kupon ini akan digunakan, duit kertas kita tidak akan gunakan. 
Peniaga-peniaga yang ada kupon ini, akan menebus kupon-kupon ini dengan duit kertas.'' Jawab Cikgu Awan. ''Tapi, macam mana kita boleh dapat untung dari kupon-kupon ini?''
''Saya harap cikgu boleh serahkan urusan ini pada saya, saya akan uruskan.''

Jadi, bermula hari itu, bermulalah promosi Hari Kantin sekolah Buluh Bambu, setiap murid diwajibkan membeli satu set kupon berharga RM 10. Pada hari kantin, berlakulah apa yang seperti dirancangkan.Hanya orang yang mempunyai kupon boleh membeli, masing-masing membeli apa yang boleh dibeli.Selepas habis waktu Hari Kantin, hampir setiap peniaga mendatangi kaunter pihak sekolah bagi menebus kupon yang ada kepada duit kertas. 
Setiap satu set kupon diberi RM 10 seperti yang dijanjikan. 
Selepas dari hari kantin, ada persoalan-persoalan dari murid-murid dari ibu bapa mereka, apa yang perlu dibuat dengan kupon-kupon yang ada ini, kupon-kupon yang mereka masih ada tidak boleh dibuat beli di kedai-kedai, dan mereka ingin menukarkannya dengan duit semula dengan pihak sekolah. Cikgu Awan sebagai pengarah projek tersebut, memberikan pengumuman kepada murid-murid pada hari perhimpunan, 
'' Sebenarnya murid-murid yang dikasihi sekalian, kupon-kupon tersebut kamu perlu menggunakan sepenuhnya pada hari kantin yang lepas. Kami pihak sekolah sudah membuat keputusan kupon-kupon tersebut kami tidak akan kembalikan semula selepas tamat hari kantin. Jika kalian mahu menukarkannya juga, ianya bersyarat, setiap satu set kupon yang kamu ada pihak sekolah akan membayar RM 5'' 
Maka, pulanglah murid-murid sekolah Buluh Bambu ke rumah dan memberitakan kepada ibu bapa mereka, kecewa dan putus harapanlah mereka terhadap perkara tersebut, kerana, mereka ditipu dan merasa dizalimi. Walaupun begitu mereka tetap menukarkan kupon mereka kepada duit kertas dalam keadaan tertipu dan dianiaya. 
Sistem Duit Kertas  
Pada tahun 1944, satu sidang mesyuarat dari hampir 44 buah negara termasuk darinya ada negara dari negara yang majoriti umat islam. Mereka bersetuju untuk menjadikan US dolar sebagai duit antarabangsa, dan Dolar akan disandarkan kepada satu nilai tetap emas.
Sesiapa yang ada Dolar boleh menukarkannya kepada emas, 35 US dolar boleh tukar dengan 31.1 gram emas. Maka berlakulah perdagangan dunia seperti yang dimesyuaratkan. 
Pada 1970, Amerika mengumumkan bahawa US dolar tidak lagi disandarkan kepada emas, dalam masa yang sama, mereka menukarkan kadar tukaran emas , dari 35 US dolar untuk 31.1 gram emas kepada 70 US dolar untuk 31.1 gram emas.Nilai ini ditingkatkan setahun demi setahun. Sehinggalah ianya hampir sampai ke kemuncak, 1400 US dolar untuk 31.1 gram emas. Sesiapa yang menyimpan 35 US dolar pada 1970, hari ini tidak cukup membeli satu gram emas pun. 
Sistem Riba Yang Menjadi Asas Rakyat 
Apabila kita membandingkan sistem kupon hari kantin dan sistem duit kertas, ianya sama.Manusia pada awalnya, diberikan satu situasi yang mendamaikan , merancakkan perdagangan, memudahkan orang ramai agar tidak takut membawa wang (sama ada emas atau duit kertas) .Kemudian, satu masa mereka baru disedarkan, bahawa mereka hidup di atas ilusi dan mainan kata-kata pihak yang memerintah ( sama ada pihak sekolah atau negara).
*****************************************************************************************

 


http://www.ikhwangold.com/infoemas.htm

No comments:

Post a Comment